CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20377|Reply: 137

Superstar Youtube - ‘Popular belum tentu berkualiti’

[Copy link]
Post time 5-3-2012 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by blackberry90 at 5-3-2012 17:17

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang menjadi ‘superstar’ melalui muat naik rakaman lagu mereka ke YouTube boleh mendapat populariti luar biasa, namun belum boleh menandingi kualiti yang dimiliki artis yang dikeluarkan melalui uji bakat.

Penyanyi dan komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai, berkata kebanyakan penyanyi yang dilahirkan melalui YouTube ini hanya boleh membawa lagu yang sesuai dengan gaya mereka sahaja dan tidak bersifat ‘versatile’ iaitu mampu menyanyikan semua genre lagu seperti lagu berentak kemelayuan.

Katanya, hal ini berlaku kerana kebanyakan mereka membawakan gaya artis dari luar negara yang juga muncul melalui muat naik video rakaman di Internet.  

“Melalui YouTube ini tidak boleh muncul penyanyi berkualiti seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Sharifah Aini dan lain-lain yang mempunyai kualiti yang hebat.

“Saya tidak nafikan yang mereka ini juga mempunyai bakat, tetapi bakat mereka hanya kepada satu aliran saja,” katanya ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam.

Ajai ketika dihubungi berkata, melalui pemerhatiannya, kebanyakan lagu yang dinyanyikan dan dicipta mereka ini adalah lagu yang mudah dan boleh dinyanyikan oleh sesiapa saja. “Disebabkan sekarang ini kebanyakan peminat YouTube meningkat, populariti mereka juga boleh naik,”katanya. Metro Ahad melaporkan, fenomena muat naik rakaman nyanyian ke YouTube yang sebelum ini menggegarkan industri hiburan barat kini mula menular di kalangan rakyat negara ini.



~~~ hmetro online ~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2012 04:37 PM | Show all posts
Bukan semua nak jadi artis

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi terkenal yang mencipta nama menerusi laman Myspace, Yuna berpendapat artis Youtube adalah fenomena baru dalam industri hiburan tempatan, bahkan menjadi alternatif kepada media penyiaran yang menyediakan landasan terbuka kepada penggiat seni untuk mengetengahkan bakat.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bukan semua anak muda yang berkarya melalui Youtube mahu menjadi artis, sebaliknya sekadar berkongsi bakat dengan rakan.

Namun, disebabkan Youtube landasan tanpa sempadan, secara tidak langsung mereka mempunyai peminat bukan saja di negara sendiri tapi juga di luar negara.

“Sebenarnya, trend ini sudah lama wujud di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah. Ada dua cara artis Youtube mencipta nama, iaitu sama ada bergerak secara bebas atau melalui tawaran syarikat rakaman.

“Bergerak secara bebas adalah saluran paling popular anak muda kerana mereka boleh berkarya tanpa terikat dengan syarikat rakaman.

“Jika dilihat, ada antara mereka tampil dengan lagu ciptaan sendiri dan ada juga menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan penyanyi lain.

“Namun yang menjadi perhatian biasanya mereka yang mengetengahkan lagu sendiri dengan konsep muzik berbeza serta unik. Mereka yang ada kelebihan menghasilkan karya sendiri akan bertahan lebih lama.

“Bergerak secara bebas ada bagusnya apabila remaja berpeluang mendalami selok-belok industri selain mempelajari bisnes hiburan.

“Ia secara tidak langsung memberi mereka pengalaman pada usia muda,” katanya sambil menjelaskan, ibu bapa tidak wajar menghalang anak menyalurkan bakat menerusi media sosial, namun perlu membimbing mereka supaya saluran dipilih itu betul dan kena dengan caranya.

Pun begitu, dia tidak menafikan Youtube bukan saluran terbaik untuk remaja mengembangkan bakat kerana skil yang ada perlu diasah dengan mengikuti kelas muzik atau latihan di rumah.

“Remaja kini cuba menggunakan media sosial untuk bergelar artis, walhal mereka lupa Youtube atau apa saja saluran yang seangkatan dengannya hanya boleh dikatakan berfungsi apabila seseorang itu mempersiapkan diri dengan pengetahuan mengenai muzik.

“Ini kerana yang akan mendapat perhatian adalah mereka yang tampil dengan karya berkualiti, unik dan lain daripada muzik sedia ada.

“Jika diterima sebagai artis, mereka akan membuat persembahan di depan orang ramai secara langsung. Cabarannya pasti lebih terasa ketika itu dan kerana itulah mereka perlu mempersiapkan diri,” katanya.



