CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 22-12-2011 11:59 AM | Show all posts
Reply 16# qimi08

aku dah try buat, tapi tak jadi la...

takpelah..aku tunggu Jaza buatkan utk aku je la. Selama ni pun, semua crite2 aku, dia yang ejaskan...
hehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2011 12:00 PM | Show all posts
“Errr…macam mana nak buat proforma invoice ni? Orang MCIS dah call mintak proforma invoice! Dia kata, kalau aku tak bagi hari ni, kapal ke Sandakan tu akan tinggal kontena kita kat port…” soal Azah cemas.

Hari kedua berada di pejabat, dia sudah mula membuat kerja di bawah pengawasan lelaki bernama Harris itu. Pekerja yang membuat kerja Azah sekarang, telah berhenti kerja  dengan notis 24 jam, jadi Azah tidak sempat hendak belajar. Masuk kerja saja, terus kena buat kerja. Mujurlah ada pekerja seperti Harris yang sudi membantu.

Harris masih berlagak selamba dan tenang. Dia bangun dari tempatnya sambil menggamit Azah agar mengekorinya kembali ke tempat Azah.

“Duduk,” arahnya, agar Azah duduk di tempat duduknya dan mengendalikan komputer lagi. Harris kini berdiri betul-betul  di tepi Azah. Dekat.

“Pergi desktop,klik icon Export,” arah Harris. Azah ikut saja.

“Klik icon Proforma Invoice,” arah Harris lagi. Azah ikut lagi.

“Mana buku nota? Keluarkan..” arah Harris lagi. Lagi sekali, Azah ikut.

“Ada 2 jenis dokumen untuk insurance coverage before kontena naik kapal. Satu proforma invoices dan satu lagi packing list. Dua2 ni, ada calculation sendiri. Kau catit apa yang aku cakap ni…lepas tu kau buat, aku tengok…” dan mulut Harris terus rancak bercerita.

Azah terus mencatit arahan Harris dan selebihnya, mula membuat seperti yang disuruh oleh Harris. Mujurlah Azah jenis yang cepat faham. Maka tiada masalah bagi Azah untuk cepat mahir dalam membuat kerja. Harris senyum puas hati bila melihat Azah yang cekap membuat kerja.

Satu kesimpulan yang Harris dapat buat, Azah memang berkebolehan orangnya! Harris senyum senang hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:01 PM | Show all posts
Harris merenung isi kandungan SMS yang baru diterimanya. Satu keluhan dilepaskan. Telefon bimbit kembali disimpan ke dalam kocek seluarnya. Otaknya yang sebelum ini kosong, kini terganggu dek pesanan itu.

Sejak dari 5 tahun yang lalu, saat seperti inilah yang ditunggunya. Saat untuk mendapat tahu, berapakah bahagian harta yang akan diterima olehnya.  Selama 5 tahun ini, dia memaksa dirinya untuk menetap di Malaysia hanya semata2 mahu melunaskan kemahuan mama. Jika diikutkan hatinya, mati hidup balik pun, dia tidak pedulikan semua harta bapanya itu.

Tapi, mama terlalu mendesak! Kata mama, papa meletakkan syarat. Jika mahu namanya tersenarai di dalam senarai penerima wasiat, dia perlu bermastautin di Malaysia, sekurang2nya 5 tahun. Demi sayangnya pada mama yang dirasakan terlalu menderita kerana perbuatan papa, Harris turutkan juga. Lagipun, dendamnya pada sikap papa terhadap mama, sebetulnya patut dibalas begini! Harta yang bertimbun itu, perlu diberikan hak kepada mama…

Dan kini, minggu lepas dia menerima kematian papa.  Berita yang langsung tidak mengusik perasaannya walau sekelumit. Jika orang lain menerima berita kematian ayah sendiri, pasti berjurai airmata dikeluarkan. Tapi dia, kaku. Tiada rasa langsung!

Harris menutup skrin komputernya. Jam ditangan dikerling. Sudah hampir Maghrib. Pejabat juga sudah kosong. Dia berkira2 mahu pulang saja. Meskipun bila pulang ke rumah, tidak ada yang hendak dibuat di apartmentnya, tetapi tinggal di pejabat juga agak membosankan.

Harris bangun lalu menutup lampu biliknya.

“Woih…ko pun tak balik lagi ke?” segera Harris menoleh ke bilik sebelah bila dia disapa oleh Azah yang juga baru menutup lampu biliknya. Harris angguk lalu terus berjalan  menuju pintu utama. Harris berlenggang sambil menyeluk kocek seluarnya.

