CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tenderfly

Kisah Seram dan Misteri dari Pemandu Teksi

[Copy link]
Post time 9-9-2011 06:27 PM | Show all posts
"Okeylah saya pusing balik."kata saya,sedikit kecewa dengan apa yang berlaku.

  Sudah alang-alang ada di Bukit Antarabangsalebih baik saya teruskan perjalanan hingga ke kondo tersebut.Manalah tahu kalau2 adalah penumpang lain.Jika tidak adapun tak apalah,asalkan puas hati.Sewaktu tiba di pondok pengawal,tidak ada sesiapa pun di situ.Kemudian saya buat pusingan U dan patah balik.Saya pandu kereta perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari lereng bukit.Di kiri dan kanan semuanya nampak gelap, hanya kelihatan bayang2 hitam pokok2..

  Sreeeetttttttttt!!!!!

  tayar kereta berdecit apabila brek ditekan mengejut.Nyaris2 saya terlanggar perempuan di tepi jalan yang sedang melambai2 tangan menahan teksi saya.

  "Wow!Seksinya."sepontan keluar dari mulut saya apabila nampak wanita dalam lingkungan 20-an memakai gaun merah pendek.Gaun tanpa lengannya ketat hingga menampakkan susuk tubuh yang menggiurkan.Saya terpaku juga dengan keayuan gadis tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 06:35 PM | Show all posts
Saya turunkan cermin tingkap untuk bertanya.Gadis berambut panjang,hidung mancung,berkulit putih dan bermata galak itu tersenyum.

  "Gombak."ringkas jawabnya dalam pelat Cina.

  "Okey,boleh."jawab saya.

   Gadis itu terus membuka pintu belakang.Alamak...!Minyak wangi apa yang dipakai sehingga menusuk ke hidung.Saya terus memandu menyusuri selekoh tajam jalan Bukit Antarabangsa untuk ke lebuh raya Hulu Klang kemudian ke Gombak.Sambil memandu saya sempat menjeling ke cermin,perempuan itu tersandar ke kerusi dengan mata terpejam,Fikiran saya terus melayang memikirkan keberanian perempuan itu berjalan seorang diri dalam gelap.Namun saya tidak berani bertanya kerana bimbang dituduh menyibuk.

  Tiba-tiba terasa tengkuk saya disentuh jari-jemari.Sejuk seperti air batu,Saya tepis tangan gadis itu dan menyuruhnya duduk baik2.Namun tengkuk saya terus juga diraba dengan gaya menggoda.Saya tepis tangan permpuan itu.

  "Cik,jangan buat macam tulah."kata saya.

  Perempuan itu tidak mempedulikan kata-kata saya.Dia terus juga meraba dan membelai tengkuk , bahu serta rambut saya.Kali ini saya bersuara dengan lebih keras sekaligus memandang ke cermin.Saya merenung cermin agak lama kerana tidak pasti apa yang dilihat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 06:41 PM | Show all posts
"Ya Allah!Eh!Betul ke ni?"saya bercakap sendiri.Kemudian saya pasang lampu.Perempuan itu menyeringai,mukanya menggerutu.Mengalir darah dan nanah dari kudis2 di pipi,dagu dan dahi.Kelihatan kedua2 matanya tersembul keluar.

   Saya terus tekan brek sekuat-kuat hati,kemudian pusing stereng untuk berpatah balik ke pondok pengawal di kondo tadi.Jari-jemari berkuku panjang terus meraba-raba dan membelai tengkuk saya.Beberapa kali saya cuba membaca ayatul Kursi tapi lintang-pukang tidak tahu yang mana harus dibaca dahulu.Lidah saya kelu.Kemudian saya cuba pula baca Al-Fatihah pun sama jugak,tak boleh!

  Kereta yang saya pandu sekejap ke tepi sekejap ke tengah.Saya bimbang jika jari2 itu akan mencekik leher saya.Saya terus menekan minyak sekuat hati,supaya cepat sampai.Peluh dingin mengalir membasahi baju,.rasa macam nak terkencing.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 06:52 PM | Show all posts
Lutut menggeletar , seluruh badan seram sejuk.Semakin laju kereta semakin lebar perempuan itu tersengih di cermin.Hampir2 besi penghalang di pintu pagar kono saya langgar.

