CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

    [Copy link]
Post time 11-9-2012 09:05 AM | Show all posts
Salam..
Wahai kak Adilla ku sayang...
dimanakan Hj DIn berada...
sudah berbulan2 ku nantikan Hj Din..
tapi masih jua tidak kunjung tiba...
akak kata nak masuk 1 bab baru... mana nya.. dah 3 hari cari nie.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2012 02:10 PM | Show all posts
29

Malam terakhir seminar yang dihadiri Haji Din, kami di jemput untuk makan malam bersama-sama dengan kakitangan yang menghadiri seminar tersebut. Pada mulanya aku keberatan hendak memenuhi undangan itu kerana sepanjang hidup aku mana pernah menghadiri majlis-majlis sedemikian rupa. Kalau majlis doa selamat atau harijadi anak-anak jiran sekampung adalah. Nyanyi ramai-ramai sambil tepuk tangan.Lepas tu kami makan pulut kuning atau bubur syura. Best!!!

“Habis Minah nak buat apa kat situ?” dalam rasa tak yakin aku meluahkan apa yang ada dalam hati ini. Bila mengenangkan duduk dalam majlis tersebut buat aku kecut perut.

“Aminah Amia isteri sayakan, sudah pasti bersama saya sepanjang majlis itu berlangsung.” Haji Din tersenyum memandang aku yang sedang menyikat rambut di hadapan cermin. Biasan tubuh Haji Din dari cermin itu aku tatapi sehingga lelaki itu melabuhkan punggungnya di birai katil. Masih tenang memujuk.

“Lain ditanya, lain dijawab.” Gomel ku sendiri. Orang tanya nak buat apa dia cakap lain pulak.

“Isteri saya cakap apa sorang-sorang tu?  Kalau tak puas hati saya ada di sini.” Usik Haji Din dan lelaki itu masih melirik senyumannya.

“Minah minta maaf. Yang sebenarnya kalau Minah ikut Haji Din, Minah nak buat apa?” Tanya ku takut-takut dengan persoalan yang masih tiada jawapan.

“Aminah Amia isteri saya tidak perlu buat apa-apa, hanya perlu berada disisi saya.” Terang Haji Din. Baru aku faham maksud dari kata-kata Haji Din tadi.

“Habis kalau Minah hendak apa-apa, bagaimana Minah nak beritahu Haji Din?” aku terus mengadap Haji Din. Hati masih tidak puas dengan kata-kata Haji Din. Biar aku tanya sekarang dari bertanya di dalam dewan itu nanti. Masa pun pasti banyak mata-mata memandang.

“Kalau begitu Aminah Amia hanya perlu berbisik ke telinga saya saja.” Haji Din memberi cadangan. Lama aku terdiam untuk memikirkan cadangan Haji Din tetapi tak boleh…tak boleh.

“Tak naklah. Malu kalau orang tengok kita main bisik-bisik.” Keluh ku. Dari berdiri tegak, aku tersandar di almari solek sambil otak memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini. Tak mahulah main bisik-bisik. Malu sungguh kalau buat macam itu. Bak kata orang dulu-dulu ‘risik-risik ikan duri, orang berbisik nak berlaki’. Tapi sekarang aku dah berlaki, takkan nak berlaki lagi. Perempuan mana boleh lebih satu. Amboi Minah nak melawan hukum ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 02:26 PM | Show all posts
“Bak sini tangan Aminah Amia.” Entah bila Haji Din berdiri sebelah aku.Hanya terasa suaranya di bibir telinga. Aku belum berbuat apa-apa, Haji Din dahmencapai jari jemari ku yang runcing itu. Haji Din mengukur telapak tangan kudan dia. Aku memandang hairan. Dah main ukur-ukur pulak. Takkan nak main bahasaisyarat. Itu aku belum belajar lagi.

“Kenapa?” hanya sepatah aku bertanya dan Haji Din terus tersenyum lebar.

“Tapak tangan siapa lagi besar?” Haji Din meletakkan tangannya atas tapaktangan ku.

“Mestilah Haji Din. Kan Haji Din lelaki.” Jawab ku jujur. Haji Dinmengusap ubun-ubun ku lantas menciumnya. Aku hanya termangu memandang Haji Din.Satu jawapan satu kucupan.

“Bertapa besarnya kasih sayang saya untuk Aminah Amia isteri saya.” LuahHaji Din dan ini lagi membuat aku termangu. Tiba-tiba berbahasa romantika pula.

“Apa kena mengena dengan tapak tangan?” mulut tanpa sempat menahan danbertanya. Tak sayang mulut betul Minah ni.

“Begini! kalau Aminah Amia perlukan apa-apa, Aminah Amia isteri sayatulis atas tapak tangan saya.” Ujar Haji Din. Aku pandang tapak tangan HajiDin. Nak tulis pakai apa?