“Apasal kau balik lambat? Kau bukan ada kerja banyak pun….” Sengaja Harris menyoal dengan ayat keras. Azah sengih saja dengan beg yang tergalas dibahunya.  Mereka sudah beriringan keluar.

“Saja. …” balas Azah pendek. Mereka menuju ke tempat letak kereta.

“Kau dok mana?” soal Azah. Harris dilihat sedang menyeluk kocek seluarnya sambil sebelah tangannya lagi melonggarkan tali lehernya.

“Ko nak ikut aku balik umah?” soalan dibalas soalan. Terus Azah terdiam sambil mencebik meluat. Harris terus menuju ke keretanya tanpa menoleh ke arah Azah. Manakala Azah, terpaksa menapak lebih jauh kerana keretanya diparkir agak jauh. Hari makin gelap dan azan sahut2 berkumandang memecah hening langit petang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 22-12-2011 12:06

“So, in order to solve this kind of problem, we have to create picking list first! Stocks must be there at warehouse 1 week in advance and will be followed by picking list for loading purpose,” itu kata2 muktamad dari Pengarah Tertinggi Jabatan Logistiks itu semasa di dalam mesyurat tadi.

Azah yang baru 3 hari masuk kerja, turut diseret ke dalam mesyuarat, meski dia tidak memahami hujung pangkal  tentang mesyuarat itu, dia duduk bersebelahan Harris di dalam mesyuarat. Setiap kali kata putus terhadap mesyuarat itu dibuat, dia memandang Harris.

Wajah Harris diam saja. Langsung tiada riak. Dia tidak banyak  bercakap sepanjang mesyuarat. Apa saja kata putus mesyuarat, dia hanya angguk menerima arahan. Bila diminta, barulah dia mengeluarkan pendapatnya sendiri. Tapi, itu pun dibalas dengan kata2 minima.

Usai 3 jam, mesyuarat berakhir. Azah menjadi orang paling akhir keluar dari bilik mesyuarat. Semua ahli2 tertinggi mesyuarat sudah keluar untuk makan tengahari. Terkocoh2 Azah menghampiri  Harris yang berjalan mendahuluinya.

“Picking list tu apa?” soal Azah sebaik dapat menyaingi langkah Harris. Harris senyum lemah.

“Balik lunch nanti aku bagitahu…” ujar Harris endah tak endah. Azah angguk. Langkah kaki diatur menuju ke meja  Miah, satu2nya kawannya di jabatan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:02 PM | Show all posts
“Picking list ni…..err….” Harris berpeluk tubuh merenung computer Azah. Dia duduk di sebelah Azah di bilik Azah. Dagunya diraup berkali2. Seolah2 dia berfikir dengan dagu pula.

“Apa masalah export ni sebenarnya?” soal Azah.

“Laa…tadi masa meeting tak nak tanya,” gumam Harris sambil memandang Azah.

“Bengong! Takkan aku nak tanya masa tu.  Tak pasal2 meeting bertukar jadi kelas lecture…” ujar Azah. Harris mencebik.

“Entahlah! Aku nak cakap pun susah…” Harris membetulkan duduknya.

“Ha…sekarang ko bukak icon JD3…” arah Harris. Azah yang sudah arif tentang selok belok system itu, pantas saja mengikut arahan.

“Klik JDS500,” arah Harris lagi. Azah ikut.

“Haa…inilah picking list! ..” kata Harris. Mata keduanya sama2 merenung skrin computer.

“Lorr…apa yang susahnya dengan benda ni?” soal Azah sambil meneliti satu persatu bentuk mukabumi dokumen yang diminta oleh pihak pengurusan untuk direalisasikan olehnya.

“Masalahnya…banyak! Tapi, kau cuba buat dulu satu, lepas tu baru kau faham…” kata Harris. Azah angguk. Harris mengambil satu fail hitam dari rak belakang. Segugus dokumen diserah kepada Azah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:03 PM | Show all posts
“Kau try buat untuk KK dulu…buat satu2…by container,” kata Harris lemah. Azah angguk saja. Ligat tangannya menekan butang itu ini di skrin computer. Manakala Harris pula, duduk bersandar sambil berpeluk tubuh memerhatikan Azah membuat kerja. Sekali sekala, dia memberi arahan bila Azah hilang punca.

Harris menarik nafas lemah. Hmmhh..kerja aku pun banyak lagi…ni tambah satu kerja lagi nak mengajar orang…. Harris memejamkan matanya sejenak.

