CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6555|Reply: 62

Realiti Sebenar Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya

[Copy link]
Post time 27-11-2011 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang Pesara Kerajaan menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai
seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Graf itu, kata Ng  di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.

"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

Sebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi
kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.

Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2011 08:25 PM | Show all posts
Umngok Celaka ... Teresa Kok pemenang Majoriti terbesar 36K sepatutnya DAP boleh dapat 5,6 kerusi kat Parlimen Seputeh je... Aku akan vote DAP demi kesejahteraan Ummah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 12:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 28-11-2011 00:52
Umngok Celaka ... Teresa Kok pemenang Majoriti terbesar 36K sepatutnya DAP boleh dapat 5,6 kerusi ka ...
perang_sivil Post at 27-11-2011 20:25


Pada keseluruhannya BN masih lagi mendapat undi majority

BN ungguli undi popular

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) kelmarin, terus mengungguli undi popular dengan memperoleh 50.28 peratus undi daripada keseluruhan 8.1 juta pemilih yang keluar mengundi di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Umno, parti yang menjadi tonggak BN mencatatkan 29.59 peratus undi popular berbanding pesaing terdekatnya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendapat 18.05 peratus daripada 49.71 peratus undi yang diraih parti pembangkang.

Di kalangan parti komponen BN lain, MCA mendapat 10.21 peratus undi, MIC (2.21 peratus), Gerakan (1.99 peratus) dan PPP (0.20 peratus).

Bagi parti pembangkang lain, Pas yang memenangi 23 kerusi Parlimen dalam pilihan raya kali ini hanya mendapat sokongan 14.05 peratus pengundi, DAP (13.72 peratus), Parti Rakyat Malaysia (PRM) (0.21 peratus), SNAP (0.04 peratus), Bersekutu (0.01 peratus), manakala calon Bebas meraih 1.04 peratus undi.

Bagaimanapun, jika dibandingkan prestasi BN itu dengan pilihan raya umum sebelum ini, undi popular yang diperoleh paling rendah sejak pilihan raya 1959.

Sebagai contoh, pada pilihan raya umum 1990, BN mencatat undi popular sebanyak 52 peratus, 1995 (63.2 peratus), 1999 (56.53 peratus) dan pada 2004 pula, 63.68 peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 08:01 AM | Show all posts
teresa kok yang dia bangga nak undi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 08:20 AM | Show all posts
benda nie memang sah dalam perlembagaan, spr berkuasa untuk mengubah sempadan pilihnaraya sbb tu pilihnaraya 2004 pak lah menang bnyk sbb dia dh ubah sempadan pilihnaraya... skrg nie pun sama dia ubah sempadan pilihanraya contoh paling senang parlimen pekan, parlimen lembah pantai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 08:21 AM | Show all posts
Reply 3# rashiman


   undi popular yang makin menurun setiap kali pilihnaraya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2011 11:41 AM | Show all posts
Umngok Celaka ... Teresa Kok pemenang Majoriti terbesar 36K sepatutnya DAP boleh dapat 5,6 kerusi ka ...
perang_sivil Post at 27-11-2011 20:25


undi la, tarak sapa halang ko nak undi DAP tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 07:02 PM | Show all posts
Reply  rashiman


   undi popular yang makin menurun setiap kali pilihnaraya....
B.K Post at 28-11-2011 08:21


itu reality sebenarnya, BN masih lagi berjaya menawan Putrajaya, mendapat sokongan majority rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 09:06 AM | Show all posts
undi la, tarak sapa halang ko nak undi DAP tu....
denai Post at 28-11-2011 11:41



   
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 09:22 AM | Show all posts
Betul. Tak berapa kali BN ubah + tambah kawasan undian untuk pegang lebih bgk kerusi. Mungkin BN ada majority, tapi  undian makin krg. Itu yg x adil bagi competitor la, hanya control oleh BN ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 11:15 AM | Show all posts
aku tak faham... kalau pun kapar dipecahkan menjadi 17 kawasan parlimen adakah itu akan memberikan peluang kepada pembangkang untuk mendapat mejoriti di parlimen?

dan apa pulak andainya mengatakan putrajaya tu milik BN sedangkan semasa pilihanraya ia boleh jadi milik siapa saja... samada BN atau PR...

