CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225947|Reply: 2506

OMBAK RINDU 2: Izzah n Hariz bakal berduet in ABP 2011 pg@101

   Close [Copy link]
Post time 8-12-2011 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by samshik at 16-2-2012 09:24

Salam n selamat pagi mesia n cinta2 mek sekalian{:4_189:}  .. yuhu .. finally .. dah nak kena bukak umah baru .. alkisahnyer .. di saat mek membuka umah baru utk OMBAK RINDU yang tengah mengganas di panggung dengan kutipan rm5.2 jota nie .. maka semakin ramai yang kat sini dah tengok izzah menderita, haris yang ego serta mila yang mati2 pertahankan chentanya .. so sebagai pembuka kata n nak potong riben umah .. mek letakkan la aper yang patut .. takut ader yang tatau lagi kan serba sedikit kesahnyer...




And moh kiter layan sinopsis jeng  jeng  jeng

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cter nie berjaya menarik minat Sharad Sharan (pengarah LBS) utk difilemkan .. and kali nie beliau telah memberikan tahta direktor tu kepada Abang Semang Ali (alhamdulillah!!! if not .... hehe) .. si far kalu tengok the making memang very the kebabor .. the sinematografi sangat cantik.. sume pun tak silap mek buat kat mesia jer .. haa.. ni la ghupe posternyer bile difilemkan.



kedit to: http://puanbee.com/aaron-aziz-maya-karin-dan-lisa-surihani-antara-pelakon-utama-ombak-rindu/


Sebelum felem dah kuar .. heboh la sangat perihal aksi ranjang .. banyakla pihak yang mempersoalkan .. sampai naik penin pengarah nak menjawab ... antara tak baper nak "horny" tapi di "horny"kan oleh pepihak tertentu ...


Abang Aaron nie bertuah la .. makan kelililng tuuu...



maner lagi sensasi?? ni versi LS lak...



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari. Filem ini sedang menjalani pengambaran dalam bulan julai 2010 dan bakal menemui penonton pada awal 2011.(ujung sudah....)

Berikut adalah senarai tenaga kerja serta barisan pelakonnya;

Tajuk : Ombak Rindu
Lokasi: Cameron Highland, Langkawi, Perlis, Penang, dan Kuala Lumpur.
Tarikh pengambaran: 9 Julai 2010 – 15 August 2010
Terbitan: Tarantella Pictures
Penerbit : Sharad Sharan/Renu Sharan
Pengarah: Osman Ali
Penulis Skrip: Armantono
Lakonlayar: Osman Ali
Pengarah Fotografi: Khalid Zakaria
Pengarah Seni: Khairu Akek
Pengurus Produksi: Yusneezam Yusop
Penolong Pengarah: Rizzo
Penata Busana: Andy Sulaiman
Penata Rias: Nan
Pengarah Muzik: Nurzaidi Abd Rahman


Sebabkan rama sangat yang tanyer umah yang dato' sufiah duduk so mek dah dapatkan info  .. banglo tu atas Bukit Langkawi .. Hopefully kawan mek bagi PIC yang betul la .. Tuan punyer umah n chalet tu nama die PETER; 0126033636.. bile call nanti, cakapla kome tengok OR n berminat nak tanyer chalet keliling tu nak disewakan pada rega beraper... hehe ..{:4_182:}


============================================================================


And terkini .. ader la jugak cter2 yang tak best di dengar berkenaan pertelingkahan anatara penulis ngan tutt .. yelah .. felem dah kaut jota2 kan?? cer kalu felem sendu .. ader ker yang nak berantam sebegini?? cer pk.. cer pk..




Filem Pecah Panggung, Penulis Novel Ombak Rindu Dakwa Bayaran Tidak Setimpal{:4_232:}


Lagi cerita tentang fenomena Ombak Rindu yang masih melanda jiwa rakyat Malaysia kini.

Kisah kutipan filem Ombak Rindu memang menjadi bualan peminat dan juga penggiat media.

Terbaru, kedengaran yang filem adaptasi novel ini sudah berjaya mengutip RM5.2 juta setakat tayangan enam hari. Takjub.

Namun, ada satu kisah kurang enak keluar dari mulut pemilik asal kisah romantis epik Izzah & Hariz ini — berkaitan bayaran kepada Fauziah Ashari.