“Weh…kenapa tak boleh allocate stock dalam system?” soal Azah kelam kabut. Harris membuka matanya kembali.

“Haa…ini satu dari masalahnya…” Harris membetulkan duduknya. Dia mengambil tetikus computer dari tangan Azah.

“Ada banyak masalah sebenarnya nak buat picking list ni. Stock tak boleh allocate, order tak release then, bila dah buat picking list, kau tak boleh tukar order lagi. Masalahnya, kadang2, last minit agent mintak tukar stock. Jadi, kalau dah buat picking list, macam mana kita nak tukar stock…” ujar Harris panjang lebar.

“Takkan tak boleh buat reconciliation dalam system?” soal Azah kembali. Harris dan Azah saling berpandangan.

“Boleh memanglah boleh mak cik oi….tapi, kerja-kerja reconciliation dalam system tu, aku jugak yang nak kena buat. Kerja aku pun dah berlambak, lagi nak tambah kerja ni…” rungut Harris. Sebetulnya, dia sudah malas hendak mengambil berat tentang kerja.

Di fikirannya cuma satu. Pembahagian harta perlu dilakukan secepat mungkin. Dan selepas itu dia mahu pulang ke London, menetap bersama mamanya disana. Tiada apa yang menarik untuk terus berada di Malaysia! Satu keluhan dilepaskan, namun cukup didengari oleh Azah.

“Lor….itu sebabnya kau tak nak print picking list ni? Janganlah malas sangat….” Kutuk Azah dengan muka yang kelat. Harris mencebik.

“Kau tak banyak kerja lagi sekarang….bolehlah kau membebel kata aku malas….tunggu jelah bila kau dah berlambak kerja nanti. …” getus Harris perlahan.

“Banyak sangat ke kerja kau?” soal Azah pula. Kerja yang dilakukannya tadi, kini diambil alih oleh Harris pula. Azah pula yang menjadi pemerhati.

“Ntahlah…susah aku nak cakap…” itu pula jawapan Harris. Azah merenung wajah Harris di sebelahnya. Wajah putih kuning  bersih tanpa jerawat. Licin saja mukanya. Kacak!

“Kau mix ke?” soal Azah. Harris memandang Azah di sebelahnya.

“Kau ni, aku bukan suruh kau tengok muka aku. Aku suruh kau tengok cara aku buat kerja ni….aku tahulah aku hensem,” bebel Harris tiba2. Wajahnya tegang saja. Langsung tiada riak berjenaka.

“Aku tanya pun tak boleh….” rungut Azah. Bibirnya mencebik. Meluat pula dengan tingkah Harris.

Harris diam. Helaian dokumen diselak beberapa kali.

“Nah! Kau buat sampai habis…kalau ada masalah, jangan cari aku!” Harris menyerahkan dokumen di tangan. Dia bangun sambil meraup rambutnya lalu keluar dari bilik Azah. Azah melopong, memandang langkah Harris yang keluar dari biliknya.

Ceh!!! Berlagak! Mentang2 dia anak emas bos…mulut macam longkang busuk! Dia ingat aku nak hadap sangat muka dia tu?

Azah memandang skrin komputernya kembali. Helaian dokumen direnung. Nota di tepi mejanya dipandang. Satu persatu kerja itu dibuat dengan hati2. Dia mahu menyiapkan semua kerja2 itu hari itu juga!

Kau tengok sajalah Encik Harris oi…aku akan pastikan bila aku ambil alih kerja ni, takkan ada sebarang masalah lagi dalam kerja ni….Azah bermonolog sendirian di dalam hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2011 12:03 PM | Show all posts
“Kerja baru macam mana?” soal  Yani sebaik Azah melabuhkan punggungnya ke sofa di ruang tamu.

“Okay…bos pun okay..” balas  Azah menghela nafas penat. Dia pulang agak lambat hari ini. Hampir maghrib barulah dia keluar dari pejabat.

“Ada mamat hensem kat office kau?” soal  Yani lagi. Malam itu, tinggal mereka berdua sahaja setelah rakan serumah mereka yang seorang lagi, Shitah pulang bercuti ke kampong selama seminggu untuk menghabiskan cuti tahunannya yang masih banyak bakinya. Rumah itu disewa oleh mereka bertiga sejak 3 tahun lepas.

“Mamat hensem?” otak Azah mula mengingati satu persatu lelaki-lelaki di syarikatnya, atau lebih tepat lagi, lelaki-lelaki di jabatannya. Di dalam syarikatnya itu, jabatannya yang mempunyai  paling ramai pekerja lelaki.

