CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: asteruk

Pencalonan Anugerah Industri Gosip 2011 dibuka

 Close [Copy link]
Post time 23-11-2011 06:19 PM | Show all posts
hahaha.. suke weh! btw, can someone refresh my memory yg henry golding saga punya thread tu pasai pe ek??? asteruk kasi pencerahan plss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 06:22 PM | Show all posts
Haha...i lioke...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 06:24 PM | Show all posts
hahaha.. suke weh! btw, can someone refresh my memory yg henry golding saga punya thread tu pasai pe ...
idolfan Post at 23-11-2011 18:19



    pasai gayah kot .. ker pasai parahtik die
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 06:43 PM | Show all posts
hahaha.. suke weh! btw, can someone refresh my memory yg henry golding saga punya thread tu pasai pe ...
idolfan Post at 23-11-2011 18:19

kalau tak silap ada sorang girl ni mengaku gf si henry nih..
geng gosip siap csi nama and personal si girl tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 06:48 PM | Show all posts
kfcm hot thn ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 06:53 PM | Show all posts
iols nak tambah..

singkatan perkataan terbaru
1) masli
2) ACYall

sila tmbh lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2011 07:32 PM | Show all posts
iols nak tambah..

singkatan perkataan terbaru
1) masli
2) ACYall

sila tmbh lagi
shawlife Post at 23-11-2011 18:53



    noks apa maksud 2 prkataan tuh?

harus aiols dikecam sbb aiols yg salu perjuangkan bhs ponen ni!

SILA RUJUK SINI


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 07:35 PM | Show all posts
thanks momod suria sbb hi-lite! nanti aiols belanja uols mkn banana split!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2011 07:47 PM | Show all posts
hahaha.. suke weh! btw, can someone refresh my memory yg henry golding saga punya thread tu pasai pe ...
idolfan Post at 23-11-2011 18:19


thread henry golding saga tu pemes nok. kekdanya aiols pun x join lg cari time thread tu wujud, tp aiols tetap tau sbb org kata thread tu box office, sambutan luar biasa smpai masuk season 4 - hala2 harry porter gituh. sehari jah dah masuk ratus2 page, pecah panggung

ni link dia

HENRY GOLDING SAGA PART 1

HENRY GOLDING SAGA PART 2

HENRY GOLDING SAGA PART 3&4


p/s: part 1 aiols xjumpa link dia. sape jumpe, mohon share!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 07:52 PM | Show all posts
Wait...

Baru perasan nama Kak Bebed yg pemes tu tersangkut kat 1 pencalonan je
hanakikan Post at 23-11-2011 18:16



   nok... iols kalau anugerah kat gosip kenamaan insya-allah "maher zain"

12 pencalonan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 07:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by asteruk at 23-11-2011 20:26

cuma yg sedikit aiols kesalkan bila ada yg mmpertikaikan kputusan juri yg menobatkan thread kak makh "SITI NURHALIZA - PENYANYI NOMBOR PERTAMA NEGARA" , hala2 kemenangan yuna dlm kategori lagu terbaik mnerusi lagu penakut. org kata thread kak makh tu tidak layak dipertandingkan kerana thread itu menampilkan genre "spekurama" atau "csi" yg masih baru lg ketika tu. sejurus selepas kemenangan, terus thread tu dicampak ke bod selebriti. tp skrg org dah xpertikaikan kewujudan thread bergenre spekurama/csi yg bagaikan cendawan tumbuh slps hujan gituh. tanpa kita sedari, kemenangan "SITI NURHALIZA - PENYANYI NOMBOR PERTAMA NEGARA" tu la yg dok membuka mata forumer2 utk menerima thread bergenru spekurama/csi tu kat bod gosip. secara jujurnya, aiols menyifatkan thread yg merupakan pemenang Thread Terbaik di AIG2010 tu sbg sebuah thread 'berhantu'.

