CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4284|Reply: 42

Linda Onn Terharu Ziarah Peminat 76 Tahun..

[Copy link]
Post time 28-12-2011 09:21 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn memberitahu teruja dapat bertemu dengan peminat setianya, Wan Serimah Wan Jusoh, 76, di kediaman wanita itu, di Taman Sri Keramat di sini pada Selasa.



Linda berkata, dia teruja kerana ia adalah kali pertama dia melawat ke rumah peminat selain menyifatkan kunjungan tersebut begitu istimewa.

"Ini adalah kali pertama saya datang sendiri ke rumah peminat dan saya terharu kerana melihat reaksi Mak Wan yang begitu gembira dengan kehadiran saya.

"Saya benar-benar rasa dihargai dan bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Mak Wan," ujarnya ketika ditemui selepas hadir ke rumah peminatnya itu.



Pada pertemuan itu, Linda sempat menghadiahkan set barangan solat seperti telekung, sejadah dan tasbih untuk peminat setianya itu selain menyuapkan nasi ayam yang dibawa darirestorannya, My Mom's Chicken Rice.

Linda juga sempat meluangkan masa berbual-bual mengenai keadaan Mak Wan yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan pada bahagian mata selain melihat koleksi gambar dan poster miliknya yang diletakkan di dalam almari bilik wanita itu.

Dalam pada itu, Linda berkata dia mendapat tahu minat Mak Wan terhadapnya daripada salah seorang staf di Suria FM sehinggalah terbuka hatinya untuk datang menziarahi.

"Apabila staf di Suria memberitahu bahawa Mak Wan mempunyai pelbagai poster saya serta sebuah buku penuh dengan gambar-gambar saya sejak dari tahun 1998, ia telah membuatkan hati saya tersentuh.

"Sejujurnya kedatangan saya hari ini adalah kerana teruja untuk bertemu dengannya selain ingin melihat sendiri koleksi gambar-gambar saya dalam simpanannya," ujarnya.

Sementara itu, Mak Wan ketika ditemui memberitahu, dia teruja dapat berjumpa dengan Linda setelah sekian lama memasang hasrat untuk menemuinya.

"Hari-hari Mak Wan berdoa kepada Allah SWT supaya dapat bertemu dengan Linda dan akhirnya doa itu termakbul. Saya rasa sungguh gembira," ujarnya.

Ditanya mengenai mengapa meminati Linda, Mak Wan berkata, dia menyukai Linda kerana kebijaksanaannya mengendalikan sesebuah program radio dan suaranya yang sedap didengar.



Tambahnya, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk mendengar celoteh Linda setiap kali bersiaran radio terutamanya pada segmen Suria Drive pada pukul 4 petang hingga 8 malam.

"Dapat dengar sekejap pun jadilah kerana Linda dapat buat Mak Wan tersenyum," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Linda berkata, dia mungkin akan menjadikan aktiviti pergi ke rumah peminat sebagai salah satu agendanya pada masa depan kerana seronok dapat melayan peminat secara lebih dekat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 09:24 AM | Show all posts
tinggi nye linda onn nih......ada jugak peminat dia,,,,tgok linda kompom igt si fahrin...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 09:36 AM | Show all posts
Nenek minta LO???

Sat lagi, baby 6 bulan peminat termuda dikunjungi LO
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 09:40 AM | Show all posts
daripada ko tempek muka LO kat lemari tu, baik ko tempek ayat qursi ke, doa2 ke nek wan oiii.....
taulah masih muda....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 09:53 AM | Show all posts
Alahai Mak Wan...kita yg muda ni pun x minat LO...cmne Mak Wan leh "terminat" lak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:29 AM | Show all posts
die nih sbenar nye ade aura ble dlm radio...
mcm sronok lak dgr die becakap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2011 10:31 AM | Show all posts
hati manusia lain2 u all....

Biar la makcik ni minat LO.....apa salahnya....klau kenal LO btul2...dia not bad la....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:46 AM | Show all posts
huhu.....best l amak cik tu..Lo dtg umah...bkn senang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 10:48 AM | Show all posts
tinggi LO ni..mokcik ktorg yg mude2 ni kureng la ngn minah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:58 AM | Show all posts
Reply 7# leni


aku pun tak minat dia tapi kdg2 aku fikir, dia tak wat salah apa pun kat aku, kenal pun tidak... apsal aku nak ada rasa `tak suka' tu kan... so la ni aku takde perasaan tak suka tu, suka hati dia la nak wat apa..
p/s: ari tu balik dari Bandung, dok sebelah mak LO, abg & ipar dia... super2 peramah la diorg ni... aku tak kenal pun diorg..
mak dia yg intoduce....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:25 AM | Show all posts
ok pe L.O nih...kayo plak..ade bisnes sdr lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:34 AM | Show all posts
Ramai lagik peminat L.O ni ..biz nasi ayam dia mcmana yek???Bila la dia ni nak kawen..duit byk ssh gak nk cari boyfriend,mesti dia takot dpt laki kaki kikis..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:59 AM | Show all posts
LO okey apa jadi dj.. humble jerk... cool n steady... i like...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:37 AM | Show all posts
kesian dia nie dulu di zmn kemuncak dia la ikon.
la ni di overshadow oleh fafau (fafau the best)
l.o ni ok tp myb dia nmpak sombong..nway cik bam penah g mkn kat restoren dia, tp harga nasi ayam dia rege premium la rm8/pinggan..mkn hari2 x mampoo la
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:39 AM | Show all posts
ble la LO nk dtg umah aku plak...aku peminat LO jgk...(gamaknye)
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:40 AM | Show all posts
aku tgk muka LO ni mcm ego sikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 11:55 AM | Show all posts
maybe LO ni satu2nya artis yg makcik ni kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:59 AM | Show all posts
Reply 4# ahkak.sangap


   terbaek nokk.... hahhahaha saat petama kali aku baca artikel neh, terdetik jap.. :nape tak tampal ayat kursi je dari tampai si linda onn neh dekat almari". hmm... minat tak salah. tapi kalau dah dipuja2 sangat... emm.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:03 PM | Show all posts
kesian dia nie dulu di zmn kemuncak dia la ikon.
la ni di overshadow oleh fafau (fafau the best{:1 ...
bambimo Post at 29-12-2011 11:37


smp 8 hengget nasik ayam kedai beliyau!!
amat sedap ka rasanya cik bam?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by jonlabu at 29-12-2011 12:05




makcik makcik.....lekat gambor retis kat lemari baju ni perbuatan budak2 sekolah asrama, bukan nenek2 70an. ke makcik baru jer bubuh lepas tau linda nak datang rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 1.226136 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list