“Boleh ke?” Tanya ku kurang pasti. Kalau aku asyik menulis atas tapaktangan Haji Din, sudah pasti penuh dan tiada rupa tapak tangan Haji Din pula.Tau sajalah aku ni, pasti banyak tanda soal dalam benak fikiran ini. Iyalahbudak baru nak belajar katakan.

“Bolehlah sayang. Aminah Amia tulis begini.” Lantas Haji Din terusmembuat aksi yang sepatutnya perlu aku lakukan nanti dimajlis tersebut.

“Ohhh…begini rupanya.” Aku memandang tapak tangan ku yang di ukirberulang kali dengan jari telunjuknya. Terasa geli pun ada.

“Okey! Pergi siap. Pakai baju kurung berbunga biru yang saya beli masakita pergi Jusco Maluri tu.” Haji Din mengarahkan aku. Lelaki itu kembalimelabuhkan tubuhnya dibirai katil. Aku menurut perintah dengan rasa yangberbelah bagi. Dada masih berdebar-debar.

“Kenapa perlu menukar baju dalam bilik mandi Aminah Amia?” tenang HajiDin bertanya dan hati terus bergelora. Tanpa jawapan aku hilang disebalikpintu. Takkan aku hendak menukar baju depan Haji Din pula. Walaupun kami sudahmulai menyesuaikan antara satu sama lain tetapi bab ni aku masih failed lagi.

Aku keluar dari bilik air sebaik selesai mengenakan baju kurung tersebut.Rambut yang diikat tadi ku perkemaskan semula dan disanggulkan agak tinggi.Sengaja rambut tersebut ku tarik tegang. Iyerlah nanti bila dah pakai tudung,takut anak rambut akan terkeluar. Pasti Haji Din tidak gemar.

“Aminah Amia, turunkan sedikit sanggul tu. Dah macam unta pula.” Haji Dinsegera merapati tubuh ku. Sanggul yang kemas tadi diuraikan kembali. Getah rambutdi tarik keluar dan Haji Din kembali menyikat dan menyimpul sanggul ku tetapikali ini lebih rendah dan setara dengan kepala ku.

“Tak boleh ke?” Tanya ku jujur. Haji Din menarik tubuh ku mengadapnya dansenyumannya tetap terukir dengan air mukanya yang tenang.

“Haram sayang. Kita tidak boleh bermegah-megah dan ini salah satu puncauntuk  bahu kiri kita mendapat markah.”Terang Haji Din dan lelaki itu terus mencapai tudung yang tersangkut dipenyangkut baju. Memang sejak bertudung, semua tudung ku disangkut sedemikianrupa dan senang tidak perlu digosok. Warna biru yang senada dengan bunga-bungakecil itu. Haji Din tekun memakaikan aku tudung dan mengemaskannya sekali.Bagaikan anak kecil pula rasannya. Pandangan kami bersatu dan aku tertundukmalu.

“Okey! Siap.” Haji Din tersenyum. Aku segera memandang wajah di cerminuntuk melihat kekemasan yang Haji Din lakukan tadi dan yang sebenarnya untukmengelak Haji Din merenung ku lagi. Pabila berpuashati aku terus mengenakanbedak dan secalit gincu. Tiada alat makeup pun kerana sememangnya dari dulu akutidak suka dengan alat-alat tersebut. Haji Din pun tidak membantah keranamenurut katanya kecantikan seseorang bukan letak di wajah yang bercalit-calittetapi dari budi perkerti yang tersusun dalam hati dan sanubari. Dan yang lebihpenting kecantikan aku adalah harta Haji Din dan sememangnya hanya untuk HajiDin suami ku.

Aku tersenggih bila Haji Din menyarungkan t-shirt yang berwarna birujuga. Sedondon dengan aku. Baju yang di beli sama dengan baju kurung ku.

“Kenapa tersenyum? Ada yang tak kena ke?” tanya Haji Din dan lelaki itu terus menilik baju danseluarnya berulang kali.

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 02:28 PM | Show all posts
Salam Kak Dila...

Thanks for the new entry...lama tunggu ni....

Ada lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 02:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-9-2012 02:28 PM
Salam Kak Dila...

Thanks for the new entry...lama tunggu ni....

ewah ewah ... request kat rumah orang ... rumah awak tu?? .. mana mana?? ... ..

peace yoo ...

err cik adilla ... tambah la lagi ... hehehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 02:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-9-2012 02:28 PM
Salam Kak Dila...

Thanks for the new entry...lama tunggu ni....

Hahahahaha.Nicki hang tunggu part apa??hehehhee


P/s: tuan tanah jangan lupa sambung lagi yerr

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2012 03:03 PM | Show all posts
“Taklah, kita macam nak pergi Penang sajakan?” usik ku.

