CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lonso

BUNOHAN Menang Anugerah NETPAC Di Festival Filem Golden Horse Taipei

  [Copy link]
Post time 6-3-2012 12:26 PM | Show all posts
ok ader lagi ...
Oleh: Murai Batu | | 3/4/2012 12:00:00 AM







Teks Oleh Kheme Rosly
Khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 4 MAC 2012: Kelibat Tengku Azura Tengku Awang sememangnya sinonim di atas pentas peragaan, tetapi tidak di layar perak.
Namun bermula 8 Mac ini, supermodel negara yang pernah dipilih sebagai wajah Dior Asia suatu ketika dulu, bakal beraksi buat pertama kalinya menerusi filem Bunohan.
Memegang watak sebagai Mek Yah iaitu satu-satunya watak wanita di dalam filem arahan Dain Said itu, dia mempunya alasan tersendiri mengapa begitu komited menjayakan watak tersebut.
"Saya cuma mahukan variasi. Maksudnya saya mahu mencuba tapi tidak bererti saya mahu terus berada di dalam bidang ini. Kedua-duanya (bidang peragaan dan lakonan) tidak sama dan saya lebih selesa untuk memilih bidang peragaan sebagai kerjaya.
"Di layar perak saya perlu memberikan ekpresikan diri dan perkara itu bukan mudah bagi orang seperti saya yang sering dilhat di pentas peragaan.
"Saya menyanjungi para pelakon yang ada di dalam filem ini kerana bagi saya mereka terlalu hebat," kata Azura lagi yang pernah beraksi dalam klip video Ranjau nyanyian Atilia tidak lama dulu.
Bertanyakan mengenai maklumbalas yang diterimanya daripada rakan artis dan kenalan, Tengku Azura berkata dia bersyukur kerana ramai yang memberi sokongan memberangsangkan kepadanya.
"Ramai yang mengenali saya sebagai model dan mereka ternyata memberi sokongan penuh dengan datang pada hari tayangan perdana.
"Tidak jangka juga, walaupun watak saya kecil namun ia memberikan impak yang besar kerana mungkin saya seorang wanita yang berada dalam filem itu dan karakter yang saya bawakan lain daripada yang lain," ujarnya lagi.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga berceritakan tentang pengalaman dihanyutkan air bagi menyempurnakan watak Mek Yah.
"Banyak pengalaman yang saya timba daripada filem ini. Saya hampir dihanyutkan di muara sungai ketika melakonkan salah satu adegan dalam Bunohan.
"Walaupun saya berasal daripada Terengganu, ternyata bahasa Kelantan tidak semudah yang dijangka. Saya harus menghadiri kelas selama hampir tiga bulan untuk mendapatkan lenggok dan sebutan yang betul.
Sementara itu Tengku Azura berkata, Bunohan tampil berbeza dengan jalan ceritanya dan oleh kerana itu jugalah dia bersetuju untuk berada di dalam filem berkenaan.
"Saya tidak melihat saya sebagai pelakon kerana saya lebih selesa menjadikan modeling sebagai kerjaya.
"Ini sekadar memenuhi tawaran Dain dan saya hanya akan bekerja di bawah arahannya sahaja," komennya apabila ditanya mengenai tawaran berlakon daripada pengarah lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2012 12:39 PM | Show all posts
x ada trailer.. kat pawagam.. bongok dah cite omputih tuh ada jah trailernye.. vongok... ppprrttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:16 PM | Show all posts
love fadz punyer review

http://tontonfilem.blogspot.com/

Tuhan, Terima Kasih demi Bunohan(2012)



Bunohan sebuah keajaiban wayang (cinema) Malaysia.

Filem ini mungkin sesuai bagi penggemar David Lynch, mahupun Tran Anh Hung, begitupun Alejandro Jodorowsky ataupun Luis Buñuel. Tetapi itu tidak mengapa. Aku selalu berminat melihat bagaimana realisme magis kita (yang aku panggil realisme haqiqat selepas membaca cerpen-cerpen SM Zakir, khusus 20 Cerita Tentang Tuhan) dipapar di layar. Pengarah lama kita membikinnya dengan salutan hikayat dan panji, Rahim Razali dalam Tsu Feh Sofiah dan Puteri, Adman Salleh dalam Bintang Malam dan Amuk, dan pernah Suhaimi Baba dalam babak pendek "tiba-tiba" dalam Selubung. Ada kalanya serpihan ajaib ini menjadi, kadang-kala tampak "penyendal". Tidak pernah menusuk hidup.

