CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5648|Reply: 43

Siti Nurhaliza Belum Terima Tawaran Berlakon Secara Rasmi..

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:18 AM | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin masih tidak menerima sebarang tawaran berlakon filem produksi Indonesia berjudul Kekuatan Cinta secara rasmi.

Siti berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui artikel yang diterbitkan oleh Agensi Berita Nasional (Bernama) bertarikh 11 Januari lalu.



"Saya hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui artikel yang keluar dan bukannya ada sebarang perbincangan antara kedua-dua belah pihak," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Makan Malam Bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani di sini, Khamis. Terdahulu, Bernama melaporkan sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan Siti berlakon dalam filem tersebut.

Syarikat berkenaan, PT Kentfilms Production mahu menggandingkannya dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Siti berkata berkata, dia masih samar sama ada untuk menerima undangan tersebut atau menolaknya.

"Jika dilihat daripada barisan pelakonnya ia cukup menarik tetapi masih banyak perkara yang perlu diambil kira seperti persediaan saya sebelum benar-benar untuk berkata ya kepada pihak tersebut.

"Bagaimanapun jika ada permintaan daripada pihak sana susah untuk saya bagi jawapan buat masa ini," ujarnya.

Sementara itu, Siti yang baru pulang daripada bercuti dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memberitahu percutian tersebut adalah hadiah hari jadi untuknya daripada suami.

Siti berkata dia dan suami telah melawat ke tiga buah negara iaitu Maghribi, Marathus dan Dubai bermula 3 Januari lalu dan pulang ke tanah air pada 13 Januari lalu.

"Seronok sangat dapat ke negara-negara berkenaan kerana saya belum pernah berkunjung ke sana sebelum ini. Paling seronok ketika di Marathus kerana seni bina dan hiasan dalaman bangunannya cukup menarik," ujarnya.

Tambahnya, selain percutian itu dia juga turut diberikan sesuatu oleh suaminya namun enggan mendedahkan hadiah berkenaan kepada pihak media. Dalam perkembangan lain, siti memberitahu dia semakin bahagia melayari perkahwinan bersama suaminya selepas enam tahun berkahwin walaupun belum dikurniakan cahaya mata.

"Allah S.WT. ada peracangan tersendiri dan saya masih berpegang teguh kepada perkara itu. Insya-Allah jika ada rezeki saya, Tuhan pasti akan berikan," ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 09:48 AM | Show all posts
best nye dapat travel senang lenang cam nieee...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 10:01 AM | Show all posts
tok t kalo nak berlakon filem pun, mesti produksi indon....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 10:03 AM | Show all posts
amek jah dato k jadik hero
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 10:07 AM | Show all posts
Reply 4# maxim


boleh buat film ala ala savaji the boss...meletop dk berlakon jadi savaji..CT ala ala gadis desa yg sivaji selamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 10:11 AM | Show all posts
ada duit semua blh..
jalan sana sini...bestnya...
pasal lakonan tu tunggu dan lihat je le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2012 10:55 AM | Show all posts
i cuma nak tegur kesilapan penulis artikel yg menyebut tiga buah negara

dubai bukan sebuah negara
btw marathus sebuah negara? i tak penah dgr pulak nama negara tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 10:57 AM | Show all posts
bakpe baju nie nampak kan die tembun??? sian dieee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 11:00 AM | Show all posts
bakpe baju nie nampak kan die tembun??? sian dieee
samshik Post at 20-1-2012 10:57



    eh ye ke?ipulak suka siti tampil labuh2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:05 AM | Show all posts
tok t kalo nak berlakon filem pun, mesti produksi indon....
AnakJantan1987 Post at 20-1-2012 10:01



org indon lagi hargai dia kot.. opsss

maklumlah siti dgelar di sana permata negara jiran
kalau perasankan kebanyakan show siti kat indon mesti letop2... vokal terbaik yg ct tampilkan mostly kat sana..
org kat sini.. balik2 tgk show siti macam biasa je..

no wonder la ada retis2 indon makan hati uols shopping mall tutup semata2 sebab siti nak shopping katanya.. ntah betul ntah tidak kesah ittew
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:10 AM | Show all posts
eh ye ke?ipulak suka siti tampil labuh2 gini
eddysheddy Post at 20-1-2012 11:00



    die nampak kembang la eddy...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:13 AM | Show all posts
Reply 11# samshik


    a'ah... memang kembang mangkuk 4 tingkat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:13 AM | Show all posts
die nampak kembang la eddy...
samshik Post at 20-1-2012 11:10



i rasa better dari tgk dia pakai ketat.. pada i baju ni just nice.. takdelah nampak ct kembang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:16 AM | Show all posts
Reply  samshik


    a'ah... memang kembang mangkuk 4 tingkat.
mynametaro Post at 20-1-2012 11:13



    potongan baju kot .. but kat luar takderla die gemuk sangat pun ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:17 AM | Show all posts
i rasa better dari tgk dia pakai ketat.. pada i baju ni just nice.. takdelah nampak ct kemban ...
eddysheddy Post at 20-1-2012 11:13



    die nampak cam preggy la pulok .. cer mu tengok betoi2 eddy..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:17 AM | Show all posts
i loike baju CT ni...baru bli dari dubai kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 11:21 AM | Show all posts
die nampak cam preggy la pulok .. cer mu tengok betoi2 eddy..
samshik Post at 20-1-2012 11:17



nolah.. pompuan pakai jubah mmglah gitew.. kan ni bersama rabbani katanya

jubah ni cantiklah.. plain tapi cantik..tak sarat
kalau bercorak atau beraksesiri sarat tu yg nampak kembang sgt..
kalau macam ni i suke sgt tgk
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:21 AM | Show all posts
Reply 14# samshik


    mybe kot... xpom sebab dier pose dri sisi camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:27 AM | Show all posts
selingan....

aaziefkhalid Aazief Khalid
“@CTNurhaliza11: HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY SON AAZIEF!!” thank you Mak Iti!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:31 AM | Show all posts
comel btol ct ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.230512 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list