CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269544|Reply: 2239

DIRANG MATI DIBAKAR: IBUNYA TERKILAN BILA PESALAH DIHUKUM 1 BULAN PENJARA ! post

     Close [Copy link]
Post time 5-3-2012 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 27-3-2012 07:03

05/03/2012 2:33pm


JOHOR BAHARU — Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di kawasan rumahnya, di Flet Seri Delima, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki dan wanita berumur 36 hingga 40 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit, Nurul Nadirah Abdullah, 5, pada hari yang sama.

"Ketiga-tiga mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis kini sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, setakat ini polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.

Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan flet berkenaan.


Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan didapati tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah.— BERNAMA


p/s kerna dek terbiasa, nilah jadinye.......zmn skrg jgn alpa, org tua pn ilang apatah lagi budak...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 04:43 PM | Show all posts
jgn jd mcm kes nurin sudah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:44 PM | Show all posts
Kann. Tak ambil iktibar langsung kes Nurin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:45 PM | Show all posts
moga kanak2 ini dilindungi Allah swt, insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:45 PM | Show all posts
bodoh piang gi soh dak 5 tahun keluar sesorng
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:48 PM | Show all posts
negara kita bukan mcm negara Jepun.. kanak2 kt sana mmg selamat la kalu disuruh ke mana2.. kanak2 kt Malaysia ni berisiko kena culik...

p/s adakah nk tiru gaya kanak2 jepun "i old enough" tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2012 04:52 PM | Show all posts
anak aku umur 6 tahun nak main beskal pon kat dlm pintu pagar jer....x brani nak kasi kluar rumah....skrg mcm2 leh berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:54 PM | Show all posts
Aku sampai skang takut nak bagi anak2 aku main kat luar kawasan rumah. Sebabnya skang ni ada macam2 kes. Kalo nak main kat luar pun, terus bawak pegi main kat taman. Tu pun sama ada aku atau wife aku temankan. Anak aku selalu cakap 'Nak main kat luar macam Upin Ipin'. Itula pengaruh citer kartun. Diorang ingat suasana macam dalam cerita tu wujud kat bandar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 04:57 PM | Show all posts
cerita i'm old enough tu takpa la ada cameraman ikut
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:01 PM | Show all posts
baya anak ku bdk

anak nk main kt depan pn aku teman

kt rmh ada satu jiran sllu biar anak yg umur 6th & 2th

main kt luar x kira walo hujan, magrib, tengahari rembang, dtg rmhku nk main dgn anak ku x reti nk tido siang.

tah hapa mak nya kt dlm rmh buat tgk tv gamaknya :@

kena culik baru tau....hari2 jiran tlng hantar anak dia umur 2th blk sb main kt tgh jln.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:01 PM | Show all posts
apa punya oranglah yang suruh budak 5tahun ke kedai...ada otak tak nak pakai, malas sungguh nak ke kedai harapkan anak saja..ambillah ikhtibar kes-kes budak-budak hilang yang sampai kini tak ada kabar berita
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:01 PM | Show all posts
budak umur 5 tahun suh pi beli2? uisehh.....x belajar dr kesilapan dedulu ke?

anak menakan aku yg umur 8 tahun infact yg 12 tahun pon, parents derang x kasik keluar dr pagar umah.....yg 5 tahun lagi lah....derang hanya keluar berjalan dengan di escort oleh kitorang.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:02 PM | Show all posts
Apa ke jadah soh budak 5 tahon pi keluar ke kedai???? Ni bukan 80s or 60s....


Moga anak tu selamat laaa... Pls Allah! {:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Changa at 5-3-2012 17:40

flat pprt kan?

tidak lah hairan sgt.

semua kanak2 yg hilang berlaku di kawasan felda flat pprt kan?

nurin pun flat pprt, yg tak jumpa sampai sekarang itu pun kawasan pprt kg medan sebegitu?
oleh itu kenapa iya perkara sebegini hanya berlaku di kawasan felda flat pprt?

adakah ibu bapa kawasan ini otak OKU sedikit?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:06 PM | Show all posts
anak umo 5 taun disuruh g kedai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 05:27 PM | Show all posts
jgn kena culik sindiket organ maknusia udah...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 05:29 PM | Show all posts
apa punya oranglah yang suruh budak 5tahun ke kedai...ada otak tak nak pakai, malas sungguh nak ke k ...
sapp73 Post at 5-3-2012 17:01



    Mungkin nak latih anaknya berdikari
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:29 PM | Show all posts
Kesian aku dgr cerita mcm ni terbyg aku..dia lapar jadi mak atau keluarga dia suruh dia pergi bel barng utk tolong buatkan...

Sekrg dh hilang....aku akan amik ni sebagai teladan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:31 PM | Show all posts
telur rm 2 dpt bape biji ek???
malas nak komen pasal budak malang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:33 PM | Show all posts
kaw. rmah aq mmg byak bdak brsepah x kira waktu...aq pun pelik ngan Mak2 diorang ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 1.024122 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list