Di dalam Bunohan, ia hidup, bernafas, dan berkata-kata.


Inilah risiko yang diambil oleh Dain Said, seorang "dari luar" (seorang anak diplomat yang lama di perantauan Barat) yang masuk ke "dalam". Dan dalamnya dia pergi untuk melakar kuasa dan kata sebalik "main peteri", "wayang kulit", "buaya jadian" dan "hantu budak".

Sepatutnya filem ini tidak susah, kerana mitos dan penjelmaan yang wujud sudah sebati dan kenal oleh alam Melayu, mistik dan saktinya, rawat dan manteranya, jin dan syaitannya. Yang hanya perlu adalah penonton Melayu itu duduk, selam, rasa dan - fikir. Itu sahaja permintaan filem ini yang berselirat tetapi senang dengan plot yang ternukil teratur.

Pembukaannya sendiri mungkin mengejutkan orang, tetapi sebenarnya mengkagumkan, walaupun mungkin mengganggu "otak lesu" penonton bodoh. Buat aku, genius yang menyakitkan (dan hanya boleh dilakukan oleh nama-nama besar di atas tadi). Mungkin kerana alusi demi alusi yang tersusun tapi terperuk semuanya dalam satu mis en scene. Ini memerlukan tontonan berkali-kali dan sepatutnya pun (biar untung filem ni!) Ini sendiri alusi sebuah "mainan wayang" yang diminta untuk ditonton berkali-kali, seperti mana kita menunggu si dalang wayang setiap hari mengisahkan cerita demi cerita (kisah yang sama tetapi penceritaannya berbeza setiap hari). Kisah tentang apa? Kisah "kita". Kita di sini diwakili kedai kopi (orang biasa, orang kampung, orang kebanyakan) dalam gelap. Ada peti telivisyen, kotak bongok bercahaya (lihat Dain menyindir halus!) menggantikan tirai kelir, lantas ia seharusnya "senang" dikunyah penonton kebanyakan. Lantas kita masuk ke dalam layar tv. Samudera dan tanah putih terbentang. Ini latar filem ini. Suatu adegan sedang berlaku. Tiga gerakan, sepertimana berlaku di atas tirai putih kelir cahaya putih. Sang kapitalis berjalan. Orang kampung yang tidak tahu apa-apa, dan budak yang terjumpa mayat. Layar kelir terpotong. Budak berlari. Hati terhiris. Alam sakit.

Inilah puisi yang dimainkan Dain Said. Filem ini dimohon tonton dengan mata yang sebegitu untuk mencerna rasa surreal dan halus alam Melayunya. Semangatnya senang dan sarjagat, suara tamak, rakus (berahi) dan manipulatif ditentang suara keberanian, ganas, lurus dan pencarian warisan/fitrah /jati (pencarian ibu). Ini dsimbolkan dengan tragedi Shakespeare milik Pekin Ibrahim sebagai Bakar yang punya sisi hitam, Faizal Hussein sebagai Ilham yang hidup mati untuk membunuh, tetapi punya jiwa mistis dan cinta dalam berkenaan rahsia ibunya, dan si romantis Adil lakonan Zahiril Adzim. Ketiga-tiganya dipecahkan daripada sebuah keluarga disfungsi milik seorang patriakh yang memegang keseimbangan alam dalam tangannya, patung-patung wayang kulit itu (lakonan berkesan Wan Hanafi Su). Ia bermula dengan pencarian untuk membunuh. Tetapi plot mula tersentak ditengah-tengah, diikat kuat dengan konflik yang menakutkan lagi, berkenaan saudara seibu (tipikal dalam genre melodrama tetapi langsung tidak digeli-gelaman dalam filem ini), dan lagi menyakitkan, abang sebapa yang akan menghancurkan semuanya, talian darah, nyawa, dan alam.

Aku menyukai kebebasan dan ketelitian Dain Said bermain dengan pentas "drama" ini, yang boleh sahaja menjadi pemahaman mata kritisnya terhadap sikap fatalis politik kita (tiga parti Melayu berpecah?), mungkin juga telatah budaya masyarakat kita, dan lebih baik daripada itu, fenomena sinema kita itu sendiri.

Setiap orang akan mengambil sesuatu daripada itu. Itu pandangan aku.

