CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lonso

BUNOHAN Menang Anugerah NETPAC Di Festival Filem Golden Horse Taipei

  [Copy link]
Post time 26-11-2011 01:38 PM | Show all posts
bila nak masuk panggung ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2011 11:49 AM | Show all posts
tahniah sangat2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 11:57 AM | Show all posts
tahniah!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:32 AM | Show all posts
cter nie lagi banyak dapat liputan dari pelem yang dok tayang kat wayang sekarang..
Oleh: Murai Batu | | 3/1/2012 12:00:00 AM







Teks Oleh Kheme Rosly
Khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 1 MARCH 2012: Setelah sekian lama namanya disebut-sebut, filem Bunohan bakal menemui penonton di panggung seluruh negara bermula 8 Mac ini.
Semalam telah berlangsungnya majlis tayangan perdana filem tersebut telah diadakan di TGV Suria KLCC.
Filem arahan Dain Said yang telah mendapat pengiktirafan di arena antarabangsa itu, mengisahkan tiga orang adik-beradik lelaki yang terpisah bagaimanapun mempunyai agenda masing-masing.
Dalam sidang media tayangan perdana berkenaan, Dain berkata, kesemua kejayaan yang diraih filem ini bukanlah sekadar kejayaan peribadinya semata-mata, sebaliknya berbangga kerana dapat mengangkat nama Malaysia.
Jelas Dain lagi, melalui filem berkenaan dia mahu menyampaikan mesej mengenai sifat keganasan yang dimiliki kaum lelaki.
Malah katanya, dia mahu merungkai kisah di sebalik penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang diadun bersama darah dan mitos.
"Walaupun sudah membuka mata orang luar, namun saya mahu masyarakat tempatan sendiri menontonnya.
"Bagi saya, sehebat mana pun filem tersebut diangkat di pentas antarabangsa tetapi jika bukan orang tempatan sendiri yang menilai tiada gunanya. Saya juga ingin tahu bagaimana reaksi penonton tempatan dengan karya dan cara penyampaiannya ketika bercerita," katanya.
Dibarisi pelakon berkaliber seperti Faizal Hussien, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim sebagai teraju utama, Bunohan turut dibantu Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.
Lebih menarik, Universal Pictures telah bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di beberapa benua lain diseluruh dunia.
Filem ini juga telah membuat tayangan perdananya di pentas antarabangsa seperti Festival Antarabangsa Toronto dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse.
Festival Filem Antarabangsa Rotterdam juga telah menayangkan filem ini sebagai tayangan perdana Eropah pada Januari lalu.
Tayangan perdana Bunohan telah dihadiri lebih 50 orang selebriti yang nampaknya memberi sokongan tak terhingga kepada filem tempatan.
Antara selebriti terkenal yang hadir ialah Datuk Sheila Majid, Amy Search, Kavita Sidhu, Melissa Saila, Sofia Jane, Fazura, Sharifah Amani dan tidak ketinggalan pengarah tempatan seperti Ahmad Idham, Shuhaimi Baba , U-Wei Hj Shaari serta Raja Azmi.
Sebuah filem yang penuh dengan kisah dan mesej tersirat dan bagi anda peminat filem tempatan yang dahagakan karya baru, Bunohan bisa membuka selera baru anda untuk terus menyokong industri perfileman tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:33 AM | Show all posts
dan lagiii
Oleh: Murai Batu | | 3/1/2012 12:00:00 AM