~~~ hmetro online ~~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 04:43 PM | Show all posts
Soseh Soseh: Lagu Tasneem jadi bualan

SS bukanlah pelayar YouTube yang tegar tetapi SS tetap juga selalu mengambil tahu hal perkembangan artis yang dilabelkan sebagai ‘bintang YouTube’ seperti Yuna, Najwa Latiff dan kelahiran ramai lagi yang berbakat di luar sana. Salah seorangnya adalah Ainan Tasneem.

Sejak peminat misteri meletakkan lagu ciptaannya yang berjudul Aku Suka Dia dalam YouTube, lagu itu sudah dilayari lebih 800,000 pendengar. Amboih!

SS yakin Tasneem juga bakal menjejaki kejayaan artis senior YouTube yang lain terutama Yuna. Lihatlah, Yuna yang bukan saja mencipta nama dalam industri tanah air tetapi juga di Amerika Syarikat.

Tiba-tiba menurut seorang rakan SS yang juga peminat setia Internet, dua tiga hari lepas, lagu Aku Suka Dia ‘hilang’ dari YouTube. Puas rakan SS mencari lagu itu dengan mencarinya melalui nama Tasneem tetapi tak juga berjumpa. Apa yang keluar, Tasneem yang lain iaitu orang yang namanya sama dengan penyanyi baru itu.

Tak tahulah SS apa puncanya, takkan ada pihak yang nak sabotaj Tasneem kot?

Bagaimanapun, awal pagi semalam di kala SS nak menyambung dengkuran selepas Subuh, rakan SMS bagi tahu lagu itu ada semula dalam YouTube. Ish... macam-macam gimik, dah rasa macam biskut. Sekejap ada, sekejap hilang.

Tasneem kini khabarnya sudah bernaung di bawah syarikat rakaman Music Valley (MV) dan lagu Aku Suka Dia sudah siap dirakamkan semula dalam dua versi. Versi pertama menggunakan latar suara lelaki dan versi kedua suara perempuan. Selepas siap hasilnya, kedua-dua versi lagu itu kedengaran sangat bagus dan kini MV dalam dilema - tak tahu nak pilih yang mana satu untuk dipromosikan.

SS cadangkan, apa kata kita suruh pendengar dengar dan buat pilihan. Versi mana mendapat undian paling tinggi, lagu itu yang dipromosikan.

Khabarnya lagu itu akan dihantar ke Australia untuk buat adunan terakhir di sana.

Satu sikap Tasneem yang SS puji, dia tetap berazam untuk menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses walaupun namanya kini semakin mendapat perhatian peminat muzik.
Baguslah ada wawasan.

