CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1729|Reply: 0

Teknologi frekuensi radio , Non surgical power facelift

[Copy link]
Post time 20-2-2012 11:26 AM | Show all posts |Read mode
RF, sebuah teknologi yang bersifat pro perubatan dan tidak bersifat intrusif.

BERBANDING dengan pembedahan plastik dan rawatan sinaran laser, rawatan tanpa pembedahan yang menggunakan frekuensi radio (RF) dilihat sebagai satu teknologi yang unggul dan makin mendapat perhatian.

Ia bukan sahaja mengurangkan risiko yang dialami oleh pelanggan tetapi dalam kebanyakan masa tidak mempunyai sebarang risiko yang ditanggung.


Saya belajar tentang Non Surgical Power Facelift atau dikenali sebagai RF dari Australia selama beberapa tahun. Ia merupakan sejenis rawatan yang mendapat pengiktirafan dalam bidang perubatan kerana membantu untuk membina semula tisu badan yang rosak dan mati," ujar Kelly Tan E Li yang memperkenalkannya di butik sulung kecantikan dan penjagaan badan, Sommerset Nails, Bangsar.

Sambil membuat demonstrasi rawatan ke atas seorang pengguna, katanya, jika pengguna terbabit tidak menghadapi mana-mana penyakit atau kondisi yang mengugat kesihatan diri, yakni sedang mendapatkan rawatan radiologi, pesakit kanser tumor malignan, hipertensi, trombosis, pesakit yang mempunyai benda asing yang berunsurkan besi dalam badan dan mengandung, mereka layak mendapatkan rawatan RF tanpa was-was.


Golongan wanita yang datang haid juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan ini sehingga tamat kitaran haid.

RF adalah teknologi yang bersifat pro perubatan dan ia tidak bersifat intrusif. Tanpa membakar kulit seperti sinaran laser, RF mengeluarkan haba yang tidak terlalu panas untuk mensimulasikan lapisan kulit dermal. Aktiviti simulasi ini dilakukan ke atas kolagen semula jadi yang terkandung dalam kulit bagi mengetatkan lagi permukaan kulit yang kendur.

Pada masa yang sama, ia membantu untuk meningkatkan dan menghilangkan kesan calar; parut lama dan sebarang cacat-cela pada permukaan kulit termasuk kedutan; mata bengkak atau eye bag dan kulit yang kendur.


"ada rawatan pertama lagi, anda dapat melihat perubahan yang ketara dari segi kulit yang tegang dan lembut," ujarnya lagi yang menambah rawatan susulan sebanyak lima hingga enam kali akan memberi hasil yang lebih menonjol. Sebaiknya, rawatan seterus menyusul dalam tempoh dua kali sebulan.


Memandangkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak seimbang, tanpa senaman dan tidak cukup tidur selain pengambilan makanan yang berminyak, kesan-kesan ke atas kulit dapat dilihat pada usia yang muda. Kelly sendiri yakin bahawa tanpa keseimbangan gaya hidup yang sihat, rawatan ini tidak berbaloi kerana sukar dibendung dari segi pengaruh luaran.


"Kebanyakan wanita yang datang mendapatkan rawatan terdiri daripada wanita bekerja, isteri dan wanita berusia. Walaupun tidak ada had umur yang diletakkan, saya sarankan mereka yang berusia 25 tahun dan ke atas boleh mencuba bergantung kepada masalah yang dihadapi."


"Mereka yang berusia atau merasakan dirinya nampak tua daripada usia sebenar, boleh berdaftar dan mendapatkan nasihat."

RF bukan sahaja merawat bahagian muka tetapi ia boleh digunakan untuk mengurangkan lemak yang berlebihan serta merawat bahagian badan seperti pinggang, paha, perut dan mengurangkan rasa kesakitan di belakang badan.

Dalam tempoh 30 minit sahaja, rawatan lengkap dapat diberi di muka, paha dan belakang badan. Bahagian perut, bagaimanapun, mungkin mengambil masa yang panjang iaitu hampir sejam.


Untuk melangsingkan badan pula, RF memecahkan lemak degil dan mensimulasikan bahagian badan yang bermasalah selulit menerusi sistem limfa.


"Walaupun teknologi ini telah berkembang maju di negara luar seperti Korea, namun ia masih agak baru di sini dan memerlukan banyak didikan," kata Kelly yang memberi jaminan tidak menggunakan bantuan pekerja semasa melakukan rawatan ini sebalik dia sendiri membuat dalam bilik privasi.



SUMBER DI PETIK DARI KOSMO! ONLINE - STAILO

NAK TANYE, SESIAPE PERNAH BUAT RAWATAN NI, SHARE KAN LAH YE

MOD KALO DAH ADE .. KASI ZASSS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.308436 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list