CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11002|Reply: 21

Anak selalu mengigau... gangguan ke?

[Copy link]
Post time 17-11-2011 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Salam...
Anak aku selalumengigau tengah malam. Tengah2 malam dia bangun, pastu jalan ulang- alik... sampailah aku suruh dia pegi tidur balik.. tu pun lepas suruh banyak kali. Kadang2, kena pimpin dia masuk bilik dan suruh baring atas katil dia.

2 hari lepas, tengah malam, dia tiba2 bangun berdiri dekat aku ( aku masa tu tgh tengok TV). pastu jalan ulang alik. pastu dia duduk kat aku, sambil baca ayat2 suci Quran.

Aku suh tido, tapi dia diam jer. Pastu aku bawa dia masuk bilik tido. Dia berdiri jer depan katil. Bulu roma aku dah start meremang. aku peluk dia pastu baca ayat quran, pastu hembus kat ubun2 dia. Tiba dia menangis dan peluk aku. Bulu roma aku rancak dah naik. Aku teruskan baca ayat2 suci dan hembus kat ubun2 Tak lama pastu, baru dia bersuara , kata nak tido.

Semalam , aku pastikan dia solat isyak ,pastu baca ayat kursi sblm tido. Abang dia mengaji surah Al-Baqarah dalam bilik tido diorang. Dalam kul 12.30 am, tetiba dia bangun dan menjerit panggil aku.. husband aku tanya kenapa? dia kata "ibu mana ? Ibu mana? Padahal bukan dia tak tau, aku ada jer kat depan dia, dalam kelambu.  Pastu husband aku suruh dia masuk tido. Nasib baik dia ikut cakap abah dia. Aku cuak gak, tapi dok dendiam, sambil baca ayat suci dalam hati.

Kenapa anak aku ni ngigau sampai cenggini skali. Abang2 dia sampai takut. Ada ketikanya sampai diorang lari kuar bila si adik mengigau. seram kata dorang.

Korang rasa ada gangguan ker? keluarga belah mak aku memang ada saka. Makcik aku pernah cakap, kalau saka tu tak buang, dia akan pergi ke cucu cicit... Kena gangguan saka ke anak aku ni? Atau hanya ngigau biasa jer?

Terimakasih atas pendapat korang yer..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2011 03:53 PM | Show all posts
pembetulan perenggan kedua... sorry..

2 hari lepas, tengah malam, dia tiba2 bangun berdiri dekat aku ( aku masa tu tgh tengok TV). pastu jalan ulang alik. pastu dia duduk kat aku, aku tgk jer dia sambil baca ayat2 suci Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:02 PM | Show all posts
Umur anak brapa?

Sekali baca mcm satu syndrom yg dipanggil 'night terror', satu fasa normal yang lazim berlaku pada sesetengah budak kecik. Tak tahu org Melayu panggil apa, tapi yang pasti dia tak sama dengan mengigau/nightmare.

cuba tgk explanation dkt sini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Night_terror

Cuba tgk jadual harian anak tu. Pukul brapa dia bangun, tido kul brapa, bangun tgh malam pukul brapa. Dia tu aktif sangat ke beberapa jam sebelum tido?

Kalau tak aktif pun, apa yg dia makan. Kalau banyak makanan bergula coklat, nasik. etc pun boleh jadi jugak.

Cuba baca lebih lanjut pasal night terror. Ada sekali diterangkan cara-cara mengubat dan mencegah, antaranya take note pukul brapa atau lepas brapa lama tidur anak itu akan bangun dalam keadaan mcm tu.

Mimpi ni ada banyak fasa/ stage. Bila anak tu masuk dalam peringkat tertentu, maka dia akan mengalami night terror. Disarankan supaya ibubapa gerak anak sebelum waktu tu. Tujuan dia supaya tak termasuk dalam stage yg membuatkan anak itu bangun dlm keadaan night terror. Jadi pattern tidur dan night terror dapat dihapuskan.

