CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 12-2-2012 08:06 AM | Show all posts
Saya dok kat hotel kharisma ni best coz power plug dah tukar cam kat Malaysia, guna tiga pin. So tak de masalah nak charge bateri hp and camera. Tapi kat nuansa guna plug dua pin la. Kami bawa plug antarabangsa sendiri, senang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2012 09:52 AM | Show all posts
Reply 41# Latio2012


    Owh.. sama hotel la.. xyah beli plug converter..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 10:38 AM | Show all posts
Reply 42# neofim


neo pegi bila? Feb jugak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 10:41 AM | Show all posts
Reply 43# meklin


    esok pagi2 naik flight.. InsyaAllah.. pergi ber 5
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 10:45 AM | Show all posts
Reply 44# neofim


waaaahhhhh... safe journey lah ..

mek jugak yg pening mikio nasib diri nak ke Pekan baru dari bkt Tinggi..

sure  
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 06:24 PM | Show all posts
wahhh...macam tau je la yang pasu in progress nak ke Bukit Tinggi ni.... ...................... survey pakej = RM950++...setakat nih....

so, pasu tumpang baca info kat sini laaa..thanks ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2012 10:47 PM | Show all posts
Ada sesiapa pernah kena pow duit ke kat sana? kena samun ke..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2012 08:41 AM | Show all posts
Reply 38# olnkrm


    x lupe punye..!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 09:36 AM | Show all posts
Assalamualaikum. Alhamdulillah saya sudah selamat kembali  pada 7hb feb. Percutian yang sangat menar ...
Latio2012 Post at 10-2-2012 17:03



    Boleh tahu tak berapa ye  TA Raun charge untuk 4 hari 3 malam?  TQ
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 12:27 PM | Show all posts
Reply 47# neofim


    Sepanjang dah few times ke sana so far so good.  Hanya sesekali pak supir ingatkan kalau nak masuk dalam lubang japang dan ada orang tawarkan jadi tours guide tak payah layan.  Sebab sebenarnya dia orang tu just local people nak cari duit for explaning sejarah kat dalam lubang jepang dan bukannya betul2 bertugas situ.  Kalau nak masuk untuk nak tambahkan pegetahuan sejarahnya just ikut je track dia.  Senang je lagi pun ada board penerangan sepanjang track so tak susah.  The rest suma ok.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 07:35 PM | Show all posts
Reply 49# lot10


    RM535 seorang. Saya pi berdua je. Total RM1070.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 07:49 PM | Show all posts
Sekarang kat Yenie Bordir bawak mak sama makcik cuci mata
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:52 PM | Show all posts
Sorry la lambat sikit nak post report percutian di padang/bukittinggi pada 31jan-3feb 2012

31jan2012
Pukul 4 pg dh bgn untuk bersiap kemudian bertolak ke LCCT , dlm perjalanan tu hujan lebat sgt dr cheras ke LCCT. Alhamdulillah selamat sampai pukul 530 pg.  Settlekan parking dulu kemudian kami check in. Kami dah buat web check in, jd agak cepat proses untuk check in+ drop luggage walaubagaimanapun tahu la suasana kat LCCT cam huru hara sikit.

Setelah selesai buat check in, subuh di surau LCCT, kemudian perut masing2 lapar maklumlah awl pg dh keluar  dan risau nanti bila smpai di padang kami akan terus bertolak ke bukittinggi tanpa makan. jadi kitaorg breakfast dulu kat Mc D.
Selepas breakfast kami terus ke departure hall untuk naik flight. Flight jam 750pg agak penuh juga . Bertolak tepat pada masanya. Perjalanan sepatutnya 1jam 10 min tapi belum 1 jam dh mendarat di Padang.




Kemudian kami pun bergegas ke imigresen indonesia untuk cop passport. Kaunter cuma ada 4 [ 1 tutup, 2 untuk foreigner, 1 untuk rakyat indonesia]. Masa habis kat sini hampir 30 min. Sila kemukakan tiket balik pada imi indonesia. Bersedia untuk diambil cap jari [10 jari tangan ye] dan gambar oleh pihak imi indonesia.

