CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mummygreen

wan maimunah.....

  [Copy link]
Post time 29-2-2012 01:52 PM | Show all posts
zaman dulu2...x mampu x beli kain wat baju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 01:57 PM | Show all posts
aku ngeri tengok citer tanggang ni. Wan maimunah dah la pakai serabai camtu pastu xxx dia sgt besau free2 jer tunjuk kat gambit tue..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 01:59 PM | Show all posts
bile tgk wan maimunah ni teringat drama lakonan die nge rosyam nor jadik suami isteri..naik motor rx ...
pia250110 Post at 29-2-2012 13:29


hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 01:59 PM | Show all posts
apa ending cerita semalam..saya pun tengok jugak..sedihnya tengok dia pakai mcm tu..miskin sangat sampai hanya mampu beli singlet jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:00 PM | Show all posts
macit nih dulu bekas penari kan??? dulu aku pernah tengok satu kaset tarian tradisional ada muka dia kat depan tengah nari.. masa tu dia kurus lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:03 PM | Show all posts
bagus tau nenek munah nih belakon.. iols suka!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2012 02:06 PM | Show all posts
aku ingat ada gamba dia ngan anak hekan ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 02:07 PM | Show all posts
apa ending cerita semalam..saya pun tengok jugak..sedihnya tengok dia pakai mcm tu..miskin sangat sa ...
seri06 Post at 29-2-2012 13:59


xtahan masa kene pukul kt sungai tu....hazabbb mak nengok....seksa uolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 02:09 PM | Show all posts
brapa umur dia sbenarnya..
suka tgk dia berlakon tp klu nangis over sikit
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:11 PM | Show all posts
dia ni blh bawa byk watak...
lakonan dia mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:21 PM | Show all posts
lakonan dia bagi aku menjadik..
memberi kesan la..dia berlakon jadik baik ke...jahat ke..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:22 PM | Show all posts
dia neh kalO berlakOn mmg bersungguh....aku suka
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:22 PM | Show all posts
bile tgk wan maimunah ni teringat drama lakonan die nge rosyam nor jadik suami isteri..naik motor rx ...
pia250110 Post at 29-2-2012 13:29



    pkai tshirt ngan suar ketat bukan smpoi... tapi hazab kot....
tapi aku suka la dia berlakon, watak paling aku geli tengok time dia berkemban berlakon x puasa dia hirup kuah tonggang periuk ngan fasha sandha, dalam Quran Buruk....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:25 PM | Show all posts
suka lakonan beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:25 PM | Show all posts
siyes aku malu nak tengok cite ni semalam sebab baju dia seksi sangat macam baju dalam orang tua dulu dulu.
Pasa laki lak, zaman aku belajar  kat shah alam tahun 96-99 dulu selalu gak jumpa dia kat giant sek 18 dengan laki dia muka cam cine ngan  budak laki kiut, masa tu budak tu umur dalam 2 hingga 3 tahun gitu. Tak silap dia duduk kat sek 6 shah alam, masa tu le
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:29 PM | Show all posts
dia ni blh bawa byk watak...
lakonan dia mmg best
beldandy Post at 29-2-2012 14:11



Kan Bel kan....
Lakunan dia memang best...
Tapi ai selalu confius dia dengan Rosnah Mat Aris.....
Kesian kat Wan Maimunah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 02:30 PM | Show all posts
Reply 22# Orange_7491


    ko rasa gambit merembes tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:30 PM | Show all posts
ni ada artikel berkaitan…
Apa status Wan Maimunah?

Apa status Wan Maimunah?

TAK payahlah temu bual ibu ni, ibu bukannya muda lagi.” Itu yang terpacul dari mulutnya saat diminta Pancaindera untuk ditemu bual.

Ternyata sifat merendah dirinya cukup menebal meski semua tahu hanya ada satu sahaja Wan Maimunah Wan Abdul Aziz di bumi Malaysia ini yang tiada galang gantinya.

Mula menceburi bidang lakonan secara serius pada tahun 1972, Wan Maimunah layaknya digelar primadona tanah air. Andai kata permata yang satu ini hilang, percayalah, sukar untuk mencari pelakon sepertinya yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya.

Namun apa yang pasti, watak air mata adalah yang paling melekat di mata peminatnya. Pun begitu, sejauh mana orang tahu mengenai isi hati Wan Maimunah sebagai orang biasa jika dia tidak berada di hadapan kamera?

Lebih-lebih lagi mengenai kesunyian yang ditatangnya selama hidup bersendirian tanpa ditemani seorang lelaki bergelar suami.

