CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206573|Reply: 2505

AKASIA : GEMERSIK KALBU [MULAI 2 JAN 12 ISNIN - KHAMIS 7PM]

   Close [Copy link]
Post time 4-11-2011 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 29-12-2011 22:21

Gemersik Kalbu ni tuk slot Akasia yg akan ditygkan pada bulan Disember slps cerita Tentang Dhia... Asalnya hero n heroin dia Aqasha ngan Rita tp sbb Rita sibuk shooting Tangisan Bulan Madu 2,n tygannya pun sama so dia terpaksa tolak tawaran tu.  Suka tgk Rita ngan Aqasha sweet sgt.  So x dpt le tgk gandingan diorng dlm ms terdekat ni... Rasanya tempat dia diganti oleh biras dia Ayu Raudhah n sbb sibuk berlakon citer ni lah dia keguguran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 11:18 AM | Show all posts
diganti ngan biras nya....
rezeki ko lah ayu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 11:46 AM | Show all posts
Gemersik Kalbu ni tuk slot Akasia yg akan ditygkan pada bulan Disember slps cerita Tentang Dhia... A ...
jue7269 Post at 4-11-2011 11:09



   
tajuk sama mcm novel ni.. kalau btl citer yg sama mmg aku suka la.. novel ni bestt

aku pernah tnye kat slh sorg pelakon dia , azhan rani.. gemersik kalbu ni adaptasi dr novel ke sbb tajuk sama..dia ckp x pasti pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 11:55 AM | Show all posts
x ingat penah baca x novel ni...
byk jgk drama adaptasi dr novel2 ni ye skang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:08 PM | Show all posts
x ingat penah baca x novel ni...
byk jgk drama adaptasi dr novel2 ni ye skang...
miz_elec Post at 4-11-2011 11:55



   aah tu la.. dah jd trend pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:09 PM | Show all posts
Farahdhiya bintangi Gemersik KalbuOleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my





RANGGI...penampilan Farah menarik perhatian ramai.


LAKONANNYA sebagai Fatin dalam drama bersiri Spa Q sememangnya meninggalkan impak besar buat Farahdhiya Mohd Amin, 26, atau nama manjanya, Farah, sehingga ke hari ini.
Pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu berjaya membawa karakter tersendiri dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu sehingga ia meninggal�kan emosi yang mendalam kepada penonton. Malah ada peminat yang turut geram dan membenci karakter itu.


Perkembangan watak menerusi drama popular itu turut menyerlahkan bakatnya dalam Spa Q musim kedua dan Spa Qistina.

Impak daripada lakonan itu membuktikan Farahdhiya sememangnya mampu melaksanakan pelbagai watak yang diberikan. Sama ada sebagai wanita baik sehingga watak antagonis, ia cuba dilaksanakan dengan cukup berkesan.


Kini selepas sekian lama tidak bekerja sama dengan Global Station penyanyi yang popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati ini berasa teruja untuk membawakan watak yang lebih mencabar lagi daripada penampilan sebelumnya.


Farahdhiya bakal bergandi�ngan dengan pelakon popular tanah air, Aqasha dan pelakon kontroversi Neelofa untuk drama bersiri 26 episod bagi slot Akasia (TV3) berjudul Gemersik Kalbu yang bakal memulakan penggambaran Oktober ini.

Walaupun mendapat maklum balas yang pelbagai mengenai lakonan, Farah tidak mudah puas dengan pencapaiannya itu. Bukan hanya berpeluang melakonkan pelbagai watak malah boleh dikatakan bakat lakonannya mendapat perhatian peminat.

“Saya tidak berdepan apa-apa masalah jika sering ditawarkan watak jahat atau antagonis. Pada saya melakonkan watak antagonis atau mencabar seperti ini memberi kepuasan tersendiri. Apatah lagi apabila peminat mula memperkatakan mengenai watak dalam drama itu. Ia menunjukkan ada yang menerima dan tidak kurang yang benci dengan watak itu.

“Pada saya ini satu bonus bagi pelakon. Bukan semua pelakon yang boleh diberikan watak seperti ini. Saya bersyukur kerana pembabitan saya dalam lakonan turut menerima maklum balas positif daripada peminat. Hendak diikutkan sejak dulu lagi saya agak memilih soal watak,” kata Farah.

Pembabitan dalam lakonan turut membuatkan ramai tertanya mengenai karier nyanyiannya. Walau bagaimanapun, Farah memaklumkan masih aktif menyanyi dan tampil dengan beberapa lagu. Komitmen pada lakonan cukup berbeza dengan nyanyian. Memandangkan nyanyian membabitkan persembahan hujung minggu atau waktu tertentu manakala lakonan membabit�kan tempoh penggambaran yang panjang.

Dia yang pernah terbabit dalam pementasan teater muzikal, Terima Kasih Cinta mengakui nyanyian masih menjadi keutamaannya.