“Entahlah! Aku tak reti nak tengok yang mana satu hensem, yang mana satu tak…semua sama je bagi aku…” kata Azah lagi. Yani mencebik bibir. Mata budak Azah ni nak kena operate, biar lebih terang sikit. Dalam rumah ni, dia sorang saja yang masih belum ada teman lelaki. Sedangkan umurnya sudah menjangkau 26 tahun.

Berbuih mulut cuba dipadankan dengan beberapa kawan-kawan lelakinya yang lain, namun Azah dingin. Sikapnya langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk serius dengan sebarang hubungan. Nak kata pernah putus cinta, tak juga! Setahu Yani sejak mereka di university, Azah memang serius belajar. No man, No playing around!

Ada juga beberapa lelaki yang menghantar surat cinta kepada Azah, namun surat cinta dengan bahasa sastera yang boleh memenangi anugerah sayembara itu, semuanya menjadi bahan bacaan kelakar bagi Azah. Dia membaca surat-surat cinta tersebut tak ubah bagai membaca komik Doremon saja.

“Takkan takde satu pun yang hensem? Paling tak pun, yang muka ala-ala Amitabh Bachan ke??” soal Yani tak puas hati lagi. Azah diam sambil menghala pandangan mata kea rah TV.

“Eh! Ada…ada!!....” bersinar mata Azah sebaik Yani menyebut nama pelakon tersohor dari Inida itu. Yani mengesot merapati Azah. Mula berminat.

“Siapa?Siapa? Cerita kat aku…cerita…!” Yani semakin galak.

“Ada…nama dia Babu…asal Bangladesh…kerja kat warehouse aku tu….bawak forklift….” balas Azah. Muka si ‘Babu’ yang selalu memandu forklift ke hulu ke hilir hatta satu kotak barang pun berlegar di depan mata Azah.

“Mangkuk!” Yani membaling bantal kecil empat segi ke muka Azah. Gurau kasar!!! Azah ketawa gelihati melihat muka merah padam Yani.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 12:45 PM | Show all posts
i like diz story laaaaa.....
will follow this thread smp abis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 01:05 PM | Show all posts
sambung lagi fiz menarik betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 01:43 PM | Show all posts
syabas fiz.... syabas....
nak lagi... dan lagi... dan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 01:58 PM | Show all posts
sukanyaaaa..fizzi ader citer baru....
teruskan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 09:30 AM | Show all posts
Azah memandang bungkusan pisang goreng yang baru saja diletakkan di mejanya. Pantas dia mendongak. Abang Halim tersenyum.

“Makanlah….asyik kehulu kehilir buat kerja…” pelawa Halim. Azah menyelongkar bungkusan itu.

“Eh…banyak ni bang…untuk siapa ni? Siapa bagi ni? ” soal Azah. Takkan untuk aku sorang je kot…

“Laa…makan ajelah. Abang belanja…” tukas Halim.

“Tapi, banyak sangat ni…” gerutu Azah. Serba salah pula dia. Sejak dia bekerja di situ, dia dapat merasakan beberapa lelaki di pejabat itu cuba untuk berbuat baik padanya. Rezekinya sentiasa murah. Ada saja orang yang hendak membelanjanya makan.

“Haa…kalau banyak sangat, syerlah dengan orang lain…makan tau!” Halim meninggalkan bilik Azah. Terkulat2 Azah ditinggalkan. Bungkusan goreng pisang ditangan dipandang. Lantas dia bangun lalu keluar menuju ruang luar yang menempatkan lebih ramai pekerja.

“Goreng pisang! Goreng pisang!” laungnya kuat. Tak ubah bagai mak cik menjual goreng pisang di pasar tani.

“Nak! Nak!” jerit beberapa pekerja lain. Azah senyum. Sekeping pisang goreng diambil lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Sapa nak, ambil kat meja tengah ni ya…aku letak sini…” Azah terus berlalu. Tatkala melintasi bilik Harris, Azah sempat menjengah.

“Eh..makan!” pelawa Azah sambil menunjukkan pisang goreng di tangannya. Mulutnya masih penuh dengan kunyahan yang belum habis. Harris menoleh sekilas lalu. Dia angguk dingin. Azah mencebik, kemudian berlalu ke biliknya semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 09:32 AM | Show all posts
Harris menutup telefon bimbitnya dengan satu keluhan. Lemah jiwa aku….bibirnya diketap. Semakin saat yang ditunggu kian hampir, kian tidak sabar2 hatinya.  Mengapa hendak membaca wasiat pun perlu menunggu sebulan lagi? Mengapa perlu ditunggu hingga 40 hari selepas hari kematian baru hendak dibacakan wasiat?