Selepas cop passport , kiatorg ambil luggage pulak. Sila pastikan keratan yg diberi semasa di LCCT untuk check in luggage tidak dibuang kerana pihak sana bila kita bawa keluar luggage diorg nak pastikan luggage tu kita punya ke bukan.
Setelah selesai cop passport dan luggage telah diambil bila nak keluar dari bandara minangkabau, tu dia supir2 sana masing2 cuba menawarkan perkhidmatan. Saya telah booking pak supir awl2 lagi untuk urusan transport +hotel jadi relax je la. Sy terus telefon pak supir terus dia dtg menyambut kitaorg [6 org]. Kalau ada org yg cuba offer nak bw luggage jgn bagi sebab nanti kena bayar beb. Kami terus di bawa ke kereta toyota avanza, kira ngam2 la untuk 6 org . Bayaran adalah 450k rupiah untuk 1 hari perkhidmatan.



Kami pun menuju ke bukittinggi, Pak supir berhenti dulu kat kedai tayar untuk pam angin. Rasanya kat sini stesen minyak xde pump angin jadi kat kedai2 tayar ni la untuk diaorg pam angin.



Setelah berbual dgn pak supir tempat2 yg kitaorg mesti pergi, kami ambil keputusan singgah dulu minum di Rumah Makan lamun Ombak. Walaupun dh breakfast td tapi psl nak try gak macamana rupanya Lamun Ombak  dan masakannya sy setuju utk singgah di Lamun Ombak. Suasana dalamnya bersih, menarik dan relaks. Kami ambil port makan sambil bersila. Kami order murtabak mesir, es lamun ombak, jus pokat, jus jeruk ,jus jambu biji dan ada beberapa minuman lg. Jus mmg best kecuali adik wa yg order jus jeruk rupanya jus limau mandarin..hahaha tension je dia. Setelah puas menikmati makanan dan minuman kami pun terus bertolak ke bukittinggi. [Kos 118K]





















Kalau ke bukittinggi dari padang sudah tentu akan lalu di lembah anai [jalan paling cepat]. Kami pun singgah di Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur . Basuh muka bg segar sikit mata yg awl2 pg dh bgn. Kata org sini air di air terjun lembah anai ni untuk awet muda..hahaha..[ Kos 12k]





Kemudian kami teruskan perjalanan ke bukittinggi, apabila tiba di padang panjang kami singgah di Pusat dokumentasi dan informasi kebudayaan minangkabau. Kat sini byk informasi berkenaan minangkabau, gambar2 dulu2, sejarah dulu2, pakaian minangkabau. Kalau ada yg nak bergambar dgn pakaian minangkabau kat sini la ye.[ Kos Free]











Setelah puas bergambar kami teruskan perjalanan, seteruanya kami singgah di Putri Minang. Disini ada jual pelbagai kain sulam, baju batik , telekung. Kualitinya agak baik tapi harga pun x la murah sgt bergantung pada skill korang menawar la, memandangkan ni baru 1st stop jadi hanya salah sorang ada beli telekung sulam kat sini.






Memandangkan dlm forum ni yg ke bukittinggi ada syorkan makan kuih bika@kuih neraka, tergelak pak supir bila wa ckp kuih neraka. kami singgah di Bika Si Mariana Koto Baru. Kami beli 6 kuih bika, rasa mcm lempeng kelapa, boleh tahanla. psl dlm forum ada org try jd x sah kalau x rasa nanti menyesal..hehehe [Kos 12.5K]







Selepas itu kami singgah lagi di butik Linduang Bulan. Sama macam kat putri minang juga ada jual kain2 sulaman dsbnya. Kualiti agak baik tapi harga x boleh kurang banyak. Lupa kat sini ada ahli rombongan beli barang atau tidak.




Setelah berbincang dgn pak supir kami ambil keputusan untuk ke Tasik maninjau sebelum ke Bukittinggi , nak guna kan masa yg ada sepenuhnya. Dalam perjalanan ke tasik maninjau kami singgah di Panorama Sungai Landia. Kat sini dah rasa dingin cuacanya. Kami ambil gambar2 dari sini, mmg menarik panoramanya. Kalau nak beli souvenir pun boleh kat sini tp kami x beli sebab plan nak shopping di Aur kuning dan pasar atas. kitaorg tgk2 je sambil take note harga2 tyg dipamerkan.