SS: Tunggu siapa artis lelaki dari YouTube yang dapat pecah dominasi Yuna & Najwa.



~~~ hmetro online ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:51 PM | Show all posts
tolonglah si tasneem neh... hazab!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:59 PM | Show all posts
hadoi.. cukup-cukup la penyanyi kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:07 PM | Show all posts
Jadilah Internet glamor

Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
haswendy@hmetro.com.my



IBARAT mimpi yang tak sudah, Najwa Latif semakin menempa nama di persada muzik tanah air. Di kala usia menjengah 17 tahun pada 23 Mei depan, pemilik nama sebenar, Imratul Najwa Abdul Latif ini semakin dewasa, lantas menjadikan dia antara ikon remaja yang cuba mencari ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang pilihan.

Siapa sangka, tindakan memuat naik rakaman video ke laman Youtube untuk tatapan ayah dan kakak yang berada jauh daripada keluarga, membawa anjakan dunia baru kepada Najwa.




Menceritakan detik itu, Najwa berkata, pada mulanya dia cuma muat naik video untuk tatapan keluarga kerana ayahnya berpindah ke Kota Tinggi, Johor atas tugasan mengajar manakala kakaknya pula belajar di Shah Alam, Selangor.

“Pada masa sama, saya baru berjinak-jinak memetik gitar. Minat saya dalam bidang muzik bermula sejak usia 5 tahun tetapi waktu itu ayah dan emak tidak galakkan saya main muzik kerana tahu saya akan berhenti separuh jalan.

“Terus terang, saya malas nak berlatih walaupun minat. Selepas berusia 14 tahun, mereka mula memberi galakan untuk saya belajar bermain alat muzik. Saya pilih gitar sebab waktu kecil, saya suka tengok persembahan kumpulan M2M,” katanya.

Selepas menunjukkan minat yang makin mendalam, Najwa mula mendapat sokongan keluarga. Insan-insan inilah yang memberi cadangan kepadanya untuk memuat naik video ke laman YouTube supaya dia dapat terus berlatih dari hari ke hari.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMKP) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat ini tanpa berselindung akui, kehadirannya ke dalam industri mendapat kritikan segelintir pihak.

Suara-suara sumbang itu beranggapan Najwa tidak layak diangkat kerana dia hanya ‘budak mentah’ yang kosong pengalaman. Malah ada juga yang sengaja menggoncang minat penyanyi remaja itu dengan tohmahan dan cerita kurang enak mengenai keluarganya.

Paling mendapat kritikan, tatkala lagu Cinta Muka Buku yang mengangkat nama Najwa Latif dipilih ke Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) bulan lalu. Ramai yang tidak berpuas hati dan antara sebab kenapa mereka bersuara sumbang kerana lagu itu terlalu ringkas dan tidak layak dipertandingkan.

Walaupun ada yang mempertikai bakat mencipta lagu dan menyanyi, Najwa tetap tenang dan masih mampu tersenyum. Baginya, itu semua ujian yang perlu ditempuh tatkala memilih dunia hiburan sebagai tapak meluaskan minat dan bakat.

“Emak dan kakak selalu ingatkan saya, dalam dunia ini ada dua jenis manusia yang suka dan tidak suka dan saya kena terima semua itu. Pada saya, semua kritikan yang dilemparkan saya terima dengan hati terbuka. Kritikan ini sebenarnya membantu saya untuk meningkatkan diri supaya menjadi insan lebih baik di masa depan,” katanya tenang.


DiGiLive Sekolahku Berbakat

MEMEGANG dua ‘title’ yakni pelajar dan penyanyi, membuatkan jadual seharian Najwa sangat sibuk. Malah sedar atau tidak, Najwa sebenarnya menjadi inspirasi kepada ramai bakat baru di luar sana terutamanya remaja untuk mengejar cita-cita menjadi penyanyi.

Apatah lagi sejak fenomena artis YouTube seperti Yuna, Zee Avee, Ana Raffali dan terbaru Najwa Latif diangkat ke peringkat arus perdana, ramai anak muda mula menggunakan ruang sama untuk dikenali.

Kata Najwa, dia akan cuba menjadi contoh terbaik kepada mereka yang menjadikannya inspirasi mereka tetapi secara jujurnya, Najwa rasa sebaliknya.

Merekalah yang menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk berada seperti sekarang.

“Sebenarnya, pertandingan DiGiLive Sekolahku Berbakat (DLSB) yang dianjurkan DiGi banyak memberi peluang dan ruang kepada saya malah anak-anak muda lain menonjolkan bakat mereka.

“DLSB sebenarnya satu platform terbaik buat mereka yang malu untuk tunjukkan bakat. Saya tahu ramai teman sebaya di luar sana mahu tapi malu. Ambil contoh saya, selalunya bila saya dapat inspirasi, saya akan menggunakan telefon bimbit untuk menggubah melodi.

“Saya juga akan membuat rakaman nya�nyian dan petikan gitar agar dapat menyempurnakan melodi yang digubah. Akhir sekali, apabila berpuas hati dengan rakaman itu, saya akan muat-naik rakaman itu ke laman Youtube,” katanya.

Najwa juga gemar menonton klip video melalui gajet tablet miliknya sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran nyanyian dan persembahan.

Dalam nada gembira, Najwa mengajak rakan sebaya mengambil bahagian dalam pertandingan DLSB sama ada secara berkumpulan atau perseorangan. DLSB terdiri daripada empat kategori iaitu vokal, band, tarian dan lawak jenaka. Lantaran itu, Najwa berharap rakan-rakan sebaya dapat menggunakan platform diberi sehabis baik mengetengahkan bakat mereka.

“Inilah landasan terbaik untuk menjadi internet glamor,” katanya.

Rancak berbual mengenai pertandingan anjuran DiGi itu, Selebriti sempat melontar soalan berkaitan persediaannya menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Najwa akui, belum membuat persiapan untuk SPM tetapi banyak menghabiskan masa dengan tuisyen setiap hari. Katanya, setakat itu sahaja persediaannya.

“Saya sedar saya bukannya pelajar pintar tapi saya sudah berjanji dengan keluarga untuk membuat yang terbaik dan membang�gakan mereka baik daripada segi pelajaran mahupun nyanyian.

“Pada masa sama, saya juga sibuk mempromosi single terbaru berjudul Kosong dan mini album yang dijangka keluar penghujung bulan ini,” kata Najwa ringkas.

Selain lagu Cinta Muka Buku yang mengangkat namanya, Carta Hati yang baru saja diputar di radio mula menambat hati pendengar muda dan mendaki carta muzik tempatan. Walaupun memiliki melodi dan lirik yang ringkas seperti Cinta Muka Buku, tidak dapat disangkal ia sebenarnya melekat di hati peminat terutama golongan remaja.

Mungkin atas dasar itu, lagu-lagu kategori santai yang dilantunkan gadis kelahiran Batu Pahat ini mudah diterima remaja sekolah. Percaya atau tidak, jika ditanya kepada sebahagian besar pelajar sekolah antara lagu yang menjadi pilihan mereka ialah Cinta Muka Buka dan Carta Hati.

Bunyinya agak menghairankan tetapi itulah fenomena yang sedang melanda di kalangan remaja belasan tahun yang sangat sinonim dengan kisah ‘cinta monyet’ dan perkenalan di laman sosial.

Ditanya mengenai impiannya selepas ini, dengan penuh yakin, Najwa berharap untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik serta mengambil ujian TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) selepas SPM.



