CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9670|Reply: 62

Pelakon muda kantoi menipu

[Copy link]
Post time 22-12-2011 04:30 PM | Show all posts |Read mode
  

aku rasa nur fathia...bukan ada gosip pasal dia yang bf naik kete mewah gi lokasi shooting dia tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 04:33 PM | Show all posts
gigih upload

Dengarnya...: Pelakon muda ‘kantoi’ menipu
Oleh Normah Becok

2011/12/22

NAK kata kurang cerdik, pelakon ini belajar sampai ke peringkat universiti. Nak kata bijak, perbuatannya itu tampak bodoh pula.

Al-kisahnya si pelakon muda ini ‘menghilang’ ketika penggambaran sebuah drama. Selepas pengarah dan krew lama menunggu, jangankan batang hidung, pelakon ini tidak pula berusaha nak hubungi produksi.
Cubaan menghubungi telefon bimbitnya pula tak berhasil, memanjang ditutup.
Lantas jalan terakhir mereka hubungi ibunya yang kemudian memaklumkan anak gadisnya kurang sihat dan perlu rehat beberapa hari. Maka pihak produksi yang prihatin pun memberi pelepasan. Iyalah, orang sakit takkan nak paksa bekerja.
Kenalah prihatin selain perlu menjaga kebajikan semua yang terbabit dalam produksi ini.

Dipendekkan cerita selepas beberapa hari, pelakon ini kembali ke lokasi penggambaran. Cuma agak pelik sebab dia sibuk mengagihkan cenderamata kepada rakan artis lain yang menjayakan drama sama. Ole-ole itu dari luar negara malah barangkali terlepas cakap atau memang dia menghidap amnesia atau pelupa, tanpa rasa bersalah mengaku baru pulang dari luar negara.

Eh, tersedak jugalah rakan sekeliling. Bukankah beberapa hari lalu ibunya mengatakan dia sakit? Kenapa boleh sampai ke negara dot dot dot? Mungkin dia bersama teman istimewanya itu ke luar negara untuk sembuh. Sambil itu bolehlah membeli belah itu. Daripada rakan terdekat, dimaklumkan pemergiannya turut ditemani kekasih hati. Amboi, patutlah cepat sembuh sebab si dia ada bersama di tempat yang nyaman.
Sumber yang ‘terkena’ sama tu bercerita lagi, selepas ini jangan harap mereka mahu percaya dengan butiran yang keluar dari bibir seksinya tu. Kata mereka kalau sudah rasa berlakon sekadar suka-suka untuk popular, lupakanlah saja sebab di luar sana ramai lagi aktres berdisiplin. Tak pun lepas ni buka produksi sendiri, jadi boleh suka hati mahu datang atau tidak.

Khabarnya, pelakon muda ini juga sudah berlagak semacam, lebih-lebih lagi kalau teman lelakinya datang dengan kereta mewah yang nilainya hampir RM1 juta. Nak menunjuklah tu!

Apapun, Cik Normah rasa lucu mendengar cerita lawak ini sampai terbayang muka pelakon muda itu tanpa rasa bersalah kepada krew dengan mengagihkan ole-ole. Mungkin dia rasa kalau tak bawa balik buah tangan dan edarkan kepada rakan nanti orang tak tahu pula dia ke luar negara. Apa-apalah cik adik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 04:34 PM | Show all posts
dah nama pon pelakon, memang laa pandai berlakon....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 04:56 PM | Show all posts
kuangkuangkuang...mak pun sama menipu ;p
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:00 PM | Show all posts
la teruknyer perangai... xyah la berlakon... sbb dah dpt pakwe kaya... susah2 je berlakon.. pastu menyusahkan org lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:09 PM | Show all posts
itule peeel pelakon skrg. menyundel sajokk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 05:22 PM | Show all posts
BKN JUE AZIZ KER?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:22 PM | Show all posts
Dah dapat ole2 dari luar negara pon masih lagi kena umpat ngan kru2 tu
Lenkali x payah lah susah2 beli hadiah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 05:27 PM | Show all posts
BKN JUE AZIZ KER?
Leeen82 Post at 22-12-2011 17:22



   sheols muda lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:31 PM | Show all posts
Reply 2# maxim


   nasib baik hang tolong tepekkan dlm huruf yg bsr.......... kalau tdk kena buntangkan biji mata ni ha membaca......
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:33 PM | Show all posts
Kontroversi sungguh..baru lagik jd pelakon tp dah mcm2 alkisahnyer
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:35 PM | Show all posts
la teruknyer perangai... xyah la berlakon... sbb dah dpt pakwe kaya... susah2 je berlakon.. pastu me ...
mmeza_r Post at 22-12-2011 17:00



tulah...ajk pakwe dia tu kahwin...tgk nak ke x? lps ni duk umh ler kalau dh kahwin...sbb laki yer kayo....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 06:05 PM | Show all posts
sapa pak we dia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 06:10 PM | Show all posts
lebih nak tahu sapa kah bf dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 06:27 PM | Show all posts
sapo la tuh..
kalo betul si fathia tu, lepas kawen ngan org kaya, duk umah dah diam2.
tk yah berlakon lg...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 06:41 PM | Show all posts
yer ke fathia?
tak tau plak dia dah ada bf..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 06:58 PM | Show all posts
tp mcm berat ke fathia jerr....lenkali x yah beli ole2 kt krew produksi tuh

kan dah kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 07:18 PM | Show all posts
sapa bf sheols itu?.. best jerk jd retis walau rupa x seberapa ttp hartwn mau sondol
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 07:57 PM | Show all posts
apa nak hairan .... pelakon perempuan samalah dengan orang perempuan ... zaman sekarang ini menipu dan curang itu memang rutin hidup bagi orang perempuan ... kita yang lelaki ni kena hati-hatilah sebab hampir 9 :10 perempuan sekarang ialah penipu dan hidup berpura-pura macam dia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 08:07 PM | Show all posts
sapa bf sheols itu?.. best jerk jd retis walau rupa x seberapa ttp hartwn mau sondol
batman_2007 Post at 22-12-2011 19:18


fathia rupa tak seberapa ke? bagi aku dia la terbaek...body & rupa..

tapi dia pun memang belajar universiti jurusan law kan..gini rupanya pe'el dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.159931 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list