CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3469|Reply: 6

Sedikit Info Tentang Pit Crew

[Copy link]
Post time 4-11-2011 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by diyes at 5-11-2011 22:10

Dalam sukan permotoran, terutama Formula 1, kite selalu bercerita tentang pemandu, kereta@jentera dan kemenangan mereka. Tetapi disebalik kemenangan pasukan tersebut, ada satu pasukan yang jarang kita sebut, dan merekalah yang banyak membantu pemandu tersebut memenangi perlumbaan. Perkenalkan, PIT CREW!!




Chapter 1: Pit Stop


Dalam Sukan Permotoran, “Pit Stop” adalah tempat di mana jentera lumba (kereta atau motor) berhenti di suatu kawasan yang dipanggil “Pit Stop” ketika perlumbaan berjalan.

Di “Pit Stop”inilah jentera lumba akan:

1)diisi bahan bakar

2)ditukar tayar

3)dibaiki

4)pengubahsuaian mekanikal

5)penukaran pemandu

6)atau mana-mana kombinasi di atas



                contoh“Pit Stop”


Dengan wujudnya “Pit Stop”,  jentera lumba tidak perlu lagi membawa bahan bakar yang banyak. Secara tidak langsung, jentera lumba akan menjadi lebih ringan. Lebih ringan bermakna lebih kelajuan, lebih stabil dan kurang beban untuk enjin.


Satu lagi,jentera lumba juga dapat dipasang dengan tayar yang lebih lembut. Kelembutan tayar jentera lumba adalah 10 kali ganda berbanding tayar kereta biasa. Tayar yang lebih lembut ini dapat membantu meningkatkan cengkaman tayar. Sekaligus membantu pengendalian jentera terutama di kawasan selekoh memandangkan jenterea lumba mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi. Tetapi tayar tersebut harus ditukar setiap selang beberapa pusingan kerana cepat haus. Jadi penukaran harus dilakukan di kawasan yang selamat dan teratur, maka wujudlah “Pit Stop”.


Pasukan Jurutera akan memantau keadaan jentera melalui sistem komputer yang disambung terus kepada sistem jentera. Mereka akan menentukan jadual “Pit Stop” melalui:

1)baki bacaan bahan bakar

2)jangka hayat tayar

3)kerosakan jentera

4)jangkamasa berhenti di “Pit Stop” vs jangkamasa yang pemandu boleh dapat tingkatkan dalam perlumbaan jika memasuki “Pit Stop” (masa “pit stop” vs hasil)


Adalah penting untuk pasukan tersebut mengambil data-data pihak lawan. Dengan data tersebut,mereka boleh merangka strategi pada waktu bila pemandu harus masuk “Pit Stop”. Ini membantu jentera lumba pasukan mereka daripada ketinggalan di belakang pihak lawan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2011 04:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by diyes at 5-11-2011 15:17

Pit Stop Formula 1

Di dalam sukan Formula 1, penambahan bahan bakar adalah dilarang berdasarkan undang-undang baru. Jadi jentera Formula 1 yang berhenti hanya sekadar menukar tayar baru sahaja. Pit Crew kadangkala melakukan pengubahsuaian sayap depan dan belakang. Selain itu, mereka juga melakukan pembaikan kecil (minor repairs) kebiasaanya menukar muncung depan kereta.

Apabila kereta pasukan dijadualkan masuk “Pit Stop” pada pusingan seterusnya, Pit Crew sudah bersedia dengan tayar baru dan segala peralatan yang diperlukan. Kemudian, mereka akan mengambil posisi masing-masing kecuali Rear Jack Man. Nanti saya terangkan nama crew dan posisi masing-masing.



Apa yang menarik dalam sukan Formula 1, undang-undangnya mengehadkan hanya 1 Pit Crew untuk 2 kereta pasukan yang berlumba. Dengan itu, pasukan jurutera terpaksa mengatur jadual “pit Stop” agar hanya sebuah kereta pasukan sahaja yang memasuki “Pit Stop” dalam satu-satu masa.

Penambahan Bahan Bakar (Refueling) pernah dibenarkan dari Musin 1994 sehingga Musim 2009. Dalam jangkamasa 1994 sehingga 2009, seramai 20 orang Pit Crew terlibat. Bahan bakar disalurkan dengan kelajuan 12liter/saat  dengan menggunakan sistem yang agak kompleks, iaitu:
1)satu salur menyedut keluar udara atau gas yang berada di dalam tangki
2)satu salur mengisi bahan bakar ke dalam tangki

Penambahan bahan bakar adalah suatu proses yang agak merbahaya kerana kereta Formula 1 tersebut kemungkinan ada cas eletrik statik dan boleh mengakibatkan kebakaran. Untuk itu, Pit Crew diwajibkan memakai
1)sut kalis api
2)sarung tangan kalis api
3)seluar dalam panjang
4)balaclava (topeng muka)
5)stoking
6)kasut
Semua uniform tersebut harus mencapai garis panduan FIA Standard