Teks oleh Syafiqah Jalal
Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com
KUALA LUMPUR, 1 MAC2012: Pelakon, Zahiril Adzim, 28, akui terpaksa menahan sakit selepas disepak dan terajang ketika melakonkan watak Adil sebagai peninju atau tomoi dalam filem Bunohan.
Bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan memuaskan, Zahiril Adzim berkata dia terpaksa menahan sakit itu selama dua bulan menjalani latihan sebelum memulakan penggambaran filem arahan Dain Said.
"Saya rasa sangat mencabar apabila membawa watak sebagai seorang peninju kerana saya perlu belajar cara tumbukan yang betul walaupun hanya melakonkannya.
"Ini kerana sebagai pengarah, Dain mahu lakonan saya nampak realistik dan tak mahu menggunakan apa juga camera trick sekalipun.
"Malah, Dain juga mahu saya nampak kuat dan bertenaga ketika melakonkan aksi meninju ini. Disebabkan itulah saya telah mengalami beberapa kecederaan serta kesan-kesan lebam di badan.
"Memang sakit sangat tapi saya berasa puas dengan hasilnya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Bunohan yang berlangsung di TGV Cinema, KLCC.
Selain Zahiril Adzim filem yang telah ditayangkan di Amerika Utara itu turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Wa Hanafisu, Soffie Jikan dan ramai lagi.
Bukan sahaja menjalani latihan meninju, dalam masa dua bulan itu juga pelakon filem Tolong Awek Aku Pontianak ini juga telah memasuki kelas bertutur dalam bahasa dan loghat Kelantan untuk digunakan dalam dialog filem tersebut.
Bagi menumpukan sepenuhnya kepada kedua-dua latihan tersebut, Zahiril akui dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon ketika itu.
"Saya rasa banyak pengorbanan yang saya lakukan untuk filem ini.
"Saya juga tak kisah untuk menolak tawaran lakonan lain demi menumpu sepenuhnya kepada Bunohan.
"Tidak tahu kenapa, tetapi waktu itu saya dapat rasakan yang karya ini boleh pergi jauh dan terbukti filem ini pun sudah diangkat di Amerika Utara.
"Saya juga percaya dengan karya yang diangkat oleh pengarah Dain. Kerana dia adalah antara orang seni yang menjadi idola saya,"jelasnya lagi.
Filem yang sudah ditayangkan di Amerika Utara dalam sebuah tayangan perdana sempena Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011'itu bakal menemui penonton tanah air bermula 8 Mac ini.
Bunohan mengisahkan nasib tiga bersaudara yang terpisah dan membawa haluan masing-masing, di mana Adil lakonan Zahiril Adzim memperjuangkan sukan Tomoi, Ilham (Fazal Hussein) sebagai pembunuh upahan dan Bakar (Pekin Ibrahim) sebagai seorang ahli perniagaan yang licik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:33 AM | Show all posts
lagi.. dan lagii

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Dain Said bersama barisan pelakon-pelakon 'Bunohan'. Foto GLENN GUAN


KUALA LUMPUR: Selepas kecewa apabila hasil karya filem Dukun tidak dapat ditayangkan, filem drama-aksi yang ditunggu-tunggu, Bunohan, pula menjadi taruhan buat pengarah hebat Dain Said.
Pada tayangan perdana Bunohan yang perlangsung pada malam Rabu di TGV, Kuala Lumpur City Center (KLCC), Dain berkata, dia tidak sabar melihat respons daripada penonton-penonton tempatan pula selepas mendapat pujian dari negara luar.
"Alhamdulillah, Bunohan mendapat respons yang sangat baik di luar negara. Bagaimanapun, filem ini adalah untuk orang kita (Malaysia), jadi semestinya saya mahu lihat respons daripada penonton-penonton tempatan.Zahiril Adzim melakonkan watak utama dalam Bunohan.


"Tambah pula, hasil karya yang dibuat selama empat tahun ini bersifat terlalu perbadi untuk saya, kerana saya bukan sekadar mengarah semata-mata, tetapi menjaga setiap aspek dalam filem ini.
"Saya dan pihak kru produksi bersungguh-sungguh dalam filem ini. Malah, saya bersyukur kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat dan kerana mereka jugalah filem ini dapat 'hidup'," katanya.
Filem yang akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.
Ia diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.Tengku Azura, satu-satunya pelakon wanita dalam filem ini.