Aku menyayangi kompleksiti dan ironi watak dan perwatakan Faizal Hussein dalam filem ini. Diam tetapi mencengkam. Dia seorang pembunuh upahan yang perlu mendepani adik tirinya sendiri sebagai mayat. Mula-mula dia tidak endah. Tetapi "alam" yang dia tinggalkan menghantuinya, bermula dengan mengetahui komplot yang dilakukan terhadap tanah arwah ibunya (dilakukan oleh adiknya, Bakar atas dasar pembangunan kapitalis). Ah, ini satu pathos yang menarik. Si pembunuh yang melihat maut di sekelilingnya merindui ibu yang sudah lama "mati" (di sini, ia tidak diceritakan dengan jelas sebagai mewujudkan suatu kaitan watak si ibu sebagai "keramat" atau "sumpahan", sesuatu yang amat dekat dengan orang Melayu, walaupun hal ini mungkin dibenci oleh golongan Persuratan Baru). Dia mencari "mayat" ibu, lantas wujud kefahaman manusiawi bagi mayat-mayat yang dibuang di paya (supaya roh ibunya tenteram kembali). Orang yang tidak faham akan melihat kerja ini sia-sia, tetapi Ilham lebih melangkaui pengetahuan cetek. Ini sulaman rahsia yang terikat dengan warisan, adat dan alam, hal yang sudah dileceh-lecehkan oleh modenis dan kapitalis sang mudawan Bakar/Pekin Ibrahim. Ini peperangan diam Ilham. Ini yang menggugah jiwa aku.

Ada dialog Kelantan yang indah-indah, asli dan hidup. Wujud kelakarnya yang menyindir (dark humour). Buat yang tidak faham kecek Kelate, baca sari kata
Inggeris bukan Melayu (kerana diterjemah terlalu literal). Skrip ini antara skrip terbaik tahun ini.


Segala teknik filem ini adalah tahap dunia. Khusus Charin Pengpanich sebagai pengarah fotografi yang melakar dengan betul semangat luas, dalam dan mistik alam Bunohan. Runut bunyinya indah menawan, gesek dan alunan Kelantan/Siam ciptaan Tan Yan Wei. Solekan, kostum, rekabentuk, semuanya teliti dan bernafas, alamnya menjadi dan hidup, tidak pernah sebaik ini dalam filem Malaysia. Hanya aku merasakan suntingan filem ini boleh diperelokkan lagi, khusus babak pertarungan yang amat memerlukan gerak pantas dan tangkapan wayang yang memberahi semangat tarung tomoi. Ini mungkin kerana Dain lebih teliti dalam tangkapan senyap dan drama cerita, bukan kareografi yang dilakukan para kareograf tomoi.

Ada beberapa babak yang mungkin membuat penonton biasa bingit, sepertimana mereka bingit terhadap Songlap (mereka tidak tahu wujud babak melancap dalam teksi, contohnya). Contohnya selang-seli Adil selinap masuk rumah (seperti hantu) dan Adil yang menjerit di luar tingkap sedang ayahnya tidak peduli (hal ini ada justifikasi jika diteliti oleh penonton). Hal-hal eksentrik seakan tidak "real" ini harus wujud dan hanya wujud dalam alam Bunohan, dan hal ini perlu dingerti.

Aku ingin menyatakan lebih banyak lagi, tetapi jika aku kata lebih banyak lagi, akan terbukalah plot cerita, akan terlerailah kisah dan jawapan akhir filem, dan itu tidak cocok bagi aku kerana filem sebegini harus dialami sendiri untuk diresap imej-imejnya, suara-suaranya, warna-warnanya. Mistiknya akan mengalun ke dalam bagai misteri malam kepada yang mahu mencari, dan inilah sepatutnya.


Bunohan sebuah filem yang wajib ditonton, bukan sahaja seru-takjub pengalaman menontonnya, tetapi merupakan antara filem wayang Malaysia yang menzahirkan kembali kewujudan wayang Malaysia di mata dunia. Antara filem terbaik Malaysia tahun ini, dan setakat ini, menjuarai.

klasifikasi: PG-13/18(tidak diketahui), ada beberapa adegan ganas tomoi, pembunuhan dengan pancutan darah (walaupun nampak macam CGI), babak separa lelaki telanjang dan satu babak seks tanpa paparan imej yang mungkin tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:20 PM | Show all posts
Reply 162# lonso

joe klubkidd dh start mengamuk pasal nie:

klubbkidd™ ‏ @klubbkiddkl

Korang da tengok trailer #Bunohan ? - bit.ly/eJuP09 - ni bukan nak promo. Ni nak tanya. Ganas sangat ke???


