novel mikhail n satu janji ade lg x?....nk tnye novel satu janji cite pasal ...
mrsafif Post at 28-2-2012 12:17
ni saya ambil dari goodreads.... thanks to hilmi:
Sebuah novel hasil tulisan penulis thriller terkenal di Malaysia,iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM),yang pada hemat saya cukup unik dan lain daripada yang lain jika hendak dibandingkan dengan novel-novelnya yang lain. Pada pendapat saya,di dalam novel ini,RAM lebih menitikberatkan genre atau tema cinta. Namun begitu,RAM turut memuatkan unsur-unsur thriller dan aksi di dalam novel tersebut. Cuma,tema cinta agak lebih menyerlah.
Satu Janji mengisahkan Luqman bin Abdullah,seorang anak yatim yang ditinggalkan di sebuah rumah kebajikan ketika masih bayi lagi. Nasib beliau baik kerana dijadikan anak angkat oleh Datuk Abdullah dan Datin Azizah. Malang sekali,kedua-duanya meninggal dunia. Lalu,Luqman terpaksa menempuhi hidup tanpa ibu-bapa dan menguruskan syarikat keluarganya.
Kisah bermula apabila Luqman terpikat dengan Adelia,seorang pengurus restoran milik keluarga Adelia. Luqman berjanji untuk mengenali Adelia dan menjadikan Adelia isterinya. Selain itu,Luqman turut berjanji pada dirinya sendiri untuk menjejaki ibu-bapa kandungnya. Dia juga berjanji untuk mencari dalang sebenar yang bertanggungjawab membunuh Datuk Abdullah dengan kejam. Namun,usahanya untuk menepati janji-janjinya itu akan berhadapan dengan bermacam-macam halangan dan dugaan yang akan menguji kesabaran dan ketabahannya.
Bagaimanakah caranya Luqman memikat Adelia? Adakah Adelia akan menjadi miliknya? Adakah Luqman akan berjaya menemui ibu-bapa kandungnya? Adakah Luqman akan berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan dalam menunaikan janji-janjinya? Dapatkan jawapannya dengan memiliki novel ini di pasaran sekarang.
Walaupun Satu Janji agak menitikberatkan kisah cinta,tetapi,pada masa yang sama,RAM juga turut menyampaikan beberapa mesej dan isu di dalamnya. Antaranya adalah seperti masalah pelacuran,pengedaran dadah,nilai-nilai murni kekeluargaan,kebajikan anak-anak yatim dan sebagainya lagi. Isu-isu atau mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dilihat relevan dan sesuai untuk para pembaca menjadikannya sebagai iktibar di dalam kehidupan. Satu Janji merupakan sebuah novel yang amat berbaloi untuk dibaca dan dijadikan koleksi. Saya menyarankan orang ramai,terutamanya,para peminat novel Melayu untuk membaca novel ini.
Novel Untuk di jual...
(harga belum masuk postage)
1. Baju Melayu Hijau Serindit ..syud..RM12 (js) SOLD
2. Setia Menanti Fauziah Ashari...RM14 alaf
3. Doa buat Suamiku Sri Diah ... RM14 Alaf
4. Aku dia dan Gossip Lily Haslina Nasir .. RM12
5. Untukmu Sayang... Marwati Wahab... RM15 (fajar) BOOKED
6. Stanza Cinta Nurull Halawati ... RM13
7. Cinta yang Terpilih.. Sri Diah .. RM12 (alaf)
Novel Satu Janji merupakan novel paling ringan dengan formula penulisan 50% genre cinta dan 50% genre thriller berbanding karya beliau yang lain. Melalui novel inilah nama beliau mula dikenali dikhalayak pembaca.
Saya sarankan sdr. untuk memiliki novel ini.
Ada sesiapa yang berminat dengan novel karya Abd. Talib Hassan? Abdul Rahim Awang? Atau mahu dapatkan novel Jibam karya Ujang? Mungkin mahukan novel Cinta Hari-Hari Rusuhan karya Faisal Tehrani? Nyanyian Tanjung Sepi? Bukan Puteri Lindungan Bulan?
Jika mahu memiliki salah satu tajuk diatas, boleh PM saya. Buku baru.
Alaf 21
Biru Ungu Cintaku - Intan Arnida RM14
Detik Debar - Eyman Hykal RM11
Jika Benar Cinta - Lynn Dayana RM10
Ternyata Cinta - Damya Hanna RM12
Buku Prima
Air Mata Rindu - Pitteriah Abdullah RM13
Influenza Cinta - Levis Delisya RM15
Jangan Sebut Namaku - Noorfadzillah RM14
Mahkota Jiwaku - Myzara Ab.Fatta RM15