CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Raja Azura Tepis Gosip Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami..

[Copy link]
Post time 18-2-2012 07:45 PM | Show all posts
Wah kemain ada yg menyentap.. tapi raju ajurah nih sapo??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2012 08:23 PM | Show all posts
KE slim sb dia duta 'keep slim'


tp kt sinarfm ada jer krill & SY dok usik ckp KE dah ada penganti nk mkn nasi minyak...

biasa ler KE tepis dgn handalnya...bertindak atas maklumat
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 08:33 PM | Show all posts
Reply 82# mixed

ha btol..keep slim..baru ingat

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 08:39 PM | Show all posts
Makin lawa dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 11:40 PM | Show all posts
Dia bercerai ke...Baru ni nmpak dia dgn hubby dan anak2 kat s'pore..nmpak cam family biasa jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 12:38 AM | Show all posts
Reply 2# seroja11


    kan?makin bergetah n mantop
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2012 08:00 AM | Show all posts
ala tektik KE nak buat ex hubby merembes le tu kot..eh ex nya dah nikah lain kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 10:29 PM | Show all posts
boleh ke somi isteri pegang2 tgn kalau dah cerai?... mana boleh kan? lagipun sampai bila nak berlakon depan anak2.. lambat laun nnti derang tahu gak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2012 10:43 PM | Show all posts
kalau aurat pun tak tutup...apa lah sgt pegang2 tangan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 20-2-2012 09:09


Kak Engku temui kekuatan

TIADA lagi air mata yang tumpah apabila dirinya diasak cerita perceraian yang memeritkan dengan bekas suaminya yang sudah pun menjadi sejarah. Bukan saja tenang dan matang menyusun kata-kata, setiap pertanyaan diajukan pihak media dijawab pengacara popular dan penyampai Sinar FM, Raja Azura tanpa berselindung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 20-2-2012 09:14

Reply 90# mixed


    Kak Engku temui kekuatanOleh Ramlah Zainal





TIADA lagi air mata yang tumpah apabila dirinya diasak cerita perceraian yang memeritkan dengan bekas suaminya yang sudah pun menjadi sejarah. Bukan saja tenang dan matang menyusun kata-kata, setiap pertanyaan diajukan pihak media dijawab pengacara popular dan penyampai Sinar FM, Raja Azura tanpa berselindung.

Ternyata, pemilik nama sebenar, Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin, 40 dan ibu kepada tiga anak yang lebih mesra disapa Kak Engku ini sudah bangkit semula untuk membina kehidupan baru bersama anak-anaknya yang semakin membesar itu. Di mana agaknya Raja Azura mendapat kekuatan itu?
   



Bukan melarikan diri atau bersembunyi dari pihak media, sebaliknya saya menyepi selama setahun empat bulan dari sebarang publisiti kerana ingin muhasabah diri dan mencari kekuatan untuk berdepan dengan semua ini.

Saya mendapat kekuatan ini kerana cinta saya pada anak-anak. Saya reda dengan ujian ini kerana percaya Allah beri ujian yang berat itu kerana dia sayangkan hamba-Nya yang lemah ini,?katanya.



Secara peribadi, Raja Azura mengakui dia sudah dapat menerima hakikat perceraian yang berlaku itu.


Sampai masanya, saya lupakan kisah silam itu untuk memberi fokus pada karier dan anak-anak. Saya ingin pastikan, mereka mendapat pendidikan sempurna dan kasih sayang secukupnya daripada saya sebagai ibu mereka. Saya tidak mahu anak-anak berasa terabai bila kami bercerai dan menjadi mangsa dengan apa yang berlaku,?katanya.

Bagaimanapun, kata Raja Azura, dia dan bekas suaminya, Adzmin Osman tetap berkawan baik sampai sekarang.

Mungkin orang tak percaya, kerana rapatnya hubungan kami, kalau kami keluar bersama anak-anak, ada kalanya dia terpegang tangan saya dan terlupa kami sudah bercerai. Maklumlah, ketika kami masih suami isteri dulu, kami memang selalu keluar sambil berpegangan tangan depan anak-anak.

Terus terang, tiada siapa pun yang dapat memisahkan kasih sayang sejati kami yang ikhlas daripada hati itu. Datanglah ujian sebanyak manapun, kasih sayang itu tidak pernah pudar sampai bila-bila pun.