“Pergi Penang nak buat apa?” Haji Din bertanya sambil datang dekat denganku. Tangan ku dicapai dan Haji Din meletakkan dibutang bajunya. Dariperbuatannya aku tahu yang Haji Din hendak aku mengenakan butang baju yangbelum bercantum itu. Sengajalah tu. Aku mengemaskannya senyuman lebar.

“Nak masuk kumpulan boria.” Jawab ku selamba sambil tangan lincahmengemaskan butang baju Haji Din. Aku betulkan kolar baju Haji Din dan tanganku melurut kedada bidangnya. Sempat Haji Din mengenggam tangan ku danmembiarkan kemas berpaut.

“Boria?” dahi Haji Din dah bercantum.

“Ermmm….” Jawab ku dan Haji Din terdiam. Lama!

“Aminah Amia!!!” akhirnya Haji Din tersedar yang aku hanya mengusiknyadengan pakaian kami yang sedondon ibarat kumpulan boria Pulau Pinang.

“Haji Dinnnn!!!!” aku pula terjerit bila hidung comel ku menjadi mangsarasa geram Haji Din. Ketawa Haji Din memenuhi ruang sambil memandang akumengosok-gosok hidung comel ku.

“Itulah nakal sangat. Sini Aminah Amia!” panggil Haji Din bila melihataku ingin menjauh. Aku dekati semula Haji Din dan dengan pantas lelaki itumerangkul pinggang ramping ku.

“Jangan nakal-nakal Aminah Amia isteri saya, jaga mata dan jaga bicara.”Nasihat Haji Din dan menarik aku dalam pelukannya. Aku tahu Haji Dinmenyampaikan pesan untuk diri ini bila berada dalam majlis itu nanti.

“Minah ingat.”Akur ku bila Haji Din meleraikan pelukan kami dan sebagai balasan satu kucupanhadir diubun-ubun ku lagi.

Kami hadir sebagaipasangan suami isteri dan seperti artis banyak mata yang memandang. Iyerlahbaju yang sama warna lagi. Haji Din memilih meja yang hampir dengan pentas danmenarik kerusi untuk ku. Sebelum duduk tadi sempat juga Haji Din memperkenalkan aku dengan rakan-rakansejawatnya yang berlainan cawangan. Ada yang tercengangdan ada yang berbisik sesama sendiri. Terasa segan dengan situasi ini. Tapijodoh kami tiada siapa yang boleh menidakkannya. Sudah diatur susun letakkanoleh Yang Maha Berkuasa, siapa kami untuk menghalang. Malah aku berbanggakerana Haji Din menikahi ku dengan perasaan ingin mengisi kekurangan aku yang hampir80% zero.

Lamunan akuterganggu dengan kehadiran seorang pelayan yang menarik lampin yang berwarnaputih diatas meja dan cuba meletakkan ke ataspeha ku. Segera aku menganjak sedikit tubuh ku dan rapat ke Haji Din. Ada plak nak taruklampin atas peha aku. Ingat aku budak kecik ke? Haji Din yang perasaan denganrasa tidak senang ku hanya tersenyum.

“Tak mengapa dik,biar abang buatkan.” Sambil berkata demikian, Haji Din mengambil lampintersebut dan meletakkan atas peha ku sambil menepuknya perlahan. Apalah HajiDin ni. Nasib baik orang tak nampak. Iyerlah harta dia pasti Haji Din mahumenjaga sebaiknya.

“Haji Din, lampinni nak buat apa? Minah bukan budak kecil nak pakai lampin ni.” aku yang tidaktahu kegunaan lampin tersebut segera berbisik rapat ke telinga Haji Din. Kalaudengar dek orang pasti Haji Din malu denganpertanyaan ku. Orang kunolah katakana.

“Lampin ituberfungsi sebagai pelapik dari kotoran jatuh ke atas pakaian Aminah Amia.Biarkan saja disitu.” Haji Din juga berbisik sama sambil senyuman melebar.Mungkin lucu dengan kebegangapan aku agaknya. Kotoran? Mana datangnya kotoran tersebut. Dari siling ke? Aku inginmendongak ke siling tetapi rasanya itu dah melampau kot.

“Hai! Mainbisik-bisik nampak Shariffudin?” ada suara mengusik dan datang dari hadapan kami. Lelakiyang berkumis tebal itu tersenyum kearah kami. Hah! Kan dah kena. Aku yangdah termalu segera menundukkan wajah. Rasa nak menyorok bawah meja saja. Sertamerta pipi ku merona merah. Nak nangis pun ada ni. Kan aku dah cakap,mesti ada yang bersuara kalau nampak kami berbisik. Tapi tadi tindakan sepontanaku dan tak dijangka. Harap Haji Din tidak marah dengan kebiadapan aku ini.Pasti Haji Din pun terasa bahang malunya.