Penulis asal novel popular Ombak Rindu mendakwa yang beliau tidak menerima bayaran yang setimpal dengan idea, usaha & populariti karya beliau yang telah di’ulang cetak sebanyak 21 kali dan masih terjual sehingga ke hari ini.

Fauziah Ashari mendakwa bayaran yang di’terima hanya cukup cukup untuk tambang pergi balik dari Johor ke Kuala Lumpur dan beliau hadir atas dasar menyokong karya beliau yang di’angkat menjadi sebuah filem.

Penulis novel ini juga mendakwa tidak ada tinggal walau sesen pun duit hasil bayaran dari produksi untuk di’nikmati ketika ini sedangkan hasil kutipan di’pawagam mencecah jutaan ringgit.

Sebelum ini, Fauziah Ashari ada meluahkan perasaan tidak puas hati beliau dengan hasil akhir filem Ombak Rindu tetapi menerima apa yang terhasil dengan minda yang terbuka. – Cinema Online


Yang pasti sharad, abang semang buleh la tido dalam iman sebab tak mustahil kalu ujung minggu nie kutipan akan cecah 8 jota.... Terbaek wok!!!













MOH kasi kebabor!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2011 09:47 AM | Show all posts
artikel terkini


   
Teks oleh ZyZamani
Email:zyzamani22@gmail.com

KUALA LUMPUR,7 DISEMBER 2011: Selepas enam hari tayangan filem terbaru arahan Osman Ali bertajuk Ombak Rindu telah berjaya mengutip sebayak RM5.2 juta.

Merupakan satu angka yang cukup membanggakan, jelas pelakon utamanya, Maya Karin, dia optimis dengan menyifatkan angka berkenaan akan meningkat lagi.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah datang menonton. Saya yakin sambutan serta sokongan ini datangnya daripada peminat filem tempatan serta pembaca novel itu sendiri.

"Saya yakin akan lebih ramai lagi yang akan datang menonton Ombak Rindu dan rasanya angka tersebut akan meningkat kelak,"katanya kepada portal Murai.com.my mengulas mengenai sambutan filem yang diadaptasi menerusi novel karya Fauziah Ashari itu.

Angka berkenaan telah dikeluarkan sendiri oleh pihak Osman Ali sebagai menyambung kejayaan kutipan pada hari pertamanya yang telah mencatat RM750,000.

Kutipan hari pertama Ombak Rindu itu sekali gus dapat mengatasi hari pertama tayangan filem Blockbuster Hollywood, The Twilight Saga-Breaking Down Part 1 yang mula ditayangkan pada 18 November lalu.

Meskipun filem arahan Osman Ali itu, mendapat suntikan beberapa elemen tambahan agar ianya dapat disesuaikan bagi divisualkan,kata Maya Karin, penonton pastinya akan dapat menerima pembaharuan tersebut.

"Terdapat beberapa elemen seperti sub plot ceritanya disatukan serta beberapa watak dalam novel yang tidak diketengahkan oleh Osman kerana dikhuatiri akan menyebabkan masa tontonan terlalu panjang.

" Jadi penonton yang datang tidak boleh seratus peratus fikir ceritanya benar-benar sama dengan novel. Ada babak yang diringkaskan agar sesuai untuk divisualkan namun saya yakin anda yang menonton akan berpuas hati, "ucapnya lagi.

Selain Maya Karin, Ombak Rindu diperhebatkan dengan lakonan mantap Aaron Aziz, Lisa Surihani, Azizah Mahzan,Bront Palare dan Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd sebagai penerbit filem berkenaan.

Mengulas mengenai teguran penulis novelnya yang menyimpan rasa tidak berpuas hati dengan hasil kerja Osman Ali, kata Maya Karin, ianya dilakukan keranan bersebab.

"Saya faham penulisnya sedikit tidak puas hati kerana beberapa watak tidak ada dan jalan ceritanya juga dipendekan. Namun harus difahami bahawa filem harus ditayangkan dalam masa dua jam saja, klau novel boleh dibaca empat ke lima jam.

"Jadi memang Osman perlu meringkaskan beberapa babak yang perlu untuk memudahkan penonton memahami jalan ceritanya,"katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 09:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 8-12-2011 09:50

yang nie...


