CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hydrick

Lee Chong Wei dijangka jatuh ke rank 2.

  [Copy link]
 Author| Post time 19-12-2011 11:49 PM | Show all posts
Bagi saya LCW adalah pemain lagenda dan akan menjadi inspirasi para pemain muda.

Harap2 pada masa yang akan datang dia akan duduk di kerusi jurulatih, dan jadi jurulatih yang berjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 11:51 PM | Show all posts
DLCW ni frust pasal putus tunang dgn player badminton yg pompuan tu ntah sape namanya lupa plak kotttttttt! sbb tu selalu kalah! ada badi ke pemain2 china tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 11:54 PM | Show all posts
xpe... mod x kesah
thread pasal pemain2 bola pun banyak kat sini
takkan thread pasal LCW yg lagi m ...
yetta Post at 19-12-2011 21:37



   TQ. benar jg.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 12:13 AM | Show all posts
DLCW ni frust pasal putus tunang dgn player badminton yg pompuan tu ntah sape namanya lupa plak kott ...
mysara Post at 19-12-2011 23:51


wong mei chew?lahh...dah tunang ke?bila plak putus?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 12:23 AM | Show all posts
wong mei chew?lahh...dah tunang ke?bila plak putus?
ShaCroft Post at 20-12-2011 00:13



    haaa.. wong mei chu..mcm pernah baca dlm satu artikel, tapi dah putus pun boleh baik dan berkawan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 02:21 AM | Show all posts
momod tlg i delete post nie....sorry yer pak cik n makcik. tak tahu plak korang nak baca gosip murah ...
hydrick Post at 19-12-2011 14:05



bukan soal nk baca gosipp murahan or org yg bejasa ke x, fact nye u salah board. nih gosip artis tempatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2011 02:33 AM | Show all posts
Reply 1# hydrick


   ala..masa die pegang title no 1 donia pon..seme orng tau die mmg tak leh lawna lindan..seme pertemuan die ngan lindan ..mmg lindan slalu mendahului die..
tp apa pon..bangga jeh ngan chong wei....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 09:35 AM | Show all posts
Reply  hydrick


   ala..masa die pegang title no 1 donia pon..seme orng tau die mmg tak leh law ...
skymania Post at 20-12-2011 02:33



   tp nak jg dia rank no. 1. tak nak dia turun kalau boleh. hu3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2011 09:38 AM | Show all posts
bukan soal nk baca gosipp murahan or org yg bejasa ke x, fact nye u salah board. nih gosip art ...
micha Post at 20-12-2011 02:21



   Ini board gosip tempatan lah. bukan nya gosip artis tempatan. so masih tercapai akalmu kalau gosip mahal ini kat sini.
   ko nie tertinggal bas ka???
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 10:00 AM | Show all posts
Reply 55# solstice


    so sapa2 ada makcik&pakcik yg penah masuk URTV  mekar setaman pun leh masuk thread nie ka...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 90# cascutes

    Sori, mekar setaman x diambil kira{:4_188:}
cuba lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 10:21 AM | Show all posts
hehe.. katanya masuk KFCM masuk thread gossip coz masuk URTV...
sama la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 11:08 AM | Show all posts
BAM kena train utk pelapis LCW betol2...asek nk harap heols jah..persatuan pon asek berpolitik, bekr ...
ShaCroft Post at 19-12-2011 22:39


apa lagi uols.. kita bukak la sekolah LCW plak..
kaka micah KETUA JURULATIH.. uols PENOLONG JURULATIH..
nok gogo KETUA POMPOM GAL..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 11:15 AM | Show all posts
apa lagi uols.. kita bukak la sekolah LCW plak..
kaka micah KETUA JURULATIH.. uols PENOLONG JUR ...
elorna Post at 20-12-2011 11:08


wakakakakka..kannnnn...curlastttttttttt...pehtu, uols jadik perunding imej team, gitew

alamak..terrr OT plak..errr....by d way, iols pom tak paham kunsep "gusip tempatan" neh..amponnnn{:4_189:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 11:15 AM | Show all posts
Gelisah cari pengganti Chong Wei (Kosmo - 20/12/11).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=su_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 11:16 AM | Show all posts
Biarlah Datuk jatuh ke ranking kedua. Sewaktu beliau di kedudukan teratas pun, ramai yang menganggap beliau sebagai pemain nombor satu dunia paling lemah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2011 11:16 AM | Show all posts
Gelisah cari pengganti Chong Wei (Kosmo - 20/12/11).


JAGUH China, Lin Dan belum sampai ke penghujung kariernya tetapi dia kini sudah mempunyai pelapis yang tidak kurang hebatnya.

Chen Long baru berusia 22 tahun dan masa depannya dalam sukan badminton sangat cerah.

Lin Dan pula sudah tidak perlu bimbang kerana kecemerlangan China dalam sukan tersebut pasti berterusan dengan kehadiran beberapa pemain pelapis sehebat Chen Long.

Tetapi senario di Malaysia berbeza.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak senang duduk berbanding China.

Setiap hari BAM dalam kegelisahan memikirkan siapa yang bakal menggantikan pemain perseorangan No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sehingga kini masih belum ada tanda siapa yang layak bergelar pelapis berwibawa, yang sehebat Chen Long.