   'Tolong!Tolong!'saya menjerit sambil membuka pintu teksi sebaik sampai ke bilik pengawal.Malangnya saya jatuh terjelepok , kaki lembik tidak mampu untuk berdiri atau berjalan.Saya cuba bangun tapi tak berdaya,terasa lemah satu badan.Saya merangkak pula.
   'Tolongggggggggggggggg!!"saya menjerit lagi sambil merangkak kemudian meniarap seperti askar untuk ke pondok pengawal yang jaraknya hanya dua meter.Dua orang pengawal keselamatan berlari mendapatkan saya.

  'Kenapa bang?"tanya mereka dengan muka cemas.Saya hanya menunjuk ke arah teksi.Mereka segera ke teksi tertunduk-tunduk mengintai dari cermin tingkap.Yang kelihatan hanya wanita berambut panjang memakai gaun merah.Perlahan-lahan pintu belakang dibuka dan  benda putih terbang keluar dari teksi.Pengawal lari lintang-pukang masuk ke bilik dan mengunci pintu.

  "Uwekk!Uwekk!Saya hanya memerhatikan kedua-dua pengawal itu termuntah-muntah.Tidak ada apa yang mampu saya lakukan kecuali memandang sahaja.Bau bangkai dari dalam teksi menyelinap masuk ke lubang hidung saya.Saya cuba tahan supaya isi perut tidak terbuirai tap[i tidak mampu.Saya termuntah sama.

  Malam itu saya tidak mampu untuk memandu.Semangat hilang langsung.Tambah2 lagi bau itu masih melekat dalam teksi.Menjelang subuh 3 orang kawan saya datang untuk membawa saya pulang.Teksi saya tue saya tinggalkan di kawasan berhampiran dengan pondok pengawal.Sejak peristiwa ini,saya tidak berni mengambil penumpang di tengah2 malam walaupun ditawrkan bayaran berkali-kali ganda.

  P/s : Maaf kalau cerita neyh sikit-sikit sebab saya menaip balik neyh lambat sikit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 08:31 PM | Show all posts
Reply 84# 7teen


   hehehehe,kalau akula jadik drebar tu..aku tak tunggu lama dah..waktu tu jugak aku mlompat kuar...ngerik u
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 01:22 AM | Show all posts
Reply 2# annehuda

Pelik, exec muda tue ade fetish pemandu teksi  kot, hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2011 02:39 PM | Show all posts
sapa2x tau pasal pemandu teksi ambil penumpang kt area highland towers x? yg dia suruh pemandu tu pa ...
myakayina Post at 6-9-2011 15:08
psl driver teksi x penah dengar...tp psl van ada la 1...my sister yg citer..time tu dia wat part time kat 1 hotel ni..jd waitress ke housekeeping ntah...time tu pertengahan 90-an, yg pasti tahun 1994 ke atas la (lpas dia spm)...tp i x ingat time kejadian ni dia ada sekali ke tak...citernye, diorg ni yg xder transport akan dihantar oleh van...otw balik keje (malam la), sampai kat kawasan tu, diorg yang dlm van tu nampak sorang pompuan dok tepi jalan...tapi diorg x berenti la...pas dah lepas dari pompuan tu baru sorang buka mulut..dia nampak pompuan tu pakai baju merah...yg sorang pulak nyampuk, kata dia nampak pompuan tu pakai baju hijau...pastu yg lain lak kata nmpk pompuan tu pakai baju biru la, kuning la....(sume warna ni contoh jer la sbb i x ingat warna2 apa yg my sister sebut)..bende dh lama kan....sori la, sbb citer i x seram mana pun...tp tu jer la yg i penah dgr psl highland tower...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 10:16 PM | Show all posts
pengalaman aku jadi pegawal keselamatan di kondo di bukit antarabangsa, ramai pakcik2 teksi yg cerita pasal cerita seram ni, dan pemandu kurang gemar nak ambik customer kat situ. sebabnya? jalan cerita dia sama je mcm 7teen ceritakan cuma driver teksi tu masuk longkang dgn kereta2 sekali selepas tgok muka huduh itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2011 11:43 AM | Show all posts
adoiiii meremang bulu rome bace cite korang...terbayang2 pl aku .....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 10:52 PM | Show all posts
Reply 28# latitude


   ye ye ye je aku cemas hampeh  tolll, kelakau pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 11:51 AM | Show all posts
Reply 4# annehuda

warghkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 09:59 AM | Show all posts
sambung....sambung tt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.497959 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list