Bunohan yang mendapat tempat di arena antarabangsa menerima Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.
Dalam pada itu, filem itu telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2011 dan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
Ditanya, adakah dia mengharapkan pengiktirafan memandangkan Bunohan disanjung tinggi di peringkat antarabangsa, pengarah ini berkata:
"Sebenarnya anugerah bukanlah satu perkara yang penting, tetapi asalkan filem ini dihargai terutamanya daripada kalangan penggiat-penggiat seni dan para penonton, ia sudah mencukupi."
Bertempat di Kelantan dan bersempadanan dengan Selatan Thailand, Bunohan, satu kawasan di daerah Tumpat, menceritakan tentang lelaki ganas yang kental.
Ia berkenaan dengan nasib tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi yang berada dalam pelarian, pembunuh upahan dan seorang ahli perniagaan licik yang tersepit dalam sarang tragedi penipuan dan rasuah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2012 09:34 AM | Show all posts
dan yang ini jugaa
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my




SEKALIPUN sudah agak berusia, namun ‘saham’ Faizal Hussein di pentas lakonan masih belum menurun. Bahkan, tawaran diterimanya agak kencang apatah lagi sebagai hero filem. Ternyata bakat dan pengalaman dimiliki Faizal selama ini banyak membantunya menjadi seorang pelakon berkaliber.
Memulakan langkah di pentas lakonan sejak 1982 menerusi filem Senja Merah, nama Faizal, 45, melonjak naik selepas membintangi Gila-Gila Remaja pada 1986 sebagai Azroy. Diarahkan bapanya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, ia memberi impak besar untuk Faizal membuktikan darah seni diwarisi.

Biarpun terus aktif berlakon, namun ada pasang dan surutnya. Ditambah, faktor seperti peningkatan usia dan kemunculan hero pelapis membuatkan Faizal menyahut pula cabaran melakonkan watak antagonis. Justeru, ia bermula dengan tawaran membintangi filem patriotik, Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman.

Melakonkan watak prebet Ayob yang menjadi pembelot, ia umpama pembuka langkah buat Faizal menerima lebih banyak peranan negatif. Bahkan, watak hitam lakonannya dalam filem Gerak Khas The Movie II berjaya melayakkan dia menang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2003.



Menurut Faizal, walaupun dia banyak melakonkan watak antagonis, tetapi masih gembira kerana diterima baik peminat yang setia memberikan sokongan. Ujarnya, memang tidak disangka peminat boleh suka dia menjadi jahat dalam filem sekali pun babak dilakonkan sedikit dan ada kalanya berasa tak puas.

“Pun begitu, jujur diakui saya bukanlah seorang pelakon yang cerewet dalam memilih watak. Sepanjang menceburi lakonan yang sudah menjadi karier tetap, saya tidak pernah bersikap memilih watak, apatah lagi menolak tawaran yang diterima. Pada saya, setiap tawaran diberikan itu adalah takdir dan rezeki.

“Jadi, semestinya tidak wajarlah untuk menolak. Lagipun, saya juga yakin peminat sudah tahu sejauh mana kemampuan diri ini dalam lakonan kerana tidak pernah pula mereka memberikan kritikan hebat atau pun kutukan pada sesuatu watak dilakonkan. Pada saya, ia sudah cukup memadai,” katanya.

Suami kepada pelakon Suhaila Sulaiman dan bapa kepada dua orang anak ini turut memaklumkan dia memandang dari sudut positif setiap watak diterimanya.
Kata Faizal, dia melihat apa saja watak dilakonkan itu ada pengajaran dan menjadi tanggungjawabnya menyampaikan kepada peminat sebaik mungkin.

Menyentuh pula mengenai watak Ilham dalam filem Bunohan, Faizal menjelaskan karakter itu menggambarkan dia dalam watak hitam, tetapi diungkap dari sisi sudut pandang positif. Ujarnya, pada mata kasar Ilham memang seorang yang jahat kerana kerana kerjanya sebagai pembunuh upahan.

“Namun, pada sisi lain perlu diketahui Ilham menjadi liar kerana sejak kecil dia hidup terbiar selepas ibunya, Mek Yah bercerai dengan bapa, Pak Eng yang juga seorang kaki perempuan. Pak Eng sanggup meninggalkan Mek Yah kerana tergila-gilakan wanita lain, Mek Ani. Justeru, Ilham dan ibunya menghilang diri.

