CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14391|Reply: 107

Pelumba basikal lebuh raya wanita negara cedera parah dilanggar ketika sesi lat

[Copy link]
Post time 29-1-2012 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Pelumba basikal Mariana cedera parah ketika sesi latihan

29/01/2012
7:06pm


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Pelumba basikal lebuh raya wanita negara, Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.
Jurucakap polis Putrajaya ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.

Akibat kemalangan, Mariana menerima rawatan segera di unit rawatan kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara pada sebelah petang bagi menjalani pembedahan.

Tiga pelumba lain yang cedera ringan itu dirawat sebagai pesakit luar. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2012 09:44 PM | Show all posts
Pelumba basikal lebuh raya cedera parah ketika sesi latihan dilanggar .

Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.


Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.  - Lanjut di Hmetro .


BA : Mereka yang ingin datang ke Putrajaya pada hujung minggu ( bermula Jumaat malam ) , kena berhati-hati kerana ramai orang berbasikal tak kira masa .. Serius wooo .. Ada yg tak titik beratkan mengenai soal keselamatan terutama bila di lampu isyarat ! Main redah jeee .. Bila kena , sapa salah ??  Haaa .. pemandu kereta gaak kan ?


Kawasan feveret adalah Masjid Putra , Presint 2 dan banyak lagi .. Jadi , berhati-hatilah yer .. Aku sendiri tak berani nak keluar waktu-waktu ni .. Kalau keluar pon , mmg pandu perlahan punya ..


*http://www.benashaari.com/2012/0 ... a-cedera-parah.html

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 09:45 PM | Show all posts
time latihan jalanraya tutup tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 09:45 PM | Show all posts
Pelumba basikal lebuh raya wanita Mariana Mohamed cedera parah ketika sesi latihan

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.

Jurucakap polis Putrajaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.

Kenderaan berkenaan dipercayai memasuki laluan pelumba selepas cuba memintas sebuah kenderaan lain yang berhenti di hadapan setelah diarahkan polis memberi laluan kepada kumpulan berbasikal yang berlatih itu.

Jurucakap itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa namun tiada tangkapan dibuat.

Akibat kemalangan, Mariana menerima rawatan segera di unit rawatan kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara pada sebelah petang bagi menjalani pembedahan.

Tiga pelumba lain yang cedera ringan itu dirawat sebagai pesakit luar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abd Wahab ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk sesi latihan tersebut.

"Kami mengambil langkah kawalan yang cukup termasuk mendapatkan khidmat 10 anggota polis dan 'marshall'," katanya. -- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 09:46 PM | Show all posts
tgk kat berita sukan tv3 td..
melambung pelumba basikal ni kena rempuh dgn kancil..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 09:47 PM | Show all posts
pemandu kereta jugak yg salah... beskal bayar roadtax tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2012 09:47 PM | Show all posts
td tengok kat tb3, ada yg terhumban keatas bumbung keta tu sblm jatuh ke jalan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 10:03 PM | Show all posts
Pelumba Basikal Lebuhraya Cedera Dilanggar oleh Kereta Kancil...

Salam....

korg ada tgk berita tghari td x? pasal pelumba basikal dirempuh kereta kancil yang dipandu laju oleh seorg wanita.... melambung budak tu...huhuhuh.

tghari td x sempat snap pic, tgk Buletin sat td aku snap pic ni skit... mmg laju kete kancil tu....

aku pon x paham, padahal laluan tu mmg dikhaskan kpd pelumba basikal, siap ada polis bagai.... yang si kancil ni tah mana2 dtg, menononggggg je, laju plak tu....








x berapa jelas sgt, maklumla amatur esok ada la kuor berita bergambar...






hah, tu kemain ramai polis dok eskot, aku tak tau napa si kancil tu x nampak ......


*http://melatiqistyna.blogspot.co ... buhraya-cedera.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 10:04 PM | Show all posts
dah tentu la salah kereta tuh...polis dah siap escort lagi...gini la dia..jenih pemandu degil yg kiasu..nampak org bawak motor, beskal..nak langgar je kejenye..kekdahnya sebab dia bayar roadtax mahai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:06 PM | Show all posts
wanita?xde teteck pon?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:08 PM | Show all posts
kebiasaan kalu ada simpang polis akan tunggu kt simpang tp yg ni polis ddk di depan n belakang.. TETAPI xkan la pemandu kete tu x nampak kelompok pelumba yg besar tu ngah lalu.. tgk xde break kete tu main terus je.. x pasal2 org lain jd mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:08 PM | Show all posts
dok putrajaya pun bodoh lagi memandu...
aku rasa org putrajaya juga tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:11 PM | Show all posts
pemandu2 putrajaya kebanyakkan memandu cam sialan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:15 PM | Show all posts
nampak macam bahagian depan je yang kene tu.. jauh sangat ke eskot dengan yang naik beskal nih..

aku rasa mesti keter tu tekan minyak tengok lampu ijau tup2 ada orang berbasikal kat depan

dah lah simpang kat persint 2 ni luas wooo  


silap la takde orang jaga simpang
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:15 PM | Show all posts



sekadar hiasan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:15 PM | Show all posts
buta ke apa si driver tu?? b*d*h! aku tgk kat tibitigasuku tadi, punya la laju dia drive, pompuan ka??!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 10:17 PM | Show all posts
Pemandu Wanita bawak kancil jadi tak heran lah.... macam kat luar negara walaupun ada polis jaga tapi panik pergi tekan minyak .....






http://www.youtube.com/watch?v=R1a3A6q05f8
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:18 PM | Show all posts
yg bw kancil tu mmg boddowww........
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:32 PM | Show all posts
siap escort pon di langgar nya...

mmg bodo la driver tuh...

aku nak je tau diver tu laki ke pompuan......
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:36 PM | Show all posts
Sian bebudak tu melambung tinggi kene hentam dengan kancil.. Nasib ler takde yang maut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.235114 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list