Hmmhh! Menyusahkan! Harris menolak daun pintu pejabat. Tekaknya terasa haus pula.

“Hoih! Nak kemana?” sapa Din yang tiba2 terserempak dengannya di tengah jalan.

“Kantin…” balas Harris pendek. Din tidak jadi mengatur langkah pulang ke pejabat, sebaliknya mengekori langkah Harris.

“Haa..elok sangatlah tu. Aku pun nak menyedut oksigen jap….” bahu Harris dipaut. Mereka berdua beriringan menuju ke kantin.

“Eh..kau tau tak, si Azah tu sebenarnya tipu kita…” kata Din sungguh2.

“Tipu apebende?” soal Harris dingin.

“Isk..kau ni. Hari tu kan waktu aku tanya dia dah kahwin ke belum, dia kata dia dah kahwin….sebenarnya dia tak kahwin lagi! Anak dara lagi tu…” ujar Din sungguh2. Mukanya melebar senyum. Dia baru saja tahu status Azah setelah sempat bergossip dengan pegawai dari jabatan sumber manusia yang merupakan salah seorang rakannya semasa di kantin petang semalam.

“Ada aku kisah?” Harris menjuih bibir.

Pukk!!! Bahu Harris ditepuk kuat dari belakang oleh Din.

“Ada aku kisah…ada aku kisah…! Pasal ko tak kisah ni la, sampai sekarang tak berbini lagi!” marah Din. Simpati pada kawannya yang dikenali hampir 5 tahun yang masih belum mempunyai hubungan serius dengan mana2 perempuan.

“Takde bini pun tak apa…” selamba jawapan Harris.

“Hehh…mana boleh tak apa! Kau belum kahwin…kau belum rasa nikmatnya berbini kau tau! Kalau kau dah rasa nikmat berbini tu…aku gerenti…rasa macam tak cukup satu!!!” Din ketawa miang keladi. Harris mendengus.

“Gatal birah….itu yang ko dok mengayat budak Azah tu? Nak buat stock nombor 2?” bidas Harris. Kantin sudah dihampiri. Lantas langkah mereka terus diatur menuju ke kaunter. 2 orang gadis Indonesia yang comel berkulit sawo matang dari jauh lagi sudah tersenyum manis kepada mereka berdua.

“Haa…ini yang aku tak boleh tahan ni…” senyuman Din kian lebar. Harris buat muka cuak.

“Minum apa bang….” Amboi……lembutnya….Din tersengih sambil mengerling ke arah Harris. Harris masih bermuka selamba.

“Haa..abang nak kopi panas satu…pekat…likat…manis….sikit ye….” Pesan Din dengan suara yang galak. Tersipu2 wajah gadis Indonesia itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 09:32 AM | Show all posts
“Iya….abang yang ini, minumnya apa?” soal gadis itu ramah pula.

“Err…teh ais limau…” pesan Harris lalu berlalu ke kaunter bayaran. Din sempat beramah mesra dengan gadis tadi. Barangkali mengusik gadis yang sedang membancuh air. Harris tak peduli. Buatlah apa saja Din oi….asalkan tak ada kaitan dengan aku….

Din duduk berhadapan dengan Harris menanti minuman mereka dihantar ke meja. Rokok terus dinyalakan lalu Din menyedut rakus. Asap yang berkepul-kepul dihembus ke udara.

“Kenapa kau tak nak try Azah?” soal Din sambil menghembus asap rokok ke tepi, menjauhi wajah Harris yang memang tidak gemar merokok. Tak macam orang bujang lain….pantang dipelawa rokok, pasti ambil saja.

“Kau nak makan kasut aku?” soal Harris. Pelik dia…kenapalah si Din ni beria2 benar menyakatnya…

“Kalau kau tak nak..aku ambik. ..” Din menjuihkan bibirnya. Harris masih berwajah selamba.

“Hoihh!!!!” tak semena2, Azah yang datang entah dari mana, menyergah mereka berdua lalu duduk di sebelah Din.

“Belanja abang Din!” tercungap2 nafas Azah. Dia meletakkan buku2 dan fail dimeja. Harris dan Din memandang Azah terpinga-pinga. Makin lama mengenali gadis ini, makin meleset jangkaan mereka. Dari segi luaran, gadis itu memang cantik molek, ayu,  bergaya,  tetapi terselit juga kekasaran di sebalik keayuan gadis itu. Bahkan, kadang-kadang naik keliru juga mereka dengan sikap Azah yang agak kasar jika hendak dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain di syarikat itu.

