CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12089|Reply: 6

Tips: Menukar tayar kereta pancit

[Copy link]
Post time 31-10-2011 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Post kali khas untuk para wanita di luar sana yang memandu kereta, dan juga untuk lelaki-lelaki metroseksual, trenseksual, transaksi, dual-core dan sewaktu dengannya yang tak pernah bertukang selama ini hehe.

Pernahkah anda mengalami tayar kereta pancit?. Anda tidak tahu bagaimana untuk menghadapi kekangan ini?. Mesti anda khasnya pada wanita hanya mengharapkan bantuan orang ramai je kan? Mari kita belajar bagaimana cara hendak menukar tayar kereta.





Pemandu haru memastikan kereta anda mempunyai ;


1.Tayar ganti  / Spare
2.Tayar ganti ada angin
3.Jack - untuk men-jack (angkat) kereta anda.
4.Tool box (dilengkapi semua alat-alat seperti pembuka nat dan lain-lain)


Semua di atas adalah penting, dan harus di pastikan sentiasa ada tersedia di dalam kereta anda. Menukar tayar di jalan raya/highway adalah amat merbahaya. Jadi pastikan anda meletakan kon Segi-tiga kecemasan sekurang-kurangnya 50m dari kenderaan anda.




Jika tayar anda pancit, jangan gelabah atau panik, perlahankan kereta dan pastikan stereng tegar di pegang kemas.


1) Serta-merta memasang lampu kecemasan.
2) Kiranya terafik padat, boleh memasang lampu depan / belakang kereta anda.
3) Cari bahu jalan yang rata.
Kemudian, cepat memasang alat kecemasan atau kon lebih kurang 20 – 30 meter di belakang kenderaan anda. Kesemua penumpang di nasihatkan keluar kereta. Tidak di benarkan berada dalam kenderaan. Bahaya kiranya berada di dalam kenderaan.
4) Keluarkan tayar ganti.
5) Keluarkan “jack”.
6) Alat skrew driver.
7) Pembuka nut atau tayar. pasang “brek tangan”. Kemudian masuklah salah satu gear. Apa-apa gear pun boleh.

Langkah kemudian, buka “wheel cover” tayar terlebih dulu dengan skrew driver. Seterusnya, buka nut-nut tayar bocor. Naikkan tayar bocar sehingga ia melepasi paras tanah.Untuk tayar ini, cari tempat keras atau kuat di badan kereta bagi meletakkan “jack”. Sesudah memasuki tayar ganti, ketatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.
Proses seterusnya ialah menurunkan kenderaan. Kemudian, hendaklah memperketatkan keempat-empat nut tayar. Ini penting. Ia melarang nut-nut tayar daripada terjatuh keluar.Bagi mengakhiri langkah-langkah pernukaran tayar itu, turunlah kenderaan dengan perlahan. Akhir sekali, letakkan jack, alat pembuka tayar, skrew driver, tayar bocor ke dalam booth dengan selamat.
Seterusnya, padam lampu kecemasan kenderaan. Sebelum mula bergerak, “free” gear dahulu. Proses penukaran tayar bocor itu memang panjang-lebar. Sudah pasti di lupanya satu dua langkah. Di mana terdapat perkara-perkara yang tidak di beritahu, tambah-tambahnya sahaja.


Akhir kata, ke kedai tayar sahaja seberapa cepat yang boleh. Tayar bocor hendaklah di tampal segera. Kerana tayar itu mustahak sekali! Disini kami sediakan 1 video untuk anda saksikan berkaitan penukaran tayar kereta. Selamat berhibur


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 10:40 AM | Show all posts
Tips paling mudah kepada "para wanita di luar sana yang memandu kereta, dan juga untuk lelaki-lelaki metroseksual, trenseksual, transaksi, dual-core dan sewaktu dengannya yang tak pernah bertukang selama ini"


Atee, pakai aje run flat Tyre


Dari

Lelaki Hyperseksual
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 02:39 PM | Show all posts
Boleh saya tambah ?.

Kalau nak senang lagi, gunakan hydraulic jack dgn castor.  (Ia lebih stabil & senang nak jack tayar walaupun bahu jalan tak rata.)  

Jgn lupa gunakan jack-stand utk lebih selamat; kalau takde jack-stand, elok gunakan spare wheel tu dulu manatau kalau2 jack tu tumbang ke apa ke.   Tentu merbahaya.

Utk lebih mudah membuka skru tayar yg ketat tu, ada baiknya beli / spare hollow steel rod yg panjang sikit, senang nak leveragekan nat2 tayar yg diketatkan dgn air-gun oleh kedai tayar.

Nak senang lagi, & bagi yg pompuan tu, betulkan faundation, pakai  lipstick balik & tunggu je berhampiran kereta anda, nasib baik tentu ada org datang nak membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:33 PM | Show all posts
selama aku ada kreta..bru skali kna tukar tayar pancit
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 11:58 AM | Show all posts
nak tukar tayar pun kena bukak thread ke hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 05:08 PM | Show all posts
tapi ini satu perkongsian~ kalau nak lebih mudah bagi yg lemah lembut dan tak mau keluarkan peluh boleh cuba beli tyre sealant ni dimana pasaraya2 besar .........lagi mudah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2014 05:12 PM | Show all posts
lepas cabut paku yg mencucuk tayar...terus masukan benda ni~ tayar yg sudah pancit akan penuh dgn angin balik sambil dimasukkan sejenis liquid~ dimana cecair tu akan tampal tayar yg bocor tu dari dalam masa tayar bergerak......boleh cuba...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.100993 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list