“Kalau boleh ibu tak mahu bercerita mengenai status ibu. Cukuplah kalau ibu katakan yang ibu hidup bersendiri dan sudah biasa begini.

“Tapi itu tak menjadi masalah kerana yang penting ibu ada anak-anak yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan pada ibu,” kata wanita yang berasal dari Johor Bharu, Johor ini.

Terasa kekurangan

Mengakui menjalani hidup secara solo bukanlah mudah, kata Wan Maimunah, adakalanya dia terpaksa menahan kesedihan walau di luar, riak wajahnya mencerminkan keceriaan. Tempoh berapa lama dia hidup sebegitu masih menjadi rahsia besarnya.

Mengambil pendekatan untuk terus berahsia, Wan Maimunah bagaimanapun berkongsi rasa tentang kesunyian yang ditanggungnya selama ini.

“Bohonglah kalau ibu kata tak pernah rasa sunyi atau sedih. Paling dirasa, kalau sakit demam tak siapa yang nak tengokkan. Memanglah orang lain boleh bercakap, suruh kita makan ubat dan jangan lupa pergi klinik. Tapi itu berbeza jika ia disertakan dengan sentuhan dan belaian.

“Bagi ibu, sentuhan dan belaian adalah penawar kepada segala penyakit. Sesiapa pun tak akan sangkal apa yang ibu katakan ini.

“Sudah tentulah ibu juga rindu untuk semua itu. Tapi nak buat macam mana dah ditakdirkan ibu hidup bersendirian.

“Tapi ibu bersyukur kerana dikurniakan ramai anak yang semuanya sayangkan ibu. Sampai bercucu bercicit pun sekarang ini. Ada yang panggil Mak Tok, Opah, Wan, Tok Su. Nanny pun ada. Alhamdulillah, ibu bahagia dengan pemberian Allah S.W.T ini.”

Sempat mengusik empunya diri mengenai niat hatinya untuk berumah tangga, ternyata ia disambut dengan deraian tawa panjangnya. Kata wanita ini, dia menyerahkan semua itu kepada Tuhan untuk menentukan jodoh buatnya.

“Sekarang ini belum ada yang sudi. Tak apalah, itu semua ketentuan Tuhan. Kalau benarlah ibu ditakdirkan berkahwin lagi, ibu harap biarlah ia adalah yang terakhir. Sekarang ini, tunggu dan sabar sahajalah,” guraunya lagi.

Jangan sombong

Mengakui kurang mengambil tahu mengenai perkembangan dunia artis tanah air, kata Wan Maimunah, dia bagaimanapun punya petua untuk dikongsi bersama pelakon-pelakon baru di luar sana.

Dalam kerendahan hati, sesekali dia menyebut “Ibu bukanlah orang glamor pun.” Namun katanya, dia selalu mengingatkan diri sendiri supaya tidak berlaku sombong dengan semua orang.

“Tak kisahlah kita ni artis glamor ke tidak atau orang biasa sekali pun, jangan sesekali kita menyombong dengan orang. Itu yang ibu pegang selain sentiasa jujur dengan diri sendiri terutama dalam soal kerja,” katanya.

Dalam pada itu, cerita Wan Maimunah, dia juga sentiasa percaya bahawa rezekinya dalam bidang lakonan sentiasa ada selagi peminat masih menyokongnya.

Malah, pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 1992 ini juga tanpa segan menganggap lakonan adalah sebahagian daripada dakwahnya.

“Ibu selalu berharap, kalau watak baik lakonan ibu dapat menjadi contoh kepada masyarakat, kalau watak jahat pun begitu. Maknanya, yang jahat kita jauh-jauhkan, yang baik kita ikuti.

“Kalau nak tahu, ibu juga cukup pantang kalau ada orang langkah skrip. Pada ibu, itu adalah periuk nasi, jadi janganlah dilangkah apalagi ia adalah rezeki berlakon.

“Lagipun ibu dapat berlakon semuanya dengan izin Allah S.W.T,” katanya menutup bicara pertemuan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:31 PM | Show all posts
Reply 33# kukukatablog


   hahhahah aku rase ramai org tue2 skrg pakai gitu gi shopping ..ringkas katenye...
wan maimunah kebanyakkan belakon dlm cite sedih2..kalu menangis air hidung semue keluo...sedih sgt kot...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 02:34 PM | Show all posts
iols mmg suke tgk dia berlakon...
tang menangisss melelehhh ayak mata iolss tgk dia menangiss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.378866 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list