Sampai sekarang, saya masih solo dan tiada lagi pengganti. Bekas suami pula saya tak tahu sama ada dia sudah berkahwin lagi atau sebaliknya,?katanya.

Raja Azura juga bersyukur kerana sebagai bapa, Adzmin seorang yang bertanggungjawab dan tidak mengabaikan nafkah anak-anaknya.

Hubungan Adzmin dengan anak-anaknya cukup rapat. Selepas bercerai, kami buat hak penjagaan anak-anak bersama dan dia memang berjumpa dengan anak-anaknya dua minggu sekali.

Saya bertuah kerana Adzmin adalah bapa yang baik dan bertanggungjawab, dia juga pastikan keperluan anak-anaknya mencukupi dari segi pendidikan dan keperluan lain. Malah, saya masih merahsiakan perceraian kami dari anak-anak kerana tidak mahu emosi mereka terganggu,?katanya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk rujuk semula dengan bekas suami, Raja Azura yang tampil langsing dengan berat badan 50 kilogram hanya menyerahkan pada ketentuan Tuhan.

Memang, bekas suami ingin rujuk tetapi saya pula yang belum bersedia lagi. Bagi saya, kalau nak rujuk balik, saya pastikan sejarah hitam itu tidak ada lagi. Hari ini, kami berdua dalam proses untuk betulkan kesilapan masing-masing.

Kalau mula-mula kami bercerai dulu, memang saya ada menaruh harapan untuk rujuk tapi sekarang, kalau ada jodoh, adalah. Saya juga bahagia dengan kehidupan solo bersama anak-anak,?kata duta Keep Slim ini.

Hasil perkongsian hidup dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Adzmin Tan Sri Osman Arof, 39, pada Mac 2001, pasangan ini dikurniakan tiga anak - Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9, dan Puteri Mia Maizurah, 7. Mereka bercerai talak satu tanggal 29 September 2010.


Raja Azura nak bersara dari ABPBH?

SEPANJANG berkecimpung dalam bidang seni, Raja Azura sudah dicalon dalam kategori Penyampai TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular untuk tahun kelapan, sempena penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sejak 1993.

Saya bersyukur dengan pencalonan tahun ini kerana ia memang rezeki anak-anak kami. ABPBH juga sudah menjadi darah daging saya, sejak dulu.

Pencalonan di ABPBH 2011 kali ini juga membuktikan saya masih dihargai peminat dan mereka masih menyokong sampai hari ini. Saya juga bersyukur kerana dilahirkan dengan bakat luar biasa yang ada.

Selain itu, saya pernah dicalonkan dalam pelbagai kategori sama ada artis, pengacara TV dan penyampai radio di ABPBH sebelum ini. Justeru, saya merancang nak bersara dari pencalonan tahun ke 11, ABPBH pada masa akan datang,?katanya.

Lebih memberangsangkan, Raja Azura, masih diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara ABPBH sampailah sekarang.

Saya seronok menjadi pengacara di ABPBH saban tahun kerana dapat berjumpa dengan rakan artis seperjuangan. Hanya saya yang masih bertahan sebagai pengacara ABPBH berbanding rakan seangkatan lain.

Apapun, saya akan mengendalikan ABPBH 2011 mengikut cara sendiri,?katanya yang bakal bergandingan dengan Sharifah Shahira, Didie Alias dan Zizan Razak pada malam gilang gemilang itu nanti.

Tidak ketinggalan, dia juga menjadi pengacara program Tiada Lama Tiada Baru dan Kilauan Emas untuk saluran RTM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 04:23 PM | Show all posts
KE nyanyi lagu merapu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 04:36 PM | Show all posts
lawa 2 gini..takkan x hubby dia x mo ngan dia blik...cam x caya je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:04 PM | Show all posts
awat bughok nau solekan ittew...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 08:15 AM | Show all posts
aku tak paham ngan KE ni..ari 2 aku jumpa dia kat singapore bukan main berpeluk sakan lagi ngan laki dia...
anak2 diapun ade sama...ISYY TAK TAKUT DOSA KE LAGAK CAM LAKI BINI HERAN AKUUU
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 05:24 PM | Show all posts
kalu bekas suami kiter tak haram ek??
Kak Engku Dan Adzmin Masih Berpimpin TanganOleh: Murai Batu | | 2/22/2012 12:00:00 AM







Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2012: Agak ganjil dan pelik, namun itulah yang masih diamalkan pengacara dan deejay radio popular, Raja Azura, 40 atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Engku mengenai hubungannya bersama bekas suaminya, Adzmin Osman.
Mereka masih berpegangan tangan, sama ada di hadapan tiga orang anak-anak mereka atau secara tidak sengaja kala berpeluang bertemu.
Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini, Kak Engku berkata semuanya itu dilakukan demi menjaga kebajikan anak-anak yang masih belum tahu sepenuhnya bahawa perkahwinan mereka sudah terputus sejak lebih setahun lalu.
"Saya dan suami masih berkawan baik. Sama seperti kami masih berkahwin dulu. Kadang-kadang kami terpegang tangan masing-masing, terutama di hadapan anak-anak. Entah sudah terbiasa agaknya.
"Hubungan kami masih baik, seperti suami isteri. Walaupun sudah berpisah, Adzmin akan tetap datang menjenguk anak-anaknya setiap dua minggu sekali dan ada kalanya kami bercuti sekeluarga jika ada peluang," katanya yang baru pulang bercuti bersama anak-anak dan suami di Singapura.
Kata Kak Engku, semua itu dilakukan demi kebaikan anak-anak mereka yang nyata masih belum faham erti sebenar perpisahan, apatah jauh sekali ingin menjadikan mereka sebagai mangsa atas perpisahan mereka berdua.
Secara jujur Kak Engku menambah, jauh sekali untuk melihat dirinya kembali ke pangkuan Adzmin kerana sudah dapat menyesuaikan diri hidup sebagai ibu tunggal sejak ditinggalkan selama setahun empat bulan yang lalu.
"Rujuk semula? Saya tak bersedia kerana banyak perkara yang perlu saya fikirkan kerana saya tidak mahu pisang berbuah dua kali.
"Saya mahu pastikan sejarah hitam yang saya alami hilang terlebih dahulu dan kemudian barulah saya fikirkan untuk rujuk kepadanya atau tidak. Sekarang ini adalah proses untuk kami membetulkan kesilapan masing-masing.
"Tapi saya tahu, bahawa saya masih sayangkan dia dan dia juga masih sayangkan saya seperti dulu. Itu sudah memadai bagi saya dan juga anak-anak.
"Apa yang boleh saya katakana di sini, saya teramat bahagia dengan kehidupan saya sekarang berbanding ketika di awal perceraian dulu," kataya panjang lebar.
Ditanya lebih lanjut, tidakkah dia menanam hasrat untuk mencari pengganti atau hatinya sudah dimiliki oleh seorang jejaka yang bergelar pengganti buat Adzmin? Kak Engku bagaimanapun menafikan kerana tumpuannya kini hanya kepada anak-anaknya dan juga kerjaya.
Apatah lagi, ketika tampil buat pertama kali ketika majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang lalu, susuk tubuhnya semakin langsing dan wajahnya kelihatan begitu berseri-seri, seperti ada yang disembunyikan.
"Ya, memang saya kurus sedikit. Saya kehilangan lima kilogram kerana mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu dengan menjadikan lobak kecil sebagai snek saya ketika pagi atau kala menonton TV. Malah saya juga tidak menyentuh makanan berat pada waktu malam.
"Sebagai duta Keep Slim, saya tidak melepaskan peluang mendapatkan rawatan di situ. Selain itu juga, senaman dan diet yang sihat amat diperlukan bagi mengekalkan bentuk badan yang cantik," katanya yang cantik dengan persalinan wanita urban hitam putih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 05:40 PM | Show all posts
Reply 92# maxim

rupanya ni lagu wann berduet ngan azwana alia sebelum convert...curlasttt ko azwana..macho jah suara

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:02 PM | Show all posts
makin cantik pulak dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:42 PM | Show all posts
lawa KE skrg...slim..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:54 PM | Show all posts
pasang badan norrr la..kak engku skang ni....motip...????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.319052 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list