“Tak adaapa-apalah Hamdan. Isteri saya bertanya.” Sahut Haji Din dan tangan sasa lelakiitu mengenggam jari jemari ku untuk membuang rasa malu yang masih bersarang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 03:05 PM | Show all posts
“Iyerlah pengantinbaru, pastilah ada yang dibisik-bisikkan. Kau ni mengacaulah Hamdan. Bagilahchan sikit.” Sahut Kak Midah mengusik. Wanita yang berbaju merah yang penuhdengan senyum saja setiap kali pandangan kami bertembung. Tak sombong.

“Iyerlah, lupapulak.” Hamdan menambah. Pecah ketawa dari meja kami. Hah! Lagi aku malu. Mukadah tak tahu nak taruk mana. Genggaman Haji Din bertambah erat dan sempat akumemandang wajahnya yang sentiasa tenang. Haji Din tetap tersenyum sambilmengelipkan matanya. Takut-takut aku balas senyuman Haji Din.

Acara dimulakanselepas itu. Ucapan pendek menghiasi majlis kecil tersebut. Aku hanya mendengar tetapi tidakmemahami apa yang diucapkan. Dalam memerhati dewan kecil itu, mata terarah keselang dua meja ke hadapan. Dari jauh Badariah dan Zaida memandang tajam kearahkami. Bukan jauh sangat meja kami kalau aku tidak dapat menangkap jelingansadis Badariah pada ku. Zaida juga sesekali memandang kami. Bila pandangan kamibertembung, segera dia memandang kearah lain. Curi pandang yeh!  Aku cuba tersenyum danmengangguk tanda hai kepada mereka berdua. Buat apa nak sombongkan. Senyumanitu satu sederkah dan sederkah itu satu pahala menurut kata Haji Din. SebaliknyaZaida memalingkan muka manakala Badariah mencebirkan bibirnya sinis. Tak jadiaku hendak senyum lagi. Aku mengalihkan pandangan kearah Haji Din bilamerasakan ketidak selesaan. Terasa sejuk semacam dalam dewan ini. Ini yang akualah. Rasa yang aku tidak suka sama sekali kerana ia akan membuat pundi kencingbagaikan digeletek. Ini yang tak tahan. Aku cuba tidakmenghiraukan, tetapi makin aku tahan makin mengigit pundit aku.

“Haji Dinnn…HajiDinnnn….” Bisik ku perlahan. Mata mengawasi yang lain. Nasib baik yang lainsedang asyik dengan hidangan.

“Errrmmm…” HajiDin mengangkat keningnya bertanya. Wajahnya ditoleh pada ku. Nasib baik akutidak tercium Haji Din. Iyerlah lelaki ini berpaling tanpa isyarat pun. Kiritakde, kanan pun takde. Pipi segeraberpinar. Haji Din hanya tersenyum. Redup mata helangnya turut sama tersenyum.Segera aku menjauhkan tubuh ku.

Aku pandang tapaktangan Haji Din sambil menulis sesuatu. Haji Din pun ikut sama memandang tetapilelaki itu mengerutkan dahinya tanda masih tidak memahami. Sekali lagi akulorekkan perkataan ‘NAK PERGI BILIK AIR’. Haji Din masih juga begitu. Akhirnyaaku merapat bibir ke telinga Haji Din.

“Minah nak pergibilik air.” Bisik aku hampir tidak kedengaran.

“Ermmm…pergilah.”Haji Din menyahut perlahan juga.

“Tapi Minah taktahu bilik air dimana.” Luah ku sambil berbisik lagi.

“Aminah Amiakeluar pintu besar dan tengok signboard belah kiri.” Ajar Haji Din.

“Teman Minahboleh?” pinta ku sungguh-sungguh. Manalah aku tahu kawasan ni. Tersesat nantilagi parah. Memanglah kami dah lama berada disini tetapi nak menjelajahkeseluruhan hotel ini bukan tabiat aku. Lebih baik dok memeram dalam biliksahaja atau dok melepak dengan umi.

“Okey! Jom!”dengan senang Haji Din menjawab. Segera Haji Din bangun dan mula menolakkerusinya.

“Nak kemana Din?”Tanya Hamdan yang sedang asyik mengigit udang.

“Nak pergi washroomsekejap.” Jawab Haji Din sambil menarik tangan ku sama ikut bangun. Bilamendengar kata Haji Din, segera aku menarik tangannya semula menyuruh lelakiitu duduk kembali.

“Kenapa AminahAmia? Tadi kata nak pergi washroom kan?” lembut Haji Dinbertanya bersama wajah yang pelik memandang ku.