jadi kuantiti kerusi parlimen tidak bermakna ia akan memberikan apa-apa kelebihan kepada BN atau PR...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 11:37 AM | Show all posts
yang aku paham, klu semua pilih pembangkang dah tentu bn kalah even diputrajaya pun. graf tidak boleh nak predict undi siapa menang ke ape, graf tu hanya berdasarkan kemenangan bn yg lepas2. so bagaimana pula pembangkang boleh menang diselangor? padahal sebelum ni takde sape pun boleh predict pembangkang bleh menang, kan2. jadinya, graf it hanya sekadar hiasan aje dan sebagai panduan kot2 nak menambah perasa dalam mesyuarat ke ape ke.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 12:39 PM | Show all posts
undi popular yang makin menurun setiap kali pilihnaraya
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 01:13 PM | Show all posts
Marilah kita satukan kawasan mengikut jumlah penduduk.. bukan mengikut kawasan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 01:32 PM | Show all posts
itu reality sebenarnya, BN masih lagi berjaya menawan Putrajaya, mendapat sokongan majority raky ...
rashiman Post at 28-11-2011 19:02



Betul... dgn majoriti rakyat tapi belum ditolak kemenangan dgn guna pengundi hantu, undi pos...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 01:39 PM | Show all posts
yang aku paham, klu semua pilih pembangkang dah tentu bn kalah even diputrajaya pun. graf tidak boleh nak predict undi siapa menang ke ape, graf tu hanya berdasarkan kemenangan bn yg lepas2. so bagaimana pula pembangkang boleh menang diselangor? padahal sebelum ni takde sape pun boleh predict pembangkang bleh menang, kan2. jadinya, graf it hanya sekadar hiasan aje dan sebagai panduan kot2 nak menambah perasa dalam mesyuarat ke ape ke.MANSTIR Post at 30-11-2011 11:37



tapi dgn menggunakan graf la antara cara spr mengubah sempadan pilihanraya bagi membantu kemenangan kpd BN....
itu antara taktik yg telah lama diamalkan...
yg beritahu aku adalah pegawai btn/jpm masa aku hardcore umno dulu...

chances utk pembangkang menang pun apabilia margin majoriti pengundi yg lebih besar kpd pembangkang,
kalau majoriti sikit, chances bn menang sebab ditambah dgn tipu muslihat spt pengundi hantu...
pasal pengundi hantu, takkan korg tak tahu...
lagi pun kerabat aku sendiri yg jadi exco umno yg jadi broker bawak pengundi hantu...
itu belum masuk bagaimana kerabat aku yg jadi adun umno menang pilihanraya secara tipu berdasarkan pada pengakuan dia sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 01:49 PM | Show all posts
tapi dgn menggunakan graf la antara cara spr mengubah sempadan pilihanraya bagi membantu kemen ...
Equalizer Post at 30-11-2011 13:39



   kegelisahan UMNO disebabkan PKR mmg taw byk rahsia UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 02:10 PM | Show all posts
kegelisahan UMNO disebabkan PKR mmg taw byk rahsia UMNO.
gogo2 Post at 30-11-2011 13:49



PKR tu kan adalah bekas2 umno/mic/mca...

macam aku la... bekas umno... tapi aku tak join pkr...

lagi pun isu spr jadi alat BN/umno tu adalah open secret...
generally semua org umno tahu...
unless penyokong umno tu innocent/naive tahap gaban, rendah iq (macam yg ada pemimpin umno sendiri ngaku) atau pun pura2 tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 02:55 PM | Show all posts
Reply 16# Equalizer

yg pasti boleh ke umno tahu diaorg bleh kalah masa selangor ditawan dgn hanya tgk graf aje?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 04:41 PM | Show all posts
Reply  Equalizer

yg pasti boleh ke umno tahu diaorg bleh kalah masa selangor ditawan dgn hanya t ...
MANSTIR Post at 30-11-2011 14:55



umno dapat tahu lewat pada hari mengundi, bila dah masuk petang...
umno tak menjangka akan kalah kerana berdasarkan pada maklumat pr yg lalu dan juga feedback dari org2 umno sendiri.

khir toyo masa tu over confident BN boleh menang di Selangor.
itu termasuk strategi persempadanan semula beberapa kawasan.
lapuran dia kepada PM sebelum PR ialah BN akan sapu bersih di Selangor.
Masuk petang, dia menggelabah bila dapat maklumat beberapa kawasan akan tumbang termasuk kawasan dia sendiri..

so ada beberapa kawasan yg terselamat menggunakan taktik tipu terakhir bagi kawasan2 yg sepatutnya BN tumbang dgn majoriti kecil.

Actually di Selangor, taktik persempadanan semula tu backfire, sebab ada kawasan majoriti melayu telah diubah agar lebih ramai pengundi bukan melayu sebab tidak menjangkakan pengundi bukan melayu secara majoritinya beralih arah. BN menjangkakan pengundi melayu di Selangor 50-50, so dgn memasukkan pengundi bukan melayu ke kawasan melayu, mereka menjangka akan menjamin kemenangan BN.

Kalau tanpa tipu helah, ada beberapa lagi kawasan Adun yg sepatutnya dimenangi oleh pakatan di Selangor, dgn ertikata lain, Selangor memang menang dgn majoriti yg banyak oleh pakatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.158341 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list