ni link thread tu yg dah kena pindah ke bod selebiriti

SITI NURHALIZA - PENYANYI NOMBOR PERTAMA NEGARA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 08:02 PM | Show all posts
nok... iols kalau anugerah kat gosip kenamaan insya-allah "maher zain"

12 pencalonan... ...
ZabedAmin Post at 23-11-2011 19:52



    kaka bed, tumpang tanya, kenapa aiols takleh tgk gambar ek? bukan takleh tp dia cuma bagi link, dan link tu kena bukak dan baru kuar gmbr dlm tab yg baru. mohon penjelasan

p/s: gmbr avvy sume kuar elok jah, cuma gmbr yg dlm post tu jah ade prob nih, uols nya ok x?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:04 PM | Show all posts
motip aku tak penah tu pon mod iktirap anugerah neh??

so taun 2011..ada ker anugerah?? kalu stakat sker2..kowser..kalu ader kredit..ok gak..gituh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:05 PM | Show all posts
pasai gayah kot .. ker pasai parahtik die
samshik Post at 23-11-2011 18:24



    pasal ader skor menah mental ngaku die awek henry lah.. budak2 cari nih CSI...

sama macam kes maya darina katanyer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:06 PM | Show all posts
iols nak tambah..

singkatan perkataan terbaru
1) masli
2) ACYall

sila tmbh lagi
shawlife Post at 23-11-2011 18:53



    3) ancolie lalucah ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:06 PM | Show all posts
kaka bed, tumpang tanya, kenapa aiols takleh tgk gambar ek? bukan takleh tp dia cuma bagi  ...
asteruk Post at 23-11-2011 20:02



   kak bed menghadapi masalah yang sama dik aster...


mohon usul soalan kpd sekai pakar IT Cari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2011 08:08 PM | Show all posts
MEMORI AIG2010 UOLSS

Kak Makh Mengungguli Malam Gala E-Gosip


Kak Makh sewaktu berjalan di karpet merah

Malam Gala E-Gosip yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam memperlihatkan Kak Makh meraih kemenangan besar dengan memenangi 5 kategori dari 15 kategori yang dipertandingkan.

"Sesungguhnya kemenangan ini merupakan sesuatu yang tak pernah Kak Makh sangka. Selama lebih 4 tahun Kak Makh berjuang dalam dunia forum, inilah pencapaian terbesar yang pernah Kak Makh perolehi", ujar pemilik nama Makhluk yang lebih selesa dipanggil sebagai Kak Makh di kalangan forumer tegar Cari.

Kak Makh menyapu bersih sebanyak 5 kategori pada malam tersebut termasuk 4 kategori utama iaitu Thread Terbaik, Thread Paling Popular, Forumer Terbaik dan Forumer Paling Popular.

Taruhan Kak Makh menerusi thread Siti Nurhaliza - Penyanyi Nombor Pertama Negara ternyata tidak sia-sia apabila thread tersebut merupakan thread yang mendapat paling banyak pencalonan sekaligus menjulang trofi Thread Terbaik pada acara gilang-gemilang Malam Gala E-Gosip yang diadakan pada malam kelmarin.

Thread Henry Golding Saga Part 1, 2, 3 & 4 yang pernah menggegarkan dunia forum suatu ketika dahulu mampu membuatkan Kak Makh tersenyum untuk pulang penuh bergaya apabila thread tersebut memenangi kategori Thread Paling Popular. Mengulas lanjut mengenai kemenangan thread segar malar itu, Kak Makh menyifatkan kemenangan tersebut sebenarnya membabitkan kesemua warga forum yang bekerjasama dalam memeriahkan thread tersebut.