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


SAYA masih ingat kata-kata Osman Ali beberapa tahun lalu. Menurutnya, dia suka bikin cerita yang sangat dekat dengan masyarakat kita, yang seronok ditonton oleh ahli keluarganya di kampung.

Ini dapat dilihat menerusi karya-karya awalnya seperti telefilem Tollgate Girl (2001) dan Atas Nama Cinta (2003). Malah filemnya seperti Anak Halal (2007) dan Cun! (2011) juga mudah difahami kerana jiwa sosiobudaya Melayu yang amat kuat.
Justeru, penerbit Sharad Sharan membuat keputusan yang tepat apabila memilih Osman sebagai pengarah kepada adaptasi novel terlaris, Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashari.


Ombak Rindu adalah sebuah naskhah melodrama seperti yang selalu kita tonton dalam slot Cerekarama. Ia mengisahkan Izzah, seorang gadis kampung yatim piatu yang dijual bapa saudara sendiri untuk dijadikan pelacur. Lelaki pertama yang menidurinya ialah Hariz, usahawan muda pewaris syarikat ternama.

Kerana simpati dengan Izzah yang merayu supaya dibawa pulang, Hariz membeli wanita itu untuk dijadikan orang suruhan. Izzah juga memohon agar mereka berkahwin dan berjanji tidak akan menuntut sebarang hak sebagai isteri, asalkan perhubungan mereka halal di sisi agama.

Keikhlasan Izzah melembutkan hati Hariz, tetapi ketika cinta mula berputik mereka berdepan dilema. Hariz bakal disatukan dengan Mila Amylia, seorang pelakon popular yang juga rakan sepermainannya sewaktu kecil. Pernikahan rahsia Hariz dan Izzah juga dihidu ibu Hariz yang bongkak, Datuk Sufiah.

Saya menyifatkan Osman sebagai pencerita yang baik. Di tangannya, Ombak Rindu terjalin kemas memandangkan dia harus menterjemah novel setebal 563 halaman kepada filem berdurasi dua jam. Saya sempat membaca bukunya sebelum menonton dan sejujurnya, saya lebih gemarkan versi filem.

Tanpa niat memperkecilkan penulis asal, saya merasakan banyak sub-plot dan karakter tambahan yang menjadikan fokus penceritaan sedikit rumit dan tersasar. Lakon layar tulisan Armantono dan Osman menyelamatkan cerita ini dari komplikasi dan 'membuang' terlalu banyak kebetulan yang direka.

Mereka memansuhkan beberapa watak dan situasi mengikut kesesuaian; misalnya kisah adik perempuan Hariz yang disisih keluarga atau kisah ibu tiri Hariz yang menjadi tempat Izzah mengadu. Kehilangan sub-plot sebegini sedikit pun tidak menjejaskan cerita, malah ia menjadi lebih ringkas dan realistik.

Menyentuh tentang realistik, Osman dan Armantono juga mengubah beberapa latar watak. Sebagai contoh, watak bapa saudara dan ibu saudara Izzah di dalam novel berniat jahat ingin menjualnya kerana benci dan terbeban.

Tetapi versi filem lebih 'memanusiakan' karakter apabila Pakcik Taha terpaksa menjual Izzah kerana terdesak. Dia inginkan wang bagi biaya kos perubatan, walaupun isterinya membantah Izzah dipaksa bekerja di Kuala Lumpur.

Gerak filem ini berada dalam ruang yang sederhana - tidak terlalu perlahan, tidak juga terlalu pantas. Cuma pada beberapa babak, saya berasa sedikit terganggu dengan lagu tema mendayu yang diulang-ulang seakan mahu memaksa penonton berasa pilu.
Taktik serupa pernah dilakukan dalam Lagenda Budak Setan (2010) arahan dan terbitan Sharad Sharan. Saya fikir lebih sesuai jika lagu lengkap vokal itu digantikan dengan iringan muzik instrumental saja.

Terdapat beberapa kelemahan teknikal seperti gambar tidak fokus dan suntingan yang melompat - mungkin kerana beberapa babak terpaksa dibuang akibat kesuntukan masa. Namun kekurangan itu dimaafkan kerana dibayar dengan lakonan cemerlang barisan pemain.

Secara ideal, Maya Karin bukanlah bayangan dari novel untuk watak Izzah. Namun, aktres ini membuktikan bahawa bakat melangkaui jati dirinya sebagai wanita kacukan Melayu-Jerman. Dia membuatkan kita lupa siapa Maya yang sebenar dan percaya apa yang ditonton itu ialah Izzah.

