CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

OMBAK RINDU 2: Izzah n Hariz bakal berduet in ABP 2011 pg@101

   Close [Copy link]
Post time 8-12-2011 10:39 AM | Show all posts
ni artikel paling lawak

SOSEH SOSEH: David Teo sebak tonton Ombak Rindu



PUJIAN rakan-rakan ...
samshik Post at 8-12-2011 10:32



   baguslah dia sebak..ha apa lagi ko mampooo buat pelem camtu mampooooo..mampu buat org mencarut maki hamun ade la lps tgk pelem2 dia..lisa di tgn semang ali jauh lebih baik tahu..tidak kayu kayan patung cendana xbermakna apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2011 10:40 AM | Show all posts
Reply  samshik

mek, aku terlupa nak bgtau sesuatu, aku tak dapat nak menghapal bnyk skrip mcm ak ...
ruffleen Post at 8-12-2011 10:30



    ku paham .. sebab muing busy kesat ayor mata kot.. hehe



Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:41 AM | Show all posts
Another article dari Harian Metro hari ini.....

‘Kami tak lupa Fauziah’
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my      

FENOMENA filem Ombak Rindu nyata masih hangat di pawagam seluruh Malaysia. Malah dijangkakan kutipan pecah panggung karya yang diadaptasikan daripada novel karya Fauziah Ashari itu mampu melonjak sehingga RM10 juta sekiranya ia terus mendapat sambutan.

Justeru, sekiranya segala kemungkinan menjadi kenyataan, pasti ada ‘habuan tambahan’ menanti pelakon dan krew produksi. Bukan mereka saja malah pihak Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd juga tidak akan melupakan Fauziah.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, ketika dihubungi semalam berkata, andai kata kutipan filem Ombak Rindu mampu mencecah sekurang-kurangnya RM8 juta, semestinya ada bonus disediakan oleh pihaknya. Ujarnya, ia adalah penghargaan yang harus diberikan atas segala usaha yang sudah mereka lakukan.

“Itu janji saya. Malah Fauziah sebagai penulis novel pun takkan saya lupakan kerana dia juga berhak untuk menerima bonus itu. Apapun, saya sangat gembira dengan pencapaian diraih Ombak Rindu setakat ini yang sangat hebat.

Melalui ruangan Interaksi dalam sisipan RAP semalam, Fauziah akui dia memang mendapat hanya sedikit bayaran daripada pihak penerbitan novel berkenaan yang berurusan dengan pihak Sharad.

Kata Fauziah dalam wawancara itu semalam: “Segalanya tidak dijangka. Kelemahan perjanjian yang ‘memakan’ penulis. Semua orang tak jangka, tapi ada tertulis dalam perjanjian bermaksud bahawa kemungkinan sesebuah novel difilemkan atau diteaterkan atau didramakan atau dialih bahasakan, itu ada. Kalau mereka berfikir begitu hingga wujudnya perjanjian sebegitu, maka sebaiknya perjanjian lebih telus dan menjamin penulis.

“Saya percaya antara kos mereka cuma kos masa untuk berbincang, kos kertas perjanjian dan guaman dengan pihak penerbit filem. Dalam hal ini, sewajarnya boleh dapat lebih kerana mereka tak ada kos cetak, iklan seperti menerbitkan buku. Hanya menyerahkan hak untuk diterbitkan. Seperti yang saya kata, penerbit buku tak jangka lalu perjanjian sambil lewa lebih memihak satu pihak. Saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, memang tidak memahami apa-apa, maka perjanjian diteruskan.”

Mengulas mengenai bayaran diterima Fauziah itu, Sharad berkata, novel Ombak Rindu diterbitkan Alaf 21 dan semua persetujuan dibuat mengikut kontrak. Namun katanya, dia memahami sumbangan Fauziah terhadap filem itu dan tidak akan mengenepikan Fauziah.

Sementara itu, Sharad berkata, selepas mengetengahkan filem adaptasi pertama mereka, Lagenda Budak Setan tahun lalu, Ombak Rindu adalah karya kedua terbitan Tarantella Pictures.

“Oleh itu, saya akan terus menerbitkan filem yang diadaptasikan daripada novel dan selepas ini Tarantella Pictures akan muncul pula de�ngan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki. Ia daripada novel tulisan Ahadiat Akashah.

Sharad berkata, dia juga mahu menghantar filem Ombak Rindu untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012.

Menyentuh soal kejayaan Ombak Rindu, Sharad berkata, selain daripada jalan cerita dan pengarahan yang bagus, pembabitan pelakon juga memainkan peranan. Ujarnya, pemilihan bintang tepat untuk melakonkan setiap karakter.

