CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12599|Reply: 38

Dari mana kerajaan dapat duit utk Dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ?

 Close [Copy link]
Post time 10-3-2012 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by moribb at 10-3-2012 08:19

Umum mengetahui satu peruntukan yang besar telah dikeluarkan pihak kerajaan untuk membayar RM500 seorang pemohon yang layak dan jumlah yang layak pula adalah sangat ramai. Soalnya dari mana kerajaan mendapatkan dana yang besar tersebut tidak dinyatakan secara jelas oleh Perdana Menteri, beliau cuma menafikan kerajaan membuat pinjaman dari bank dunia, beliau cuma menyatakan kerajaan dapat duit dari kekuatan ekonomi dalaman, setahu aku, MAS rugi besar RM2.5 billion,proton rugi memanjang,pelbagai skandal rasuah mega PKFZ,NFC dan sebagainya yg merugikan pihak kerajaan tidak selesai tapi tiba-tiba YAB Perdana Menteri boleh kata "kekuatan ekonomi dalaman" ..ponin den.....apa pula pandangan anda semua?
Single Polls, Total 91 Users voted
3.30% (3)
5.49% (5)
2.20% (2)
5.49% (5)
8.79% (8)
0.00% (0)
17.58% (16)
0.00% (0)
56.04% (51)
1.10% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2012 02:19 PM | Show all posts
kalaupun kita tak mau percaya kerajaan sedang mengurus ekonomi yg berkembang baik lg kukuh, ia hanya membuktikan kepimpinan kerajaan sangat prihatin kepada rakyat sehinggakan walaupun ada masalah tp keprihatinan nasib rakyat tetap menjadi agenda no 1
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 10:56 PM | Show all posts
ler..dari cukai tu haa..orang dah cakap banyak kali dah..PM sendiri pon dah cakap
lagi mau tanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 11:22 PM | Show all posts
ler..dari cukai tu haa..orang dah cakap banyak kali dah..PM sendiri pon dah cakap
lagi mau tanya :s ...
KumbangPolkaDot Post at 10-3-2012 22:56

Peningkatan Kutipan LHDN Tahun Lepas Pencapaian Luar Biasa - Najib

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil tahun lepas hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, merupakan satu pencapaian luar biasa.

Perdana Menteri berkata kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion tahun lepas, bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat tapi ia juga dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka.

Katanya ia juga akan memberi keyakinan pelabur terhadap pasaran dalam negara selepas menilai kaedah pengurusan ekonomi negara, kerana dalam era global kini, faktor pasaran global adalah sesuatu yang amat penting.

"Kalau tidak ada keyakinan terhadap kita, rating Malaysia akan merudum," katanya semasa berucap merasmikan Menara Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya, di sini, Khamis.

Beliau memberi contoh beberapa negara Eropah, yang menghadapi kemelut ekonomi, disebabkan kegagalan mereka mengutip hasil menerusi cukai.

"Tapi Alhamdulillah di Malaysia oleh kerana asas pendapatan kita ini kukuh, kita dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat. Adakalanya perkhidmatan itu dianggap sebagai hak tapi sebenarnya ia menjadi kenyataan disebabkan kebolehan dan kejayaan kita mentadbir urus negara," katanya.

Perdana Menteri berkata segala perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat hari ini, antaranya seperti Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, Sara 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sebagainya, asasnya ialah kerana kerajaan mampu.

Beliau berkata itu sebabnya amat penting bagi LHDN memberi penerangan kepada rakyat melalui pendidikan, kempen dan penguatkuasaan undang-undang, supaya mereka yang sudah berkemampuan, sepatutnya membayar cukai.

"Bertindak supaya ada sedikit rasa gerun, jangan bertindak melebihi kuasa, tapi dengan cara yang berhemah tapi berkesan, ini cara yang saya yakin LHDN dapat lakukan.

"Kita tengok kalau ada rumah besar, kereta besar, tapi bayar cukai sedikit sahaja, orang macam inilah yang kita kena hambat (kejar) dia," katanya.

Najib berkata semua perkhidmatan buat rakyat tidak mungkin dapat disediakan jika kerajaan tiada tambahan hasil.

"Tidak mungkin kita meminjam duit daripada luar negara dari Bank Dunia, atau IMF, kononnya, sebagaimana dakwaan pembangkang.

Sekarang ini di hadapan pegawai LHDN ini, LHDN lebih tahu perkara ini, mereka dapat sahkan bahawa semua itu (dakwaan pembangkang) fitnah semata-mata," katanya.

Merujuk kepada program Bantuan Rakyat 1Malaysia, Najib berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM2.6 bilion untuk membantu 5.2 juta isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, dan setakat ini 3.7 juta orang dikenal pasti layak menerimanya, dengan hanya 24,000 permohonan yang masih dalam proses pengesahan maklumat.

Selaras dengan kejayaan luar biasa LHDN dalam pelbagai urusannya, Perdana Menteri kemudiannya menjanjikan sesuatu buat badan itu.