Insya-Allah 9 dari 10 masalah budak-budak ni tak ada yg mistik pun. Ada penjelasan yang rasional.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2011 04:21 PM | Show all posts
terima kasih amir for the info.
Anak saya berumur 12 tahun. selalunya dia akan mengigau waktu tengah malam (12 - 12.30am). dia ni selalu tidur awal, dalam pukul 9mlm. Dia memang jarang la ngigau menjerit, more to berjalan atau pun bercakap. For dinner mmg dia makan heavy, like nasi ataupun burger. Petang mcm biasa, dia main bola...

Nanti saya cuba macam yg artikel tu suggest... kejutkan dia slm time dia selalu ngigau tu.

Thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:30 PM | Show all posts
aku tau kenapa..
anak ko ada mak angkat.. nama mak angkat dia.. 'mak kelembai'..
mak kelembai suka kat anak koo...

ko tanya la yg arif sapa tu 'mak kelembai'....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:38 PM | Show all posts
Reply 4# diarimerah


No problem.
Lazimmya night terror ni umur 2-6 tahun, orang yg nak akil baligh. Orang dewasa pun ada jugak yg kena.
Cuba dulu cara di atas.

Kat bawah ni ada lagi sumber lanjut untuk dibaca.
http://www.nightterrors.org/

Kalau nak masuk forum dia pun boleh.
http://www.nightterrors.org/SMF/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2011 04:40 PM | Show all posts
Reply 5# kintan


    kenapa tak ko yg bagitau since ko yang mention pasal mak kelembai nih?? Tapi kalau ko nak memain jer, aku rasa baik tak payah. Skrg ko ckp pasal anak aku, so sila simpan lawak ko tu (kalau memang ko memain la).
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 09:15 AM | Show all posts
my dotter pun ada pesen ngigau mcm ni. tgh tido, tiba2 bangun, jalan2 keliling, seolah-olah buat sesuatu tapi rasanya more to mengigau atau sleep walking. dia tak sedar pun apa dia buat - normal la kan hehe. sesekali tu ada jugak dia tuju ke pintu, nk bukak grill, masa ni agak cuak jugak sbb dia pegi sambil berlari, mcm tgh kejar benda ...

apa yg saya perati, dia akan mengigau mcm tu kalau tak tido kat bilik, mcm tido kat depan tv. tido kat bilik tak pernah pulak mengigau. kalau balik kg pun sama gak, kalau tido kat hall, ha siap la .. mengigau la jap lagi tu ...

disebabkan keadaan dia yg sering mengigau, sy selalu keberatan nk benarkan dia bermalam kat rumah abang saya - bermalam dgn sepupu2nya - sbb takut nnt dia org tak reti nk handle, unless kalau mak saya ada sama masa tu, then baru la saya izinkan ...

kalau betul mcm amir1976 ckp, benda ni akan hilang bila dia dah meningkat umo ... kurang la skit risau saya, kot2 sampai kene tahap berubat ke ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2011 09:29 AM | Show all posts
ha aku rs mmg bende nie normal. biasenye jadi kat bebudak yang aktif pd siang harinye. penah abang aku ms kecik2 dulu mengigau p bukak sejadah tp nak kencing kat situ.haha ktorg gelakkan je dia.tp cpt2 la tarik dia.kang dia kencing lak atas sejadah tue.

lg 1 kes dia p dapur bukak peti ais nk kencing gak.ahhhaiiiii seb bek ade yang nampak.klu x xpasal2 jek abes 1 peti ais kena kencing.

bile dah besar panjang, xde plak dia mengigau mcmtue
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 11:10 AM | Show all posts
ai bukan anak yg mengigau sbb tak de anak lagik my hubby yg tiap2 malam mengigau!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 02:33 PM | Show all posts
Reply  kintan


    kenapa tak ko yg bagitau since ko yang mention pasal mak kelembai nih?? Tapi ...
diarimerah Post at 17-11-2011 16:40