Watak ini mungkin kelihatan stereotaip dan membosankan secara lisan. Tetapi, Maya berupaya memberikan dimensi melalui pertuturan, riak wajah dan bahasa matanya. Walaupun lenggok mengajinya sedikit terkeluar dari bunyi konvensional, itu bukanlah masalah besar. Izzah adalah lakonan terbaik Maya setakat ini.

Aaron Aziz yang memeran watak Hariz mempamerkan lakonan bersahaja. Sifat bengis dan kasarnya sudah biasa disaksikan, seperti dalam KL Gangster (2011), namun sisi lembutnya menjadikan dia hero pujaan terbaru. Aaron menghidupkan pesona Hariz sebagai lelaki berego tinggi tetapi masih sensitif.

Pelakon pembantu seperti Bront Palarae, Zaidi Omar dan Azizah Mahzan melengkapkan kehebatan persembahan. Lakonan Azizah sebagai Datuk Sufiah ibarat satu penghargaan kepada watak wanita kejam ala Mak Dara dari filem Ibu Mertuaku (1962).

Saya teringatkan perkara ini semasa babak dia menyaksikan Izzah berjalan di dalam hujan, lengkap bunyi petir dan cahaya kilat.
Syabas diucapkan kepada Lisa Surihani yang berani mencabar kebolehannya melalui peranan Mila. Lakonannya mewakili fitrah manusia yang angkuh dengan status dan dilanda amarah apabila gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati. Dia tidak dibenci secara total, malah diberi simpati oleh penonton.

Ombak Rindu memenuhi fungsi dan emosinya sebagai sebuah soap-opera Melayu. Pembikinannya moden, tetapi meminjam semangat sedu-sedan filem era 1970-an dan 1980-an seperti siri Esok karya Tan Sri Jins Shamsudin. Ini adalah satu pujian untuk Osman Ali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 09:51 AM | Show all posts
from sinar
Oleh : NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
Tarikh : December 7, 2011


Kelibat Maya Karin dalam industri seni Malaysia, memang jarang dapat dilihat. Sejak awal kemunculannya 10 tahun lalu, Maya hanya muncul sekali atau dua kali setahun bagi mempromosikan produk terbarunya.

Malah sejak melalui episod duka rumahtangga yang dibinanya musnah, Maya dilihat lebih selesa membawa diri mengembara bagi menenangkan jiwanya.

Biarpun baru setahun kembali hidup sendiri, wanita berusia 32 tahun ini selesa bersendirian dan tidak bosan tanpa kehadiran lelaki bergelar suami.
“Saya tidak sempat merasai kesunyian kerana ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Lagipun, saya tinggal bersama ibu, jadi mereka sentiasa bersama saya. Saya akui mempunyai ramai kawan sehingga kadang kala mengambil masa dua minggu untuk bertemu.

“Setiap hari ada saja teman yang ingin berjumpa saya. Lagipun, saya baru sahaja pulang bercuti. Enam bulan saya melakukan siri penjelajahan ke beberapa negara yang ingin dilawati selepas tujuh tahun tidak pernah berpeluang bercuti,” katanya.

Ombak Rindu mencabar

Menyentuh mengenai karier seninya, Maya yang kini tampil dalam filem Ombak Rindu sebagai Izzah mengakui, filem itu banyak mencabar dirinya terutama dari segi emosi dan mental.

Sementelah lagi, ketika penggambaran dijalankan, dia berdepan dengan konflik rumahtangga dan perceraian.

Namun, Maya berjaya meletakkan dirinya sebagai Izzah, gadis kampung naif yang terperangkap di lembah hina biarpun hatinya tidak rela. Apabila bebas, Izzah diuji lagi apabila rumahtangganya turut dilanda badai.

“Saya kuat ketika itu kerana Izzah. Jiwa Melayu Izzah melekat dalam diri saya yang secara kebetulan berdepan dengan masalah peribadi ketika itu. Bukan kerja mudah, saya mengambil masa tiga minggu untuk mencari jiwa Izzah, akhirnya dengan bantuan pengarah dan Ellie Suriati selaku guru lakonan, jiwa Izzah meresap dalam diri saya.