“Tidak ketinggalan, sinematografi yang cantik serta skor muzik dan lagu berkesan. Saya sangat gembira membaca maklum balas penonton di facebook (fb) yang rata-rata sangat tertarik pada gambar dan muzik Ombak Rindu,” katanya.

Menyorot paparan Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.

Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:42 AM | Show all posts
sorry lambat check in mek!! OR harus lah i follow..walaupun i tak tgk lagi...waaaaaa..wayang negeri  ...
ratuiphone Post at 8-12-2011 10:31



    hish ..jangan mengalah tau ... kome dok spore ker nie?? pelik mek sampai takdak wayang???





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:44 AM | Show all posts
meksam, ai bkn peminat tegar fauziah ashaari..tapi, ai repect karya2 beliau & begitu jugak ...
atapnipah Post at 8-12-2011 10:34



    okeh atap .. nanti mek try bagi hint ..hehe .. mungkin itu yang terbaik kot MK buleh buat .. but dengar teruk die kena ngan abang semang.. jenuhla nak jadi izzah tu









Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:46 AM | Show all posts
Reply 17# samshik


    summer suka review ni jugak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2011 10:50 AM | Show all posts
okeh atap .. nanti mek try bagi hint ..hehe .. mungkin itu yang terbaik kot MK buleh buat  ...
samshik Post at 8-12-2011 10:44



    bang semang tu baran ke mek? hehehe..bukan senang nk 'hidup'kan watak izzah..sekampung-kampung makcik kt pprt pon xkan mmpu nk bwk watak ni ngan real..! congrats MK & of cozz..to my lovely AA..i lebiu lahhhhh..!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:51 AM | Show all posts
baguslah dia sebak..ha apa lagi ko mampooo buat pelem camtu mampooooo..mampu buat org menca ...
Suchi Post at 8-12-2011 10:39



    filem die jahanamkan industri sebenarnyer ..

mek suike review in english


koolpress.com




Of all pains, the greatest pain is to love, but love in vain.

Surely you must have watched the ultimate movie  classic “CASABLANCA” if you are a die-hard romantic.In that film, when the screen character Sam sings “the world will always welcome lovers” with a sad, soulful gusto, we hum along with the beat, beseeching ourselves that this world will forever be open to torrid romances.What’s life without love?Nothing, really.“OMBAK RINDU” is one such gem that will touch your soul deeply.Heaven forbid, it’s as though the ripples of the heart will “go on and on”. (sound familiar)?

“OMBAK RINDU” is supremely MALAY in its fine offering, and stripped of its outer layer, is faithfully translated as “LOVE AMID THE CRASHING WAVES”.The genre is typical old-school romance where “the path of true love never will run smooth” expounding on a giddy-eyed love triangle.The Asian Chinese community will swear that the famed Taiwanese novelist CHUNG YAO who, to this day, have had all of her literary works on doomed romances transcribed on the giant screen.Over in MALAYSIA, author FAUZIAH ASHARI is beaming now, when her much anticipated screen adaptation is making the same waves.You don’t have to be a hapless romantic to be swept away by this well-acted and superbly directed feature film by OSMAN ALI.  His treatment is emotively splendid.He crafted the movie to tug at your heart-strings and this it surely does.

No expenses are spared for the scenic locales in order to achieve the natural lushness of Langkawi, Kedah and Southern Thailand. You’ll be treated with the breathtaking splendor of pristine beaches and hypnotic blue ocean. The entire film is painstakingly shot on 35 mm film format for authenticity, within a 45 day span.Here’s a quick run on the story synopsis:IZZAH (MAYA KARIN) is an innocent Kampong gal content with her idyllic rustic life as a village teacher.She is tricked by her lecherous uncle under the pretext that the family needs money for her Aunt’s surgery. She is promptly sold to a brothel in Kuala Lumpur.Her first customer is a wealthy playboy HARRIZ (AARON AZIZ).IZZAH begs him to marry her as a way out of prostitution.

HARRIZ agrees with the intention of making her a kept woman.But little does he know that when two people spend so much time together, feelings are bound to develop.As time goes by, love grows and glows and HARRIZ the arrogant one falls head over heels for IZZAH.The only snag is:  HARRIZ is engaged to his childhood sweetheart MILA (LISA SURHANI) and has to find a way out of the mess.But MILA is a force to be reckoned with and she is determined to win him back, at all costs.So how is HARRIZ going to get out of the emotional entanglement?Beautiful performances by an all-star cast headed by MAYA KARIN, AARON AZIZ, LISA SURHANI and BRONT PALARAE.There’s a gamut of emotions running high in this movie that will strike a chord in your heart.