Selepas itu kami terus ke Tasik maninjau, kami hanya berhenti di kelok 37 sahaja, kelok tu start dari kelok 44. Ambil gmbar pemandangan tasik maninjau sekejap pastu bertolak ke bukittinggi. kat sini jumpa couple dr Malaysia drive sendiri avanza yg disewa, diaorg ada suggest makan bebek[itik] yg top kat bukittinggi, kalau lalu dari maninjau ikut belakang lubang jepang akan nampak restoran ni, restoran itik berlado h tapi kami x singgah psl x semua makan itik. Kalau seekor itik yg dimasak 1/2 kilo cili yg dipakai, bayangkan lah podehnya..hehe.. Jalan ni paling mencabar sekali dlm percutian ke bukittinggi fuhh dh jalan kecik, kiri kanan hutan, jalan di lereng pulak tu...


Semasa di maninjau kiri kanan anda akan nampak buah labu yg besar2 dijual. Kat sini wa rasa terharu peniaga buah solat di gerai bila tiba wakru solat. Ada juga yg solat di tengah2 sawah padi. Kami singgah beli kacang tanah , beli saiz sederhana [Kos 15k]. Rasanya x masin mcm kita beli kacang kat supermarket tu, rasanya lemak2, layan juga rasanya. Kami jua singgah di Kedai keripik Bonda kanduang. Kat sini ada jual pelbagai kerepek, harga agak mahal juga berbanding pasar atas. kalau nak beli kat sini beli yg kerepek labu, jengkol, lala atau yg pelik2 sebab xde jual kat tempat lain. Kalau pisang salai, sagu tu x payah la. Kami beli banyak gak kat sini psl x tau dan kerepek nampak menarik beb x boleh tahan. Kualiti bagus juga bila makan, jadi terpulang sbb nanti risau menyesal x belikan. Bila fikir balik kalau x beli nanti bila lagi nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 11:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by Gangway at 14-2-2012 00:06

Akhirnya setelah satu hari berjalan kami sampai di Hotel Ambun Suri tempat kami menginap. Kos [250K bilik aircond, 225k bilik kipas]. Kami pun check in , solat dan rehat kan badan seketika. Memandangkan perut dah lapar kami pun ambil keputusan keluar makan ke area pasar Atas. Untuk maklumat pasar atas ke hotel kami agak dekat jadi kami pun makan di Rumah Makan Gong Raya. Kos[100k]. Setelah kenyang kami pun round pasar atas dan kawasan sekeliling. pasar atas dh nak tutup tapi sempat juga ahli rombongan beli telekung. Kat sini gunakanlah skill tawar menawar ye.



















Saya juga sempat membeli simkad Pati telkomsel kos[7k]. Kalau nak call Malaysia amatlah murah pakai voip, kena masukkan 01017 dulu seterusnya nombor malaysia jgn lupa kod negara ye. Call mcm kita call kat malaysia silap2 lg murah, apsal la kat Malaysia telko xde buat camnikan, ke aku yg x tau..hehehe..Mungkin byk sgt persaingan agaknya psl tu berlumba2 bg rate murah.


Selepas itu kami pun pulang ke hotel untuk solat dan rehat sekejap. Setelah rehat kami keluar semua pada waktu malam untuk lihat suasana area Jam Gadang pada waktu malam. kami singgah di pasaraya Ramayana saja round2 tgk apa yg ada kat dlm tu, mcm shopping kompleks biasa je xde apa yg menarik.
Round punya round kami terasa lapar la pulak, kami singgah di KFC untuk makan pada malam tu. Setelah makan kami pun pulang ke hotel untuk tido.











Selesai sudah Hari pertama di Bukittinggi

Hari seterusnya lain kali ye...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 12:37 AM | Show all posts
macamana ye nak post terus ada gambar x pyh nak klik url..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 08:49 AM | Show all posts
Reply 54# Gangway


    thanks Gangway.. laporan yg sungguh LENGKAP!!.. hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 11:54 AM | Show all posts
Reply 55# Gangway


   TQ, memang lengkap penerangan Gangway..bila nak sambung nih hehe, sbb sy nak pegi lusa so kalau dapat info detail mcm ni baru best. TQ skali lg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 01:28 PM | Show all posts
Reply 55# Gangway


    sy slalu upload gmbr kt fb dulu... then copy properties gmbr tu, klik icon image kt sini, pastu paste url tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 04:32 PM | Show all posts
Kelmarin tukar duit RM346/Rp1juta di KB. ok ke rate ni? @tukar d Padang@BT lg murah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 09:06 AM | Show all posts
cepat2 terjah web AA.. return tiket kl-padang cuma rm66 (x termasuk tax padang)...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.480319 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list