CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: topcat

Kevin Zahri sambut krismas? UPDATED: Jawapan dr Kevin Pg.4

  [Copy link]
Post time 27-12-2011 05:49 PM | Show all posts
Kevin ni mmg originally Muslim..  one of his parent tu yg org putih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 05:54 PM | Show all posts
ini aku nak share dgn korang yg agak extreme dengan perayaan kat M'sia ni.

masa aku baru kahwin,  ...
cmf_blingblings Post at 27-12-2011 16:31



    betui...masa krismas hari tu hubby aku call parents dia..terkenang dia masa dulu2 adik beradik semua dpt berkumpul sekrg takde lagi..depa post gambar kemeriahan berkumpul adik beradik kat fb..kita tak balik raya pertama kat rumah mak pak sendiri pun, laki bini berperang tak sudah..sepanjang 14 tahun hy sekali dia balik kg menyambut krismas dgn adik beradik masa awal2 dulu..lepas tu takde dah sbb balik tiap2 tahun bukan waktu krismas...apa perasaan dia adakalanya tak berjumpa adik beradik dah dekat 10 thn pun ada. sbb depa balik masa krismas je setahun sekali..adik beradik air dicincang pun takkan putus cuma kepercayaan saja berbeza...bayangkan klu kita beraya di oversea tak menyambut hari raya makan ketupat rendang..nostalgia jugakkan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:10 PM | Show all posts
aku tengok krismas skrg lebih kepada celebrate bagi hadiah, makan-makan dan jumpa kawan lama & saudara ja. orang putih skrg dah tak ke gereja pun celebrate krismas. takat beli hadiah bagi kat anak-beranak saja. makan-makan tu pun jarang ada turkey dah sebab mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:21 PM | Show all posts
1 malaysia maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:46 PM | Show all posts
tadak pic pun.ke dah remove?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 07:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by ahkaksenghau at 27-12-2011 13:28
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama


"Muzakarah  ...
puankhairil Post at 27-12-2011 07:18



Main Moneydrop Astro Ria...haram tak youols??????



{:4_231:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2011 08:01 PM | Show all posts
alah uols neh.....setakat letak pokok krismas jah ponnnn...
terus nak meroyan bagai...kohser nyah.. ...
ahkak.sangap Post at 27-12-2011 07:09


Tul tu Pah, ..Casino Genting hari2 menyala2 diatas puncah gunung...tak pulak diaorang buat sepanduk kan?????
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:03 PM | Show all posts
ok jah rayakan krismas... ahkak ambil benda positif lah macam ramai jah kawan ahkak yang agama kristian.. theyols pun rapat dengan ahkak.. so, why not diorang ajak pergi open house makan sama sama... ketawa sama sama... hepi kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 08:04 PM | Show all posts
Main Moneydrop Astro Ria...haram tak youols??????
ahkaksenghau Post at 27-12-2011 19:25



   main poker haram tak uolss? game kat fb tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:16 PM | Show all posts
Tul tu Pah, ..Casino Genting hari2 menyala2 diatas puncah gunung...tak pulak diaorang buat sepan ...
ahkaksenghau Post at 27-12-2011 20:01



    noks...uols jangan tanam pokok krismas, pokok ru dan seumpamanya dpn rumah uols tau.....
haremmmmmmmmmmm katanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:17 PM | Show all posts
main poker haram tak uolss? game kat fb tu...
ahkak.rembes Post at 27-12-2011 20:04



    mohtipp kredit kena cantas??
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:19 PM | Show all posts
mohtipp kredit kena cantas??
ahkak.sangap Post at 27-12-2011 20:17



  biasa la noks, dah gaya iols mcm tu.. tapi yang bongoknya ada lagi posting lagi dasyat dari iols tak kena pula cantas... pencilat penjilat bur*t
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:20 PM | Show all posts
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
puankhairil Post at 27-12-2011 13:18



benar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:28 PM | Show all posts
noks...uols jangan tanam pokok krismas, pokok ru dan seumpamanya dpn rumah uols tau.....
...
ahkak.sangap Post at 27-12-2011 20:16



    tak haramlah.

tanam pokok krismas-tak haram.
makan puding krismas(yg halal) kerana teringat kenangan dulu dan BUKAN sebab meraikan agama Kristian - tak haram.
muallaf pergi lawat saudara mara ketika krismas dengan niat berjumpa keluarga- tak haram.
makan turkey(yg halal) kerana niat nak makan bukan sebab nak meraikan ajaran Kristian- tak haram.
wish Krismas kepada orang non-muslim-tak haram.


yg haram ramai dah tahukan.

apa yg dinyatakan oleh pnkhairil tentang fatwa tu benar dan benar.

