CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18537|Reply: 208

Carilah Untukmu Seorang Imam

[Copy link]
Post time 6-3-2012 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by samshik at 14-3-2012 12:29

Salam sahabat dan sahabiah yang mek kasihi..

Someone send me this simple article di saat myself terlalu banyak berfikir tentang perkara yang sama..Penat kan ngan life?? moh rilek kejap..  harapnyer.. sebagaimana mek mendapat pedoman daripadanya .. mek harap orang lain pun dapat lihat bender yang sama dalam artikel nie .. sama2 kita renungkan naa..

Carilah Untukmu Seorang Imam

   

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ” ” Maybe kot. Try search kat google..” ” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..” ” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..” Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam dalam solat? Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud. Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.  

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu. ” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ” Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, saya suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang. Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.  

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti. Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah. Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan. Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya. Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak. Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan. Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya. Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah? Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam. Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia. Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana? Buatlah pilihan dengan bijak.


Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.


Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 07:46 PM | Show all posts
Reply 1# samshik

Terima kasih untuk perkongsiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 07:53 PM | Show all posts
Nak Cari imam Muda.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 08:32 PM | Show all posts
Tatkala Rasulullah saw menghabiskan hayatnya, ketika itu kata Sayidina Ali ra,
" Aku melihat kedua bibir Rasulullah saw bergerak gerak tetapi aku tidak mendengar suaranya dengan jelas. Maka aku mendekatkan cupingku ( telinga ) ke Rasulullah saw.Dengan suara yang sayup Baginda berkata : As solah, as solah, as solah; ummati, ummati, ummati; wama malakat aimanukum."
           Tiga inilah pesan terakhir Rasulullah saw, ya'ini kerjakan solat, solat, solat, kemudian kata Nabi saw , ummati ya'ni umatku.
           Kemudian kata Rasulullah saw ' wama malakat aimanukum ' ~ orang orang yang berada di dalam genggaman tangan kananmu.

Kalau kita , suami bersolat; belum cukup.
Kalau suami , isteri bersolat tapi anak anak tak solat belum cukup.

'wama malakat aimanukum' ~ orang di bawah tangan kananmu.
Maknanya  suami harus bertanggungjawab terhadap isteri dan anak anaknya. Inilah pesan penghabisan Rasulullah saw dan yang terakhir.
Sayidina Omar Ibn Khatab ra  menyebutkan " Sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyangkan"

Mudah mudahan diberkati Allah swt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 09:00 PM | Show all posts
Reply  samshik

Terima kasih untuk perkongsiannya...
selerakampung Post at 6-3-2012 19:46



   Sama2.. semoga mek pun dapat keberkatan jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 09:41 PM | Show all posts
patutla skang ni makin byk program macam mencari imam muda....
kehkeh, sekadar gurauan...

apakah tujuan sebenar ya?imam muda yg bujang berjalan ke sana sini?mencari pasangan belangkas gamaknya....dakwah alaf abad 21 kot....noh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2012 08:32 AM | Show all posts
patutla skang ni makin byk program macam mencari imam muda....
kehkeh, sekadar gurauan...

apakah ...
sehLemahAbang Post at 6-3-2012 21:41



    imam muda tu dah dikomersilkan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:04 AM | Show all posts
Reply 1# samshik

pencarian perempuan adalah amat terbatas  berbanding pencarian lelaki...

namun, seandainya telah dipertemukan dengan seseorang yang boleh diklasifikasikan sebagai seorang 'imam'...dengan yakinnya dia melamar...tetapi dia telah berumahtangga...

bagaimana....?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2012 09:10 AM | Show all posts
Reply  samshik

pencarian perempuan adalah amat terbatas  berbanding pencarian lelaki...

namun ...
pasuoren Post at 7-3-2012 09:04



    tanyakanla soklan ni pada osetad UAI.. nak jugak dengar jawapan die..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:13 AM | Show all posts
Reply 9# samshik


osetad UAI   

kat mana nak cari osetad ni..?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2012 09:17 AM | Show all posts
Reply  samshik


osetad UAI   

kat mana nak cari osetad ni..?..
pasuoren Post at 7-3-2012 09:13



    die ader fan page kat fb kot .. ustad zaharuddin or osetad don tu pun ok kot.. better kiter dengar jawapan dari mereka yang berilmu dari bagi jawapan yang dipengaruhi oleh emosi kan??
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:23 AM | Show all posts
Reply 11# samshik

uiikkk...derang tu giler babas pemesnya...ada masa ke derang nak layan kita nih..?...line derang pun pack semanjang....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:23 AM | Show all posts
oh ye...UAI tu apa..?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2012 09:26 AM | Show all posts
Reply  samshik

uiikkk...derang tu giler babas pemesnya...ada masa ke derang nak layan kita nih.. ...
pasuoren Post at 7-3-2012 09:23



    lor hai .. kalu tak pun try tanyer imam muda asyraf.. kawan mek cakap die ader twitter and die memang layan sebarang soklan ugama yang ditanyakan.. aper nama twitter die mek tak tahu la pulak .. al maklumla , bute IT.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 10:16 AM | Show all posts
Reply 4# rdzaccess


Assalalamualaikum wbt.,

Tima kasih byk2 Mek & Rdz !  kerana sudi berkongsi ilmu & tazkirah ini...  
hakikatnya zaman sekarang ni susah nak cari sorang imam utk membimbing hingga ke syurga apatah lagi utk mengetahui ati budi seseorang itu... beruntung la bagi sesiapa yg sudah memilikinya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 10:16 AM | Show all posts
Reply  samshik

seandainya telah dipertemukan dengan seseorang yang boleh diklasifikasikan sebagai seorang 'imam'...dengan yakinnya dia melamar...tetapi dia telah berumahtangga...

bagaimana....?...
pasuoren Post at 7-3-2012 09:04



    kureng jelas..bole bagi pencerahan sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2012 10:29 AM | Show all posts
Reply  rdzaccess


Assalalamualaikum wbt.,

Tima kasih byk2 Mek & Rdz !  kerana sudi berkongsi ...
kicapmanis Post at 7-3-2012 10:16



    tu la kicap .. ramai yang lebih ikut kata hati dari kata iman .. but jodoh pun macam rezeki jugak .. kan?? kalu ader lagi artikel yang camni .. mek sharing agi naa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2012 10:29 AM | Show all posts
kureng jelas..bole bagi pencerahan sikit..
Lee. Post at 7-3-2012 10:16



    mungkin suami orang yang ingin menambah cawangan (kire imam yang "menambah" makmum.. hehe  )
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 10:52 AM | Show all posts
saya punya otak katalah
yg kat pondok2 tu
yg tarak degree, phd master
yg pakai buat cukup syarat je
upah yg diterima ala kadar je
yg tak TENGOK PUN KEINDAHAN DUNIA

mereka lebih layak ditanya
mereka lebih layak dihormati
kerana semata-mata LILLAH HITAALA
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 11:09 AM | Show all posts
Susah ooo nak cari imam ni...belum kawin nampak macam seakan-akan finalis  imam muda..tapi lepas kawin...alahaiii..finalis akademi fantasia rupanyaaa...hehheeh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.083194 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list