CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
View: 1713|Reply: 18

Empat remaja terbunuh

[Copy link]
Post time 26-8-2011 06:51 AM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by MissNigga at 26-8-2011 06:53

Oleh Rosli Abdul Jalil dan Amir Mamat
bhnews@bharian.com.my
2011/08/26



MAYAT mangsa di samping kereta Perodua Kancil yang terbabit nahas di Kilometer 26, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Serkam, awal pagi semalam.

Mangsa baru pulang membeli-belah baju raya

JASIN: Empat remaja, termasuk dua yang dalam perjalanan pulang selepas membeli baju raya, maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini dan simpang tiga Jalan Kampung Kempadang, Kuantan, awal pagi semalam dan malam kelmarin.

Kejadian di Kilometer 26, Lebuh Raya AMJ membabitkan tiga kereta berlaku jam 3.20 pagi ketika Mohammad Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila Sa-zali, masing-masing 21 tahun menaiki Perodua Kancil, dalam perjalanan pulang ke Merlimau selepas membeli belah di bandar Melaka.

Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata kenderaan mangsa dirempuh dari belakang oleh Proton Wira yang dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Pada masa sama, sebuah kereta Ford juga dipercayai dipandu laju juga merempuh kereta mangsa.

Akibat rempuhan itu, Mohammad Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila mati di tempat kejadian.

Pemandu Proton Wira dan Ford bersama seorang lagi penumpangnya yang identiti mereka belum dikenal pasti, parah dan dimasukkan ke Hospital Muar, katanya di sini, semalam.

Mohammad Izuan berasal dari Taman Mahkota 1, Mersing, Johor, manakala Farah Nabila dari Parit Raja, Johor dan masih menuntut di Politeknik Merlimau.

Pemeriksaan ke atas Perodua Kancil yang dinaiki Mohammad Izuan dan Farah Nabila, polis menemui beberapa helai pakaian termasuk seluar yang baru dibeli mereka, dipercayai untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.

Di KUANTAN:
Dua penunggang motosikal maut, manakala dua pembonceng cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di simpang tiga Jalan Kampung Kempadang.

Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Ridzuan Ismail, 21, dari Kampung Kempadang, dan Muhamad Nuraiman Arshad, 16, dari Batu 4 Kampung Razali, manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Nurazzudin Shaudi, 15, dari Kampung Kempadang yang membonceng motosikal Mohd Ridzuan dan Nur Hidayah Che Hassan, 14, dari Perumahan Peramu Jaya yang membonceng bersama Muhamad Nuraiman.

  ... muda muda dah meninggal... berhati hatilah di atas jalan...
Yang kat Kuantan tu, macam mana motosikl leh bertembung??? Sah sah bawa laju ...
Salam Takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 06:54 AM | Show all posts | Share
pandu laju...lagi

takziah.

dah ajal , asbab boleh diambil pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 07:48 AM | Show all posts | Share
kene beringat time memandu.. jgn selow sgt, jgn laju sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:07 AM | Show all posts | Share
Inalillahiwainalillahirojiun..........
kemalangan melibatkan kematian dah macam pekara biasa je...
ngeri dengar
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:26 AM | Show all posts | Share
satu lagi kebodohan+kecuaian pemandu yg menyebabkan org lain terbunuh...bawak laju2 lepas tu rempuh org dari belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:33 AM | Show all posts | Share
pemandu wira ngan ford tuh mintak2 dipanjangkan umur utk dapat melihat kesengsaraan keluarga si mangsa akibat perbuatannya dan mintak2lah dijatuhi hukuman yg sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:39 AM | Show all posts | Share
takziah...simpati kat keluarga arwah, kehilangan orang tersayang di saat hampir menyambut aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:47 AM | Show all posts | Share
meka yg bersalah tu patut menerima hukuman yg setimpal..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:56 AM | Show all posts | Share
kul 3.20 pagi baru balik dari bershoping..fuhhh...tol tol shoping niee
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:58 AM | Show all posts | Share
pandu laju...lagi

takziah.

