CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14926|Reply: 80

Tak malu mengaku tidak puasa!

[Copy link]
Post time 18-8-2011 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Aku tak heran sgt org tak puasa niiii cuma nak tau je sapakah gerangannya......? Mari speku dgn cara berhemah.....


**********************************************************

MEMANG terkejut SS mendengar kisah seorang kawan lama yang bekerja di lapangan terbang antarabangsa ketika berbuka bersama baru-baru ini. Maklumlah, sesekali duduk bersembang dengan mereka yang bukan bekerja dalam industri, ia membuka mata dengan luas dan mendengar pelbagai kisah lain daripada dunia seni semata-mata.
Borak punya borak hinggalah bercerita mengenai kerjanya sebagai penyambut penumpang di kaunter daftar masuk sebuah penerbangan utama negara. Katanya, baru-baru ini dia sendiri terkejut dengan sikap seorang penerbit program agama yang popular di stesen televisyen swasta datang mendaftar dan menjelaskan satu permintaan.


Kawan SS yang sememangnya menyambut penumpang dengan penuh senyuman terus bertanyakan apa pula permintaannya dan pastinya jika mampu ditunaikan,

mereka akan cuba sedaya-upaya.




Rupa-rupanya kata kawan SS tadi, si penerbit lelaki yang berkulit hitam manis tadi dengan selamba meminta agar kawan SS tadi meletakkannya di kerusi paling belakang. Dengan tanpa rasa segan silu, dia mengaku yang dia tidak berpuasa pada hari itu. Justeru kedudukan di kerusi belakang adalah bagi memudahkannya untuk menjamu selera tanpa dilihat banyak orang.


Mahu atau tidak, kawan lama SS tadi terpaksa membantu permintaannya walaupun jauh dalam sudut hati, ingin saja diludah ke muka penerbit tadi kerana tiada rasa segan langsung membuat pengakuan.


Kerana terikat dengan polisi dan piagam pelanggan syarikat penerbangannya, kawan SS terpaksa memberikannya kerusi di belakang seperti mana dimintanya.


Memang si penerbit tadi dengan selamba membuat jenaka lagi kononnya dia

tidak tahan berpuasa pada hari tersebut kerana ada sedikit masalah di perutnya. Tapi kata kawan SS, lihat pada raut wajahnya yang serupa pembunuh upahan dan susuk tubuh sihat tegap, alasan itu tidak relevan kerana budak kecil umur lima tahun pun boleh tahan berpuasa.


Si penerbit tadi memang sudah merancang ingin tetap mengambil makanan di atas penerbangan walaupun sebenarnya ia kurang digalakkan. SS memang terkejut kerana mengenangkan status si penerbit tadi yang juga menerbitkan program agama. Atas alasan musafir ke?


Terus SS teringat saat menemubualnya ketika pelancaran program agama musim pertama itu tahun lalu yang mana lagak si penerbit tadi cukup suci dan murni! Memang dasar hipokrit!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 01:15 PM | Show all posts
mmg hipokritt uolss!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:16 PM | Show all posts
xtaw langsung
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:19 PM | Show all posts
Don't judge the book by its cover....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:21 PM | Show all posts
klu plsss  nak laaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:22 PM | Show all posts
ermm, kkdg x faham dgn golongan mcmni... nak pose ke x ke mmg laa lantak die kan... tapi respek laa org lain yg berpuasa... ni haa, ade sorang ni, isap rokok kat tangga... bile bau asap tu dah bercampur ngan aircond dlm opis neh, baunyer mmg sangat memeningkan kepala siap buat neskape kat pantry lak tuh!!! (oopsss sorry teetibe emo)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2011 01:25 PM | Show all posts
Bersangka baik, dia lupa niat. Atau ada keuzuran menghalang puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:27 PM | Show all posts
lupa niat la tu...... ker terkorek hidung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2011 01:29 PM | Show all posts
aku terbayang program IMAM MUDA je.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:46 PM | Show all posts
clue x bape clear laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:52 PM | Show all posts
sape penerbit program imam muda....? aku bukan nak menuduh...just nak tau sape penerbit nya saja..
anyway...kot sakit ke hapa terlupa niat ke bagai...molek bebeno ke dok makan kat public mcm tu? (walaupun mintak dok kusi belakang sekali kaedahnya)....hampeh.com betul!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 18-8-2011 14:04
sape penerbit program imam muda....? aku bukan nak menuduh...just nak tau sape penerbit nya saja..
...
housequeen Post at 18-8-2011 13:52



   

tadi nak tau saper penerbit imam muda kan?? mek dapat nama nie .. Raja idham raja mohamad.. tapi tak gugel lagi gambonyer.. mek tak tuduh tau.. mek just menjawap soklan ko .. saper penerbit program.. jangan cakap mek tuduh lak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:56 PM | Show all posts
adakah raja idham raja mohamad?, bia btul ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:00 PM | Show all posts
Reply 12# samshik

itam manis ke orgnye mek?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:02 PM | Show all posts
Bersangak baik je lah..No comment..
Maybe ada halangan untuk dia berpuasa kowt??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 02:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by takeshi_anwar at 18-8-2011 14:08

Tapi kata kawan SS, lihat pada raut wajahnya yang serupa pembunuh upahan dan susuk tubuh sihat tegap,...........

Bila aku google Raja Idham tu xler sasa... BUNCIT ada laaa hehehe

Ada tak PROGRAM AGAMA YANG POPULAR selain IMAM MUDA?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 02:03 PM | Show all posts
yang kiri skali tu ke?

tapi nama dia...Nizam Hamid
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:07 PM | Show all posts
kalau tak puasa pun, hormati la orang lain yang berpuasa.............
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:07 PM | Show all posts
tepek gamba...'
lgpun yg baru 2 musim, imam muda je oun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:07 PM | Show all posts
adakah raja idham raja mohamad?, bia btul ni
H4dRi Post at 18-8-2011 13:56



    mek tak kater die .. ader orang tanyer saper penerbit imam muda.. so mek jawab la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.074635 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list