~~~ hmetro online ~~~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2012 05:08 PM | Show all posts
Najwa latip ni cm dh pakai serkup daun kering yang arwah tok aku slalu gune..wane kuning plak tu...alahai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 05:17 PM | Show all posts
kebanyakan lagu yang dinyanyikan dan dicipta mereka ini adalah lagu yang mudah dan boleh dinyanyikan oleh sesiapa saja..


Isn't it good? Mcm jugak lagu2 lama selalunya lirik mudah difahami n diingati.. Better dr lagu2 moden yang sesetengahnya lirik panjang berjela tp feel tak sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:18 PM | Show all posts
Reply 6# blackberry90


   
Aku baru nak cakap kenapa muka dia macam najwa latip, rupanya memang najwa latip
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:22 PM | Show all posts
ape ape lah labu...yg menang realiti tv..pon belom tentu bkualiti..yg terus jadi penyanyi tak masuk mane2 ptandingan pon blom tentu bkualiti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:24 PM | Show all posts
siapa tasneem tue? sungguh x kenal.. best ker lagunya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by blackberry90 at 5-3-2012 17:28

Hanya berbakat jadi bintang

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN, RUDY IMRAN SHAMSUDIN, AMIRUL HASWENDY ASHARI, HELLINIE SINA dan RABI’ATUL ’ADAWIYAH ISMAIL
am@hmetro.com.my


NURNAZARINA... pelajar perubatan Unimas.