Uniform Pasukan Mercedes




Helmet untuk Pit Crew Pasukan Mercedes





Helmet Pit Crew version Star Wars untuk team Red Bull

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by diyes at 5-11-2011 14:58

Ahli Pasukan Pit Crew

1)Lolipop Man (seorang)
Tugas beliau memegang papan tanda pasukan, membantu pemandu pasukan mengenalpasti “Pit Stop” pasukan sendiri.
-Ketika kereta berhenti, Lolipop Man akan menunjukkan tanda berhenti untuk mengingatkan pemandu agar sentiasa menekan brek kereta ketika proses penukaran tayar kereta.
-Kemudian Lolipop Man akan memusing papan tanda, menunjukkan isyarat masuk gear pertama ketika jack diturunkan.
-Selepas memastikan semua sudah bersedia, Lolipop Man akan mengangkat papan tanda, bermaksud pemandu boleh bergerak.
Lollipop Man

2) Tyre Changer (4orang)
Seorang berada di setiap bahagian tayar kereta. Tugas mereka hanya 1, menggunakan “pneumatic wrench” untuk membuka “single locking lug nut” dari setiap tayar dan memasang tayar baru. “pneumatic wrench” untuk sebelah kiri dan kanan kereta adalah berbeza. “pneumatic wrench” untuk sebelah kiri tidak boleh digunakan untuk sebelah kanan kereta. Kebiasaannya, Tyre Changer akan membawa satu lagi “pneumatic wrench” dan beberapa "single locking lug nut" sebagai langkah persediaan.


Tyre Changer sedang membuka “single locking lug nut” untuk menukar tayar baru


3)Tyre Carrier (8orang)
2 orang akan berada di setiap posisi tayar kereta. Seorang ditugaskan mengalihkan tayar lama atau dinamakan “Old Tyre Carrier” manakala seorang lagi membawa tayar baru, “New Tyre Carrier”. Selain ditugaskan membawa tayar, “New Tyre Carrier” juga ditugaskan untuk mengubahsuai sayap muncung depan kereta.

Tyre Carrier yang sedang membawa tayar

4)Jack Man (2orang)
Seorang ditugaskan menjaga jack untuk bahagian depan kereta, dipanggil “Front Jack Man” manakala dibahagian belakang “Rear Jack Man”. “Front Jack Man” adalah posisi paling merbahaya dalam situasi ini kerana beliau harus bersedia betul2 di depan laluan kereta. Jika pemandu silap pengiraan, kemungkinan berlaku perlanggaran secara hadapan adalah tinggi. Terbalik dengan “Front Jack Man”, “Rear Jack Man” adalah posisi paling selamat kerana beliau tiada dalam posisi ketika kereta dipandu masuk “Pit Stop”. “Rear Jack Man” hanya akan mengambil posisi sebaik sahaja kereta berhenti.

Jack Man

5) Fire Extinguisher Man(seorang)
Beliau secara teorinya tidak mengambil bahagian dalam proses “Pit Stop”. Tugas beliau bersedia dengan alat pemadam api sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

Fire Extinguisher Man

6)Starter Man(seorang)
Beliau juga secara teorinya tidak mengambil bahagian dalam proses “Pit Stop”. Tugas beliau bersedia dengan alat “Starter” untuk menghidupkan enjin kereta sekiranya enjin tersebut terpadam. Alat "Starter" tersebut disambung dengan kabel yang extra panjang untuk persediaan sekiranya enjin mati selepas beberapa kaki bergerak dari "Pit Stop".

7)Refueller (2orang)2orang Refueller ditugaskan untuk menyambung tiub transparent kepada tangki kereta. Ianya transparent supaya Loliipop Man dapat melihat proses pemasangan tayar belakang. Seorang Refueller akan menyambung muncung tiub kepada lubang tangki, manakala seorang lagi ditugaskan menekan "Dead Man's Handle". "Dead Man's Handle" perlu ditekan agar minyak dapat disalurkan. Ini sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran atau apa-apa yang tidak diingini berlaku, semua orang boleh melarikan diri dengan cepat. Dan "Dead Man's Handle" akan tersentap sekaligus memutuskan aliran bahan bakar.


Rig untu pengisian bahan bakar ini adalah Rig yang disediakan oleh badan kuasa Formula One. Rig ini tidak dibenarkan untuk diubahsuai. Satu paparan (indicator) samada disambung pada muncung nozel atau helmet Refueller memaparkan jangka masa proses pengisian dan bila tangki akan penuh.



Refueller


Posisi Pit Crew


Garis Masa dan Operasi yang berlaku ketika Pit Stop

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 04:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by diyes at 5-11-2011 22:09

Ok setakat ni dlu citer pasal Pit Crew, nanti saya update lg. Sorry klu bahasa teruk skit,  sebab saya translate dari Wikipedia dan website lain
link: http://en.wikipedia.org/wiki/Pit_stop
link: http://www.dummies.com/how-to/content/the-anatomy-of-a-formula-one-pit-stop.html

gambar lak dari ehsan2 website lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 04:16 PM | Show all posts
Sorry kalu lambat reply, sebab saya nak gerak balik kampung. Selamat Hari Raya Haji kepada Semua Jupe lagi bile saya selamat sampai ke kampung. weeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 08:01 PM | Show all posts
Menarik info ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2011 08:13 PM | Show all posts
Terima kasih kepada semua yg memberi kredit kepada saya. Saya minta maaf byk2. Sekarang baru perasan yg text saya byk hilang space. Nnt smpai rumah, saya edit balik. Terima kasih semuaaa!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.114270 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list