So be armed with a pack of tissues should you go.Be mesmerized by the charm of  this bitter-sweet love in “OMBAK RINDU”.I, for one, am bedazzled.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2011 10:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 8-12-2011 10:53

and mek suke utk share review die nie

http://ajamihashim.blogspot.com/ ... 1-mengasyikkan.html

Salaam..






Sebuah penceritaan filem yang bagus bagi saya ialah apabila ia mampu menjemput saya ke dalam dunia ceritanya, lalu berjaya menahan saya untuk tinggal sebentar di situ bagi mengenali setiap watak fantasi serta merasai emosi di setiap sudut terang dan gelap kehidupan fiksyennya, kemudian saya keluar meninggalkannya dengan kepuasan..dan Ombak Rindu telah memberikan saya semuanya itu.

Permulaan filem ini bertanya soalan paling asas iaitu sesebuah kebahagiaan sepasang kekasih bermula dari nafsu atau cinta? Ia tentang bermulanya sesebuah perhubungan Adam-Hawa dan mampukah tapak strata paling terkebawah sesebuah masyarakat kebendaan iaitu kemiskinan keluarga bapa saudaranya Pak Taha (Kamarool Yusof) yang menyara Izzah (Maya Karin) untuk menghidupkan kehidupannya di masa akan datang?

Ia kenyataan awal yang sangat ketara bahawa ini ialah cerita dari sebuah novel (karya Fauziah Ashari) yang dipersilakan dengan paparan luas kekampungan nelayan yang kononnya cantik di mata pelancong tetapi hodoh kalau diselidiki dengan dekat-dekat penghuninya. Namun begitu saya pasti bahawa pengakhiran klise sesebuah novel cinta akan berpenghujung dengan kegembiraan maksima. Dalam filem ini, kisah Izzah bermula di atas perahu buruk dan berakhir di atas bot mewah! Persoalan paling besar dalam minda saya ialah bagaimanakah perjalanan panjang filem ini akan mampu meyakinkan saya bahawa ia sebuah cerita yang betul-betul saya boleh percayai?

Babak Izzah memandikan makciknya (Delimawati) di pinggir sebuah tempayan ialah antara tandatangan Osman Ali sendiri selaku pengarah dari pembukaan filem Malaikat Di Jendela dimana Hamidah (Ning Baizura) memandikan suaminya (Soffi Jikan).

Pantai, perkampungan sawah padi/nelayan, layang-layang, kemban dan haiwan pekerja (gajah dalam Ombak Rindu, kerbau dalam Cun!) seakan prop-prop wajib untuk Osman? Saya hanya meneka bahawa seawal filem Bukak Api (2000) arahan beliau memang suka memilih (atau tidak sengaja) mengetengahkan kisah golongan masyarakat bawahan/terpinggir yang seakan cuba menyatakan/memperjuangkan bahawa mereka lebih beruntung (dari segi harta kegembiraan) berbanding harta duniawi golongan atasan/kaya-kaya?


Bayangkan seandainya filem ini ditaja oleh ubat tradisional kacip fatima? Fasa awal pertemuan dan pengalaman Hariz (Aaron Aziz) 'bersama' dengan Izzah itu ialah bukti yang paling kukuh keberkesanannya kerana mengakibatkan ketagihan gelodak, gejolak dan gelojohnya nafsu Hariz yang jijik? Tetapi ia meneutralkan kehendak seksual itu kepada sesuatu yang lebih baik, malah terbaik untuk Hariz bekalkan di akhirat-nya.

Berapa banyak filem dan telefilem yang memaparkan babak 'rogol'? Mangsa selalunya digambarkan hanyalah sisa yang trauma, meratap, kecewa dan memarahi si perogol. Dalam filem ini, situasi Izzah memanglah tidak sekali-kali merelakan tetapi menjurus ke jalan keinsafan dan bertaubat dengan lekasnya mengajak Hariz menikahinya secara sah kerana itulah sahaja cadangan yang paling baik (dan bijak) untuk ditiduri secara halal. Kehendak liar Hariz mampu dijinakkan dengan cinta, walaupun saya tidak nafikan ia bermula dengan nafsu. Bertepatankah saranan Izzah kepada Hariz untuk menjadi 'hamba' yang sah? Ia bukan beberapa pilihan yang tepat tetapi satu-satunya pilihan yang ada untuk Izzah. Cubalah letakkan diri anda di tempat Izzah?

