CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3316|Reply: 57

Ramai rakyat Kelantan tidak mampu beli rumah

[Copy link]
Post time 15-9-2011 05:00 PM | Show all posts |Read mode
2011/09/15

KOTA BHARU: Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan bahawa 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah dianggap sebagai sesuatu yang serius dan perlu dilakukan sesuatu bagi menanganinya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata pada masa yang sama, ia membuktikan kegagalan nyata kerajaan PAS Kelantan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.
"Ini kajian yang semestinya tepat oleh REHDA dan tidak boleh dinafikan kerajaan Kelantan serta satu kajian yang serius.
"Ini bukti nyata bagaimana kerajaan Kelantan gagal untuk menyediakan rumah mampu milik dan keadaan ini sangat mendukacitakan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Malam Pra Graduan Sesi Mei-Oktober 2011 Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Pengerusi REHDA Kelantan, Datuk Sekarnor Che Omar dilaporkan sebagai berkata, perkara itu berlaku berikutan faktor kos pembinaan yang tinggi menyebabkan pemaju di Kelantan tidak dapat menyediakan rumah mampu milik dan hanya membina rumah berharga RM150,000 ke atas.

Sekarnor berkata, disebabkan itu rumah berkenaan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Mengulas lanjut, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata, rakyat perlu menilai kembali masalah itu kerana jumlah yang dinyatakan oleh REHDA itu begitu tinggi dan sekiranya ia berterusan sudah tentu sebahagian besar rakyat Kelantan akan terus tidak mampu membeli rumah sendiri pada masa depan.
"Sebab itu kita sudah menyatakan keazaman jika Barisan Nasional kembali memerintah, masalah rumah ini akan diatasi dan kita akan dapat lihat ramai rakyat Kelantan akan mampu memiliki rumah," katanya.

Mengenai masalah lebih 100 penduduk di Kampung Lorong Minyak Gas yang diarahkan berpindah, beliau berkata, akan menemui semua penduduk itu dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan membantu mereka.

"Saya sedih mereka akan kehilangan tempat tinggal. Kalau kerajaan Kelantan menyediakan rumah untuk semua mereka tidak apa tetapi jika tidak, ia sesuatu yang boleh kita katakan sangat tidak wajar," katanya.

Minggu lalu penduduk terbabit berhimpun untuk membantah tindakan kerajaan negeri yang mahu mengambil tanah yang terletak di tebing Sungai Kelantan bagi tujuan projek pembangunan.

Penduduk mendakwa tindakan mengambil tanah berkenaan adalah tidak tepat mengikut undang-undang selain mereka tidak diajak berbincang terlebih dahulu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2011 05:03 PM | Show all posts
rakyat negeri lain semua mampu beli ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:06 PM | Show all posts
kelantam yg jual nasi kerabu tepi tong sampah pasar borong selayang kaa..?? amik taugeh pun kutip dari tong sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:08 PM | Show all posts
rakyat negeri lain semua mampu beli ker?
LongKai Post at 15-9-2011 05:03 PM



   
kah kah kah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:09 PM | Show all posts
kelantan je ke?
yg kat KL ni xmo kaji?
gaji RM2000 kalu dh ada loan keta n rumah
dh sesak napas tgh2 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:10 PM | Show all posts
kesian rakyat kelantan...   

kat sane tarak rumah flat coz rendah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2011 05:14 PM | Show all posts
rakyat kelantan udah2 ler ler dok sokong pas. lain kali pangkah BN....dgn itu harga rumah di kelantan akan turun...mungkin lepas sokong BN akan kedapatan rumah di kelantan dgn harga 20 ribu ka 30 ribu ka...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:16 PM | Show all posts
Reply 7# langlobat


    terbaekkk ...


harap2 rakyat kelantan yg sokong PAS cepat2 sedor diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 05:17 PM | Show all posts
La...patutlah kat Serambi Mekah tu media2 lapurkan ada rakyatnya tinggal didalam reban ayam dan kandang kambing..rupanya kerajaan tidak menyediakan rumah mampu milik.

Tsk tsk tsk tsk tsk...apa pemimpinnya ni amal2nya diterima ka diakhirat nanti..bukan kah selaku pemimpin dia ada amanah yg perlu ditunaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:17 PM | Show all posts
La...patutlah kat Serambi Mekah tu media2 lapurkan ada rakyatnya tinggal didalam reban ayam dan kandang kambing..rupanya kerajaan tidak menyediakan rumah mampu milik.

Tsk tsk tsk tsk tsk...apa pemimpinnya ni amal2nya diterima ka diakhirat nanti..bukan kah selaku pemimpin dia ada amanah yg perlu ditunaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:19 PM | Show all posts
Reply  langlobat


    terbaekkk ...   


harap2 rakyat kelantan  ...
Bolayan Post at 15-9-2011 17:16



Begitulah kita harapkan...

Selain akan kedapatan rumah teres 2 tingkat dengan rega RM20-RM30 ribu, rakyat kelantan
mungkin akan dapat menikmati hasil minyak yg dirompak dari mereka sekian lama...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:22 PM | Show all posts
bestnya cakap main hembus ja ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:24 PM | Show all posts
bestnya cakap main hembus ja ni
scavenger Post at 15-9-2011 17:22


Tidak mustahil perkara tersebut berlaku jikalau BN memerintah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 15-9-2011 17:29
kesian rakyat kelantan...   

kat sane tarak rumah flat coz rendah ke?
Lina66 Post at 15-9-2011 17:10


reban ayam ngan kandang kambing adalah dibuat rumah disana la cik lina...kan kita pernah buat tread kat sini dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:32 PM | Show all posts
kesian rakyat kelantan...   

kat sane tarak rumah flat coz rendah ke?
Lina66 Post at 15-9-2011 05:10 PM



    ada jer...tapi boleh dibilang dengan jari sebelah tangan

yg masih masih masih dan berterusan dalam pembinaan pun ada di area wakaf mek zainab

dh 3-4-5 tahun rasanya x siap2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:33 PM | Show all posts
rakyat kelantan memang tak mampu beli umah...tapi diorg mampu buat rumah banglo..

kat kampung kampung banyak je rumah banglo single storey aku tengok kat sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2011 05:33 PM | Show all posts
awat SPNB tak pi buat rumah RMR kat kltn?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:35 PM | Show all posts
rakyat negeri mana yg semenya mampu beli rumah? ramai je yg tak mampu. ptuih...ntah pe pe punya news.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:38 PM | Show all posts
rega rumah teres setingkat di kelantan khususnya dlm jajahan kb harga lbh kurang 130k-150k

kalo buat bank loan maunya dekat 700 gak la sebulan utk rumah rega 135k

bg yg berpendapatan bawah 2000 sebulan ( bukan staff gomen ) sah2 loan xkan lulus untuk 135k tuh...dan hanya mungkin lulus sebanyak 115 -120k saja

jadi mana diaorg nak cekau duit utk bayar "wang beza" sebanyak rm 15-20k?

tu blom masuk kos2 guaman/insurance lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 05:38 PM | Show all posts
rakyat kelantan memang tak mampu beli umah...tapi diorg mampu buat rumah banglo..

kat kampung kam ...
mikasa Post at 15-9-2011 17:33



    dah kira mampu ler tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080500 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list