sebab tu ada hadith yg berbunyi macam ni pulak: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud,Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya
eddysheddy Post at 20-2-2012 02:28
eh jap actually hadith yg uols tepek tu adalah hadis yang sama je.. ni matannya yang asal;
عَنِ أَبي هُريرة رضيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النبيِّ (صَلّى) قال: " تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ " مُتّفَقٌ عَلَيْهِ
mafhumnya: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana AGAMANYA nescaya kamu akan bahagia”. (HR Bukhari dan Muslim)
ikut kefahaman iols masa belajar dulu: seseorang perempuan yg patut dipilih sbg isteri biasanya dinilai pada 4 perkara tu disamping ada jgk perkara yg lain spt sekufu etc.. tapi drpd semua2 tu mestilah dipilih yg baik agamanya..
ttg yg 'utama' dan 'pertama' segala bagai tu tak taulah sama tarafnya or tak.. tak berani ckp.. kena teliti semula syarah hadis.. n mgkin ada ayat al-quran atau hadis lain yg membincgkan antara 3 perkara lain tu yg mana lebih penting... wallahua'lam
ni antara hadith lain:
Rasulullah SAW bersabda;“Janganlah kalian menikahi perempuan itu kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu akan membawa kerosakan bagi mereka sendiri. Janganlah pula kalian menikahi mereka kerana mengharap harta mereka, mungkin hartanya itu akan menyebabkan mereka sombong. Akan tetapi, nikahilah mereka dengan dasar agamanya. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam lebih baik, asalkan ia hidup dalam beragama.” (HR Ibnu Majah) |