CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mummygreen

wan maimunah.....

  [Copy link]
 Author| Post time 29-2-2012 04:23 PM | Show all posts
penah tgk intebiu dia kat tb1 dulu
dia kate dia mmg x de suami..x de anak
adik badik de laa..tp sm ...
abby_R Post at 29-2-2012 16:20



sedihnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 04:27 PM | Show all posts
dia kalo berlakon jadi jahat memang best sngt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 04:28 PM | Show all posts
aku plng suka tgk ceta quran buruk

dgn arwah M rajoli

dia curang dgn pelakon muka cina arwah gak

jahat gila dlm ceta

dia ajar anak dia (fashah sendat) gugurkan anak guna bidan kg
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:16 PM | Show all posts
tingin nk jmpa kak munah ni...suka tgk dia belakon...seme watak leh bwk...just kekadang pakaian nya menyolok mata...boobs bsr kot...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:22 PM | Show all posts
aku nak dia kahwin dengan fahrin ahmad
pasti banyak yang dalam forum cari makan hati
terutamanya elorna, Micha, dan Kak Nam
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:31 PM | Show all posts
wan maimunah, yg jd joyah, azean irdawaty adalah 3 serangkai yg berlakun mmg superbbbb.... faveret
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2012 05:33 PM | Show all posts
antara pelakon 'heavy' yg hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 06:27 PM | Show all posts
Wan Maimunah antara actress versatile Malaysia...Dia hebat! Takkan ada pelapis yang mampu tandingi lakonan dia..Watak yang di bawa penuh penghayatan dan menusuk kalbu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 06:33 PM | Show all posts
pelakon yg hebat ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 06:51 PM | Show all posts
mek buleh bagi info tak??
Apa status Wan Maimunah?Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM



Wan Maimunah



TAK payahlah temu bual ibu ni, ibu bukannya muda lagi.” Itu yang terpacul dari mulutnya saat diminta Pancaindera untuk ditemu bual.
Ternyata sifat merendah dirinya cukup menebal meski semua tahu hanya ada satu sahaja Wan Maimunah Wan Abdul Aziz di bumi Malaysia ini yang tiada galang gantinya.

Mula menceburi bidang lakonan secara serius pada tahun 1972, Wan Maimunah layaknya digelar primadona tanah air. Andai kata permata yang satu ini hilang, percayalah, sukar untuk mencari pelakon sepertinya yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya.

Namun apa yang pasti, watak air mata adalah yang paling melekat di mata peminatnya. Pun begitu, sejauh mana orang tahu mengenai isi hati Wan Maimunah sebagai orang biasa jika dia tidak berada di hadapan kamera?

Lebih-lebih lagi mengenai kesunyian yang ditatangnya selama hidup bersendirian tanpa ditemani seorang lelaki bergelar suami.
“Kalau boleh ibu tak mahu bercerita mengenai status ibu. Cukuplah kalau ibu katakan yang ibu hidup bersendiri dan sudah biasa begini.
“Tapi itu tak menjadi masalah kerana yang penting ibu ada anak-anak yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan pada ibu,” kata wanita yang berasal dari Johor Bharu, Johor ini.

Terasa kekurangan

Mengakui menjalani hidup secara solo bukanlah mudah, kata Wan Maimunah, adakalanya dia terpaksa menahan kesedihan walau di luar, riak wajahnya mencerminkan keceriaan. Tempoh berapa lama dia hidup sebegitu masih menjadi rahsia besarnya.
Mengambil pendekatan untuk terus berahsia, Wan Maimunah bagaimanapun berkongsi rasa tentang kesunyian yang ditanggungnya selama ini.

“Bohonglah kalau ibu kata tak pernah rasa sunyi atau sedih. Paling dirasa, kalau sakit demam tak siapa yang nak tengokkan. Memanglah orang lain boleh bercakap, suruh kita makan ubat dan jangan lupa pergi klinik. Tapi itu berbeza jika ia disertakan dengan sentuhan dan belaian.

“Bagi ibu, sentuhan dan belaian adalah penawar kepada segala penyakit. Sesiapa pun tak akan sangkal apa yang ibu katakan ini.
“Sudah tentulah ibu juga rindu untuk semua itu. Tapi nak buat macam mana dah ditakdirkan ibu hidup bersendirian.

“Tapi ibu bersyukur kerana dikurniakan ramai anak yang semuanya sayangkan ibu. Sampai bercucu bercicit pun sekarang ini. Ada yang panggil Mak Tok, Opah, Wan, Tok Su. Nanny pun ada. Alhamdulillah, ibu bahagia dengan pemberian Allah S.W.T ini.”

