CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15091|Reply: 288

Hanya 46 peratus wanita Malaysia yang bekerja

  [Copy link]
Post time 1-12-2011 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini adalah  hanya 46 peratus, satu kadar paling rendah di rantau ini berbanding  negara jiran pada 70 peratus, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliau  berkata kerajaan menggalakkan golongan wanita tempatan terutamanya suri  rumah untuk memasuki pasaran pekerjaan sebagai usaha agar bilangan  tenaga kerja asing di negara ini dapat dikawal.

"Kementerian  sedang memikirkan strategi meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja  tempatan kerana negara memang ada tenaga tempatan yang masih boleh  digunakan tetapi memerlukan pelbagai sokongan dan insentif.

"Kita  turut menggalakkan rakyat yang boleh bekerja tetapi tidak bekerja  contohnya suri rumah, pesara, OKU dan pelajar ke pasaran pekerjaan  dengan mewujudkan peraturan kerja separa waktu iaitu kerja kurang dari  lapan jam tetapi masih mendapat hak sebagai pekerja antaranya kelebihan  KWSP, SOCSO dan cuti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Beliau  menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) yang  ingin tahu kadar kebergantungan negara kepada tenaga buruh asing  berbanding dengan kesediaan dan kesanggupan rakyat tempatan dalam  sektor-sektor pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran.

Maznah  berkata kebergantungan negara terhadap tenaga buruh asing bersifat  sementara dan berdasarkan statistik terkini pekerja asing yang  berkhidmat di negara ini yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara  (PLKS) berjumlah 1.8 juta orang.

"Walaupun  Malaysia menjadi pilihan warga asing sebagai lubuk mencari rezeki,  kerajaan tidak mengamalkan dasar terlalu terbuka kerana ia dikhuatiri  menjejaskan peluang rakyat tempatan untuk meneroka pasaran pekerjaan,"  katanya.

Jumlah guna tenaga yang bekerja di Malaysia pada masa ini ialah 11.7 juta manakala kadar pengangguran ialah sekitar 3.4 peratus.

Sektor seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan pertanian adalah yang banyak menggajikan pekerja asing.

Maznah  berkata mereka yang hendak mendapatkan golongan berkenaan sebagai  tenaga kerja hendaklah berdaftar dengan portal JobsMalaysia dan melalui  proses Jobs Clearing System.

- Bernama

------------------------------------
ramaikah wanita yg selama ini diwar warkan sbg golongan majoriti di IPT lenyap begitu saja tanpa memasuki
pasaran kerja selepas grad?

adakah salah satu puncanya :
1- kualiti mereka utk memasuki pasaran kerja tidak memadai walaupon hebat di IPT?
2- Kawen dgn lelaki yg masih konservetif -- lps kawen keja awak hnya kat dapur n bela anak?
3- terlalu kurang peluang pekerjaan utk wanita?
4- atau memang malas nk berkerja?
5- ................. sebab2 lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2011 09:07 AM | Show all posts
sy suka wanita yg berkerjaya

yg ada wawasan & yg ada motivasi

jgn duk asyik bergussip jer   
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 09:14 AM | Show all posts
duduk rumah tetapi jadi pengasuh anak orang itu juga bekerja TSJ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 09:14 AM | Show all posts
wanita sekarang perlu menjadi wanita bekerjaya. lambang jati diri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 09:37 AM | Show all posts
errr org pompuan kalau tak keje alamatnye kene pijak je la ngan lelaki zaman skang nih... keje bagus... gaji byk pon org laki leh kotak katik kan.... dunia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 09:41 AM | Show all posts
duduk rumah tetapi jadi pengasuh anak orang itu juga bekerja TSJ..
cyclotron Post at 1-12-2011 09:14 AM



    yelah jugak kan? sbb kpd wanita takde istilah " goyang telor"

tp 46% ni adalah mereka yg memasuki pasaran kerja

surirumah walaupon hakikatnya juga berkerja x boleh diketegorikan sbg "pasaran kerja"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2011 10:02 AM | Show all posts
Kalau nak suruh wanita tempatan bekerja untuk mengurangkan kebergantungan terhadap warga asing, nak suruh wanita tempatan jadi amah ke?