dalam kita menjadi open-minded jangan sesekali kita berkompromi dengan iman dan ajaran Allah for the sake of "menjaga hati" non-muslim. berapa banyak kita dah jaga hati mereka? dan berapa banyak mereka menjaga hati kita?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:29 PM | Show all posts
xmas nih sambutan agama ato budaya?
mcm CNY, org2 cina tak kira apa jenis agama mmg celebrate CNY tu sbb itu adalah budaya bukan agama
yg Xmas ni ttg apa yer? mcm citer pari2 jer sara rasa
tgk ada papa Xmas yg gemuk bagi hadiah...
kalo citer pari2 semua bangsa pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:32 PM | Show all posts
budak2 mmg la suka dgn pokok kerismas yg lip lap tu dgn en.santa. tp klu besar anak dia tu mana la faham apa. kecik lg. anak aku stiap kali turun lobi aprtmt mesti dia akan bising2 sebut christmas tree dan terus terkam pokok krismas kt situ smbil belek2 hiasan yg tergantung. lepas tu dia akan ckp dia suka. so, aku ckp la kt dia yg kita ni x celebrate christmas tp celebrate hari raya. n after that stiap kali dia nmpak pokok kerismas dia akn beritahu 'we do not celebrate christmas'.

tp bg yg bkahwin dgn saudara baru mesti mcabar kan nk menghadapi mende2 mcm ni. yer la, nk mengubah kebiasaan org bkn la perkara mudah. diri sendiri pun perlukan pemahaman yg jelas, mana yg boleh mana yg tidak. insyaAllah lama2 biasa la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 08:36 PM | Show all posts
Kevin Zahri Jawab Isu Sambut Krismas
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



PETALING JAYA: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Kevin berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook “fan page” milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1, amat meminati pokok tersebut.

“Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.

“Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.


Kevin menulis status menunjukkan dia membuat keputusan untuk memadam gambar itu dari Facebooknya.

Kevin diminta mengulas tuduhan peminat dalam Facebooknya berhubung gambar yang dimuat naik menunjukkan dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24, bergambar di berlatarbelakangkan pokok Krismas.

Dia turut menulis kegembiraan anaknya dengan pokok Krismas tersebut.

Tindakan itu membuatkan para peminat meluahkan rasa tidak puas hati selain menasihatinya agar tidak meraikan perayaan berkenaan yang ternyata salah di sisi Islam

Tambahnya: “Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham.”

Bagaimanapun beberapa minit selepas mStar Online menghubungi Kevin, gambar tersebut telah di padam dan Kevin menulis status barunya: “Saya meminta maaf dengan gambar yang dimuat naik sebelum ini. Saya mengambil keputusan untuk memadam gambar itu.”

Menyentuh tentang kariernya Kevin memberitahu dia sedang sibuk dengan beberapa seminar yang dikendalikannya.

Selain itu, dia juga mempunyai empat laman sesawang sendiri iaitu yang membicarakan tentang sukan dan penjagaan kesihatan seperti kevinzahri.com, cekodok.com dan embun web.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:52 PM | Show all posts
sanggup guna alasan anak suka...padahal mmg diorg yg ngeletis sgt nak seleberet!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 08:58 PM | Show all posts
benar.
sixret Post at 27-12-2011 20:20



   abis awat setazah kat pesbuk baru2 ni kata harom la apa la..habis di kafirkan semua org yg wish pd org kristian siap suh taubat nasuha lagi..bg aku senang je janji akidah kita masih terjaga,iman kita masih kuat dan masih percaya pd agama Insyaallah...semuanya bergantung pd niat..cer bygkan yg dok kat obersi n berjiran ngn non muslim..dah tu jiran tu lak mmg baik orgnya..sama juga kalo yg kawen ngn mualaf n sbgnyaa salah ke wish kat mentua n sbgnya bkn makna nk kita nk raikan nya kita niat semata2 nk wish je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 09:04 PM | Show all posts
ini aku nak share dgn korang yg agak extreme dengan perayaan kat M'sia ni.

masa aku baru kahwin,  ...
cmf_blingblings Post at 27-12-2011 16:31



   ayah tiri kawan sy pun omputih gak selalu gak diorang masak turkey time krismas gini..n sy rasa dia pun sama cam hubby akak la kan..yela kita pun kena la paham jugakkan ngn dia..sebagaimana dia cuba menerima budaya kita seadanya sama juga la dgn dia..dah mende tu yg selama ni dia suka makan sama mcm kita suka makan ketupat kan..asalkan niat tu bukan nak raikan ke apa n makanan tu halal ok lah..ALLAH tau niat kita kan..kadang2 pelik ngn org mesia ni jenis yg rasa takut ngn semua benda..semua rasa tak selamat itu tak bley..yg itu harom semua tak bley..nak hidup dlm kelompok dia je
hiduplah dlm ketakutan sepanjang masa..napa takmo hidup ibarat suci dalam debu..biar cengganer pun keadaan sekitar kita selagi iman masih kuat di dada insyaallah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.525979 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list