KUALA LUMPUR: Buat persembahan, rakam, muat naik ke YouTube dan tunggu tuah. Jika memang berbakat dan bernasib baik, rakaman itu bakal menarik minat jutaan penonton, sekali gus melonjakkan si penyanyi menjadi ‘superstar’ dalam sekelip mata.

Fenomena yang sebelum ini menggegarkan industri hiburan di Barat kini menular di Malaysia. Terbaru, ‘budak sekolah’ Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton enam juta pelayar Internet.

Walaupun ada pihak mendakwa lagu nyanyian dan ciptaan Najwa ‘biasa-biasa’ saja, pihak industri hiburan terpaksa mengalah dengan kehendak peminat kerana ia menjadi trend terkini.

         
     AINAN... lagu Aku Suka Dia                                   TASHA... dari Sabah

Ternyata gelombang itu sungguh kuat hingga semakin ramai anak muda turut mencuba nasib menjadikan YouTube sebagai batu loncatan untuk menggapai impian bergelar penyanyi terkenal selepas kejayaan sama turut dicatat Yuna dan Zee Avi.

Terkini, beberapa remaja yang memuat naik lagu nyanyian mereka di YouTube turut dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencipta nama. Antaranya Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Nur Nurnazarina, Ajek Hassan, Syed Shamim dan Amri.

Walaupun didakwa menggunakan YouTube sebagai batu loncatan supaya bakat mereka disedari penggiat seni, seterusnya menggapai impian menjadi artis, kebanyakan ‘bintang muda’ terbabit menegaskan, pada mulanya rakaman yang dimuat naik hanya sebagai tatapan teman dan keluarga.

Hal ini diakui Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang kini popular dengan lagu Aku Suka Dia.

“Saya memuat naik rakaman sekadar suka-suka, malah tidak pernah terlintas untuk menceburi bidang nyanyian secara serius.

“Menyanyi sekadar hobi, tak mungkin saya bergiat serius sebagai penyanyi. Ibu bapa tidak menghalang hobi itu, tetapi kurang menggalakkannya.

“Sejak kecil saya bercita-cita menjadi pensyarah dan tiada masalah untuk memenuhi permintaan mereka. Mungkin segelintir masyarakat menganggap saya menjadikan YouTube untuk menampilkan bakat, namun ia sebenarnya hanya sebagai memenuhi permintaan teman rapat,” kata penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses ini.

Bermula dengan memuat naik rakaman ‘cover version’ di Facebook (FB), Ainan dicabar menghasilkan lagu sendiri, lalu terhasillah lagu Aku Suka Dia sebelum seorang teman FB memuat naik rakaman itu di Youtube.

“Tak sangka lagu itu menarik 750,000 penonton, menyebabkan saya terus menggunakan medium itu untuk memuat naik rakaman lagu yang pernah dipopularkan penyanyi lain,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Music Vally.

Sementara itu, gadis kelahiran Sandakan, Sabah, Tasha Manshahar atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 20, mula memuat naik rakamannya di YouTube sejak berusia 16 tahun.

Gadis ini turut ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Music Valley, namun menolak kerana bimbang tidak dapat membahagikan masa antara kuliah dengan komitmennya sebagai penyanyi.

Penuntut tahun pertama Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ilmu Khas ini meletakkan pelajaran sebagai keutamaan kerana mahukan masa depan yang lebih terjamin.

“Memuat naik rakaman di YouTube hanya untuk berkongsi bakat dengan teman yang meminati muzik. Buat masa ini saya tak boleh melakukan dua perkara dalam masa sama. Justeru, biar saya tamatkan pengajian terlebih dulu.

“Pun begitu, minat terhadap muzik tidak pernah surut dan jika satu hari nanti saya bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman, saya akan menyanyi tapi tetap berpegang dengan pendirian sekadar mengisi masa lapang,” katanya yang bukan saja pandai memetik gitar tetapi turut mahir bermain keyboard.

Berbeza dengan Nurnazarina Mahrif, 29, atau lebih popular dengan nama jolokan The Shy Singing Doctor, pembabitannya menghasilkan video nyanyian semula yang dimuat naik ke YouTube pada mulanya dilakukan sekadar memenuhi permintaan arwah ibunya, Rakiah Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat barah payudara pada Ogos 2011.

