CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2983|Reply: 23

Misha Berlakon Bukan Kerana Kerjaya Nyanyian Merudum..

[Copy link]
Post time 20-12-2011 09:29 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Misha Omar, 29, berkata pembabitannya secara aktif dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini bukan disebabkan oleh karier nyanyian yang semakin merudum, seperti dakwaan segelintir pihak.

Sebaliknya, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata keputusan untuk mengembangkan bakat ke bidang lakonan adalah bertitik-tolak daripada keinginannya sendiri yang mahu mengimbangi kedua-dua cabang seni itu.



“Sebenarnya, saya mahu mencipta profil sebagai anak seni yang berkebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan. Memandangkan peluang itu sudah terbuka, mengapa tidak saya mencuba?

“Namun, itu tidak bermakna karier nyanyian saya berdepan kejatuhan atau merudum. Selepas lapan tahun menceburi bidang ini, karier nyanyian saya sudah berada pada tahapnya sendiri. Saya selesa dengan kedudukan itu,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Misha berkata kecenderungan untuk mendalami bidang lakonan khususnya cabang teater didorong oleh kepercayaan dan sokongan orang-orang terdekat yang mempercayai bakatnya.

“Ramai orang terdekat yang menyedarkan saya akan bakat dan potensi dalam bidang lakonan termasuklah guru lakonan juga pengarah teater, Rosminah Tahir.

“Mengapa harus saya bazirkan peluang dan kepercayaan itu? Sebab itu, saya akui aktif berlakon dalam beberapa produksi teater kebelakangan ini.

“Jadual nyanyian masih berjalan dengan baik dan padat, di mana hampir setiap minggu saya memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis tertentu dan korporat,” katanya.



Ditanya tentang populariti dan kerjaya nyanyian yang dilihat kurang menyerlah, Misha berkata pada kedudukannya hari ini, senario berkenaan adalah sesuatu yang normal dan berlaku pada mana-mana artis senior.

“Pada kedudukan hari ini, saya tidak perlu lagi gusar untuk sentiasa berada di depan, menghiasi akhbar atau majalah. Hakikatnya, kita tidak perlu sentiasa berada di depan untuk menunjukkan kepada khalayak bahawa kita masih aktif.

“Saya lihat keadaan ini juga berlaku pada kebanyakan penyanyi senior lain di mana mereka terus aktif tetapi tidak perlu terlalu menonjol.

“Sudah tiba masanya saya memperoleh ilmu dalam cabang seni yang lain pula. Kini, saya gembira dan puasa kerana telah mencuba pelbagai bidang seni termasuk nyanyian, pengacaraan dan berlakon,” katanya.

Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini turut mengakui akan muncul dengan album terbaru pada suku pertama tahun depan.

Selain filem Gerak Khas The Movie 2 dan Main-Main Cinta, Misha pernah membintangi teater muzikal Gamat (2008), Uda & Dara (2010), Muzikal Tun Mahathir 1 & 2 (2010, 2011), Mak Dara Nyonya (2011) dan terbaru, Monolog Solo: Gadis Yatim.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply 1# freekey


    siapa artis senior yg x menonjol tapi aktif tu?? Mek Jena ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 10:05 AM | Show all posts
Reply  freekey


    siapa artis senior yg x menonjol tapi aktif tu?? Mek Jena ke?
tebuanharimau Post at 20-12-2011 10:03




   



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 10:09 AM | Show all posts
bukan ke dia ni nak kawen atau memang dah kawen....
sori....mak ketinggalan keretapi.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 11:24 AM | Show all posts
saya gembira dan puasa kerana telah mencuba pelbagai bidang seni termasuk nyanyian, pengacaraan dan berlakon,”


PUASA???
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 12:20 PM | Show all posts
saya gembira dan puasa kerana telah mencuba pelbagai bidang seni termasuk nyanyian, pengacaraan dan  ...
bluecatsus Post at 20-12-2011 11:24


Hahaha.. salah taip tu noks..{:4_502:}
Thread Intan Ladyana tu pun sama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2011 12:21 PM | Show all posts
Iols suka suara Samihah ni..
Lbh sedap dr Tok Ti..
Cuma dia ni kdg2 tak konsisten klu live..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 05:42 PM | Show all posts
biarlah dia slow slow tapi ada kelas...x macam sesetengah retis tu tiap2 tahun moncol dgn album sbb takut dilupai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 01:11 PM | Show all posts
ala.. org nak bagi duit.. amek la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 01:55 PM | Show all posts
kak samihah pelbagai kn la cabang...berlakon pn ok kn...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 01:55 PM | Show all posts
kak samihah pelbagai kn la cabang...berlakon pn ok kn...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 01:57 PM | Show all posts
kak samihah pelbagai kn la cabang...berlakon pn ok kn...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 01:58 PM | Show all posts
aku suke suare misha...suke dia nyanyi....


tak suke dia belakon...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:09 PM | Show all posts
bagusla tu..pasni mengacara lah pulak.standard artis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:13 PM | Show all posts
tk besh pn die berlakon.... tkper la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:14 PM | Show all posts
teringat die blakon satu filem dgn adam af..
apetah tajuk film tu..
mintak mintak mutu lakonan die meningkat lg..
aku tgk film tu pon hala,malula nk cakap..hehe!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 02:43 PM | Show all posts
Iols suka suara Samihah ni..
Lbh sedap dr Tok Ti..
Cuma dia ni kdg2 tak konsisten klu  ...
Orion Post at 20-12-2011 12:21


nyanyi lagu sendiri ok kot....sore gemersik...tp nyanyi lagu uji rashid choiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:57 PM | Show all posts
dia dah kawin ke belum minat nih, nora tu kan kesian anak perempuan dia tak ada rupa dia.......hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 05:13 PM | Show all posts
Kata dah kawen dgn org kayos..tp kenapa perlu berlakon lagik..musykil lak aku!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 05:27 PM | Show all posts
'kamu.. selalu, buat ke tersenyum sendiri'

iols suka sheols nynyi dari belakon..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075402 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list