“Dari mana kau ni? Macam baru lepas marathon je…” soal Din memandang Azah di sebelahnya. Azah sengih sambil membetulkan rambutnya yang berjuntai di dahi.

“Marathon apa…baru balik training kat pejabat depan,” balas Azah. Sejurus itu, gadis Indonesia si pembancuh air datang menghidangkan air yang dipesan tadi. Ucapan terima kasih disertai dengan senyuman dari bibir Din buat gadis itu yang terus berlalu.

Azah memandang air teh ais limau yang diteguk oleh Harris. Gulp!

“Panas2 macam ni, minum ice lemon tea sedap gak yek….nak order jugakla…” Azah bingkas bangun lalu menuju ke kaunter. Din menoleh, memerhati gerak jalan Azah. Gadis itu berkemeja putih dengan seluar hitam. Gaya jalan dengan kasut tumit tinggi 3 inci menambahkan keanggunan gadis itu. Din kemudian berpaling kea rah Harris.

“Macammanalah….budak ni boleh terlepas ke department kita. Dressing macam ni, sesuai jadi penyambut tetamu kat pejabat depan…bukan buat kerja gudang macam kita….,” rungut Din. Harris jungkit bahu. Tidak mahu masuk campur.

“Rashid tu dah berkenan kat budak tu masa interview kot….” sampuk Harris pula. Din tersengih. Terbayang muka Encik Rashid, si pengurus besar mereka.

“Mungkin kot…” ujar Din.

“Apa yang mungkin….” Azah sudah datang dengan teh ais limaunya. Din dan Harris terdiam, memerhati Azah yang rakus minum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 09:34 AM | Show all posts
Deringan telefon yang  bingit cepat-cepat diangkat lalu dilekap ke telinganya.

“Apa?” soalnya kasar. Jarang benar adiknya yang nombor tiga ini menghubunginya. Kecuali jika ada sebarang kesusahan. Kali ini apa pula yang dia nak…gumam hati Azah.

“Adoi Kak Ngah ni, macam KL gangster angkat telefon. Dengan adik sendiri pun nak garang-garang…” terdengar ketawa kecil di hujung talian.

“Ye Aina…kau nak apa?” soal Azah cuak. Kali ini nadanya agak lembut. Tugasnya agak banyak hari ini memandangkan ada 2 kontena akan berlepas ke Tawau esok.

“Kak Ngah dah lupa ke?” soal Nuraina lagi.  Pantas Azah diam sejenak, cuba mengingati jadualnya. Alamak! Tangannya pantas memegang dahinya.

“Kau dah sampai ke?” soal Azah. Noraina sepatutnya tiba malam nanti jam 9.00 malam di Hentian Duta bagi menghadiri kursus pramugari MAS di Kelana Jaya. Bulan lepas, Azah juga yang menemani Aina untuk menghadiri temuduga.

Terkumat-kamit mulutnya memohon doa kepada Tuhan agar cita-citanya yang satu itu tercapai. Kata Aina , hanya kerjaya Pramugari yang layak untuknya memandangkan dialah gadis paling cantik di dalam kelasnya dahulu. Uwekkk…nak termuntah Azah saat itu sewaktu mendengar kata-kata Aina.

“Baru nak naik bas. Kak Ngah jangan lupa pulak…Aina tak nak tunggu lama-lama kat stesen bas tu. Nanti kena ngurat pulak…” bebel Aina dari dalam telefon.

“Yelah!Yelah! Nanti Kak Ngah ambik kau…jangan pergi mana-mana! Tunggu tempat biasa,” pesan Azah sebelum mematikan talian. Sebaik talian diputuskan, Azah kelam kabut membuat kerja. Hendak tak hendak, dia perlu membereskan segalanya hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 09:36 AM | Show all posts
Encik Rashid memandang Azah sambil tersenyum. Azah membalas senyuman itu kelat. Baru saja hendak menyudahkan kerja, tiba-tiba Encik Rashid memanggilnya pula.

“Azah…saya nak you buat satu report. KPI report…you tahu apa itu KPI report?” soal Encik Rashid.

“Errr..tahu! Tahu!” cepat Azah mengangguk. Kalau dia menjawab tak tahu, pasti dia akan tersangkut di bilik bos nya ini dua tiga jam lagi!