“Walaupun penat menangis kerana filem ini mencatat rekod paling banyak adegan air mata, menangis hampir setiap masa dan mengekalkan mood yang sama, tetapi kepuasannya datang kemudian,” katanya.

Tidak cukup bermain dengan emosi, Maya mengakui adegan ranjang di dalam Ombak Rindu turut memberi cabaran paling besar buatnya.

“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu. Pada hari penggambaran adegan itu, saya memang berdebar-debar. Malah sejam sebelum itu, saya berasa pelik kerana tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang. Jadi saya agak bimbang adegan itu berlebihan.

“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya yang mengakui, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Tarantela Pictures Sdn Bhd itu, menggandingkan Maya bersama pelakon kegilaan ramai, Aaron Aziz. Filem itu turut dibintangi Lisa Surihani, Bront Palarae, Zaidi Omar, Julia Ziegler, Normah Damanhuri, Nadia Nisaa dan Kamarool Yusof.

Kembali menyanyi

Wanita berdarah Melayu-Jerman ini turut menyampaikan khabar gembira buat peminatnya yang mungkin merindui suara nya.

Jelas Maya, dia kini bakal muncul dengan album terbaru yang hampir selesai menjalani proses rakaman.

Biarpun mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyiapkan album itu, Maya mengakui begitu teruja untuk menantikan reaksi peminat nanti.

“Album ini mengandungi lapan lagu dan kebanyakannya dicipta oleh Audi Mok. Selain itu, Omar A turut menyumbangkan lagu dalam album ini," katanya yang sedang mencari tarikh sesuai untuk melancarkan album itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 09:53 AM | Show all posts
and ramai giler yang cover OR nie ..

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 09:53 AM | Show all posts


seramnye bila tgk dia gosok bahu MK..hihi..tak marah ke bini AA tu?
mesti bangunnyerlah 'adik' AA tu time babak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2011 09:53 AM | Show all posts
artikel terkini


   
Teks oleh ZyZamani
Email:zyzamani22@gmail.com

KUALA LUMPUR,7 DISEMBER  ...
samshik Post at 8-12-2011 09:47


ada org tak faham ke jalan cerita simple gila cam tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 09:54 AM | Show all posts
and mek tepek balik fwe gambo faberet mek..
sesaper yang nak pndahkan gambo pun mek tak kisah



pweetttttttttttt!!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2011 09:55 AM | Show all posts
dan yang nie .. scene faberet kowang kan??












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 8-12-2011 09:57

LS ngan AA jadi cover














pantai yang kowang suke benor tuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 8-12-2011 10:01

nah .. p buat poster bilik tidorrr







n ni utk peminat bront





















Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:00 AM | Show all posts
smlm aku bru p tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:02 AM | Show all posts
rumah baru dah siap ye??
heheh...tumpang lalu yer....
pg tadi sweet je dgr lisa kat hot.fm..
hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:03 AM | Show all posts
mek tepek gambo2 yang best siket kat thread dulu naa







Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:08 AM | Show all posts
Watak ini mungkin kelihatan stereotaip dan membosankan secara lisan. Tetapi, Maya berupaya memberikan dimensi melalui pertuturan, riak wajah dan bahasa matanya.

check in..setuju sesangat dgn statement di atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:09 AM | Show all posts
review yang paling best from

http://tontonfilem.blogspot.com/





Ombak Rindu(2011): Semuanya Kerana Kaki
"Dia sudah banyak stres, berilah masa untuk dia berehat..."

Dialog doktor peribadi memberi nasihat kepada Aaron Aziz, selepas beberapa adegan Maya Karin dijadikan hamba seks Aaron Aziz, whooooa!

Ah, aku mulakan penulisan ini dengan mengatakan, filem ini ialah sebuah filem Osman Ali dan diadaptasi daripada sebuah novel popular. Kenapa aku nyatakan dua hal ini? Ini adalah kerana mengambil rujukan Osman Ali, yang kita sedia tahu, amat-amat meminati novel-novel Melayu, termasuk novel-novel popular. Hal ini sendiri dinyatakan dengan imej dalam telefilem beliau yang sangat terkenal, Toll Gate Girl yang mana kita sedia maklum, watak Amy Mastura itu yang sibuk membaca dan berangan novel popular semasa bekerja di tol.