dah ajal , asbab boleh diambil pengajaran.
mbhcsf Post at 26-8-2011 06:54



Tu la dear, semua x reti nk jaga tatasusila waktu memandu. Sedih sbb kecuaian org lain menyebabkan mereka ini terbunuh.
Mak bapak dok tunggu anak2 balik dgn selamat....sudahnya jenazah yang tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts | Share
Al Fatihah utk arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:13 AM | Show all posts | Share
haruslah wira dengan ford tuh tengah merembat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:16 AM | Show all posts | Share
takziah buat keluarga mangsa dan alfatihah untuk arwah..
bear ade lalu AMJ pada hari yang sama...sabtu lepas pon ade kemalangan di AMJ tapi lorong bertentangan menghala ke bandar Melaka..
pada yang bertanggungjawab, tolonglah pasang lampu kat AMJ tu sebab kawasan tu sgt2 gelap..dah banyak kemalangan yang berlaku kat situ..
possibility nak nampak kenderaan di depan tu amat tipis sebab pencahayaan kurang..kalau bawak kat highway PLUS pon tak macam tu punye gelap..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:21 AM | Show all posts | Share
Al Fatihah utk semua mangsa.. yg kemalangan kt melaka tu boleh dielak kalau pemandu wira & ford tu bertindak pantas.. kesianla dedua budak tu... aduhai.. sbb kesalahan org lain, dorang menjadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:24 AM | Show all posts | Share
takziah...
hati2la di jalan raya..
td pun ade kemalangan maut melibatkan motosikal kat puchong
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:50 AM | Show all posts | Share
Al Fatihah utk arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:58 AM | Show all posts | Share
al-fatihah...berhati--hatilah...jgn ikut perasaan sgt bile memandu...bebel dalam keta takpe..jgn pecut laju2
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 10:13 AM | Show all posts | Share
Jalan tu jalan baru... tu yg sedap bawak laju
Tapi jalannya sempit... bahaya kalau speed
Kalau sendiri speed sendiri yg mampoos tak pa..
Ni dah membunuh org lain
Pemandu yg memandu secara laju & merbahaya atas jalan raya is just as good as a killer dgn senjata berbahaya
Kereta itu umpama senjata pembunuh
Memang PEMBUNUH!! - patut hukum bunuh jah (langgar ngan keta)
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 11:18 AM | Show all posts | Share
Oleh Rosli Abdul Jalil dan Amir Mamat

2011/08/26



MAYAT mangsa di samping kereta Perodua K ...
MissNigga Post at 26-8-2011 06:51



kemalangan motosikal kat kuantan tu...yg berumur 21 tahun tu kwn adik sy..arwah bersama kwn die tu lalu arah yg betul(kirenye nk jln straight) cuma penunggang motosikal satu lagi tu x berhenti kat simpang...tu yg bertembung sebelum kemalangan tu,arwah sempat pesan kat kwn die yg membonceng tu suruh jaga moto die..sbb motosikal yg dlm kemalangan tu moto kawan arwah yg jd pembonceng
tu dan sebelum meninggal die sempat cakap sesuatu kat kwn die tu...sedih sgt sy dgr masa adik sy cerita...Al-fatihah kepada kedua2 mangsa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Pesanan penting Segala pendapat dan pandangan yang dikongsi di ruangan forum atau halaman yang berkaitan merupakan pandangan peribadi individu dan tidak sesekali mewakili pendapat/pandangan CARI. CARI juga tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan yang dikongsi. Oleh kerana forum beroperasi dalam waktu sebenar atau 'real time', CARI tidak, dan tidak dapat menapis sebarang bentuk penyampaian dari pengguna setiap masa, namun CARI menggalakkan setiap pengguna mengamalkan budi bicara serta budaya hormat-menghormati untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat,mengganggu, memfitnah, kasar, lucah, mengeji, menceroboh privasi orang lain, bersifat kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya. CARI berhak untuk menahan dan/atau mengeluarkan mana-mana pautan yang berkemungkinan sebagai individu, entiti atau kumpulan yang berpotensi mewujudkan rasa malu dan fitnah. CARI juga berhak untuk menerima, edit dan / atau mengeluarkan apa-apa pautan yang dianggap tidak sesuai dalam mana-mana cara/keadaan/bentuk/situasi/kaedah.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Infonet

27-5-2015 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.189556 second(s), 12 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list