Kalau nak diikutkan, semua wanita yg berpendidikan nak bekerjaya. tapi tgk juga rezekinya
mcm wife aku ada master dlm bidang sains perubatan, pergi temuduga dah banyak kali tapi takde rezeki nak dapat. At the end give-up, then duk umah sambil berniaga kecil-kecilan secara online untuk mengisi masa lapang di samping menjaga anak kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:11 AM | Show all posts
rugi lah belajar tinggi2 tapi x keje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 10:19 AM | Show all posts
Kalau nak suruh wanita tempatan bekerja untuk mengurangkan kebergantungan terhadap warga asing, nak  ...
epal10 Post at 1-12-2011 10:02



   klu jaga anak sendiri....dapat gak mgurangkan pgambilan amah....pjagaan/pdidikan anak2 lebih tjamin....   ibu2 yg bpendidikan x perlu hantar anak ke tusyen....boleh ajar sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:23 AM | Show all posts
rugi lah belajar tinggi2 tapi x keje..
neeria Post at 1-12-2011 10:11



   mmg la rugi loan belajar pun kena byr gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:27 AM | Show all posts
yelah jugak kan? sbb kpd wanita takde istilah " goyang telor"

tp 46% ni adalah merek ...

adakah salah satu puncanya :
1- kualiti mereka utk memasuki pasaran kerja tidak memadai walaupon hebat di IPT?
2- Kawen dgn lelaki yg masih konservetif -- lps kawen keja awak hnya kat dapur n bela anak?
3- terlalu kurang peluang pekerjaan utk wanita?
4- atau memang malas nk berkerja?
5- ................. sebab2 lain?





TanSriJess Post at 1-12-2011 09:41



macit masuk kategori dah malas nak kerja dan sebab2 lain

dedulu kerja pastu berenti, pastu kerja lagi pastu berenti lagi pastu kerja lagi pastu berenti terusss...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:30 AM | Show all posts
masih ramai wanita malaysia yg nak jadi suri rumah... macam lisasurirumah
aku respek betul la...
aku cuti bersalin yg dua bulan tu je mati kutu tak tau nak buat menda kat umah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:30 AM | Show all posts
yg join MLM masuk statistik wanita berkerjaya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:33 AM | Show all posts
sesetengah orang ingat kalau jadi surirumah/tak bekerja nih, hanya dok goyanggg bontot jah kat umah...
macam saya, hantar /ambil anak sekolah, mengaji quran, tusyen anak2 saya buat sendiri....cumanya kerja nih tak bergaya pakai baju cantik2, mekap tebal2....takpa esok2 nak pakai mulut merah turang bundurang time hantar atau time ajar anak2
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:38 AM | Show all posts
sesetengah orang ingat kalau jadi surirumah/tak bekerja nih, hanya dok goyanggg bontot jah kat umah. ...
alahai Post at 1-12-2011 10:33



    sbb tu aku respek yg jadi surirumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:39 AM | Show all posts
alaa.. aku yg keje ni pon tak kosa nak mekap2... pakai baju cantik2 singkat2 segala... last2 masuk bengkel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 10:45 AM | Show all posts
wanita bekerja sektor awam bakal mengalami masalah bila skim sbpa dilaksanakan

ibu-ibu terutamanya selalu cuti, anak sakit atau anak exam
ibu-ibu tak boleh balik lambat. meeting dari kul 530 sampai kul 900 mlm misalnya, kena hadir separuh jalan saje, sebelum masuk maghrib dah kena balik rumah.

sebab itu ramai ibu-ibu tidak bekerja. aku pun takmo keje
tapi ada kaitan pulak dengan jumlah pendapatan isirumah. bila gaji sikit, ibu-ibu terpaksa bekerja membantu suami menyara keluarga. gaji sikit dan barang harga tinggi, masalah pengangkutan awam tidak efisyen, harga tadika sangat mahal, sekolah exam oriented menyebabkan terpaksa hantar tuisyen (kos lagi)

macamana kami ibu-ibu tidak bekerja? we cannot afford to be housewife.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:59 AM | Show all posts
skrg ni ..keje ke atau tidak..mmg x mencukupi....harga barang dah naik gila2......klu gaji setakat seribu lebih..duk bandar.......mmg miskin....tpi bersyukur...ada gak duit beli barang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:59 AM | Show all posts
kalau kat jabatan aku ni, staf wanita lebih ramai berbanding lelaki. mungkin dalam 60:40. even dalam keseluruhan tmpat aku bekerja ni boleh dikatakan nisbah wanita berbanding lelaki adalah 70:30.

Time perhimpunan bulanan, 2 baris tempat duduk dipenuhi oleh staf wanita manakala 1 baris sahaja untuk staf lelaki. Rasanya wanita bekerjaya baik lebih tinggi berbanding lelaki agaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 11:09 AM | Show all posts
macit masuk kategori dah malas nak kerja dan sebab2 lain

dedulu kerja pastu berenti, past ...
alahai Post at 1-12-2011 10:27 AM



    takpe la macit...bleh la macit mengadap porum smbil masak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.122743 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list