Fasa kedua perhubungan kelamin Hariz-Izzah ialah alam perkahwinan yang seakan terpaksa tetapi bila difikirkan kembali, situasi yang serupa juga berlaku dalam alam perkahwinan yang suka sama suka atau pilihan keluarga. Ia adalah asam-garam mengenali pasangan masing-masing yang berkembang matang melalui main tarik tali salah-faham dan konflik rumahtangga yang tipikal. Secara tidak sedar, Hariz memahami dan merasai bahawa tarikannya kepada Izzah bukan sekadar nafsu semata-mata tetapi cinta sejati yang berputik dari kejujuran Izzah sebagai seorang isteri mithali (dan ulasan aku ni dah berbunyi macam plot novel kannnn?). Namun ia adalah realiti, anda tanyalah mana-mana pasangan suami-isteri bahawa betapa benarnya kenyataan bahawa setiap hari si suami atau si isteri akan mempelajari perihal 'baru' luar-dalam pasangan masing-masing?

Fasa seterusnya ialah dugaan dalam dunia percintaan atau perkahwinan iaitu orang ke-3 dan perasaan cemburu. Maka muncullah Mila Amylia (Lisa Surihani) yang juga berhak ke atas Hariz. Seperti lazimnya sebuah novel, kisah cinta 3-segi ini adalah wajib. Khalayak akan berbelah-bagi untuk memihak kepada Izzah atau Mila kerana kedua-duanya mempunyai kehendak yang sama kepada Hariz sebagai suami/kekasih. Tiada siapa yang bersalah atau jahat di antara kedua-duanya. Di pertengahan ialah Hariz yang sentiasa dikelilingi keputusannya oleh ibunya sendiri (Azizah Mahzan) yang juga berhak atas status ibu-anak. Bahagia atau derita terpulang kepada Hariz sendiri untuk memilih, memiliki dan merasainya.

Begitu juga harapan Ismail (Bront Palarae) kepada Izzah menambahkan lagi zig-zag cinta yang bersegi-segi. Babak Ismail menyelam lalu menyerahkan semula jam tangan milik Hariz yang tenggelam ialah tanda Ismail menyerah kalah kepada cinta sejati Izzah-Hariz juga melepaskan apa yang bukan miliknya, merestui dan berkorban untuk orang yang disayangi. Biarlah Izzah di atas perahu (bahagia) walaupun Ismail terpaksa berendam dalam air (airmata?). Cinta sejati tidak semestinya bersatu namun kekal sepanjang hari, di dalam hati! fuyooo!!!

Filem ini agaknyalah seakan homage/tribute kepada filem-filem Melayu 80-an dan Hindi yang meleret-leret tetapi berjaya menyerap ke dalam ceritanya. Ia ada menyediakan latar hijau luas kebun perbukitan teh yang sesuai sangat untuk dijadikan lokasi sebuah lagu Hindustan dengan tarian dan muzik yang menyedihkan tetapi ia tidak berlaku kerana lagu temanya sudah memadai diadun berkali-kali. Watak-watak sampingannya, Pak Dollah (Zaidi Omar) dan isterinya (Normah Damanhuri) serta sahabat karib Hariz, Wafiah (Julia Ziegler) walaupun sekadar muncul sesekali namun wujudnya mereka berjaya menambah simpang-siur cerita yang akan menghuru-hara juga menjadi aras-tanda titik-titik sendi naratifnya untuk kembali ke pangkal jalan menjadi sebuah bulatan penceritaan yang berakhir dengan kesempurnaan sebuah kisah cinta.

#OmbakRindu melodrama yg aku sukai setelah sekian lama tak menonton penceritaan filem tempatan yg mengasyikkan! ♥ tahniah! @osman_ali2012



~ twitter.com/ajamiha

Sejujurnya filem Ombak Rindu 'mengasyikkan' bagai melihat air menitik perlahan-lahan ke atas batu hingga ia berlekuk meninggalkan kesan tanpa disedari..begitulah kot! huhu!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:52 AM | Show all posts
korang baik tgk kat panggung wehh..aku tak sure la nanti kalo ditayangkan kat astro 1st atau tv nnt adegan ranjang ke lomentik tu ade ke tak..sbb kat tv biasanya mmg akan potongkan adegan yg xsesuwai katanya..kan tu kanak2..

ade kawan aku kije ngn esteruk bhgn edit2 pelem2 sebelum ditayangkan ni..
hrp kalo tyg kat tv jgn la potong2 yea..pd abam semang nnt kalo kuar dvd original punya mohon selitkan adegan yg terpaksa di sunting tu ye..iolss xsabar nk tunggu dvd nk tgk ulang2 sampai lebam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 10:54 AM | Show all posts
nadia dah p tengok ker???
samshik Post at 8-12-2011 10:24



   dah!!! mmg terbaekkk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:56 AM | Show all posts
dah!!! mmg terbaekkk!
Nadia90 Post at 8-12-2011 10:54



    bagila review dearr!!!


