CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21955|Reply: 166

Bekas artis hina Melayu

  [Copy link]
Post time 20-8-2011 09:50 AM | Show all posts |Read mode
SUBANG – Tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan selain menyindir dan memperlekehkan institusi diraja dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu malam kelmarin.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam.

Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya ALLAH.

“Selain itu, dia turut melabelkan kerajaan sebagai kafir kerana mengamalkan undang-undang kafir. Menghina Rukun Negara dan menuduh sekolah kerajaan mengikut acuan kafir selain mendakwa tidak wujud sekolah agama Islam yang sebenar di negara ini,” katanya.

Paling mengejutkan, kata Shafie apabila artis itu berulang kali mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh.

“Ini yang menyebabkan semakin ramai orang meninggalkan masjid kerana tidak berpuas hati dengan kata-katanya yang sangat kesat dan menghina itu,” katanya.

Shafie berkata, seorang warga emas turut menjadi mangsa kritikan artis itu apabila pertanyaannya sama ada tazkirah itu sebenarnya program ceramah politik.

“Penceramah itu mempertikaikan solat, zakat dan haji warga emas berkenaan yang menurutnya jadi sia-sia kerana menegur perbuatannya,” katanya.

Ditanya siapa yang me-ngundang artis itu dipercayai tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berceramah, Shafie mengakui dia tidak tahu.

“Saya pun tak sangka sampai begitu sekali,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2011 09:51 AM | Show all posts
Sapa ek? Sidi oraza ke? atau... sapa yg lain?

bob lokman tak penah jadi hero zaman 80's...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:52 AM | Show all posts
sapa neh??
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:52 AM | Show all posts
Sape artis tu??Bunyi mcm hazab je....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by magnus at 20-8-2011 10:02

tak bek buat  camtu tau bekas artis...org nak solat terawih pun tak senang dah..ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 09:59 AM | Show all posts
azmil mustafa ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2011 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by eyradanira at 20-8-2011 10:03

hero yg berlakon filem ali setan ker...ustaz azmil mustafa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:14 AM | Show all posts
azmil mustafa ke?
immortallez Post at 20-8-2011 09:59


mungkin si ali la tu  kots..

http://prebetsapus.blogspot.com/2011/08/ali-setan-didakwa-hasut-kariah.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2011 10:15 AM | Show all posts
mungkin gak.

dia balik mesia ke skrg? dia dok jordan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:15 AM | Show all posts
hint: filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya

sapakah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 8# magnus

ye la tu. berita online sinar harian ni banyak tu je tulis. tak de tulis pasal azmil. blog ni lebih detail.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:19 AM | Show all posts
manusia ni suka sangat berlebih-lebih. Niat yg baik tapi tengokla penerimaan org bila kita bersikap keterlaluan. Pendakwah ni kadang2 terlupa hingga mereka seolah2 menjadi maksum disebabkan mereka berdakwah.

Buat la secara sederhana... org lain pun berdakwah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:20 AM | Show all posts
ali setan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:22 AM | Show all posts
tp dekat utusan mmg front pages nama dia....tp tak tahu lah apa yg sebenarnya berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:25 AM | Show all posts
manusia ni suka sangat berlebih-lebih. Niat yg baik tapi tengokla penerimaan org bila kita bersikap keterlaluan. Pendakwah ni kadang2 terlupa hingga mereka seolah2 menjadi maksum disebabkan mereka berdakwah.

Buat la secara sederhana... org lain pun berdakwah jugak
zach2008 Post at 20-8-2011 10:19


setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2011 10:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 20-8-2011 11:09

'Ali Setan' didakwa hasut kariah

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/08/20


Azmil Mustapha

Pemuda UMNO Subang buat laporan polis isu ceramah benci kerajaan

SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.

Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.

Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’ berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.

Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.

“Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.

“Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.

“Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.

Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,” katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.



Credits: bharian online
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:46 AM | Show all posts
Sapa ek? Sidi oraza ke? atau... sapa yg lain?

bob lokman tak penah jadi hero zaman 80's...
buahcinta Post at 20-8-2011 09:51



    macam azmer mustapha rsnye neh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:47 AM | Show all posts
uissshhh knp emosi sgt si azmil ni
nk kata dirasuk syaitan
bulan puasa syaitan dirantai

ngeh ngeh ngeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 10:58 AM | Show all posts
tp point2 yg pelakun ali setan ckp tu ade yg betulnye jgak, kite terima mne yg betul, yg xbetul tu kalo dier mnfitnah tu , dier jgak yang dpt dosa,

kadang2 plik gak aku tgok orng dok komplen ceramah lame sgt smpai xdpat solat terakwikh, padahal solat terawikh tu sunat je, tp majlis ilmu/tazkirah tu wajib, solat terawikh tu sbg penarik je utk orng dtng ke surau supaya dpt dgr majlis ilmu, kalo nk hrap orng dtng surau semata mata nk dgr majlis ilmu alamatnye mmng xramai le
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076207 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list