Sejarah bakal tercipta! Agak panas dari ketuhar gelombang mikro, keluaran terbaru majalah fesyen dan gaya hidup terkenal, GLAM bakal menawarkan beberapa rekaan khas kulit depan oleh seorang artis ternama tempatan untuk bulan Januari 2012.
Walaupun baru dua rekaan kulit depan yang dipaparkan di laman sosial Facebook, GLAM, menurut sumber akan ada empat rekaan yang berbeza ditampilkan wajah selebriti tersebut.
Dari foto-foto yang dipaparkan di Facebook tersebut, nampaknya ada pembaca yang sudah boleh mengagak siapakah selebriti ternama yang dimaksudkan.
Sememangnya selebriti tersebut layak diberikan penghargaan tersebut. Muncul sebagai penghias kulit depan sebuah majalah fesyen dalam empat rekabentuk yang berlainan sesuatu yang unik dan belum pernah dilakukan sebelum ini.
Konsep tatarias yang dipersembahkan mendapat inspirasi dari muzik video Rain nyanyian penyanyi sensasi antarabangsa Madonna. Sememangnya amat layak untuk seorang diva tempatan digayakan dengan gaya penyanyi sensasi itu.
Pastinya peminat selebriti ternama tersebut akan memborong keempat-empat rekaan tersebut, walaupun isi kandungannya sama sahaja. Orang kata, buat kenangan apa salahnya. Bagi GUA pula, ia adalah satu strategi pemasaran yang cukup kreatif. GUA pun sudah tidak sabar menunggu menjelangnya tahun baru untuk memiliki keempat-empat rekaan majalah tersebut.
Setakat ini baru dua rekaan yang telah tersebar, ada lagi dua rekaan yang pastinya ditunggu-tunggu peminat penyanyi yang berasal dari kampung sahaja dulu.
Siapakah penyanyi tempatan tersebut? Mari kita amati jelingan matanya dan teka!
semakin cantik abang lihat datuk siti nurhaliza ini...
semoga beliau dikurniakan cahaya mata secepat mungkin...
agar menambah seri pasangan bahagia ini....