CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66984|Reply: 603

Edisi Driver Wanita Lagi: Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Superbike

  [Copy link]
Post time 30-1-2012 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by B.K at 30-1-2012 23:55

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.


“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 11:57 PM | Show all posts
elok langgar bontot volvo terus hentam semua. dari rugi sikit terus rugi ratus riban.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 12:00 AM | Show all posts
elok langgar bontot volvo terus hentam semua. dari rugi sikit terus rugi ratus riban.
ushioz Post at 30-1-2012 23:57



   jika kes mcm nie, insuran cover x?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:02 AM | Show all posts
baru lepas gaduh ngan laki dia le makcik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:05 AM | Show all posts
Sawan babi ke hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:05 AM | Show all posts
jika kes mcm nie, insuran cover x?
B.K Post at 31-1-2012 00:00



    itu la pasal, insuran cover tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 12:07 AM | Show all posts
byk kes mlibatkan autobox transmission, nak kne pkai semi auto cm ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:07 AM | Show all posts
Memang hebat penaangan proton wira, volvo,myvi,motor BMW, Honda , Suzuki semua dia hantam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 12:09 AM | Show all posts
perrrrrhhhhhhhhhhh apa agaknya dlm fikiran makcik ni..??
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:12 AM | Show all posts
2672..9925..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:15 AM | Show all posts
Tajuk thread bikin panas
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:16 AM | Show all posts
Soklan serius dari aku:

Apsal dia go head gos stan keta tu banyak kali..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 12:20 AM | Show all posts
Tajuk thread bikin panas
lasagnaklcc Post at 31-1-2012 00:15



   betul lah dah driver wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:26 AM | Show all posts
2672..9925..
lavapanas Post at 31-1-2012 00:12



   esok g tikam k...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:30 AM | Show all posts
suma tu dia nk ganti ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:35 AM | Show all posts
dalam pikiran makcik ni  grand theft auto the movie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 12:36 AM | Show all posts
Mungkin mak cik lepas gado2 dengan lakinya dan bengang pasal lakinya lambat ataupun dia sakir perut nak terciret, pastu bila dah langgar Volvo, panik nak lari cepat  dari tempat tu, tapi dah tak ingat nak undur ke nak nak trus ke depan, dan dari alang2 langgar sebijik Volvo yang mau jugak ribu riban nak bayor, baiklah langgar smua, abes sangat cakap gear otomatik suda rosak, setel kes, tuan kedai repair dia punya, itu Volvo smua Insurans kasik setel, makcik abes sangat gantung lesen. Amacam- ada butul ka wa punya teori
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:44 AM | Show all posts
saper nk citer asli ? i am the one of the witnesses. siap ada video clip lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:47 AM | Show all posts
saper nk citer asli ? i am the one of the witnesses. siap ada video clip lagi.
BeeHaa Post at 31-1-2012 00:44


nk2.nk tgok aksi drift mak cik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:59 AM | Show all posts
bukan drift yer. makcik tuh mmg panic queen. kete dia auto transmission yer. 9 thn bawak kete..tp road tax mati lesen pun mati dah..

nt lah i cite abis2..x sempat rakam dia mendragkan tketenye itu..sbb mmg terlalu pantas..dlm seminit setengah kejadian ngeri tuh.. dia salah tekan pedal gas instead of break pedal...dia x tekan break langsung..dah macam pin ball ..macam tgk movie pun ada...ke depan ke belakang..ala2..penyamun nk selamatkan diri...

poor that old makcik...nsb baik x de sesapa cedera..pekerja dlm kedai motor tuh sume sempat lari bertempiaran...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 1.531505 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list