“Dalam tempoh mengenal kehidupan, Ilham membabitkan diri dengan sukan tomoi yang akhirnya menjadikan dia pembunuh upahan. Justeru, dia mendapat arahan untuk memburu dan membunuh seorang peninju tomoi, Adil atau lebih dikenali sebagai Bunga Lalang yang tanpa diketahui adalah adik kandungnya.

“Pemburuan Ilham untuk menemui Adil bagaimanapun, membawa dia menjejakkan kaki ke kampung asalnya, Bunohan dan bertemu bapanya, Pak Eng dan adik tirinya, Bakar. Watak Bakar lakonan Pekin Ibrahim adalah seorang guru, tetapi tamak pada harta. Demi kekayaan dan kekuasaan, Bakar sanggup mengkhianati keluarga.

“Justeru, Bunohan adalah �kisah konflik kekeluargaan. Apapun, ia juga karya terbaik diilhamkan pengarahnya, Dain Iskandar Said yang cukup teliti dan memahami apakah mesej yang mahu disampaikan kepada penonton. Bahkan, turut mengangkat budaya dan dialek masyarakat Kelantan yang nyata unik,” katanya.

Faizal yang menjalin kerjasama kali kedua dengan Dain dalam filem selepas Dukun, memaklumkan dia berminat menerima tawaran menjayakan Bunohan kerana yakin terhadap kreativiti pengarah berkaliber itu. Katanya, Dain seorang yang bijak dalam berkarya dan hasil kerjayanya juga diyakini pasti menarik.

“Saya sedia terima tawaran membintangi Bunohan kerana terpaut dengan jalan cerita yang diketengahkan Dain. Ia kisah masyarakat, yang saya yakin tidak ramai orang mengetahuinya terutama generasi muda sekarang. Jujur saya katakan, kesediaan untuk melakonkan watak Ilham itu memang tiada kaitan dengan soal bayaran.

“Bukan saja bagi saya seorang tetapi pelakon lain juga. Kami mahu berlakon dalam Bunohan kerana sukakan keaslian karyanya dan jalan cerita yang diketengahkan Dain.

“Dalam soal lakonan, kami semua memang sudah tahu sejauh mana kemampuan Dain.
Bahkan, kami percaya dengan cara kerja Dain dan hasil yang akan diperlihatkan nanti. Kini, semuanya sudah jelas dan saya sendiri tidak sangka bahawa masih ada penggiat seni tanah air yang memiliki pemikiran seperti Dain.

“Kini, harapan saya supaya Bunohan diterima oleh penonton tempatan. Di luar negara, saya akui sudah berpuas hati dengan pencapaian diperoleh Bunohan kerana dalam sesi tayangan perdana dibuat, sambutan diterima daripada penonton asing cukup baik. Perbezaan bahasa, bukan halangan untuk mereka faham kisah yang dimuatkan,” katanya.

Kata Faizal lagi, sinematografi yang diketengahkan Dain juga sangat menarik.
Secara tidak langsung, ia menonjolkan kepada penonton asing bahawa betapa indahnya bumi Malaysia ini. Ujarnya, Bunohan boleh dianggap sebagai filem anak tempatan yang bertaraf antarabangsa walaupun bajet agak terhad.

Ujarnya, Dain nyata sudah membuktikan kemampuannya. Selain Faizal, barisan pelakon yang membintangi Bunohan ialah Zahiril Adzim (Adil/ Bunga Lalang), Tengku Azura (Mek Yah), Bront Palarae (Deng), Nam Ron (Pak Wah), Wan Hanafi Su (Pak Eng), Soffi Jikan (Awang Sonar) dan Jimmy Lor (Jing).

Sehubungan itu, antara �pencapaian terbaik diraih �Bunohan di peringkat �antarabangsa ialah di World Premiere: Toronto International Film Festival 2011, Asian Premiere: Taipei Golden Horse Film Festival (Netpac Award) 2011, Latin American Premiere: Sao Paulo International Film Festival 2011 dan European Premiere: Rotterdam International Film Festival 2012.