“Minah nak pergibilik air bukan nak pergi bilik membasuh.” Ujar ku betul-betul di telinga HajiDin. Takut orang lain terdengar. Entah kenapaketawa Haji Din pecah. Aku dah tercengang-cengang. Salah cakap ke? Kawan-kawanHaji Din dah pandang semacam. Aku segera melepaskan genggaman Haji Din. Malulahmacam ini.

“Okey!! Jom! Jom!”ajak Haji Din dan lelaki itu kembali mencapai tangan kiri ku. Ketawanya HajiDin sudah reda tetapi senyumannya masih dibibir basahnya. Aku segera bangun.Iyerlah dari duduk mengadap wajah-wajah yang memandang kami pelik lebih baikaku angkat kaki. Sesekali aku cuba menarik jarijemari ku dari genggaman Haji Din tetapi tidak berjaya. Iyalah hati terasa nakmerajuk bila terkenang tawa Haji Din tadi.

“Kita nak pergimana?’ Tanya ku tidak puas hati bila kami sudah keluar dari dewan tersebut.

Washroomlah!”sepatah Haji Din menjawab.

“Minah tak naklah.Minah ajak teman pergi tempat lain, Haji Din nak bawak pergi tempat lain pula.”Rungutku perlahan. Haji Din segera memberhentikan langkah dan menatap wajah kudengan pandangan yang mengeleng.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 03:10 PM | Show all posts
Adilla posted on 25-9-2012 03:05 PM
“Iyerlah pengantinbaru, pastilah ada yang dibisik-bisikkan. Kau ni mengacaulah Hamdan. Bagilahchan  ...

sweet minah ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 03:12 PM | Show all posts
hotmum posted on 25-9-2012 03:10 PM
sweet minah ...

Bukan sweetlah....Shy-shy cat.....



Virus-virus merepek sudah menyerang....nak kena makan ubat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 03:16 PM | Show all posts
Adui rindu dgn minah ......

Hari tu x perasan pula yg mana satu haji din... adilla npk anak dara dan anak teruna adilla aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 03:19 PM | Show all posts
qimi08 posted on 25-9-2012 03:16 PM
Adui rindu dgn minah ......

Hari tu x perasan pula yg mana satu haji din... adilla npk anak dar ...

sib baik tak npk....hahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 03:24 PM | Show all posts
Adilla posted on 25-9-2012 03:19 PM
sib baik tak npk....hahahaha....


Hari tu jumpa kawan haji din ...adilla yang wife dia tu member forum gak. tzaraz yg lepak kat rumah nazs tu.....
dia dtg dan family dia........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 03:34 PM | Show all posts
“Aminah Amia! Washroomtu sama maksud dengan bilik air atau tandas. Kadang kala orang memanggilnya Ladies.”Terang Haji Din dengan matanya tidak lekang menatap seraut wajah ku yang sudahpasti dalam keadaan blur.

“Iyer ke? Kenapaiya?” Tanya ku dengan penuh persoalan. Jauhnya maksud.

“Iyer sayang, ituadalah kerana lebih sopan bila berada dalam kalangan orang-orang bangsawanni.” Sempat Haji Din menerangkan pada ku. Siap bawa masuk perkataan bangsawanlagi. Itu aku fahamlah.

“Okey! Minah nakminta maaf sebab buat Haji Din malu tadi.” Pinta ku ikhlas.

“Aminah Amiaisteri saya, jangan kerana hal tadi Aminah Amia merajuk dengan saya iya? Memangsalah saya kerana mentertawakan isteri saya dihadapan orang lain dan ia akanmembuat maruah isteri saya ikut sama jatuh. Maafkan saya iya Aminah Amia isterisaya.” Lancar suara Haji Din keluar dari bibirnya. Terharu dah ni. Airmata nakkeluar tetapi tidak lama. Atas nak keluar bawah pun sama ni.

“Haji Din! Minahtak tahan ni.” Ujar ku kelam kabut. Haji Din tersenyum dan segera menariktangan ku ke arah kiri dan disitu Haji Din menujukan sebuah pintu yangtertampal gambar wanita bersanggul. Kena bersanggullah pulak. Arhhh!!! Biarlah.Aku tak boleh tunggu ni. Segera aku tenggelam disebalik pintu tersebutsementara Haji Din ke Gents pula. Menurut kata Haji Dinlah. Apa ituGents pun aku tak sempat bertanya.
Aku segera membukaensel pintu bilik air bila selesa melunaskan hajat. Kaki aku terpaku bilamelihat dua makhluk ALLAH ni didepan mata sambil menatap cermin besar diruangini. Sampai sini diikutnya kami. Dasyat betul penangan Haji Din. Beruntung kauMinah!.