The book of love
By AZHARIAH KAMIN
entertainment@thestar.com.my

Osman Ali’s Ombak Rindu will tug at your heartstrings.


FOR the last decade, Osman Ali has been steadily carving a niche for himself as a prolific feature film director. Versatile, creative and a talented storyteller, Osman cleverly incorporates a local flavour to his tales.


Known for his more risque works, such as Bukak Api (revolving around transvestites in Kuala Lumpur) and the short film Malaikat Di Jendela, Osman has also written and directed his own scripts ranging from dramas such as Anak Halal to romantic comedies like Cun.


Now, fresh from winning the best director award at the recent Anugerah Skrin 2011 for his work on Cun, Osman is ready to give movie-goers an emotional roller-coaster ride with the love story, Ombak Rindu.


An adaptation of a bestselling Malay novel of the same title, Ombak Rindu tells the story of Izzah (Maya Karin) a village religious teacher who is sold to a brothel by her uncle on the pretext that they need money for her aunt’s surgery. Her first customer is rich playboy Hariz (Aaron Aziz). Izzah begs him to marry her as a way out of prostitution and he agrees, but with the intention of making her his mistress. Little does he know that when two people spend so much time together, feelings are bound to develop.


As time goes by, love grows and Hariz falls for Izzah. But there’s a problem – Hariz is engaged to his childhood sweetheart Mila (Lisa Surihani) and has to find a way out of the mess.


Mila, in turn, proves herself as a force to be reckoned with and she is determined to win him back at all costs. So how is Hariz going to get out of the emotional mess?

For those who have been following Osman’s work all these years,Ombak Rindu is definitely a big surprise. A very pleasant one at that. And be warned – a box of tissues is likely to come in handy.


With leading ladies such as Maya and Lisa (both have won the best actress titles at the Malaysian Film Festival, in 2008 and 2010 respectively) and Bront Palarae (he won the best actor award at the MFF 2010) as well as the popular Aaron Aziz, Ombak Rindu is arguably the most anticipated movie of the year.


Jointly produced by Astro Shaw and Tarantella Pictures, the movie was filmed last August in Langkawi, Kedah and Cameron Highlands, Pahang, and racked up a RM2.1mil budget (it was originally estimated to cost about RM1.6mil).


For Osman, directing an adaptation from a novel was a huge challenge but it was something that he had wanted to do for so long.


“The opportunity never materialised before this. I don’t think there are many filmmakers who have made movies based on books. So when Tarantella Pictures contacted me about the movie, the first thing I did was to contact novelist Fauziah Ashaari. I needed her blessing ... it was very important for me as a director,” said the affable filmmaker, after the media was treated to a preview last week.


“We also discussed the script which was already written by Indonesian Armantono (who wrote for movie Lagenda Budak Setan). What I did was to make minimal changes here and there to suit Malaysian sensitivities.


While working on the screenplay, Osman also took into account that fans of the book may have problems accepting some of the changes made in the film adaptation. He said that he was aware the fans would have their own expectations and he had to stay true to the book.


“I couldn’t possibly follow the book 100%. I guess it is a big challenge for any director to work on a movie based on a book. In fact, I read and loved the book. The story was set in a Malay community, and it was full of love and tears.


“It is how a woman struggled all her life to find true happiness; that’s really fascinating for me as a director,” he said, adding that it was important for him to love the story and the charactesr from the get go. “I think one has to give a part of their soul to the story and I did.


He added that one of his biggest challenges was to create a new Izzah in Maya Karin and a new Mila in Lisa Surihani.


“I was proud to see how Maya worked so hard to play her role. I also decided to make Maya’s character, Izzah, wear a tudung (headscarf) and I kept telling Maya to play Izzah as honest as she could.


“Then we also had Lisa playing the strong-willed b***h Mila, who is the total opposite of her own soft-spoken personality. So it was a challenge for me to change Lisa into somebody else through the filming process.


For Maya, to play an ustazah in Ombak Rindu was challenging, but she embraced it whole-heartedly.


“Izzah is a soft-spoken, righteous girl from a village. She’s always used religion as a guide in her daily life,” she described her role.

To ensure she did her best, Maya personally hired an ustazah to teach her more about Islam.