Trivia Faizal Hussein

Karakter impian: Polis/ watak aksi
Inspirasi lakonan: Robert De Niro dan Anthony Hopkins
Gaya penampilan: Ringkas dan selesa
Impian jadi pengarah: Belum terfikir dan masih selesa berlakon saja
Perancangan keluarga: Biar Tuhan tentukan, hanya ikut ketentuan takdir
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:35 AM | Show all posts
fuhhh tengok trailer pun dah seriau
ok i will support this movie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 09:41 AM | Show all posts
Harapnya ramai yang akan ke panggung untuk menyokong filem ini

Teringat pengalaman menonton filem Wayang di panggung .. ada 6 orang penonton saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 09:54 AM | Show all posts
arap ramai lah yg pegi ke panggung.. support lah cite mcm nih.. kasi pkir ckit
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:57 AM | Show all posts
mengikut cerita kawan saya yg pergi premier pilem ini di klcc hari tu katanya filem ini filem berat harus fikir, jikalau ummah yg suka ombak rindu sukar utk appreciate cerita sebegini kata beliau karena banyak perkara2 tersirat etc.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by Changa at 2-3-2012 10:07
Reply  deadpool1119

kaki bakar mmg tak menang ffm cabuk atau asia level.tapi ia adalah filem mal ...
alesandra Post at 25-11-2011 23:32



   sehingga sekarang saya ga pernah nonton kaki bakar.
rasanya cerita pertama yasmin yg di tayang slot cerekarama tv3 rabun juga pernah di tayangkan di cannes? atau festival di italy?
namun filemu wei  saya suka kan jogho, cerita itu bagus namun tidak di nafikan dari segi teknikal perfileman, filem beliau ada kelemahan. contoh nya dalam satu scene dlm filem jogho boleh ternampak bayang jurugambar atas crane.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:05 AM | Show all posts
mengikut cerita kawan saya yg pergi premier pilem ini di klcc hari tu katanya filem ini filem berat  ...
Changa Post at 2-3-2012 09:57
Komen dari kawan saya pulak : Bahasa filem ini harus "dibaca"
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:06 AM | Show all posts
bila nak masuk panggung ni?
fuyupoktek Post at 26-11-2011 13:38
08 Mac 2012
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:07 AM | Show all posts
Komen dari kawan saya pulak : Bahasa filem ini harus "dibaca"
haiku Post at 2-3-2012 10:05



   lebih kurang sebegitu la kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:09 AM | Show all posts
baca review orang yg dah pergi menonton Bunohan terbaik... nak try pergi tgk lah nnt
cepat lah 8 mac
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 10:11 AM | Show all posts
dukun ade isu politik yg sensitif... yg kena bunuh pun org umno... yg guna bomoh utk kekalkan kuas ...
dino Post at 25-11-2011 23:45



   dukun di ban bukan karena politik namun atas kesilapan penerbit filem itu yg uar2 kan based on true story pada mula nya.keluarga mona fandey komplen.

rasanya mereka retract balik tulis based on true story itu namun udah terlambat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:14 AM | Show all posts
Reply 112# Changa

eh...wait a minute...pembetulan.kaki bakar penah menang ffm.kejadah komen aku sblm neh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:22 AM | Show all posts
Reply 105# samshik

nak tengok citer neh sbb ade bront,namron,soffi jikan...tapi bukan faizal hussein.sbb menyampah tengok dia sejak azali lagi.berlakon tak penah yg best.hampeh.mungkin sbb dia pon selalu dapat role cam gila2 remaja.harap filem neh boleh mengubah persepsi iols terhadap dia.ade forumer dah pegi tengok bunohan kata lakonan cemerlang kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:23 AM | Show all posts
agak2 peminat filem2 David Teoh suka tak filem Bunohan ni
ye la kat dlm Bunohan tak ada hantu, along, mat rempit, mat despatch
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067891 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list