Sempat mengusik empunya diri mengenai niat hatinya untuk berumah tangga, ternyata ia disambut dengan deraian tawa panjangnya. Kata wanita ini, dia menyerahkan semua itu kepada Tuhan untuk menentukan jodoh buatnya.

“Sekarang ini belum ada yang sudi. Tak apalah, itu semua ketentuan Tuhan. Kalau benarlah ibu ditakdirkan berkahwin lagi, ibu harap biarlah ia adalah yang terakhir. Sekarang ini, tunggu dan sabar sahajalah,” guraunya lagi.

Jangan sombong
Mengakui kurang mengambil tahu mengenai perkembangan dunia artis tanah air, kata Wan Maimunah, dia bagaimanapun punya petua untuk dikongsi bersama pelakon-pelakon baru di luar sana.

Dalam kerendahan hati, sesekali dia menyebut “Ibu bukanlah orang glamor pun.” Namun katanya, dia selalu mengingatkan diri sendiri supaya tidak berlaku sombong dengan semua orang.

“Tak kisahlah kita ni artis glamor ke tidak atau orang biasa sekali pun, jangan sesekali kita menyombong dengan orang. Itu yang ibu pegang selain sentiasa jujur dengan diri sendiri terutama dalam soal kerja,” katanya.

Dalam pada itu, cerita Wan Maimunah, dia juga sentiasa percaya bahawa rezekinya dalam bidang lakonan sentiasa ada selagi peminat masih menyokongnya.

Malah, pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 1992 ini juga tanpa segan menganggap lakonan adalah sebahagian daripada dakwahnya.

“Ibu selalu berharap, kalau watak baik lakonan ibu dapat menjadi contoh kepada masyarakat, kalau watak jahat pun begitu. Maknanya, yang jahat kita jauh-jauhkan, yang baik kita ikuti.

“Kalau nak tahu, ibu juga cukup pantang kalau ada orang langkah skrip. Pada ibu, itu adalah periuk nasi, jadi janganlah dilangkah apalagi ia adalah rezeki berlakon.

“Lagipun ibu dapat berlakon semuanya dengan izin Allah S.W.T,” katanya menutup bicara pertemuan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 07:05 PM | Show all posts
Uihh wan maimunah ni kalau acting...Fushh gigihh beb...Naik seriuu aku..takut terlondeh kain ka hapa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 07:17 PM | Show all posts
Reply 4# mamamica

Ada kemungkinan dia pinjam baju nenek you..cuba you check dengan your grandma...:-)
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 07:21 PM | Show all posts
tapi rasenye die ni sempoi....mak aku prnh jumpe kat tesco...die suke tegur org...peramah kekdahnye. ...
mummygreen Post at 29-2-2012 13:10



   memang peramah n dia pun involve ngan banyak keje keje kebajikan ... apa2 pun dia ni belakon mmg kelas!
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 07:23 PM | Show all posts
Uihh wan maimunah ni kalau acting...Fushh gigihh beb...Naik seriuu aku..takut terlondeh kain ka hapa ...
adorable10 Post at 29-2-2012 19:05



   betul betul betul ... ingat masa dia blakon drama apa tah jd mak fasha sandha ... uishhh bekemban je 2 branak!
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 08:28 PM | Show all posts
[quote]setahu mek somi die bukan yang ahli geng2 kopratasa tu ker??? bukan die jer .. kak jijah m ...
samshik Post at 29-2-2012 14:41 [url=http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=47940081&ptid=638813][img]http://forum.cari.com.my/images/commo

Mek..makcik ni lagi gatal banding ngan acik zizan tu..skeri ai tgk
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 08:31 PM | Show all posts
berlakon baguiuh dok ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 08:38 PM | Show all posts
Reply 35# ayamkatik


malu gak nak nengokk.. laju jer nak aleh siaran masa tengah berkemban kne tunjal tepi sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:32 PM | Show all posts
hahahahah...baru je tgk cite ni senja tadi,
mak aku tanya "kat porem hang takdak orang komen ka sexy macam ni?"
hahhahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:41 PM | Show all posts
dia ni trademark dia kemban dan koyok kat tepi dahi
pastu tuala atas bahu
pastu nanges kuar air mata n air hidung
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:18 PM | Show all posts
hurm....opismate aku kata wan maimunah ni mil dia...nnt aku confirmkan blk ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070959 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list