“Well…kalau macam tu, saya nak you buat KPI report  dari Januari tahun ini sampai sekarang. Semua data untuk report tu nanti you boleh tanya Harris kat mana nak dapat. Contoh report tu yang tahun lepas pun, ada pada Harris. Saya nak you tanya dia, macammana nak buat report tu. Boleh?” soal Encik Rashid tersenyum lagi.

“Boleh encik,” angguk Azah. Dalam fikirannya cuba menggambarkan bagaimanalah rupa report yang perlu dibuatnya itu.

“So, bila boleh siap?” soal Encik Rashid lagi sambil tersenyum.

“Encik Rashid nak bila?” soalan dibalas soalan. Encik Rashid ketawa kecil memandang pekerja perempuan tinggi lampai  yang sedang berdiri di hadapannya.

“Paling lewat hari khamis depan. Boleh?” soal Encik Rashid. Azah diam, mula mengira hari. Hari ini saja sudah hari Khamis. Bermakna dia ada seminggu untuk membuat laporan penuh itu. Takpelah, apa-apa pun, nanti aku tanya Harris. Daripada bertanya Encik Rashid yang syarahannya boleh mencecah 3 jam untuk satu topic, baik aku berurusan saja dengan mamat beku tu.

“Boleh encik” angguk Azah lagi. Dia mahu segera beredar dari bilik itu.

“Good! Apa-apa hal, you tanya Harris. Kalau dia tak nak bantu, you cakap dengan saya ye Azah” pesan Encik Rashid lagi.

“I will…” cepat-cepat Azah tunduk hormat lalu bergegas meninggalkan bilik bosnya itu. Lama tunggu di situ, lain pulak ceritanya nanti. Silap-silap diajaknya aku berborak pula. Azah menapak laju menuju ke bilik Harris.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2011 09:37 AM | Show all posts
“Encik Rashid suruh aku buat report KPI. Dia suruh aku tanya kau pasal detail…” kata Azah. Mukanya berkerut seribu. Memandangkan bilik Harris tidak ada kerusi tambahan, maka Azah duduk saja di timbunan fail2 yang menyemak di pintu bilik Harris.

“Report apa?” soal Harris kurang jelas.

“KPI report…dari awal tahun, sampai sekarang..” kata Azah gelabah. Harris ternganga. Dia merenung calendar di depannya. Sudah bulan November. Patutlah si Rashid tu gelabah nak buat report. Rupanya dah nak closing year….

“Time2 macam ni baru nak buat…..” keluh Harris sambil menarik nafas lemah.

“Ada tak report tu? Encik Rashid kata dia nak by next week Thursday…” soal Azah. Harris tarik nafas geram sekali lagi.

“Hii..dahlah last minute mintak, lepas tu siap bagi deadline pulak…..menyusahkan aku betul…” rungut Harris. Harris tercari2 beberapa folder di skrin komputernya. Azah merenung Harris. Kadangkala rasa kasihannya menggunung terhadap Harris.

Di pejabat itu, boleh dikatakan, semua kerja dilambakkan ke bahu Harris. Semuanya, dari edaran gudang, pengurusan gudang hingga ke pengurusan inventori, semuanya berada di bawah penyeliaan Harris. Kata pekerja2 lain, jika tak ada Harris, jabatan itu boleh terlangkup.

“Sebelum ni, takkan tak pernah ada report tu?” soal Azah curiga. Syarikat ni bukan main besar, takkan tak ada satu system yang menyelia semua laporan2 itu?

“Ada…tapi berterabur…..sebab sebelum ni, tak pernah ada orang compile. Ni mesti sebab vice president dah marah, baru si Rashid tu kelam kabut nak compile…” rungut Harris. Azah diam lagi. Harris lebih kenal pengurus mereka berbanding dirinya.

“Habis tu, macammana?” soal Azah. Tangan Harris berhenti dari menggerakkan tetikus. Harris memandang Azah di depannya yang duduk mencangkung di atas timbunan fail.

“Nantilah. Bagi aku habis kerja ni dulu….petang2 sikit dalam pukul 5, aku bagitau kau..” kata Harris dengan wajah kelat.

“Pukul 5 kan dah nak balik!” jerit Azah kecil.

“Kalau kau nak balik, kau baliklah….” selamba jawapan Harris.

“Lahh…kalau macam tu, bila kau nak ajar aku buat report tu? Lambat2 , nanti tak sempat siap pulak! ” soal Azah pula. Hari ni dah hari Khamis, esok pula JUmaat. Lusa sabtu dan mereka bekerja setengah hari. Rupa laporan itu mesti dilihatnya dahulu supaya dia boleh mengagak masa yang diperlukan untuk menyudahkan semua laporan itu.