“I took it upon myself to hire a religious teacher for three weeks to teach and show me all there is to know about Islam and what being an ustazahis all about. We spent about two to three hours a day together and I learnt a lot from her,” said Maya.


“Before I got the offer to act in Ombak Rindu, I had already read the book (which I bought seven years ago!) It was the first Malay novel that I read and I loved it! I loved Izzah’s character in the book and I fell in love with Hariz too.


“So when I was offered the role I was beyond excited. I guess I’m a romantic at heart, and I loved it most when Izzah and Hariz (who love each other deeply) have a difficulty expressing that love,” elaborated Maya.


Having worked with Osman previously in Anak Halal and Cun, Maya is quick to give the director props. “Osman is an amazing director and my fellow actors have been amazing too. I’m glad to finally see the movie on screen,” she said.


Lisa, meanwhile, feels that Mila has been her most challenging yet.


“When I heard about the movie I just said yes, without knowing which role I was going to get!” she revealed.


Lisa is glad for the acting rehearsals that Osman put her through with actress-turned-acting coach Ellie Suriyati. “It helped me familiarise myself with my role. Osman did give me ‘Mila’ because he wanted to show a different side of me. I have to admit it was very challenging.”


“There’s an obvious black or white streak to Mila’s personality. My main challenge was to balance that out a little so people wouldn’t hate her for who she is.”

Ombak Rindu is now playing in cinemas nationwide.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 11:05 AM | Show all posts
filem die jahanamkan industri sebenarnyer ..

mek suike review in english


koolpres ...
samshik Post at 8-12-2011 10:51



   adakah ini review drpd bukan melayu..aku nak tau apa ulasan drpd penonton bukan melayu..yg biasanya xpandang dahh pelem2 melayu ni..nak tahu sgt kan..seriyesli..sampai ke hari ni aku masih terbuai2..arghhh nk pi tgk gak lg pelem ni tak kira2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 11:10 AM | Show all posts
iols dh g tgk semlm dgn mek akudiadanbeliau

menangis2 iols maklumlah iols kan sesitip orangnya...

iols sarankan penonton2 sebelah iols yg suka mengomen time wayang..lenkali p tgk cita lain hokay....xbole nak konsetret lgsg....pok pek pok pek
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 11:13 AM | Show all posts
tgk kat wayang lebih feel....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 11:14 AM | Show all posts
bang semang tu baran ke mek? hehehe..bukan senang nk 'hidup'kan watak izzah..sekampung-kam ...
atapnipah Post at 8-12-2011 10:50



    oa bkn jenis yg sng naik antu.. die sgt kool..

Filem terbaik daripada Osman Ali

         
SEJAK Anak Halal, setiap filem arahan Osman Ali akan saya tonton dua kali di panggung. Jawapannya sangat mudah, saya memang boleh layan filem arahan Osman tidak kira yang bercorak ‘heavy drama’ mahupun komedi romantis.

Dalam memperkatakan me�ngenai karya terbarunya, Ombak Rindu, sudah dua kali juga saya ditarik tanpa paksaan ke skrin besar. Kali pertama pada sesi previu untuk pihak media pada 22 November lalu dan seminggu kemudian, ketika Malam Gala Ombak Rindu bertempat di Pavilion KL.

Biasanya pada kali pertama menonton, saya akan duduk tersandar pada kusyen empuk, melayan ceritanya dengan fikiran terbuka, tanpa terlalu memikirkan aspek teknikal mahupun kelemahan.

Seterusnya, selepas dua kali menonton, barulah saya mula melihat dengan lebih terperinci dan makin nampak sedikit sebanyak apa yang kurang di sana-sini.


Biasalah, mana ada filem yang sempurna dalam dunia ini.

Seawal babak-babak pertama Ombak Rindu lagi saya mula rasakan yang Osman akan mampu membawa saya hanyut buat seketika ke dalam dunia Izah, Hariz mahupun watak-watak lain. Memang saya tewas kerana akhirnya menitis juga air mata ini.

Kalau hendak tahu, kali terakhir saya betul-betul menangis menonton filem Melayu adalah Esok Untuk Siapa dan filem Hindustan pula, Kabhi Khushi Kabhie Gham. Sekurang-kurangnya saya masih lagi manusia biasa bukan?

Harus dinyatakan bahawa saya tidak pernah pun membaca novel Ombak Rindu.
Berbanding mereka yang pernah membacanya, saya menonton filem Osman Ali ini tanpa dibayangi apa yang tertulis dalam novel karya Fauziah Ashari itu.

