CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10494|Reply: 85

Eizlan Yusoff pon dpt DATUK jgak? Sumbangan beliau??

[Copy link]
Post time 26-12-2011 05:48 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by privet at 26-12-2011 06:23

Gelaran datuk henti tohmahan
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM dan MAHATHIR ALI

raikan hari besar mereka setelah menerima gelaran di Istana Pahang, Khamis lalu.


SEMENJAK awal 2010, apabila pengacara dan pelakon AC Mizal menggunakan gelaran datuk pada pangkal namanya dalam urusan seni dan kerjaya bisnes, banyak yang skeptikal terhadap dirinya.

Malah, tidak kurang juga yang melahirkan rasa curiga, apakah benar artis yang terkenal pada zaman keunggulan kumpulan 4U2C itu telah menerima sebarang pingat penganugerahan?

Ramai yang membuat spekulasi kurang menarik mengenai berita itu. Ada yang berpendapat ia tidak lebih sekadar satu gimik.

Ironinya, jika tidak benar, apakah AC, seorang artis yang dikenali ramai dan popular dalam industri hiburan sanggup mengusung gelaran itu dalam setiap aktiviti seninya?

Dan, cakap-cakap 'kurang indah' itu akhirnya terhenti apabila Khamis, 22 Disember 2011, suami kepada pelakon Emylia Rosnaida itu mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Ini sekali gus membuktikan sememangnya anak seni yang hadir dengan penuh kreatif ini layak dan berada dalam senarai orang kehormat itu.

AC menerima anugerah itu dalam satu majlis yang diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, bersama-sama dengan dua lagi anak seni, Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Fazli Yaakob serta 137 penerima pingat lain yang membawa gelaran datuk.

"Apa lagi yang boleh saya katakan, selain bersyukur kepada Allah. Akhirnya majlis penganugerahan ini menjawab segala-galanya. Saya berharap agar segala cakap-cakap buruk tentang penganugerahan terhadap pingat bergelar datuk terhadap diri saya tidak lagi kedengaran selepas ini," kata pengacara Maharaja Lawak Mega itu.

Menurut AC, dia telah menerima surat penganugerahan pingat berkenaan daripada pihak istana semenjak awal 2010 lagi. Selepas itu, apabila ada pihak bertanyakan kesahihan apakah dia telah menerima gelaran kehormat negeri tersebut, AC tidak sesekali berbohong dan memilih menyatakan kebenaran.

Bagaimanapun untuk urusan acara istiadat pengkalungan pingat, dia perlu menanti lebih setahun kerana mengikut giliran yang sepatutnya.

"Ia adalah proses biasa. Tetapi banyak yang kurang faham. Bagaimanapun, siapalah saya untuk menutup mulut orang ramai daripada berkata-kata. Katalah apa saja, asalkan saya tahu dimana kebenarannya.

"Bila pihak Istana memilih kita untuk dikurniakan pangkat dan gelaran, itu adalah rezeki dan penghormatan yang besar daripada pihak Istana sendiri.

"Pada saya ini adalah anugerah dan wajar disyukuri dan diterima dengan penuh rasa hormat. Bukan membangga diri, tetapi ini adalah satu penganugerahan yang memberikan lebih semangat untuk kita terus berbakti kepada masyarakat," katanya.

Menurut AC, sepanjang menjadi anak seni, dia sudah lali berhadapan dengan segala tohmahan dan kejian masyarakat yang tidak senang dengan dirinya. Bagaimanapun AC sedar, tidak semua melihat dirinya dari sudut pandangan negatif. sebaliknya masih ada yang positif dan mendoakan kejayaannya dari sehari ke sehari.

"Satu persatu, cerita yang tidak baik tentang diri saya disebarkan tapi saya tetap bersabar kerana itu semua dugaan untuk berjaya. Memang rasa tertekan tapi bila saya dihujani dengan pelbagai masalah, saya akan redakan sakit kepala dengan melayari laman sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak misalnya.

"Saya akan memujuk hati dengan berkata, kalau PM pun orang mengata, tapi dia masih lagi terus memimpin negara. Apalah sangat dengan saya.

"Jadi bila mengenangkan situasi Perdana Menteri yang terus teguh itulah, saya pun tidak akan mudah mengalah dengan segala cemuhan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 07:41 AM | Show all posts
kita harap lebih ramai artis akan dapat pengiktirafan dari istana pahang.

jasa artis wajar dikenang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:06 AM | Show all posts
so sblm ni kau mendambakn gelaran tu la yek? paksa sultan suruh bg....

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:07 AM | Show all posts
skrg ni org xpandang sngat la datuk-datuk ni, trlalu mudah dpt title ni, da xde value sbb da bnyk amat yg bglar datuk tapi sumbangan nta hapeh2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 08:56 AM | Show all posts
ape sgt la sumbangan dorang ni smpai dpt gelaran dato..eizlan yusof tu ape sumbangan dia??famous sgt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 09:29 AM | Show all posts
sumbangan dia ialah sebagai kayu kayan kat drama2 dan filem2 dier sblm ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2011 09:36 AM | Show all posts
kita mungkin tercari2 jawapan apakah sumbangan beliau.

tapi jawapan tak perlu dicari sebaik kita tahu ia anugerah sultan pahang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 09:36 AM | Show all posts
sumbangan dia pada sukan badminton negara..... masa dia berlakun jadi SULAIMAN ... kkekekekekekeke puteri ingat lagi cite tu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 09:39 AM | Show all posts
sumbangan beliaw, bak kata anaktoyol, berjuta2 sperma pada bininya. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 09:42 AM | Show all posts
ape sumbangan die ek??
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 09:54 AM | Show all posts
Hahaha ..Tak habis lagi pasal isu datukship ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:09 AM | Show all posts
kita mungkin tercari2 jawapan apakah sumbangan beliau.

tapi jawapan tak perlu dicari sebaik kita   tahu ia anugerah sultan pahang.
PEPPERMAN Post at 26-12-2011 09:36



    THIS!
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:09 AM | Show all posts
eizlan bersama minik nye yg cantek kecewa bl org dok pertikai pasal gelaran datuk tuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:22 AM | Show all posts
Dato beli?

Ala kalo dr pahang iols nan hado nak heran
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:34 AM | Show all posts
pada aku sumbangan beliau ialah menjadi penyanyi yg sangat sumbang dalam kumpulan Impression.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:41 AM | Show all posts
Reply 14# hantu_poyos

satu jek soklan mek nak uols jawab...


UOLLLSSSSSSSSSSSSS MAMPO??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 10:42 AM | Show all posts
Lps ni berduyon2 la masyarakat mencoba nasib jadik aretis, mana tau kot2 dpt tempias gelaran datuk walopun x de menabur apa2 jasa pung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:42 AM | Show all posts
sumbangan dia pada sukan badminton negara..... masa dia berlakun jadi SULAIMAN ... kkekekekekekeke p ...
puterikhaleeda Post at 26-12-2011 09:36


yes...drama spektra tv1 jam 7pm...lawak kalau diingat balik kan puteri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:48 AM | Show all posts
Berapa puluh ribu diorg bayar utk dapat 'DATUK' ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:56 AM | Show all posts
sumbangan dia pada sukan badminton negara..... masa dia berlakun jadi SULAIMAN ... kkekekekekekeke p ...
puterikhaleeda Post at 26-12-2011 09:36


Jaguh2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.072088 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list