CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16570|Reply: 99

Raja Azura Tepis Gosip Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami..

[Copy link]
Post time 16-2-2012 09:35 AM | Show all posts |Read mode
SUBANG JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura menolak dakwaan kononnya dia sudah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu Adzmin Osman, 38.

Raja Azura, 39, yang lebih mesra dengan sapaan Kak Engku berkata, dia selesa dengan kehidupannya selepas “kembali solo” dan tidak mahu merosakkan kebahagiaan yang dikecapnya sekarang.



"Peluang (kepada bekas suami) sudah diberikan sebelum ini tetapi... Saya sudah malas hendak fikir lagi mengenai perkara itu.

“Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Lagipun saya sibuk dengan anak-anak dan kerja. Perkara lain tidak menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online di pada majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kononnya dia dan bekas suaminya sering dilihat bersama dan berpegang tangan, Kak Engku berkata, ia adalah semata-mata untuk mengaburi mata anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mengetahui perceraian tersebut.

Tambahnya, walaupun telah bercerai dia dan bekas suami masih berkawan baik demi anak-anak mereka yang sedang membesar.

"Saya akui ada memegang tangan Adzmin di khalayak sewaktu keluar bersama anak-anak. Tetapi itu hanya untuk menjaga hati mereka yang masih kecil. Anak-anak tidak mengetahui mengenai penceraian tersebut," katanya.

Bagaimanapun ujar kak Engku, dia tidak menolak seandainya suatu hari nanti akan berbaik-baik semula dengan bekas suaminya jika masih mempunyai jodoh.

"Walaupun sudah tidak mengharapkan apa-apa namun saya tidak menolak jika bertemu jodoh dengannya suatu hari nanti. Tetapi situasi sekarang sudah cukup membuatkan saya gembira," ujarnya.

Raja Azura dan Adzmin berpisah pada 28 September 2010 selepas hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,10, Megat Luqman Hakim,9, dan Puteri Mkia Maizurah, 6.

Adzmin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 09:51 AM | Show all posts
cantik plak kak engku kat gambar tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:55 AM | Show all posts
perlu ke nak pegang tgn dgn ex hubby
kan dah bukan muhrim tu
aku rasa anak2 dia tak terkesan pun kalau parents dorang dah tak pegang tgn skrg
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:56 AM | Show all posts
kulit dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:56 AM | Show all posts
motip priki terus tukar avvy lepas dikutuk {:4_502:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:13 AM | Show all posts
kurus nmpk kak engku.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 10:14 AM | Show all posts
Sampai bila nak bohongkan anak-anak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:15 AM | Show all posts
Sampai bila nak gabui mata anak2? Lama2 mereka akan tau juga. Takkan lah nak berlakon sampai bila2!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 10:16 AM | Show all posts
she knows her family best, tho part hukum tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:20 AM | Show all posts
......................
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:23 AM | Show all posts
slim plak nengok kak engku skang
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:23 AM | Show all posts
eehhhmmm tang ni aku tak paham ngan kak engku....beritau jer walau pahit...tapi kena ada cara...ckp slow2 ngan ank2...issshhh betul2 aku tak paham...banyak contoh kat tv...ank2 la ni senang paham....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:25 AM | Show all posts
nasihat pade kak engku.... jng biarkn ank2 x tahu tentang hal sebenanr.... nanti mereka akan jadi org yang paling kecewa pada ibubapa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:34 AM | Show all posts
Reply 13# nikkiroom


   anak2 or siapa pn akan terkesan bila diri mereka dapat tahu tertipu dan di tipu apa tah lagi kalau kita menipu tu dlm masa jangka masa panjang...
memang anak2 akn terkesan dgn perpisahan ibu bapa namun bila masa dah menetukan segalanya anak2 akan get use dengan situasi itu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:41 AM | Show all posts
cantik laaa pulak gambaq kak engku ni!!aku pun idaak paham sampai bila dia nak membohong!!Face it!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:43 AM | Show all posts
ntahnya dah bukan muhrim pon kann.tak baik gunakan perasaan anak2 mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 10:46 AM | Show all posts
perlu ke nak pegang tgn dgn ex hubby
kan dah bukan muhrim tu
aku rasa anak2 dia tak terkesan pun k ...
immortallez Post at 16-2-2012 09:55



    ntah...takkan k.engku x tahu....niat x mnghalalkan yg dh sah haram....(minat ngan k.engku d sinar pagi...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 10:47 AM | Show all posts
motip priki terus tukar avvy lepas dikutuk
maxim Post at 16-2-2012 09:56


actually still nak tukar gmbr sendiri semalam.. tp bila dah upload gmbrnya jd pecah2 tak mcm original.. byk kali dah ubah pun sama je..

so avvy skrg ni gak yg best..
   




Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:53 AM | Show all posts
nasihat pade kak engku.... jng biarkn ank2 x tahu tentang hal sebenanr.... nanti mereka akan jadi or ...
nikkiroom Post at 16-2-2012 10:25

tu lah............. nanti kalau dok asyik bohong kat anak.... nanti anak2 lagi kecewa.......... selama yg dilihat selama ini hanya sandiwara semata............... bagi tahu je lah................ anak2 zaman sekarang bukannya bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:54 AM | Show all posts
Kalau ada jodoh nikah sajalah balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.100739 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list