“Hah! Budakkampung ni ada kat sini?” sinis Badariah bersuara bila pantulan imej di cerminbesar menangkap kelibat aku yang baru saja melangkah keluar dari bilik kecilitu. Memek wajahnya bagaikan terperanjat melihat kelibat aku. Bersangka baiklahMinah.

“Tengoklah tu kak!Entah tahu entah tidak guna toilet ni? Budak kampong katakan.” sekali lagiBadariah menembak perasaan ku. Pesan Haji Din sentiasa di ingatan seperti manawajah dan nama suami ku itu yang sentiasa dalam fikiran. Bersabar dan redha atassemuanya. Aku hanya tersenyum dalam membalas kata-kata si mulut celupar itu.

“Masuk toilet highclass ni bisu terus kak! Terkejut kot tengok dalamnya.” Sengaja Badariahmencurah minyak lagi. Toilet ada class ke? Bukan budak sekolah sahaja yang ada class?Benak betul ni. Aku hanya membalas dengan senyuman. Lantaklah kau Badariah. Nakmeroyan atau mengelupur aku tak masuk campur. Aku memandang ke depan dan daribiasan cermin aku melihat ada seorang wanita berambut perang sedang menungguuntuk mengunakan singki. Iyalah dah dua mahkluk Allah ni berdiriditengah-tengah bagaikan cermin itu akan mengatakan merekalah yang cantik dalamwashroom ini. Wanita tersebut berbalas senyuman dengan ku.

“Hah! Tahu ke gunapaip tu kak. Budak kampung biasanya mandi dan guna air longkang je.” Badariahmasih tidak berpuas hati bila melihat aku hendak menyentuh pili air pula.Aduhhh! Badariah dah jadi Nyonya Mansur pulak. Membebel saja kerjanya. Denganperasaan berdebar aku sentuh juga pili tersebut. Elehhh…aku dah pandai pakai piliyang macam inilah. Haji Din yang ajar. Dalam pada itu sempat juga fikiran akumenerawang mengingati bagaimana kunonya aku bila pertama kali mengunakan pilidi hotel canggih ini. Ingat nak basuh muka yang terasa berminyak dan melekit.Iyalah biasa dirumah ada satu pili saja tetapi sampai dihotel ada dua. Merahdan biru. Pada anggapan aku mungkin hotel menyediakan pili tersebut mengikutjantina. Merah untuk orang perempuan dan Biru untuk orang lelaki. Baiknya hotelini mengambil berat pasal halal haram untuk pengguna berugama Islam. Sebaiksaja aku membuka pili bertanda merah maka dengan suara nyaring aku menjerit.Panasss!!! Sehinggakan Haji Din yang baru hendak terlelap bingkas bangun danterus mendapatkan aku.

“Kenapa AminahAmia? Kenapa ni?” dalam kalut Haji Din menarik bahu aku rapat kepadanya.

“Sakit!! Panas!!!”sebak dalam tangisan. Aku menunjukkan telapak tangan yang terkena air panas.Nasib baik sikit. Kalau tidak pasti kulit muka aku dah melepoh.

“Bagaimana bolehkena ni?” dengan nada risau Haji Din membelek tapak tangan ku yang mula memerahsambil menarik aku duduk dibirai katil.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 03:35 PM | Show all posts
qimi08 posted on 25-9-2012 03:24 PM
Hari tu jumpa kawan haji din ...adilla yang wife dia tu member forum gak. tzaraz yg lepak kat ru ...

maluuuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 03:39 PM | Show all posts
“Minah tak tahu.Minah cuma buka paip air untuk orang perempuan tetapi air panas pula yangkeluar.” Esak ku. Iyalah tangan tengah sakit. Haji Din yang tekun membelektapak tangan ku segera mendongak memandang ku.

“Paip air untuk orangperempuan?” Haji Din bertanya lagi dan terpancar kepelikan dari raut wajahnya.

“Iyalah paip untukorang perempuanlah. Warna merah. Warna Biru untuk orang lelaki.” Jawab ku yakindan selamba. Airmata dah mula kering.

“Astaghfirullahhil’azimAminah Amia isteri saya. Warna merah itu untuk air panas. Warna biru untuk airsejuklah sayanggg…” Haji Din dah tepuk dahi. Aku pula termangu-mangu. Haji Dinmemandang sambil mengeleng kepala beberapa kali. Tetapi aku sempat terkesansenyuman dibibirnya. Salah lagi ke?

“Minah minta maaf.Minah tak sengaja.” Luah ku takut-takut. Lama aku tertunduk memandang jarijemari ku yang sedang diusap oleh Haji Din. Sesekali Haji Din meniup telapaktangan ku. Entah apa yang dibaca oleh Haji Din.