Walaupun agak berwaspada dengan situasi dunia seni suara yang perlahan dengan penjualan album dan jemputan menjayakan persembahan tidak menentu.

“Setakat ini Kau Telah Pergi ciptaan Julfekar yang sudah siap dirakamkan awal tahun ini antara lagu terbaru saya. Begitupun, entah di mana silapnya lagu ini tidak begitu mendapat perhatian.

“Sebelum ini saya sudah merakamkan tiga lagu ciptaan dan di bawah kelolaan Julfekar. Kesemua lagi berkenaan berentak balada. Saya masih mempunyai dua lagi lagu baru yang perlu dirakamkan. Begitupun, disebabkan faktor masa yang tidak sesuai selain terbabit dengan penggambaran drama membuatkan proses rakaman lagu berkenaan tidak dapat dijalankan.

“Saya tidak berani meletakkan sasaran bila album ini akan siap. Namun saya berharap album ini dapat disiapkan secepat mungkin,” katanya.

Sering kali imej seksi dan kisah cinta dikaitkan dengan gadis cantik ini. Cukup terkenal dikalangan rakan-rakan dan mereka yang rapat dengannya Farah ternyata seorang yang suka berterus terang. Malah penampilan di majlis hiburan tidak kurang menarik perhatian.

Biarpun, Farah sendiri memaklumkan dirinya seorang yang sangat ringkas ketika tampil di majlis-majlis. Malah mengenakan kemeja-T, jeans dan topi hampir setiap masa bagaikan sinonim dengan peminat sukan golf ini.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman beberapa kali gagal dalam percintaan. Farah menganggap tidak istilah serik bercinta bagi dirinya. Sebalik�nya dia mengakui selesa de�ngan kehidupannya sekarang.

“Walaupun beberapa kali gagal dalam bercinta namun saya tidak pernah serik. Sudah tentu saya mahu kahwin. Tapi tidak tahu bila. Saya belum jumpa orang yang sepatutnya.

“Setakat ini saya masih berkawan dengan semua orang dan belum memikirkan soal serius. Jika ada yang sesuai saya pasti tidak mahu berkawan lama seperti pasa�ngan saya sebelum ini. Kalau boleh saya hendak melangsung�kan pernikahan cepat-cepat,” katanya.


PROFIL

Nama Penuh: Farahdhiya Mohamed Amin
Tarikh Lahir: 28 April 1984
Tempat Lahir: Sarzana, Itali
Status: Bujang
Kerjaya: Penyanyi, pengacara, pelakon
Album: Bertakhta Di Hati (2005), Yang Ku Puja (2006)
Drama/sitkom: SpanarJaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Kau Curi Cinta Ku, Ku Milik Mu, Spa Q 1 & 2, Spa Qistina
Program TV: Jaguh Futsal (RTM), Discovery Smiles Treasure (TV3)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2011 12:11 PM | Show all posts
ni aku dpt dr blog http://nurafizahmazlan.blogspot.com/2011/09/gemersik-kalbu-bakal-didramakan.html

Gemersik Kalbu Bakal Didramakan!

Salam.

Berita baik buat peminat novel nukilan Anis Ayuni..

Novel Gemersik Kalbu(2005) bakal diadaptasikan menjadi sebuah drama yang akan disiarkan di TV3.


Eh jap jap..

asal aku formal semacam ni? Dah macam berita dunia kat tv1 je. waka waka hey ey eh


Gemersik Kalbu(GK) ni memang novel yang palinggggg aku suka antara banyak2 novel Kak Anis dan juga novel Melayu keseluruhannya.

Tahap obsessed tu aku rasa sampai aku betul2 menjiwai dan memahami perasaan karakter utama; Raihana..

Menangis u olls part Abang Wan mati lemas. Wuwuwuwuwuuuu


Berita baik ni pun dah disahkan sendirik oleh Kak Anis kat laman Facebook beliau.

Banyak komen yang aku kira memang menarik untuk dibaca dan boleh buat kita join sekaki. perghh


Antara diskusi dan isu yang paling hebat didebatkan adalah pemilihan Neelofa sebagai watak Raihana.

I mean.. COME ON la.. Neelofa jadik Raihana??

Aku memang makan hati berulam jantung sedalam dalam jantung pisang(mengaruttt)

bila dapat tau pasal ni.

Tolong lah...

Malaysia ni bukan ada sorang 2 orang je pelakon.

Takkan dalam lautan pelakon wanita yang membanjiri Malaysia ni...

Si Lofa ni je yang dorang(produksi) nampak.

Dan dan pelakon least on list aku yang pegang watak Raihana.

Raihana tu role model aku tau!


Tadi bukak page Neelofa.

Alamak... Dah terbayang bayang macam mana dia bawak watak Raihana tu nanti..