"ada mulanya Kak Makh langsung tidak menjangka yang thread tersebut bakal mendapat sambutan kerana semasa Kak Makh menghasilkan thread tersebut, Kak Makh merasakan thread tersebut sebagai thread biasa-biasa sahaja jauh sekali mendapat sambutan hangat. Namun sebaliknya pula berlaku, banyak reaksi yang Kak Makh dapat dari forumer-forumer lain pada masa itu sehinggakan ianya terpaksa dilanjutkan sehingga bahagian keempat", kata Kak Makh.

"Kesemua forumer terlibat dalam menjayakan thread tersebut. Oleh sebab itulah Kak Makh merasakan kemenangan thread tersebut sebagai Thread Paling Popular merupakan kemenangan yang paling bermakna. Selama kami bertungkus-lumus untuk menemukan jawapan kepada thread yang bergenre "spekurama" atau "CSI" itu, pelbagai kenangan manis dan pahit yang kami tempuhi bersama dan tanpa kami sedari hubungan kami (forumer) menjadi bertambah akrab", ujar Kak Makh dalam keadaan sebak.

Tidak cukup dengan itu, Kak Makh juga pulang penuh bergaya dengan mengungguli kedua-dua kategori utama yang lain iaitu Forumer Terbaik dan Forumer Paling Popular.

Aura Kak Makh sebagai forumer ternyata masih belum berjaya diatasi apabila Addamnor, Freekey dan Klubbkidd tewas di tangan Kak Makh menerusi kategori Forumer Terbaik.

Begitu juga dengan kategori Forumer Paling Popular dimana Kak Makh berjaya mengalahkan Freekey dan forumer baru, Kurus Anu. Ramai yang mempertikaikan pencalonan Kurus Anu dalam kategori tersebut memandangkan usianya yang masih setahun jagung dalam arena forum selain terdapat ramai lagi forumer lama yang dianggap jauh lebih layak dan berpengalaman untuk dicalonkan. Namun, Kak Makh menyangkal dakwaan tersebut selain menyifatkan Kurus Anu sebagai pendatang baru yang memeriahkan lagi dunia forum.

"Kak Makh sentiasa mengalu-alukan kehadiran forumer baru seperti Kurus Anu. Mereka bukan sahaja memeriahkan lagi senario forum tempatan malah menjadi pelapis kepada forumer lama di masa hadapan", ujar Kak Makh.


Reaksi Kak Makh sewaktu ditemubual sejurus selepas Malam Gala E-Gosip melabuhkan tirai

Ramai yang terkejut apabila forumer baru, Asteruk gagal meraih kemenangan dalam kategori Forumer Harapan Terbaik sedangkan beliau dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi pelapis forumer yang berjaya di arena forum.

"Memang ada yang bertanya mengapa saya tidak menang. Bagi saya mungkin belum rezeki saya lagi. Lagipun saya masih terlalu baru berforum, tercalon pun sudah cukup baik. Rasanya bagai semalam saya berjinak-jinak berforum, hari ini nama saya sudah pun dicalonkan sebagai Forumer Harapan Terbaik, itu sudah cukup membanggakan", ujar Asteruk yang menyifatkan kemenangan Sokmogitu sebagai Forumer Harapan Terbaik merupakan kemenangan yang dikongsi bersama forumer-forumer baru yang lain.

Menyentuh desas-desus mengatakan Asteruk sebagai tidak mempunyai identiti sendiri berdasarkan corak persembahan thread yang dikatakan cuba meniru Kak Makh, Asteruk menyifatkan ianya sebagai perkara biasa bagi seorang forumer baru sepertinya.