“Aminah Amiaisteri saya, sakit lagi ke?” Haji Din bertanya tanpa menghiraukan kata-katamaaf dari ku. Renungan mata Haji Din menyapa pandangan ku. Dari riak wajahnyamasih terukir kerisauan.

“Dah okey sikit,Minah minta maaf. Minah tak sengaja.” Sekali lagi kata maaf ku hulurkan. HajiDin memandang ku lama dan perlahan-lahan leher ku ditarik dan satu kucupankudus di dahi ku. Agak lama.

“Aminah Amiaisteri saya, jika ada apa-apa jangan segan silu bertanya dan meminta dengansaya. Aminah Amia tanggungjawab dan amanah saya yang perlu saya jaga di duniadan akhirat. Sekali Aminah Amia sakit, beribu kali kesakitan itu memburu saya.”Luah Haji Din lembut bila lelaki itu melepaskan kucupannya. Mata helangnyaredup memandang ku.

“Minah minta maaf.Bukan Minah tak bertanya tetapi Haji Din tengah tidur. Minah takut mengangguHaji Din.” Aku pandang mata Haji Din dan mencuba menghantar keikhlasan darikata-kata ku dari isyarat mata tetapi seperti biasa aku tidak bisa berlamadisitu kerana renungan Haji Din boleh membakar dan membunuh tubuh ku yang kecilini.

“Aminah Amia,dalam pandangan orang yang memberi lebih mulia dari yang menerima. Betulkan?”Haji Din dah memulakan kelas agamanya.

“Betul!” jawab kulurus.

“Tetapi dalam segiilmu yang menerima lebih mulia dari yang memberi.” Kata-kata dari Haji Dinmembuat aku terpinga-pinga. Dah terbalik pulak.

“Sebab?” tak puashati dengan ayat tergantung Haji Din membuatkan otak aku segera menyuruh lidahberkerja.

“Yang menerimaakan sentiasa bertanya dari yang memberi. Sampai waktunya dada yang menerimaini akan penuh dengan ilmu dan tugasannya pula haruslah menjadi yang memberipula. Jadi kesimpulan disitu, yang menerima mendapat dua kebaikan dalamdirinya. Menerima dan memberi. Faham?” Tanya Haji Din melihat aku masihmerangkak-rangkak untuk memahami tutur katanya.

“Terima dan Beri.Maksudnya Minah ni akan jadi orang ditengah-tengahlah?” aku cuba huraikan mengikutakal fikiran ku.

“Ermmm….betul.Tetapi ada syaratnya kalau inginkan dua kebaikan itu.” Ujar Haji Din. Ada syaratlah pulak.

“Apa syaratnya?”Tanya ku tidak sabar.

“Aminah Amia tidakboleh bersikap kedekut, riak, sombong dan sentiasa bertanya. Itu mesti adadalam diri kita sebagai makhluk Alllah”. Sambung Haji Din lagi.

“Ohhh…Minah faham.Terima kasih Haji Din. Insyallah Minah akan cuba memenuhisyarat-syarat tu untuk mendapatkan dua kebaikan.” Janji ku penuh semangat.

“Inilah isterisaya Aminah Amia dunia dan akhirat.” Perlahan Haji Din meluahkan dan sekali gustubuh ku berada dalam pelukan Haji Din bersama usapan dikepalaku dan membuataku tersenyuma manja.

“Hahh! Dah takbetul pulak budak kampong ni. Tengok Kak Zaida! Tersenggih depan cermin ni.Takut pulak Bad.” Sergah Badariah.

Serta merta memoribersama Haji Din terbang melayang bila Nyonya Mansur Junior ini menyergah.

“Kasihan denganabang Din.” Sinis Kak Zaida menyindir. Baru hari ini aku mendengar kata-katasinisnya. Selama ini renungannya saja. Mungkin dalam ladies ni Haji Dintak nampak gayanya dan mungkin juga untuk menjaga penampilannya. Bak kata orang Control Cute.Tapi bagi ku tiada cute mana pun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2012 03:51 PM | Show all posts
“Iyerlah kak. Kasihan abang sepupu Bad tu. Apalah nasib.” Badariah cuba mencurah minyak ke dalam bara. Aku masih mendiamkan diri. Hendak melihat sejauh mana Kak Zaida dan si mulut laser Badariah memprovokasikan aku.

“Dari mana datangnya perempuan ni pun kita tak tahukan kak?” Mulut Badariah masih kumat kamit berkata. Dada yang mula membakar terpaksa aku tahan. Nanti tak pasal-pasal ada yang mandi air jamban pula. Sempat aku berbalas senyuman dengan wanita yang berambut perang yang sejak tadi berada dibelakang kami. Wanit tersebut setia menunggu giliran untuk mengunakan paip air.