Kesetiaan Raihana pada janji cinta Wan Ariffin... Kesabaran Sufian demi cinta seorang insan bernama Raihana..

Pastu... popped-up

pooppppp

Muka Neelofa.

Demmm spoil habis


Antara pelakon lain yang diwarwarkan bakal membintangi drama GK ni adalah Aqasha dan Farahdiya..

Menurut dari komen Kak Anis, Aqasha mungkin bawak watak Abang Wan.
Farahdiya bawak watak perempuan tak tau malu, si Tasya gedik. Sepatutnya Neelofa bawak watak Tasya. Baru sesuai nak goda2 Pian. huahuahua


Overall tak boleh komen apa2 lah sebab baru nak shoot Oktober ni.

Kita tunggu dan lihat la apa jadik.

Selama ni memang aku mengharapkan GK akan jadi sebuah drama dan lebih hebat dari Nora Elena(aku tak tengok pun NE)

Tapi bila dapat tau pasal barisan pelakon, aku tak nafikan aku memang sangat kecewa.
Aku pasti ramai yang sependapat dengan aku.

Termasuk lah Kak Anis sendirik.


Sepatutnya penulis novel yang pilih karakter+tulis skrip. Ini tak..

So aku sangat2 kecewa.


Kalau...

Kalau lah kan...

Pelakon boleh rombak balik kan..

Antara pelakon yang boleh diusulkan untuk bawak watak Raihana adalah Fazura..

Yana Samsudin..

Jue Aziz..

Paling tepat dengan karakter Raihana semestinya Fazura.

Kak Anis turut mengiyakan bahawa Fazura akan bawak watak Raihana lebih berkesan dan sweet.

Tiz ngan Lisa tayah listkan lah. Dah selalu sangat. Bosan la nanti kan. Muak tau tak muak?



so mmg konpem la drama ni dr novel..wahh suka2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply 7# kupu2siang

baca nama2 watak cam penah baca buku nih...tp x ingat camne rupe critenye...buku dah lame jgk kan....
so,si ayu raudhah x blakon arr drama ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 12:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupu2siang at 4-11-2011 12:23
Reply  kupu2siang

baca nama2 watak cam penah baca buku nih...tp x ingat camne rupe critenye...bu ...
miz_elec Post at 4-11-2011 12:20



   xde lak kata dia x jd berlakon ke ape. farahdhiya tu bkn pelakon utama rasanya... neelofa kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:27 PM | Show all posts
pernah baca novel ni. novel ni dah lama jugak so dah tak berapa ingat jalan ceritanya. tak silap heroinnya, seorang cikgu. kalau cikgu, ayu raudhah sesuai kottt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:38 PM | Show all posts
1 lagi adaptasi novel..
pesal masing2 berlumba2 nak buat ek??
adakah sbb permintaan??

apa2 pun aku x penah bace novel ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:40 PM | Show all posts
harap2 bila dh jd drama...biarlah sebest bukunya....
jgn plak lemau je critenye nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 12:48 PM | Show all posts
Reply 11# adifrs

maybe sbb permintaan dan mungkin jgk tgk sambutan drama adaptasi yg sebelum ni dpt sambutan...nora elena cnthnya kot...
tp still x byk kot yg dpt sambutan lps di dramakan...depends jgk laa kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:37 PM | Show all posts
pernah baca novel ni. novel ni dah lama jugak so dah tak berapa ingat jalan ceritanya. tak silap her ...
bianglala Post at 4-11-2011 12:27



   kalau wataknya lembut, pakai tudung, mmg ayu raudah sesuai.. teringat dia berlakon KAU LAKSANA BULAN.. siyes cantik sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:50 PM | Show all posts
pelakon utama wanita bukan ayu raudhah ker?
bole cite skit tak mcm mana cite novel tue...mcm penah bacalah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:58 PM | Show all posts
Reply 3# kupu2siang


    ooo.. tengok cover ni dah ingat dah pernah baca novel ni. Cikgu ni sambung study every weken ulangalik pegi kelas. Esok balik kampung selongkar balik lemari cari buku ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 02:09 PM | Show all posts
pelakon utama wanita bukan ayu raudhah ker?
bole cite skit tak mcm mana cite novel tue...mcm penah  ...
eitasophia Post at 4-11-2011 13:50



   aku pon x pasti sapa pelakonnya...godek2 kat gugel.. jmpe blog sorg minah ni..dia tls yg bwk watak cikgu tu neelofa.. xtau le..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 02:10 PM | Show all posts
Gemersik Kalbu


Sinopsis : GEMERSIK KALBU
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 02:15 PM | Show all posts
serius NOVEL ni amat2 best... so, untung la sepa yg berlakon cerita ni... sbb novelnya dah sedia best... mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 02:41 PM | Show all posts
dah nak kena rembat novel ni la pulak{:4_185:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.357761 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list