Kalau ada pun, mereka masih belum layak bergelar pengganti kerana kurang memperlihatkan konsistensi di pentas antarabangsa.

Sebelum ini, ada beberapa nama yang difikirkan layak menjadi pelapis kepada Chong Wei seperti Mohd. Arif Latif, Zulfadhli Zulkifli tetapi 'disiplin' mereka di pentas antarabangsa masih belum meyakinkan.

Pencapaian juga kurang meyakinkan berbanding pemain pelapis China yang sudah mampu menawan dunia pada usia awal 20-an.

Menyedari kelemahan itu, BAM tiada pilihan lain kecuali terus 'melanyak' Chong Wei dalam semua kejohanan sehingga kadangkala menyaksikan pemain No. 1 dunia itu sudah tidak berdaya untuk mencipta kemenangan. Sepanjang tahun 'didera' untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Bila sudah terlalu kerap beraksi, maka gaya permainannya mudah dibaca pemain lawan, khususnya musuh utama, China.

Mungkin atas alasan tersebut, Chong Wei mudah dijinakkan pemain muda China, Chen Long pada Kejohanan Siri Super Dunia Akhir baru-baru ini.

Bukan Chong Wei tidak hebat tetapi dia sudah terlalu letih 'didera' sepanjang tahun.

Sudah tiba masanya bagi BAM untuk lebih berani memberi kepercayaan kepada barisan pemain muda negara beraksi di pentas antarabangsa. Jika tidak, kumpulan pelapis ini tidak akan mencapai tahap permainan matang sehingga mereka bersara.

Banyak yang boleh dijadikan contoh seperti Muhd. Hafiz Hashim yang terus gagal mempamerkan aksi konsisten di pentas antarabangsa.

BAM juga harus sedar bahawa Chong Wei sudah semakin berada di penghujung karier.

Dia tidak boleh lagi dikerah sepanjang tahun. Chong Wei perlukan rehat dan kalau boleh, beri kelonggaran kepadanya untuk hanya beraksi pada kejohanan tertentu sahaja.

Pemain muda seharusnya diberi lebih banyak peluang beraksi. Tak perlu fikirkan kemenangan terlebih dahulu, yang penting mereka ini perlu kerap diberi pendedahan di pentas antarabangsa.

Begitu juga dengan barisan pemain wanita.

Selepas Wong Mew Choo, Malaysia nampaknya terus ketandusan pemain yang hebat.

Setakat ini, saya belum nampak lagi pengganti yang mampu menggegar dunia selepas persaraan Mew Choo.

Kalau di China, pemain perseorangan wanita boleh diibaratkan sebagai 'tumbuh macam cendawan'. Selepas persaraan Zhang Ning, lahir pemain seperti Wang Shixian, Wang Yihan mahupun Wang Xin dan mereka ini bila-bila masa sahaja mampu menawan dunia.

Tetapi pemain wanita kita tetap kekal sebagai 'jaguh kampung'. Hanya satu sahaja cara yang dilihat mungkin boleh membantu mematangkan mereka iaitu mendedahkan pemain di pentas antarabangsa seawal usia 17 tahun. Jika Chong Wei gugur, maka berakhirlah penguasaan Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 11:18 AM | Show all posts
Biarlah Datuk jatuh ke ranking kedua. Sewaktu beliau di kedudukan teratas pun, ramai yang menganggap ...
spiderman80 Post at 20-12-2011 11:16



   melampau lah kata LCW paling lemah. he3. Lama jg dia no. 1. tiba2 jatuh pula. agak sedih lah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 11:19 AM | Show all posts
abg hydrick, betul ke org kata LCW ranking pertama sbb Lin Dan x byk sertai pertandingan..
kalu Lin Dan cam LCW byk sertai pertandingan dah lama dia ranking pertama?? ni terbukti sbb LCW hanya menang 8 perlawanan dr 26 kesemuanya menentang Lin Dan.....
elorna Post at 19-12-2011 17:35



    Benarlah telahan mu ittewww nok
LCW #1 dunia sbb LD x banyak join siri2 kejohanan
Kalau LD join sama cam LCW maunya LCW #2 selamanya

LD kata dia x kisah pada ranking #1
Yg penting bagi heolss adalah pingat2 utama sukan dunia
Sbb tu walao dia x #1 tapi dia brjaya menang pingat2 ---> Olimpik dunia di China & kejohanan badminton dunia
Apa guna #1 kalau sejibik pingat pon x dapat

Ala2 LCW pegang gelaran #1, while LD sapu semua pingat2 emas
LCW/Msia dah berputih mata banyak kali utk merasa pingat emas espeseli Olimpik
Kalau LCW menang olimpik ari tu maunya cipta sejarah pingat emas pertama olimpik Msia dalam sejarah
Rugi LCW kann uolss?

Utk olimpik 2012 London lagiiii lah samar
Dah ada 2 tembok kebal China yg perlu diruntuhkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 11:26 AM | Show all posts
wakakakakka..kannnnn...curlastttttttttt...pehtu, uols jadik perunding imej team, gitew  ...
ShaCroft Post at 20-12-2011 11:15


harus nok!! mek adalah IMAGE CONSULTANT..
M'sia bakal harum kerana mmpunyai pemain no. 1 dunia yg hebat & ensem lagi bergaya!!
wah!! tingginyer imaginasi mek!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.320421 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list