Dengan nasib yang baik, aku sedikit sebanyak sudah "cuba" membaca novel popular Alaf21 tulisan Fauziah Ashari yang laris 150,000 naskhah ini untuk dijadikan perbandingan terhadap skrip yang disediakan oleh Armantono dan Osman Ali. Kemungkinan (kemungkinan sahaja) persoalan beberapa hal yang diubah oleh Arman dan Osman tidak menyenangkan penulis novelnya serta peminat, khusus kepada penjalinan cinta Izzah (lakonan Maya Karin) dan Huzir (lakonan Aaron Aziz) serta perkembangan watak Izzah yang teguh sebagai wanita solehah yang berkeyakinan dan sabar dengan dugaan. Tetapi tidak mengikut verbatim teks Fauziah ini kemungkinan "tercalar sedikit" jika melihatnya kepada "pengadaptasian sepenuhnya", tetapi aku patut menyatakan kepada peminat ekstremnya serta Fauziah, bahawa Armantono dan Osman sudah melakukan justifikasi yang terbaik malahan "bijak" dalam mengadaptasi novel popular ini.

Sebab utama, ini sebuah NOVEL POPULAR.

Kau bayangkan sahaja: dalam bab pertama novel ini, Pak Taha, pak cik kepada Izzah menyatakan dengan terus-terang kepada Izzah tanpa segan silu:

"Izzah! Aku nak kau kerja di kelab malam tu! Kau dengar tak ni! Sama ada kau suka ataupun tak, kau mesti ikut cakap aku. Pendapatannya lumayan. Kau boleh kaya dengan sekelip mata sahaja." (hlm. 3)

Yang mana Izzah menjawab dengan bendul:

"Tak nak pak cik. Itu tempat maksiat. Izzah... Izzah tak suka. Izzah nak belajar lagi." (hlm. 4)

Duhh!!! Betapa pendirian teksnya pun sudah begitu "tak real" kepada realiti dan persekitaran. Atas sebab itu aku bersetuju dengan tindakan bijak Armantono dan Osman Ali mengubah babak lesu dalam pembukaan novel ini dengan babak-babak melodrama (walaupun tampak klise) yang tersusun, Izzah ditampilkan seorang ustazah muqadam di kampung, kemudian syot Izzah yang kita tahu sebatang kara dan menumpang dengan pak cik dan mak ciknya yang mana mak ciknya (lakonan mengesankan Delimawati walaupun pendek) menghidapi barah, sedang dimandikan Izzah. Lantas pak ciknya memaksa Izzah untuk mengikutnya "kerja di KL" agar Izzah dapat membantu mak ciknya (walaupun ditentang mak ciknya secara emosional). Plot ini sudah terbina kuat. Izzah lantas pergi, dan tanpa diduga, Izzah dibawa masuk sebuah kelab hiburan, lantas dijual kepada seorang bapa ayam, bermulalah kisah lara Izzah...

Dalam novel, kedua-dua mak cik dan pak cik Izzah "orang jahat" yang mana Izzah semacam dipaksakan ke dalam dunia yang dia ketahui kotor (lantas dibaham oleh Hariz). Jalinan plot Fauziah sebenarnya sebuah lagi dunia Cinderella (yang kotor) dengan ibu dan saudara tiri jahatnya dan diselamatkan oleh putera sejati untuk menjadi kaya dan bersih. Hmmmpphh.. Kerana itu aku lebih sanggup menggulati intepretasi sosial Osman Ali yang kelihatan lebih "tertanam di bumi" daripada tulisan Fauziah. Women, his doing you a favour here!