“Execuse me!” tiba-tiba wanita itu mencelah antara aku dan Badariah. Ketika itu baru saja Badariah melakukan aksi mencebiknya terhadap ku. Bila terpandang wanita yang berpakaian agak elegant terus wajahnya dimaniskan.

“Dari mana ni?” lembut suara wanita itu menyapa. Ingatkan wanita itu hendak menyapa Badariah dan Kak Zaida tetapi rupa-rupanya ditujukan pada ku. Aku yang baru hendak bergerak mematikan langkah.

“Tanya Minah ke?” jujur aku menjawab. Iyerlah nanti tak pasal-pasal didakwa perasan oleh dua makhluk ALLAH ini pulak.

“Iyer, saya bertanya dengan awaklah. Dari mana? Orang sini?” ramah wanita itu berbicara dan sentiasa terselit dengan senyuman.

Kehadiran Badariah dan Kak Zaida tidak dihiraukan, seperti tidak wujud ada juga biasa pun kedua-duanya tegak berdiri macam tinag bendera di Dataran Merdeka. Tak jadi aku hendak melangkah keluar. Senyumannya ku sambut penuh ikhlas.

“Minah dari Kampung Pandan.” Aku memulakan bicara.

“Kampung Pandan! Kampung Pandan mana? KL ke?” teruja wanita itu bertanya lagi.

“Kampung Pandan Kuala Lumpur.” Jawab ku terus. Dalam hati tertanya-tanya, adakah nama Kampung Pandan lagi?

“Ohhh…luar ke dalam?” mata wanita itu nampak sungguh ceria bila menyebut Kampung Pandan. Macam sudah lama duduk di kawasan Kampung Pandan. Tahu luar dan dalam.

“Tengah-tengah dekat dengan Tesco Ampang.” Terang ku lebih dalam.

“Ohhh…I pun ada rumah disana.” Jawab wanita itu tanpa sempat aku bertanya.

“Iyer ke? Dimana? Asal sana ke?” aku pula bertanya. Iyerlah macam dah jumpa orang kampong pulak. Kak Zaida dan Badariah masih dok terconggok di tepi kami.

“I asal sini dan tinggal sini. Rumah persinggahan I dekat dengan Sekolah Rendah Desa Pandan,  Mutiara Upper East nama kondo I. Tahukan kat mana?” luah wanita itu lagi.

“Ohh..kondo yang warna silver, yang mahal tu? Orang kata rumah tu cantik. Tapi orang tak cakap pun Minah tahu cantik sebab dari luar pun dah nampak dinding kaca-kaca.” aku pula menjadi tukang tanya dan rasa teruja bila bertemu dengan salah seorang penghuninya.

“Iyer! Memang pun! I beli dah setahun lebih. Senang nak singgah KL kalau dah boring dengan Johor ni. Mahal jugaklah tapi kalau dah berkenankan cuba diusahakan jugalah. Nak kata cantik tu biasalah saja. Cantik lagi rumah-rumah kampung kayu tau. Tapi rumah kampung macam tu susah nak dapatkan sekarang. Kayu pun dah mahal dari batu.” Cerita wanita itu tanpa rasa berlagak. Iyerlah aku dengar dari orang kampong harga kondo tersebut dekat 1.5 juta ringgit Malaysia ketika projek mahu dijalankan. Sekarang pasti dah melambung-lambung.

“Pasti you ni kayakan?” entah siapa bertanya, Badariah menyampuk tanpa rasa malu. Yang lebih teruk lagi sengaja lengan ku ditarik untuk memberi ruang dirinya berdiri disamping wanita berambut perang itu.

“Minta maaflah, I nak cepat. Okey Minah, ini kad I kalau senang call I. Nanti I datang KL boleh kita jumpa kat mana-mana.” Tanpa menghiraukan pertanyaan Badariah, wanita berambut perang itu menyerahkan sekeping kad pada ku.

“Shamsiah.” Tanya sedar mulut ku membaca kad tersebut bila dah bertukar tangan.

“Sorry I lupa nak kenalkan diri tadi. Berborak bagai dah kenal lamakan. Nama I Shamsiah. Panggil saja Kak Sham.” Aku tersenyum akan kata-kata Kak Sham itu. Memang mesra alam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 04:20 PM | Show all posts
hahahaha..
adoii.. terubat rindu ku pada hj.din & aminah..
padan muka bad & zaida...
hahahahahah...
eeee... geramnya ngan duaorg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 04:29 PM | Show all posts
cptlah MINAH keluar dr tandas tue...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 04:30 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-9-2012 03:12 PM
Bukan sweetlah....Shy-shy cat.....

AHhahahahhaa..


cheq yang baca pun shy shy cat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 1.019557 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list