klubbkidd™ ‏ @klubbkiddkl


Sebab aku tanya, sebab ada panggung tanak air trailer aku share kan tu atas alasan 'terlalu ganas' sangat promo.
klubbkidd™ ‏ @klubbkiddkl
Ingat filem dah lulus LPF dah ok. Nampaknya ada panggung lak feeling jadi LPF. Ke keja pihak lain yang takut publisiti #Bunohanlately?
klubbkidd™ ‏ @klubbkiddkl
Takkan nak dengki sangat kot. Nak bersangka baik. Tapi kelakar gak dengar cita kawan2 yang merisik khabar pihak panggung dan diberitahu gitu



aku berminat nk tau pihak mana yg dmaksudkan?filem apa yg sdg bsaing kt panggung?

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:23 PM | Show all posts
Reply  lonso

joe klubkidd dh start mengamuk pasal nie:

·
Korang da teng ...
mimi77 Post at 6-3-2012 16:20



   KALAU ada filem bagus je mesti adah hal2 trailer lah.. seat cakap dah book padahal belum booklah mcm kes Filem Yasmin Ahmad dulu.... tah apa2 tah... Filem luar tu ada je ganas2. double std betul.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply 165# takeshi_anwar

kes seat nie kan...aku pernah gak la tgk...check kt online FULL...skali masuk panggung aku tgk kosong jah row yg full tu!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2012 04:25 PM | Show all posts
Reply 165# takeshi_anwar

xyah sebut ganas la....18sx cukop ah!!!!elok ja tayang bagai
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:29 PM | Show all posts
Reply  takeshi_anwar

kes seat nie kan...aku pernah gak la tgk...check kt online FULL...skali mas ...
mimi77 Post at 6-3-2012 16:24


itu mungkin kes org dah book tp x dtg claim tiket....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 04:30 PM | Show all posts
Reply 168# takeshi_anwar

kalau 2rows...is it possible ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:32 PM | Show all posts
Reply 163# samshik

ulasan yg diberi amatlahhhhhh puitis bahasanya..susah gak nk paham..sepuitis filem yg ditonton..yg mana hanya boleh difahami oleh pihak2 yg meminati genre sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:34 PM | Show all posts
Reply  samshik

ulasan yg diberi amatlahhhhhh puitis bahasanya..susah gak nk paham..sepuitis file ...
mimi77 Post at 6-3-2012 16:32



    mek layan seyyy .. deme cakap ramai yang bagi komen ... ader dalam metro hari niee ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply 171# samshik

iols pun nak layan gak..cuma baca rumusan tu...ayatnyeeee,...perghhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:39 PM | Show all posts
ada apa masalah ke citer ni? aku dah try nak beli tiket khamis ni, tapi tetiba lak GSC kata "can't prepare transaction. pelik pulak haku."
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:40 PM | Show all posts
Reply 173# Santeira

taktau panggung mana..aku nk tgk citer nie...tp kalau boleh aku x mau tgk kat panggung yg jahat busuk ati mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:43 PM | Show all posts
Reply  Santeira

taktau panggung mana..aku nk tgk citer nie...tp kalau boleh aku x mau tgk kat pa ...
mimi77 Post at 6-3-2012 16:40



    baru jap tadi aku try beli guna Internet Explorer. Pakai Firefox tak boleh. Tapi pakai Internet Explorer boleh. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:47 PM | Show all posts
Reply 175# Santeira

bukan gsc kot...tp xtau panggung mane ar yg wat onar mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 04:48 PM | Show all posts
Reply  Santeira

bukan gsc kot...tp xtau panggung mane ar yg wat onar mcm tu
mimi77 Post at 6-3-2012 16:47



    memang ada kes ke pasal Bunohan ni. Tak faham la orang nak sabotaj buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:53 PM | Show all posts
Reply 177# Santeira

ada la tu pihak yg gtau pasal panggung x mainkan trailer dlm panggung sebab terlalu ganas kate mereka
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:57 PM | Show all posts
Reply  Santeira

ada la tu pihak yg gtau pasal panggung x mainkan trailer dlm panggung sebab terl ...
mimi77 Post at 6-3-2012 16:53



    beh filem luar yang ganas boleh pulak main trailer. kasi klasifikasi 18 SG lah. teruk ah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 04:58 PM | Show all posts
Reply 179# Santeira

sabotaj la tuuuuu...katenye ada pihak yg "panas"....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.064995 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list