Secara ringkas. Filem ini menghiburkan. Well, what do u expect for a melodrama? A Malaysian melodrama to be exact. Aku boleh bayangkan, ibu-ibu dan kakak-kakak bertudung yang asyik terhayat dengan Tiz, Farah, Fasha, Aaron dan Shah di kaca TV dengan jerit dan rendam air mata akan mendapati filem ini memenuhi tanggungjawab dan fungsi sebuah filem "air mata" (weepies) yang pernah kita ketahui wujud pada suatu hari Esok Jins Samsuddin. Dengan mentalisme abad ke-21 dan teknik penggambaran terkini, filem ini kiranya dapatlah mengangkat sebuah filem ****mporari dengan saduran aksi dan runut klise melodrama yang punya jiwa rengek-tangisan itu, malah aku mengaku, lebih elok daripada plot tak masuk akal Lagenda Budak Setan (oleh produksi yang sama). Ya, sewaktu tayangan pratonton ini, seorang wartawan otai yang bersama aku "mencucuk sindir" filem ini dengan limpahan rujukan Ibu Mertuaku (babak hujan dan kilat, serta, ibu mertua dari neraka, hahaha) , Dia Ibuku (babak kampung aman lawan jahat bandar dan perbandingan orang kaya zalim dan orang miskin tertindas) dan Esok Untuk Siapa? (perkahwinan madu dua wanita berbeza, kaya dan sofistikated dan miskin sopan). Tetapi akhirnya, beliau juga tewas dengan sedu-sedan pada klimaks third act filem ini, sambil menyatakan "it's a well made soap".

Sebagai melihat tanda aras genre melodrama secara keseluruhan, yeap, ia memenuhi tindakan dan fungsinya dalam ****mporari Melayu Malaysia. Tetapi jika aku bandingkan apa yang sudah dilakukan di Indonesia (Di Bawah Lindungan Kaabah) dan Thailand (Love of Siam) dalam genre melodrama, banyak lagi lapisan tanda yang perlu kita tempuhi. Tetapi setakat ini, OKlah, aku gembiran dengan produksi ini.

Ini adalah kerana, sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang aku suka akan filem ini.

Pertama, adalah lakonan. Sila lihat kehebatan Aaron Aziz, Lisa Surihani (bagi aku sangat-sangat berjaya membawa wataknya), Bront Palarae (sangat membawa watak seorang kampung berjiwa), walupun beberapa watak sampingan seperti dibawa oleh Julie Ziegler, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar (ini antara lakonan terbaik Zaidi). Walaupun kita lihat Maya Karin sebagai pelaku utama agak "miscast" sebagai dara kampung kerana keurbanannya, aku memaafkannya atas kerana pernah melihat Deanna Yusof melakukan hal yang sama dalam Selubung dan Ringgit Kassorga (ok, aku sayang gila dengan Deanna, OK?). Hanya ada beberapa watak yang memerlukan "lakonan dalaman" Maya yang mana tidak dapat diyakinkan oleh Maya dalam beberapa babak. Tetapi para pelakon filem inilah yang membuatkan filem ini berbaloi untuk ditonton. (Watak Azizah Mahzan dipaksakan untuk melampau dan ikon ala Darth Vader melodrama, sedikit berlainan dengan perkembangan perwatakan watak lain malah sebagai tempelan kadbod berkuasa tipikal filem-filem melodrama sebegini dan mengambil homaj Ibu Mertuaku.)