“Sendiri mau ingatlah…” keluh Harris. Dia kembali memandang skrin komputer. Azah menunjukkan riak wajah kecewa.

“Okeylah! Okeylah! Aku tunggu…tapi sampai pukul berapa?” soal Azah sambil mendengus.

“Ntah….suka hati akulah…” balas Harris.

Mata Azah hampir terjojol mendengar jawapan Harris. Cepat2 dia bangun sambil bercekak pinggang.

“By hook or by crook, pukul 8, aku nak balik!” ujar Azah tegas. Hampir 2 bulan bekerja di bawah bimbingan Harris, dia kenal benar dengan perangai Harris. Tegas. Tak ada hati. Keras kepala. Tapi…satu perkara tentang  Harris yang buat dia kagum….lelaki itu, memang cool…..bukan sejuk! Tapi, tenang…..

“Suka hati bapak kau..” selamba jawapan Harris yang tak pernah berlembut dengan perempuan. Azah terkedu mendengar ayat Harris. Darahnya naik turun.

“Meluat!!!” Azah mendengus keras lalu terus meninggalkan bilik Harris. Harris buat tak endah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 09:37 AM | Show all posts
“Nah…..tengok ni….semua report-report ni aku dah pindahkan dalam folder ni….so lepas ni, kau drill lah report2 ni tiap2 hari sampai siap…” Harris tersenyum mengejek. Kata by hook by crook nak balik pukul 8, sekarang dah pukul 8.30 malam dah….Azah dan dia masih terpaku di depan komputer di bilik Azah.

“Mak aiii….mampus aku camni. ..” rungut Azah sebaik melihat 40 fail Excel di komputernya. Aku ingat laporan dua tiga mukasurat saja…. Azah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Harris tersenyum melihat gelagat Azah.

“Template dah ada. Kau cuma kena dapatkan data untuk bulan ni jela. Tapi, data bulan-bulan lepas, kau kena check jugak, takut salah. Nanti, Finance present lain kita present lain pulak. ..” kata Harris sambil menunjukkan satu persatu contoh laporan kepada Azah.

“Masak aku macam ni!” Azah menggelengkan kepalanya. Harris senyum lucu. Baru dia tahu….selama ni , bersengkang mata aku buat. Mujurlah kali ini, entah apa angin si Rashid tu dia suruh budak baru ni pulak yang buat. Baguslah…kurang sikit kerja aku! Bisik hati Harris.

“So, semua dah ada ni? Aku nak susun macam mana?” soal Azah. Matanya melingas merenung 40 laporan  yang harus ditelitinya satu persatu bermula esok.

“Kau ikut macam KPI tahun lepas. Contoh pun ada. Tengok sendirilah..takkan itupun aku nak ajar…” bebel Harris. Sakit hati Azah mendengar bidasan dari Harris.

“Yelah…Yelah….” rungut Azah.Cuak. Azah sudah mengemaskini fail-failnya. Jam di tangan dipandang.

“Eh! Dah 8.30???” terkejut beruk Azah memandang jam tangannya. Harris mencebik, lalu bangun menyimpan kerusi yang digunakan tadi . Kerusi diletakkan semula ke tempat asal.

“Ini, kaulah ni….mengajar lembab macam siput…aku ada hal penting ni tau tak…” tanpa mempedulikan Harris yang sudah berlalu dari biliknya, Azah selamba mengutuk lelaki itu. Langkah Harris segera mati.

“Apa kau kutuk aku? Lembab?” Harris berpusing ke belakang, memandang Azah yang terkocoh2 mematikan komputernya. Begnya sudah disandang ke bahu. Tak ubah macam budak sekolah bila dia memakai beg silang itu.

“Ahh…esoklah kita cerita. Aku dah lambat nih….” bahu Harris yang menghalang laluannya di pintu biliknya ditolak kasar. Pantas Azah berlari2 anak.  Pasti Aina sudah sampai sekarang dan dia tidak mahu Aina menunggu lama.

Harris menjerut bibir. Geram. Lembab??? 5 tahun bekerja kat sini, tak pernah lagi aku dengar staff kutuk aku macam ni! Langkahnya diatur juga untuk pulang. Tali lehernya dilonggarkan. Lemas!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 09:38 AM | Show all posts
cukupla kot utk hari ni.....

malas betul nak menaip.....huh!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:58 AM | Show all posts
sikit lagilah fizziany
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.157176 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list