"Ramai yang mengatakan sebegitu rupa. Ada juga yang mengatakan kononnya saya ni MN (multi-nick) Kak Makh. Saya hanya mampu ketawa mendengarnya. Siapalah saya jika dibandingkan dengan forumer hebat seperti Kak Makh. Kak Makh sudah lama bertapak di arena forum sedangkan saya masih berjinak-jinak dalam mencari haluan dalam industri ini. Terlalu banyak yang perlu saya lalui untuk berada di tahap Kak Makh berada sekarang. Kalau bercakap soal corak persembahan thread saya yang dikatakan cuba meniru Kak Makh, saya kurang setuju kerana bagi saya tidak ada salahnya untuk seseorang forumer baru seperti saya meneladani forumer yang berjaya seperti Kak Makh. Jika terdapat sebarang persamaan dari segi corak persembahan thread, mungkin ianya berlaku secara tidak sengaja dan di luar kawalan saya. Kak Makh memang idola saya, namun saya tidak mahu dikatakan cuba menjadi klon beliau. Tambah-tambah saya ni masih baru, sudah tentunya saya sedikit-sebanyak masih kabur dengan corak persembahan yang cuba saya ketengahkan. Namun jika ada yang masih menyatakan saya sebagai tidak mempunyai identiti sendiri dan cuba meniru Kak Makh, saya akur dan mengambilnya sebagai teguran yang membina", ujar Asteruk dengan penuh rendah diri.

Berlainan pula dengan Addamnor yang lebih dikenali dengan nama "Doktor Medam", beliau menganggap kemenangan beliau dalam kategori Thread Paling Kontroversi menerusi thread I lost my baby.. holy shits! sebagai batu loncatan dalam kerjaya seninya sebagai seorang forumer.

"Semasa saya dapat tahu saya dicalonkan, saya langsung tidak menaruh apa-apa harapan untuk menang. Bagi saya kesemua yang tercalon merupakan pemenang sementelah menjadi pemenang merupakan suatu bonus. Apa-apa pun saya berasa cukup terharu apabila hasil karya saya mendapat pengiktirafan. Saya melihat ini sebagai satu platform terbaik dalam mengembangkan kerjaya seni saya sebagai seorang forumer dan tentunya menggalakkan saya dan forumer lain  untuk menghasilkan lebih banyak thread-thread yang berkualiti selepas ini", ujar beliau.

Doktor Medam juga berjaya memenangi kategori Thread Borak Terbaik menerusi rumah boraknya, Universiti Ponen mengalahkan pencalonan-pencalonan lain iaitu Soal Jawab Kemusykilan Gosip Bersama Makh dan Syd (Kak Makh), Bahana Mengumpat (Caupandin), Resort Gosip (Asteruk) dan Kenduri Kendara Kak Makh (Kak Makh).


Doktor Medam turut memeriahkan majlis

Idolfan pula menyifatkan kemenangannya dalam kategori Tajuk Thread Terbaik menerusi thread Please Song With Me membuktikan bahawa pemilihan tajuk sesebuah thread bukan lagi sesuatu yang perlu dipandang enteng.

"Jika sebelum ini ramai yang memandang ringan terhadap pentingnya pemilihan sesebuah tajuk dibuat secara teliti, saya harap kemenangan ini dapat membuka mata mereka bahawa tajuk sesebuah thread bukan lagi sekadar bahan pelaris", ujar Idolfan yang memperjuangkan kualiti tajuk thread dalam kalangan forumer.

Selain itu, kategori Thread Komedi Terbaik dimenangi oleh Pinkie menerusi thread Koleksi Gambar Sengal Artis. Kategori tersebut sekali lagi memperlihatkan Kak Makh mempertaruhkan dua threadnya iaitu 8TV Quickie Suruh Pramugari Goyang Payudara Live di TV! dan Jejak Kaseh - Hamid.

Antara kategori-kategori lain yang turut dipertandingkan pada malam tersebut ialah Avvy Terbaik (Skymania), Siggy Terbaik (Tiada Lagi Rembes dalam Kamus Hidupku - Kak Makh) dan Sumber Gosip Terbaik (mstar).

Kategori lain yang melibatkan forumer termasuk Forumer Selebriti Paling Popular (Klubbkidd), Forumer Paling Kontroversi (Selma_Jeskova), Forumer Komedi Terbaik (Ustazah2009), Forumer Harapan Terbaik (sokmogitu) dan Forumer Harapan Paling Popular (hantu_poyos).

