CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10712|Reply: 49

Kumpulan Nasyid Kelentong Pakej Umrah…Lebih RM51,000 Lesap Entah Kemana!

[Copy link]
Post time 14-12-2011 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by liesa10987 at 14-12-2011 16:46




Menggelegak darah penulis apabila 12 bersaudara yang mahu mengerjakan umrah menerusi pakej ditawarkan agensi milik sebuah kumpulan nasyid tempatan, masih tidak dapat berbuat demikian meskipun sudah membayar RM51,000 sejak dua tahun lalu.Apa kejadahnya kumpulan nasyid buat kerja macam ini? Kalau macam tu tak gunalah buat album dakwah kalau diri sendiri pun tak betul.


Lebih menyakitkan hati, difahamkan dalam laman web Persatuan Pengusaha Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) mendapati syarikat milik kumpulan nasyid terbabit sudah disenaraikan sebagai agensi yang dibatalkan lesen mereka oleh Kementerian Pelancongan sejak 24 Januari lalu.


Semakan mendapati syarikat sama pernah diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kos umrah yang dikutip daripada peserta pakej kendalian mereka yang dibatalkan atas alasan hotel runtuh.


Mereka kena ingat, pakcik dan makcik ini setengah mati kumpul duit semata-mata untuk menjadi tetamu Allah tetapi mereka senang-senang saja bagi alasan itu dan ini.Kalau betul mereka tidak berniat untuk menipu, bayarlah balik semua duit tersebut, habis cerita.Ini tidak, dah berpuluh ribu duit diberi tapi semuanya entah hilang ke mana.


Menurut laporan Berita Harian, mangsa tertarik menyertai pakej umrah terbabit kerana ditawarkan penceramah yang sebelum ini pernah mengajar agama di surau taman perumahan mereka.Penceramah itu adalah wakil agensi kendalian kumpulan nasyid berkenaan.Selepas membayar kos ditetapkan, semua kelengkapan umrah seperti kain ihram serta telekung serta kelengkapan bagasi seperti beg tertera nama syarikat kumpulan nasyid terbabit diberikan kepada mangsa ketika menyertai kursus mengerjakan umrah pada 1 Mac 2009.


Namun, menjelang tarikh perjalanan yang ditetapkan, mangsa mula berdepan masalah apabila diberi pelbagai alasan termasuk hotel yang ditempah sepanjang mengerjakan umrah sudah diroboh serta syarikat perlu menempah hotel lain.Seminggu sebelum tarikh berlepas yang ditetapkan pada 18 Jun 2009, keluarga mangsa cuba menghubungi penceramah bebas itu dan syarikat berkenaan namun tidak mendapat sebarang jawapan.


Jauh di sudut hati, penulis berharap kumpulan nasyid berkenaan tidak terlibat dalam kes ini tetapi mereka perlu tampil memberi penjelasan memandangkan kesemua mangsa telah membuat pendedahan.Jangan sampai pecah tembelang, sekali orang tak percaya, sampai bila-bila pun orang takkan percaya! – Oleh SYAHRIL A. KADIR



SPEKU SECARE BERJEMAAH JOM!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 05:00 PM | Show all posts
sama dgn kes ni kot..

KES SAMAN UMRAH HIJJAZ SELESAI, WANG DIPULANGKAN

“Apa yang saya mahukan hanyalah supaya wang kami dikembalikan,” kata peguam,

Hermes Media Putra Ibrahim selepas sebuah agensi pelancongan diterajui anggota

kumpulan nasyid popular bersetuju mengembalikan wang pakej umrah dirinya, isteri

dan anak mereka.

Hermes Media Putra, 45, ketika ditemui berkata,

beliau berharap pengguna lain dapat mengambil pengajaran supaya tidak mudah

terpesona dengan sebarang tawaran yang membabitkan individu popular. “Jangan

cepat terpedaya dan selidik dulu latar belakang sesebuah syarikat,” katanya.


Beliau berkata, walaupun ada sedikit rasa terkilan apabila

kes itu mengheret nama penyanyi nasyid pujaan ramai, pihaknya lega kerana ia

akhirnya dapat diselesaikan. “Bayangkan semua persiapan sudah dibuat, cuti sudah

diambil, tetapi diberitahu pada saat akhir tidak dapat ke Tanah Suci? “Mujur

saya berkemampuan untuk membayar kepada agensi lain. Bagaimana jika ia berlaku

kepada orang yang tidak mampu?” katanya.

Pada 8 Oktober tahun lalu,

Hermes Media Putra (plaintif) memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Majistret di

sini terhadap Hijjazlegend Travel & Tours Sdn (Hijjazlegend) Bhd (defendan)

bagi menuntut RM14,070 untuk diri, isteri dan anaknya.

Wang itu adalah

bayaran pakej umrah yang ditawarkan Hijjazlegend bagi dirinya, isteri dan

seorang anak mereka, yang sudah dibayarnya pada 2 April 2010.