Daripada apa yang saya dengar daripada mereka yang sudah membaca novel itu, penderitaan watak Izzah (Maya Karin) lebih teruk dan ada ba�nyak lagi sub-plot lain mewarnai kisah sedih itu. Logiknya sangat sukar novel setebal 564 muka itu boleh dimampatkan menjadi filem dua jam.

Bagaimanapun, apa yang dapat saya rasakan di lubuk minda dan hati, Osman semacam cuba mengembalikan semula kehebatan filem ‘heavy drama’ seperti mana Dia Ibuku lakonan Datuk Sarimah Ahmad, Abang (Datuk Rahim Razali) dan siri-siri filem ‘Esok’ termasuk yang saya sebutkan tadi, Esok Untuk Siapa (Tan Sri Jins Shamsuddin).

Rupanya telahan saya itu tidak salah kerana selepas tergerak hati menghubungi Osman di telefon kira-kira jam 2 pagi pada Khamis lalu untuk berbual-bual, pengarah kelahiran Pulau Langkawi itu mengakuinya.

“Memang saya tak sempat beritahu wartawan bahawa Ombak Rindu satu ‘tribute’ saya kepada filem-filem yang Roslen cakapkan itu. Dulu saya membesar dengan filem-filem drama berat seperti Abang, Dia Ibuku dan Esok Untuk Siapa.

“Apabila mula mengarah, saya pernah terfikir bahawa satu hari nanti saya teringin buat sebuah filem ‘heavy drama’ yang menonjolkan cerita yang menyentuh perasaan.

“Jadi peluang keemasan itu saya dapat selepas saya diberi mandat memindahkan Ombak Rindu dari sebuah novel ke filem,” jelas Osman.

Dalam nada suara yang kemudian kedengaran lain, Osman bagaimanapun berkata dia sangat terkilan kerana tidak mampu memindahkan setiap watak dan plot dalam novel itu kerana dibatasi dengan had durasi tayangan yang ditetap�kan pihak pawagam. Biasalah, filem kita tidak digalak durasi�nya melebihi dua jam.

“Banyak babak menarik terpaksa dipotong. Saya memang sayangkan semua babak itu tapi apa boleh buat, saya tidak ada pilihan lain. Malah ada satu babak yang saya sangat suka membabitkan Aaron Aziz, Maya Karin, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar terpaksa dipotong kerana melebihi durasi.

“Walaupun babak itu dicantas, saya rasa ia tidak mencacatkan jalan cerita kerana orang masih boleh faham konflik yang dipaparkan,” ujarnya.

Lebih daripada itu kata Osman, dia sangat kecewa kerana terpaksa memotong langsung lakonan Fauzi Nawawi sebagai Azman iaitu kekasih gelap Julia Ziegler.
Dengan erti lain, Fauzi sudah tidak wujud dalam Ombak Rindu. Mendengar gambaran babak yang diceritakan Osman itu, saya sendiri turut terkilan kerana kalaulah semua babak itu ada, maka akan tumpah lebih banyak lagilah air mata dalam panggung.

Kemudian pantas saya sarankan kepada Osman: “Osman jangan risau. Awak boleh buat versi ‘drector’s cut’ untuk diselit�kan dalam DVD selepas habis tayangan di panggung nanti.” Lalu Osman terus bersetuju dengan cadangan itu.

Bagi saya, Osman sangat beruntung kerana dia selalu berjaya mendapatkan pelakon yang baik untuk setiap filemnya termasuklah Ombak Rindu.

Maya Karin bagi saya memberikan lakonan terbaiknya selepas Pontianak Harum Sundal Malam. Kekuatan Maya sentiasa ada pada matanya setiap emosi Izzah mampu dizahirkan melalui permainan matanya itu.

Cuma ada masanya, kelihatan sinar keperangan rambut dan loghat baku Maya sedikit mengganggu karakter Izzah sebagai seorang ustazah Melayu dari sebuah kampung nelayan. Namun secara keseluruhan, Maya memang hebat selepas khabarnya mendapat bimbi�ngan Ellie Suriaty.

Dalam filem ini Maya hanya memainkan lakonan yang ‘under’. Namun ada juga beberapa babak Maya menonjol�kan lakonan traumatik. Kata Osman, bukan mudah untuk Maya mempertahankan corak lakonan sebegitu dari awal hingga akhir penggambaran.

Dalam filem ini, Maya melakonkan peranan gadis malang yang dianiaya ayah saudaranya ke sangkar pelacuran. Izzah kemudian dibeli seorang pelanggan, Hariz (Aaron Aziz) lalu dijadikan perempuan simpanan.