Keduanya, ada satu babak yang sungguh meyakinkan, Osman mensengajakan ia tidak berunut bunyi untuk menyatakan "kuasa" babak itu. Ini adalah babak meyakinkan Aaron yang menunjukkan kerinduannya terhadap isterinya Maya di dalam rumah Pak Lah yang sedang buat kenduri doa selamat sebelum pergi Haji. Babak ini antara kekuatan filem ini, memaparkan kekuatan melodrama dan apa yang cuba diketengahkan dalam satu-satu filem sebegini. Beberapa nuansa kecil tetapi membawa lapisan berlaku apabila kita memahami nanti mengapa Pak Lah benar-benar menangis dan terharu. Ini sebuah babak sakti filem ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2011 10:09 AM | Show all posts
Ketiganya, aku suka dengan Osman yang meletakkan beberapa penanda, yang kita sedia maklum terikat kuat dengan budaya dan agama Melayu - Kaki (secara menariknya, petanda ini juga dimainkan dalam filem yang turut menghujah berkenaan politik dan kuasa pengaruh dalam Abuya). Rujuklah "kaki" dalam filem ini. Kaki dalam Islam mempunyai tanda pelbagai, tempat paling bawah/hina, termasuk antara petanda "bahagian" yang akan bercakap pada masa ditanya oleh Allah apakah si pelaku membawa ke maksiat/ibadat, serta istilah Melayu "syurga itu di bawah telapak kaki ibu - syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami". Tiga watak dibicarakan dalam hal ini mempunyai kaitan ini: Azizah (ibu Aaron) - Aaron (anak Azizah, suami Maya) - Maya (isteri Aaron, menantu Azizah). Kita dipertunjukkan pada awalnya bagaimana Maya dipaksa "sembah" kaki suaminya dalam beberapa babak. Kita menyampah dengan sikap patriaki Aaron mendominan Maya. Tetapi rupanya ini justifikasi dengan sikap Aaron yang mencari "pelepasan psikologi" kerana didominan oleh "ketua tak boleh disanggah" Azizah yang matriach terhadap Aaron. Secara agama pula Aaron "terpaksa ikut taat" kepada ibunya (syurga di bawah tapak kaki ibu). Ini kita sedari dengan kaki ayam Azizah yang berjalan merata rumahnya sedang Aaron banyak berdiri atau duduk bila berpandang mata dengan ibunya. Ini berbeza dengan Aaron yang berjalan bebas dengan kasutnya di vila yang mana Maya dikurung. Simbolisme ini jadi kukuh lagi apabila Maya dipaksakan mengurut "kaki" Aaron berkali, dan khusus satu babak yang mana Maya membuka kasut Aaron (petanda prestij Aaron dan kekurang ajarnya - Melayu tak elok berkasut dalam rumah). Secara "subtle", kita lihat dalam satu babak, Aaron "sudah mula jinak" apabila dia memakai stokin sahaja dan berbaring di sofa. Maya membuka stokin Aaron (petanda taat setia Maya, serta kesanggupannya kepada dominan Aaron yang menandakan kasih sayangnya juga). Ini juga simbolisme kesukaan "seks" Maya terhadap Aaron. Mainan dinamis "tarik-tarik kaki" inilah yang berlaku antara tiga watak, semacam satu mainan politik mendapatkan pengaruh secara prasedar. Ini menarik lagi apabila kita dipaparkan secara awal bagaimana "berkuasa"nya Aaron menguasai bapa ayam beretnik Cina pada awal babak (dominan politik Melayu terhadap etnik lain di Malaysia, walaupun bergelumang dengan maksiat, juga penanda bahawa Aaron menguasai kehebatan seks kepada wanita dan machoismenya). Kemudian, kaitkan hal ini dengan kaki patah Aaron (hah!) pada masa tiga watak ini mula mencapai kemuncak konflik! Ahh, kita tidak boleh lari dengan mengambil konteks feminsime dalam membaca sebuah filem melodrama (kerana filem sebegini dibuat untuk wanita khasnya), dan penanda kaki ini merupakan kata kunci terhadap memahami kuasa dan penguasaan sang wanita terhadap lelaki (lantas mengambil kata Dr. Zulkifli, ini sebuah pascafeminisme yang Islamisme-feminis kemelayuan), bagaimana politik, nuansa dan tindakan yang dilakukan terhadpa wanita untuk mendominasi, atau sekurang-kurangnya berdiri dalam dunia patriaki Islam/Melayu. Sekurang-kurangnya, filem ini menunjukkan hal itu.


Hal inilah yang dibawa dan diangkat oleh Osman Ali. Sebagai sebuah melodrama konvensional, ini sesuatu yang dialu-alukan dan dipuji dalam genre sebegini.


klasifikasi: Walaupun U, ibu bapa perlu khuatir dengan adegan ganas di antara suami yang memukul isteri, ada penampilan "ke arah" adegan seks yang walaupun tidak melampau (rujuk filem-filem melodrama 70-an dan 80-an) tetapi tidak sesuai diikuti oleh kanak-kanak (persoalan zina dan sexual molestation), beberapa adegan wanita tidak bertutup dan berkemban serta adegan Aaron Aziz yang erotis walaupun berbaju.

ps: Aku berharap sangat Osman Ali selepas ini ambil sebuah novel sastera untuk diadaptasikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:10 AM | Show all posts
cantik gile MK in NUR

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:11 AM | Show all posts
seramnye bila tgk dia gosok bahu MK..hihi..tak marah ke bini AA tu?  
mesti bangunnyerlah 'a ...
ainiz81 Post at 8-12-2011 09:53



   taklah aku rasa sbb bukannya dia berdua2an bersepah krew dok kat menengok huhu..mende kalo dibuat2 ni pastu depan org ramai ssh nak teransang bagai..kena pro la kankucing je terus merendek tak peduli kalo org pandang huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 8-12-2011 10:13

ni pun scene paberet ramai olang..





















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087565 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list