“Arwah ibu sangat meminati lagu ‘Padamu Ku Bersujud’ nyanyian penyanyi Indonesia, Afghan dan meminta saya mencarikan cakera padat lagu itu atau memuat turun di Internet.

“Malangnya, saya tidak menjumpai album itu dan bertekad menyanyikannya sendiri sebagai kejutan kepada arwah ibu. Saya menyiapkan video itu dua hari sebelum kematiannya, tetapi dia tidak sempat menonton.

“Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhirnya dan sejak itu saya aktif merakam dan memuat naik video ke Youtube. Sehingga hari ini saya ada 69 rakaman video nyanyian semua penyanyi popular dalam serta luar negara,” katanya yang bertugas di Unit Radioterapi Onkologi dan Paliatif, Hospital Umum Sarawak (HUS).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berkata, melalui sesi menyanyi, dia dapat meredakan tekanan kerja selain menjadi terapi memulihkan semangat selepas kehilangan ibu tersayang.

Mendapat dorongan bapanya, bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching, Mahrif Bujang, 64, Nurnazarina turut diberikan sokongan oleh rakan setugas dan pesakit untuk terus menunjukkan bakat terpendam itu.

“Terbabit dalam bidang ini tidak bermakna saya mengabaikan tanggungjawab, saya hanya melakukannya pada waktu rehat atau selepas waktu kerja, malah ia sedikit pun tidak mengganggu tugas saya sebagai doktor,” katanya.



~~~ hmetro online ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:32 PM | Show all posts
penyanyi2 dari youtube ni pada pendapat saya punya bakat. eventho ajai cakap mereka2 ni limited dimana hanya boleh menyayikan certain genre saje, dan bukannye versatil, tapi itu relevan sebenarnya. setiap artis perlu punya definisi dan identiti sendiri melalui suara dan genre yang dibawa.

saye nak tanye ajai, brape ramai retis mesia yang versatil yang dijulang bakatnya?
boleh ke retis realiti atau pun retis kite hari ni kuar album genre pelik2 dari yang selalu dibawa?
boleh ke ziana zain kuar album irama malaysia, noraniza idris nyanyi pop soul?
sungguh x masuk akal statement mu itu ajai...

u kene faham, kebanyakan penyanyi kite menjual suara untuk menjadi artis.
lagu yang dilantun vokalnya itu bukan lahir dari diri mereka sendiri, so cemane certain2 lagu tu nak dekat dgn pendengar?

kalau kite tgk retis2 youtube ni, kebanyakan nye menjaja hasi seni dari ciptaan sendiri.
thats a huge different between them and tukang nyanyi ok?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:33 PM | Show all posts
tiba2 aku terbayang adik aku pulak jd antara mereka


dia memang suka menyanyi, harap2 jgn ler mencapub mcm dorg ni.. malu lah aku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:51 PM | Show all posts
tasha tu kah nyanyi serupa org kene parkinson bergetar2 jah bunyinye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 05:54 PM | Show all posts
awat ttiba byk pulak artikel pasal mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:28 PM | Show all posts
sesuai dgn masa la..budak2 la ni mane minat lagu2 vokal tinggi cam ramelah ram tu..
pyh nk nyanyi smbil petik gitar..
so kene acceptla perubahan masa ni...
mmg yg mcm tu org minat skang...lgpun depa ni kreatif
cipta lagu sndiri..
bg aku yg bjiwa rock 90an pun boleh terime depa ni..
nk buat camana zaman berlalu masa berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:35 PM | Show all posts
retis youtube yang aku paling suka Ajek Hassan je..

oo lagi satu aku suka jugak 3Vod.....slh sorang si Fairuz Selamat ex vokalist kumpulan Qface tu..diorang suka upload vids masa karok..sora memang mantapla...tapi sorang tu nampak cam kepit sangat..kalau keras sikit selera sikit nengoknye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:43 PM | Show all posts
Reply 19# bluecrystal

semua tu hadek2 nok... jgn la tertipu dengan kelantagan sore mereka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.479618 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list