CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4090|Reply: 25

BMF: Harta keluarga Taib di Malaysia saja RM4.6 bilion!!!

[Copy link]
Post time 8-12-2011 10:16 AM | Show all posts |Read mode



Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.


Menurut sebuah NGO Switzerland yang berkempen menentang rasuah di Sarawak, Dana Bruno Manser (BMF) - di Malaysia sahaja, keluarga Taib memiliki U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) aset korporat di 14 syarikat.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, menurut BMF, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister's Sons', disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.

Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit. BMF jugamendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.

Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.


Taib juga sebelum ini menafikan bahawa ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah "bijak" dan "cekap".

"Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan," dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.

"Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 02:37 PM | Show all posts
kenapa pihak german dan perancis mencampuri urusan negara Malaysia? ada udang di sebalik mee kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:33 PM | Show all posts
saya bangga bila ada orang Malaysia yang kaya berbillion2
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:53 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. Bagus la dah bertambah bil Rakyat Malaysia yg kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:54 PM | Show all posts
Moga kekayaan dia dari sumber yg halal.. Xde mslh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 04:51 PM | Show all posts
bertambah pendapatan negara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2011 09:37 AM | Show all posts
rakyat kita bila nak buka mata tentang hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 10:30 AM | Show all posts
pundek punya taib.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 11:11 AM | Show all posts
kenapa nama dia tak pernah masuk top 10 jutawan malaysia pun sebelum ni? ke sebab dia ni more than jutawan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 11:12 AM | Show all posts
Dia kaya dia punya hal lah janji tak menyusahkan rakyat sarawak.Siapa-siapa pun ada kepentingan bila berada diatas tak kira lah UMNO,PAS,DAP dan parti-parti lain di malaysia  ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 12:05 PM | Show all posts
muke jerk gile
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 02:58 PM | Show all posts
Dia kaya dia punya hal lah janji tak menyusahkan rakyat sarawak.Siapa-siapa pun ada kepentingan bila ...
lyddok Post at 11-12-2011 11:12

betul tu......... asal aku cukup makan, minum, dpt bershopping & cuti obersea setaun dua kali dah laa...... org lain tak makan & mati kelaparan tu aku tak peduli......

hidup BN......!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 07:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by haniryan at 11-12-2011 19:16

dah berapa abad lamanya dia dok merintah bumi serawak, musti la banyak labanya yang heran tu, orng sana masih x kesah dia merintah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 10:04 PM | Show all posts
bukannya tak kesahhh...tapi tak dapat nak lawan...dan jatuhkan mcm org buat kat AnWaR. He..he...KEBAL lah SGT....faham2 je lahhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 10:30 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 10:42 PM | Show all posts
bodo ya amat......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 11:04 PM | Show all posts
Satu lagi misi menghalalkan perniagaan ahli BN.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 08:34 AM | Show all posts
BIJAK dan CEKAP pulak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 08:59 AM | Show all posts
bijak & cekap menghabiskan kekayaan sarawak utk kepentingan sndri....



sumpit jahhhhhhh die ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 10:04 AM | Show all posts
sukati ko mukek jak cerita TAIB ya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.258598 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list