Dalam

penyata tuntutan itu, plaintif mendakwa defendan gagal membuat pembayaran kepada

sebuah lagi agensi pelancongan, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

(Andalusia), yang sepatutnya mengendalikan pakej umrah mereka.

Ekoran

kegagalan defendan itu, plaintif dan isteri serta anak mereka dimaklumkan pada

15 Mei 2010 oleh Andalusia bahawa penerbangan mereka yang dijadualkan berlepas

pada 16 Mei 2010, terpaksa dibatalkan.

Plaintif dalam permohonan

samannya menyebut, beliau beberapa kali cuba menghubungi syarikat itu dan

pegawainya melalui telefon tetapi cubaannya gagal.

Berikutan itu,

plaintif membuat laporan polis pada 15 Mei tahun lalu dan mengeluarkan wang

sendiri untuk dibayar kepada Andalusia Travel & Tours memandangkan segala

persiapan untuk mengerjakan umrah sudah dibuat.

Plaintif memberitahu,

sebaik pulang dari umrah, beliau beberapa kali cuba menghubungi defendan untuk

menuntut wang berjumlah RM14,070, tetapi defendan gagal, enggan dan ingkar untuk

membuat sebarang pembayaran, walaupun plaintif menghantar dua surat tuntutan

bertarikh 31 Mei dan 7 Jun tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Kumpulan

Hijjaz, Isman Nadim Isam ketika dihubungi memberitahu, pihaknya memohon maaf

terhadap segala kesulitan yang dialami plaintif dan keluarganya berikutan kes

itu. Beliau yang juga salah seorang pengarah di Hijjazlegend berkata, segala

urusan pembayaran akan diuruskan menerusi peguam mereka seperti yang sudah

dipersetujui kedua-dua pihak semalam.

“Pakej umrah itu ditawarkan dengan

harga murah dan apabila ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami tidak dapat

melunaskan apa yang ditawarkan dalam pakej itu. “Ini adalah kesilapan dalaman

syarikat dalam melaksanakan strategi perniagaan,” katanya.

Pada

prosiding semalam, Isman tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Irwan

Mohd Mubarak. Sebelum ini, pada 23 November tahun lalu, Hijjazlegend diarahkan

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Alor Star untuk membayar RM24,000

kepada enam bakal jemaah umrah selepas agensi itu membatalkan pakej umrah

mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 05:25 PM | Show all posts
sayangnyer ... tercemar imej
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 05:34 PM | Show all posts
senang benar tak payah susah2 nak speku
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 05:35 PM | Show all posts
la.. kipulan hijaz ke?? nape berjanji kalu x mampo...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 05:37 PM | Show all posts
ni mesti ikot konsep pyramid scheme ke apa.. yes, even tawaran pegi umrah pon ade jgk berMLM. awal2 nampak la untung..tp org atasan la untung

aku baca kat aididmuaddib la psl scheme2 umrah MLM ni huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2011 05:39 PM | Show all posts
tak pyh buat lg dh..menyanyi jer la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 06:33 PM | Show all posts
X baek buat kat makcik2 & pakcik yg teringin sgt nak jejak kaki ke Mekah..derang bkn suka2 pn derang nak buat ibadah..kalo package yg murah2 tu berhati2 jer la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 06:35 PM | Show all posts
alaah... dah ada lah pulok jawapannya
Baru nak main2 speku sampai 2, 3 page

Boring aaa terus ada jawapan camni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:00 PM | Show all posts
Soalan dah dijwab, senang x yah speku!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:02 PM | Show all posts
Kesian tengok makcik tu tak jadi nak tunaikan umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:23 PM | Show all posts
Aritu ade si Aidid muadib tu kantoikan scheme camni gunakan islam tapi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:44 PM | Show all posts
x tau nak ckp..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:51 PM | Show all posts
merosakkan imej jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 08:59 PM | Show all posts
sampai hati hijjaz buat cam tu...kesian macik2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:05 PM | Show all posts
sedih pula abang membaca rintihan hati bakal jemaah tersebut.
diharap hijjaz selesaikan masalah ini segera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 09:18 PM | Show all posts
mak chaq dengan pak chaq iols pon kena dgn hijjaz.
last year ka last two years camtu.
Last2 p dengan pengurusan lain.
lupa pulok nak tepon tanya dapat ke tidak lagi duit.

tapi memang hijjaz la kumpulan nasyid yang dimaksudkan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:19 PM | Show all posts
Ternyata keislaman yg syumul
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 09:40 AM | Show all posts
tercemar nama baik penyanyi lain yg berdakwah melalui lagu disebabkan kesilapan dorang.

nyanyi je la sampai mati, berniaga pon bukannya reti sgt pon
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:18 AM | Show all posts
tgk berita pon tahu dah sape punye keje..
klu clear sgt..
perfumenya cmne? laku dak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.519368 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list