"Mungkin tuan puan cakap, takkan terima kasih saja...Saya dah buat satu keputusan, saya serah kepada Ketua Pengarah LHDN untuk umumkan minggu depan.

"Saya sentiasa tekankan kepada produktiviti. Maknanya jika produktiviti meningkat, apatah lagi kalau melepasi KPI, maka mereka yang berusaha lebih gigih dan memperlihatkan keberhasilan yang lebih, kita patut beri pertimbangan khas kepada mereka," katannya.

Pada majlis yang sama, Najib turut melancarkan m-filing, produk terbaru LHDN, yang akan membolehkan individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan menggunakan peranti mudah alih yang disokong oleh kemudahan yang disediakan oleh iPhone, iPad, Android versi 2.2 (Froyo) ke atas, BlackBerry versi 6 keatas, Window Phone versi 7 ke atas.

Bangunan 20 tingkat ibu pejabat baru LHDN yang bernilai RM275 juta itu mula beroperasi pada Disember lepas. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 11:26 PM | Show all posts
Peningkatan Kutipan LHDN Tahun Lepas Pencapaian Luar Biasa - Najib

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib  ...
rashiman Post at 10-3-2012 23:22



    jadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 04:42 AM | Show all posts
duit jatuh dari langit x der pulak...
duit dari seberang laut kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2012 11:09 AM | Show all posts
Gabungan duit tax judi kt genting pn ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:17 PM | Show all posts
puak puak neh punya statement pasal BRIM amat memalukan

pung pang pung pang BRIM tak elok

pung pang pung pang BRIM duit rakyat

pung pang pung pang BRIM - ekonomi meleset...

pung pang pung pang BRIm itu BRIm ini.....

tapi bila bagi ..... puak puak neh la yang beratur depan sekali - sebelum subuh dah sampai ...... prrfthhhhhh...

puak puak neh la yang berlari naik pentas ambik duit ... prrfthhhhh

memalukan puak puak neh

amat memalukan

sangat memalukan kepada generasi akan datang

memalukan dan sangat memalukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 02:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by Abangspek at 11-3-2012 14:41

guna duit cukai, bagi dekat rakyat yang memerlukan. Tak nampak masalah kat situ.

Dorang sumbat nama dorang kat situ sbb dorang uruskan, samer laaa macam gambar ahli-ahli politik dan logo-logo pakatan merata kat selangor atas dasar "bagi air free" sedangkan rakyat dah bayar guna duit cukai dah kan? Bukan duit parti dorang gak.

Pot calling kettle black, samer itam sama bodo
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 02:34 PM | Show all posts
Takdak makna .....Timbun sana..korek sini....korek sini ..cium sana...Cium sana busuk sini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 02:18 AM | Show all posts

Dari mana kerajaan dapat duit utk Dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ?

Gabungan duit tax judi kt genting pn ada:)
roy3 Post at 11-3-2012 03:09


Gabungan duit tax arak di selangor pun ada tuuuu..... hoho.....nak makan duit halal 100 peratus, keja sendiri, xde perkara syubhah dan jgn ambik br1m- bg kpd yg berkehendak. Ambik duit rakyat untuk rakyat jugak...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 12:43 PM | Show all posts
kata p.ramli dlm filem 'tiga abdul'

"hari nih tuan sadiq (kerajaan) mau bayar zakat. sasapa yg berminat pada benda2 dlm ini kedai (simpanan negara) boleh ambil semua (br1m)"

kalo tak cukup jgn risau... bleh pinjam bank dunia lagi (nanti pandai2 la pm yg akan dtg settle hutang. nak jual telaga minyak lagi ke... nak jual tanah ktmb lagi ke... sukati diorang la).

kalo PR ambik alih nanti, padan muka diorang tanggung.
kalo BN menang lagi, padan muka myidin tanggung.

so... kira 'win-win situation' jugak la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 03:00 PM | Show all posts
kata p.ramli dlm filem 'tiga abdul'

"hari nih tuan sadiq (kerajaan) mau bayar zakat. sasapa yg be ...
bangcak Post at 12-3-2012 12:43


kalo BN menang lagi, rakyat kena tanggung.
comfirm BN (Barang Naik) punya.
mmg Beban Negara punya BN..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 03:25 PM | Show all posts
apa pun duit tu adalah duit kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 07:19 PM | Show all posts
org dah tolong pun byk soal... tak tolong apatah lagi... ishh...ishhh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 02:59 AM | Show all posts
tak kisah, saya aman sahaja konsepnya biar pun dari aman mana duit itu datang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 02:55 PM | Show all posts
kot duit dr tabung big mama kot?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:28 AM | Show all posts
Takkan dijawab mana datang duit tue.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 09:55 PM | Show all posts
tak habis agihan lagi tu....
masih ada penerima2 BR1M lagi...
tggu la lps PRU...
kalau BN menang lgi....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 07:39 PM | Show all posts
Duit Balak Kelantan juta2 PAS tak nak bagi ke kat rakyat kelantan buat mcm BR1M
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.824963 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list