CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31023|Reply: 143

Belasungkawa Ahmad Nisfu

  [Copy link]
Post time 23-2-2012 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Masihkah korang semua ingat dengan ayat ini,

“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku!!!!”

Haaa dialog dari cerita apa tu? Itulah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Mungkin dalam blog-blog lain yang korang baca, korang asyik baca cerita pasal gossip artis sana-sini tetapi dalam entry blog kali ni, kitorang nak cerita sikit tentang kehidupan artis-artis era Jalan Ampas untuk dikongsi bersama korang. Kali ini, kitorang nak cerita pasal kehidupan Ahmad Nisfu.




Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti social Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.




Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa sedara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat. Al-Fatihah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Terharu dan sedih baca ayat2 perenggan akhir nie..semoga roh Allahyarham ditempatkan di atas org2 yg beriman..

Jom kita sedekahkan Al-fatihah sekejap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2012 12:28 PM | Show all posts
the unsung hero, tragic life...patut buat filem pasal kisah hidup dia...aku sokong pak piee pegang watak dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:29 PM | Show all posts
Ya Allah sedihnyaa kisah hidup beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:32 PM | Show all posts
alfatihah......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 12:32 PM | Show all posts
the unsung hero, tragic life...patut buat filem pasal kisah hidup dia...aku sokong pak piee pegang w ...
sokmogitu Post at 23-2-2012 12:28



    ya betul tue..kuat penangan dia sampai jadi ikutan generasi hari ni walaupun xberada pada zaman dia...dialog2 dia sampai harinie org dok sebut2...

salah 1 dari dialog tue yg tepong gomak sampai la nie org dok sebut2
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:33 PM | Show all posts
al fatihah....


baru tau yg dia hidup terseksa sebelum meninggal. minat dia ni...lawak bersahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2012 12:33 PM | Show all posts
sape sini tau dia disemadikan kat mana?...mcm nk gi ziarah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:34 PM | Show all posts
Ahmad Nisfu adalah seorg pelakon dan pelawak yg saya minat..
Alfatihah..semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 beriman..AMEEN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 12:34 PM | Show all posts
al fatihah....


baru tau yg dia hidup terseksa sebelum meninggal. minat dia ni...lawak bersahaja ...
AnakJantan1987 Post at 23-2-2012 12:33



    lawak dia spontan dan bersahaja kan...kadang2 dgn mimik muka dia dh buat kita tergelak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 12:35 PM | Show all posts
freekey xnak komen apa2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:35 PM | Show all posts
tahun brapa eh die meninggal?

sedihnya hidup kat pillbox..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 12:37 PM | Show all posts
tahun brapa eh die meninggal?

sedihnya hidup kat pillbox..
maxim Post at 23-2-2012 12:35



    aku xdpt nk bayangkan dia berumah kat pillbox tue..isk tragis..tp aku yakin Allah lebih syg dia nie..surprise dia nie dulu bilal masjid..Al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:38 PM | Show all posts
dia baru meninggal ke apa aku tak faham.....eh filem2 p.ramlee yg tv dok tayang tu tak dapat royalti ker dia org weh..........pak ajis pun miskin dok umah flat jer aku tak hairan org lain same aaaaaaa maknanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:38 PM | Show all posts
aku xdpt nk bayangkan dia berumah kat pillbox tue..isk tragis..tp aku yakin Allah lebih sy ...
Balbo Post at 23-2-2012 12:37


xpe la moga2 amal die semasa hidup dpt bahagiakan die di akhirat sana nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:40 PM | Show all posts
Kesiannya dia mati kat kubu jepun sorang2, aku pernah tgk gambar kubu tu kecik je.

Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..ameen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 12:40 PM | Show all posts
dia baru meninggal ke apa aku tak faham.....eh filem2 p.ramlee yg tv dok tayang tu tak dapat royalti ...
pluto Post at 23-2-2012 12:38



    dh lama dh...cuma terdetik nk bukak thread pasal dia nie sbb ada thread pasal sudirman...apa salahnya kan kita kenang org yg ada jasa pada industri nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2012 12:41 PM | Show all posts
al fatihah
kesiannyer nasib beliau...
semoga roh ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:41 PM | Show all posts


pillbox....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:42 PM | Show all posts
lawak dia spontan dan bersahaja kan...kadang2 dgn mimik muka dia dh buat kita tergelak...
Balbo Post at 23-2-2012 12:34



    ucapan dialog allahyarham amat jelas. dengar dia cakap pun dah buat kita tergelak. suka sangat. lagi sorang ar tompel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 12:43 PM | Show all posts
pillbox....
mea Post at 23-2-2012 12:41



    yg nie ke?..camna leh sampai jadi mcmnie?...kejam jugak shaw brothers nie xjaga kebajikan dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.086351 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list