Manakala Anugerah Khas Kembara telah diberikan kepada arwah Selma_Jeskova atau Ashna yang lebih dikenali sebagai Senah. Arwah Senah cukup dikenali sebagai seorang forumer yang lantang menyuarakan pendapat. Sifatnya yang tidak pernah kenal erti putus asa cukup dikagumi meskipun pernah dikecam dek kerana sering menyentuh isu agama. Beliau pernah diugut dengan membuat laporan polis tapi itu bukanlah peluru yang bisa membuatkan beliau jatuh tersadung. Namun, perjuangannya sebagai seorang forumer tewas sewaktu laporan polis kedua dibuat ke atas beliau. Meskipun ada pepatah mengatakan patah tumbuh hilang berganti, namun kehilangan arwah Senah nyata sukar dicari ganti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 08:09 PM | Show all posts
Penghargaan buat Kak Makh

Penganjur Malam Gala E-Gosip, Asteruk dalam sebuah sidang media khas selepas tamatnya Malam Gala E-Gosip turut membuat kenyataan bahawa pihak produksi Malam Gala E-Gosip sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah dokumentari khas bagi menyorot pahit maung Kak Makh sepanjang hampir 4 tahun bergelar seorang forumer. Kak Makh ketika ditemui sejurus selepas sidang media tersebut menyatakan beliau sedia memberikan kerjasama dan berharap dokumentari tersebut dapat memberikan inspirasi kepada forumer-forumer baru untuk lebih gigih dalam memperjuangkan arena forum.

"Kak Makh langsung tidak pernah menganggap yang Kak Makh ini seorang ikon, sebaliknya Kak Makh hanya mewakili ramai lagi forumer-forumer yang berjaya di luar sana. Perjalanan sebagai seorang forumer bukanlah semanis yang disangka dan Kak Makh harap dengan adanya dokumentari ini dapat menyedarkan forumer-forumer di luar sana supaya tidak mengambil mudah tanggungjawab sebagai seorang forumer. Usaha, kerja keras dan bakat harus berjalan seiring demi memastikan masa depan kita dalam arena forum cerah bukan hanya sekadar suka-suka untuk berforum tanpa hala tuju atau matlamat. Pemilihan Kak Makh sebagai ikon dalam dokumentari ini tidak lebih dari sekadar untuk berkongsi pengalaman", ujar Kak Makh dengan rendah diri.

Selain itu, Asteruk juga membuat kenyataan bahawa pihak beliau memerlukan kerjasama forumer-forumer lain yang mempunyai sebarang kenangan manis mahupun pahit bersama Kak Makh untuk dikongsikan bersama.

"Kami amat berharap mereka yang pernah mempunyai pengalaman suka atau duka bersama Kak Makh supaya dapat berkongsi pengalaman tersebut bersama kami dengan menghantar PM (private message) kepada saya dan insya-Allah ianya akan dikongsikan pula bersama warga forumer seantero Cari", jelas beliau.

"Kami juga merancang untuk menyiapkan sebuah novel berjudul Resort Gosip bersempena dengan salah sebuah thread yang pernah mendapat sambutan baru-baru ini. 99% jalan cerita novel ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di rumah borak Resort Gosip. Selain itu, kami juga bakal menghidangkan anda dengan siaran Malam Gala E-Gosip versi HD (high-definiton) dimana link disediakan bagi membolehkan orang ramai mempunyai akses kepada setiap thread yang dicalonkan", ujar Asteruk mengakhiri perbualan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:09 PM | Show all posts
pasal ader skor menah mental ngaku die awek henry lah.. budak2 cari nih CSI...

s ...
skymania Post at 23-11-2011 20:05


tapi idakle cun pun kan?hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 08:10 PM | Show all posts
mana lg pencalonan?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068952 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list