...maaf ya..saya tak bermaksud pun nak melawak kat sini.. ini berdasarkan pengalaman
if u think i nie melawak.. maafkan saya ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 12:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by coY at 19-11-2011 00:08

kalau keluarga belah mak awak ada saka, kemungkinan besar saka tu pergi ke anak awak. saya ada kawan yang terkena tempias saka daripada datuk dia. sampai sekarang kalau tgh malam dia akan terjaga dan buat benda yang menyeramkan mcm duduk dan goayang kedepan dan kebelakang sambil cakap yang bukan2. kalau saya kejut dia, dia akan sedar dan tidur balik. kadang2, tetiba je dia menjerit. pernah sekali, dia tgh semayang time tgh malam, tetiba je dia toleh kebelakang pandang saya. dah la time tu tgh tutup lampu, nmpak semacam je muka dia. pastu apa lagi, saya terus bukak lampu, tgk2 dia ok je tgh semayang. mngkin bayangan saya atau mungkin tidak. jadi, nasihat saya, bawalah anak awak pergi jumpa yang pakar utk memastikan dia tu terkena tempias saka atau tidak.
p/s: ayat qursi adalah senjata manusia melawan makhluk ghaib.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 07:13 PM | Show all posts
xde ke otai2 nak jawab ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 11:48 PM | Show all posts
ntahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 12:11 PM | Show all posts
slalunya anak ngigau sbb dia aktif siangnya..mcm my kids..klu dia letih sgt dia blh ulang dialog dia msa main2 ptg tu..
dlm kes TT ni x slah rasanya seek advise from 'org yg lebih arif' ie alim ulamak..bkn bomoh tau.. ;p
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 01:30 PM | Show all posts
Reply  diarimerah


No problem.
Lazimmya night terror ni umur 2-6 tahun, orang yg nak akil bali ...
amir1976 Post at 17-11-2011 16:38



macam kes Lisa Surihani berlakon dlm I'm Not Single tu kan..
yg die bangun kul 3 pg n cium2 kerusi..
pastu farid kamil bawak die g tido balik..
cam tu la kan night terror ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 05:26 PM | Show all posts
sama lah kes dgn my dotter ni...skang dia dh nk msk 7thn tp tiap2 lm ngigau.... kalau dia tdo kul 12 pastu kul 12.30 dh ngigau... tak tentu masa la dia akan ngigau...masalahnya dia akan ngigau berjln kelilingumh sambil nangis...pastu mulut ckp kdg2 xberbutir...risau jgk la... nk kena berubat xtau nk ubat kt mn...dokter ke bomoh????.. mcm mn nk atasi mslh ni yer....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 07:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciklahcute at 4-1-2012 06:53

tt..ko kena tgk..kat padang bola tu atau kat sekitarnya dulu tempat apa...
check perbezaan, kalu dia gi pdg bola dan dia tak pegi..

kalu ya dr padang..ko kena usahakan buang la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 07:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciklahcute at 3-1-2012 19:13
sama lah kes dgn my dotter ni...skang dia dh nk msk 7thn tp tiap2 lm ngigau.... kalau dia tdo kul 12 ...
acts1869 Post at 3-1-2012 17:26



acts..ko buat solat tobat,
pas tu buat solat hajat(bc Alikhlas 21x..dan ayatul Qursiy 21x) utk rakaat pertama dan kedua..atau..
atau solat tahajjud...bc 2Qul(AlFalaq 40 x dan AnNas 40x atau 33x bg kedua2nya) utk rakaat pertama dan kedua...
pas selesai solat ko bc auzubillahiminasysyaitonirrajiim...100x dan slawatla 100x....tgk..ada lagi tak dia ngigau...
wallahu a'lam....

p/s...jgn lupa kalu dia nak tdo...letakkan(sapu)myk atar kasturi kat kedua belah tapak tgnnya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:41 PM | Show all posts
acts..ko buat solat tobat,
pas tu buat solat hajat(bc Alikhlas 21x..dan ayatul Qursiy 21x) u ...
ciklahcute Post at 3-1-2012 19:10



sori nk tny...sapu myk kastri kt tapak tgn utk apa yer...nk beli kt mn myk kasturi...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.073805 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list