Akan tetapi dengan rayuan Izzah dan melihat keimanan yang pada wanita itu, Hariz akhirnya sanggup menikahi Izzah di Thailand tetapi masih merahsiakan hubungannya daripada ibunya, Datuk Suffiah (Azizah Mahzan).

Ternyata proses Hariz cuba mengenali siapa diri Izzah yang sebenarnya menjadikan filem ini semakin indah. Kekusutan berlaku lagi apabila Hariz perlu bernikah dengan wanita yang tidak dicintainya, Mila Amelia (Lisa Surihani), seorang superstar.

Kata rakan saya, Erma Fatima yang sudah menonton, dia sukakan lakonan Lisa yang dianggap lebih bagus berbanding Lagenda Budak Setan. Itu satu lagi pencapaian positif buat Lisa yang berjaya melontarkan ‘mood’ kepada pelakon yang beraksi setiap babak dengannya.

Aaron sebagai Hariz - lelaki yang tersepit antara nafsu, cinta serta kemelut perangkap yang diatur ibunya sendiri - tidak kurang meninggalkan impak. Namun Aaron dilihat banyak menangis dan mungkin ada yang rasa ia mengurang�kan aura ‘macho’ seorang lelaki.

Azizah Mahzan saya dianggap sebagai ‘The Modern Mak Dara’. Dia seorang ibu yang ego dan bersikap materialistik. Mungkin peranan seperti itu perkara yang tidak sukar buat Azizah kerana dalam drama juga dia sudah menyerlah.

Apapun saya harus nyatakan bahawa setiap pelakon utama dan pembantu dalam Ombak Rindu sama-sama menonjol�kan kekuatan. Bront Palarae, Zaidi Omar, Normah Damanhuri dan Delimawati berdaya me�nyuntik emosi terhadap peranan mereka.

Filem ini dibuka dengan sinematografi yang menawan dan ia berterusan dalam babak-babak lain.

Namun jangan lupa bahawa kesan dramatik terhadap Ombak Rindu sangat disokong oleh skor muzik dan lagu tema yang cukup merdu.

Pada babak-babak penting, melodi indah itu memang cukup membantu tetapi kalau terlalu kerap diulang pula, ia boleh menjadi ‘predictable’.

Saya sebenarnya dapat melihat kelemahan dari sudut suntingan apabila ada adegan tiba-tiba ‘fade’ dan tergantung mengejut. Ini tentunya jalan pintas bagi Osman menjimat�kan durasi filem itu.

Satu lagi kealpaan Osman dan kru filem ini adalah pada babak akhir di sawah padi.

Ada sesuatu pada tubuh Izzah apabila dia menoleh ke belakang. Cuba anda perhatikan sendiri nanti.

Bagi saya, meskipun Ombak Rindu asasnya kisah cinta yang ‘old skool’ namun Osman berjaya menyuntik ‘trend’ pembikinan masa kini seperti iringan lagu (nyanyian merdu Hafiz AF & Adira AF) dn pemilihan pelakon yang sedang popular.

Melihat senarai filem yang ditayangkan sejak awal 2011, tidak ragu-ragu saya katakan Ombak Rindu adalah filem Melayu terbaik bagi tahun ini.

Tidak silu rasanya untuk saya mengajak kawan-kawan pergi menonton filem ini.
Osman Ali sekali lagi membanggakan saya dan bakal mencipta satu ombak baru - roslenmetro@yahoo.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 11:16 AM | Show all posts
melaporkan diri d rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 11:17 AM | Show all posts
Reply 44# samshik

ade wayang mek..tapi tengah repair ape tah..tinggal satu je cinema ebelebl..cinema tu jenis tak tayang citer melayu..citer cina singapore/hongkong ngan omputeh jahh...sedihh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 11:18 AM | Show all posts
iols nk cek innnnnn umah baruuuuu {:4_181:}{:4_181:}{:4_181:}

iols sukaaaaa gambo neh:


iols dah tgk OR neh...tapi iols n kengkawan iols takde lah nanges2 pom..adekah sarap kesedihan iols dh teputus 1?{:4_191:}

tapi mmg hats off to AA, MK n also LS...walopom LS ade sedikit lagik kekayu kayanan sheols, but she has improved tremendously!
(my opinion lah)...cuma nya, sometimes bile sheols bukakk je mulot, ala2 baca skrip gitew...

but AA n MK mmg mebeles!!! iols tarik balik kata2 iols yg quite cynical terhadap MK, sheols mmg berkesannnn sgt bakon..hati iols agak pilu tgk MK nanges...n hati iols terussssss syahdu bila menitik2 airmata AA jatuh ke pp
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 26# samshik

siapakah mimin?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.583165 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list