CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23628|Reply: 239

bunohan..Kenape tak dapat sambutan..

  [Copy link]
Post time 16-3-2012 05:41 PM | Show all posts |Read mode
sy dah pergi menonton filem bunohan kerana tlalu byk publisiti&pujian utk filem ni..
khamis baru ni tmasuk sy &rakan, hanya ada 4 org dipanggung...
xtahu dimana silapnya smpai tiada penonton...bg pdpt sy sbg insan biasa ni..
filem ni ok..laen dr filem biasa cuma bg sy utk mgangkat filem ni sbg filem terbaik taktahula..sy menonton dgn kadar yg begitu serius hingga xbcakap pun dgn rakan d sebelah demi utk mnghayati filem ini..dan kesimpulannya dari aspek pjalanan cerita..tlalu byk isu yg ingin d sumbatkan oleh pgarah dan tlalu tinggi metafora yg digunakan  smpai sy xfaham diakhir cerita apa yg ingin dsampaikan. utk mgangkat sebuah filem sbg terbaik bg sy mesej dan jln cerita biar smpai kpd penonton tp utk filem ini dari segi pelakon mmg bagus cuma jln cerita dan plot susah utk difahami bg insan kerdil spt sy yg meminati filem genre ini..sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 05:44 PM | Show all posts
Sy nk tgk weekend ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 05:45 PM | Show all posts
sgt best hoccay....tapi mmg boleh bilang org dlm panggung
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 05:59 PM | Show all posts
sgt best hoccay....tapi mmg boleh bilang org dlm panggung
NonaNaga Post at 16-3-2012 17:45


Kalau ambik Senario berlakun mungkin penuh panggung kot....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:08 PM | Show all posts
tak dapat sambutan kerana tiada nilai komersial..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:12 PM | Show all posts
gitu ler... cite2 mcm ni mane la nk dpt sambutan...

len la kalo cite sempit menyempit.. hantu2 dlm botol sos.. awek2ku gengster ke.. harus pecah panggung...

kesian.... #AmanSajaKonsepnya bak kata porumer CI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2012 06:15 PM | Show all posts
org mesia tak suka cita berat la...depa lagi rela gelak2 dlm panggung tgk cita adnan sempit rempit tuh...bayo 10hinggit org nak enjoy la...kalo cita berat2 nih susah hati plak lepas keluo panggong...tensi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:19 PM | Show all posts
iols nak tgk esk....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 06:21 PM | Show all posts
ta best mana pon cite melayu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:25 PM | Show all posts
haah....panggung tak penuh pun...sgt sedih rasanyer bila filem bagus macam ni tak dpt sambutan berbanding filem2 yang tah haper2.....mcm hantu bonceng dan suku sakat lain. Yang lagi sedih bila reporter pun ada yang cakap filem ni tak best......contohnyer artikel dalam mstar semalam

'Bunohan' Menyumbang 'Semak' Dan 'Sakit Kepala'

Ulasan: NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

FILEM: BUNOHAN

GENRE: AKSI / DRAMA

PENGARAH: DAIN SAID

TAYANGAN: BERMULA 8 MAC 2012

KOS PRODUKSI: RM1.81 JUTA

PELAKON: Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah)
Adil (kanan) lakonan Zahiril Adzim akhirnya mati akibat disapu ubat beracun dalam satu perlawanan Tomoi.

BERLATARBELAKANGKAN tepian pantai dan perkampungan yang indah dan sudut sinemagrafi yang menarik, Bunohan berjaya diangkat oleh pengarah Dain Said sebagai sebuah filem yang menarik untuk diperkatakan.

Kebanyakan pihak memuji keupayaan pengarah muda ini mencernakan kekuatannya dalam menghasilkan sebuah karya yang dilihat luar biasa selepas sesi pra tontonnya pada 29 Februari lalu.

Bunohan hebat diperkatakan apabila ia menerima anugerah NETPAC(Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.

Dan dek kerana itulah filem ini menjadi taruhan serta di jaja daripada mulut ke mulut sehingga menyebabkan orang ramai menunggu kemunculannya bagi menilai sejauh manakah luar biasanya karya terbaru Dain Said ini.

Bunohan yang mengambil nama sebuah perkampungan di Tumpat, Kelantan berkisar tentang hubungan tiga beradik iaitu Ilham (Faizal Hussein), Adil (Zahiril Adzim) dan Bakar (Pekin) yang berhadapan dengan krisis kekeluargaan.

Membunuh

Ia dapat dilihat apabila Ilham diupah membunuh adiknya iaitu Adil, seorang peninju tomoi yang sering kali menyandang juara dalam perlawanan di Selatan Thailand sementara Bakar pula seorang yang tamak apabila mahu membolot tanah pusaka.

Bapa kepada anak-anak tersebut ialah seorang Tok Dalang wayang kulit tegar iaitu Pok Eng (Wan Hanafi Su) digambarkan sebagai seorang lelaki yang berdahi licin apabila berkahwin lebih daripada satu.

Kerana kecewa dengan perkara itu, isterinya Mek Yah (Tengku Azura) membawa diri meninggalkan anak-anak dengan menjadi buaya putih, mitos kepercayaan orang-orang dahulu.

Ilham akhirnya sanggup mati dibunuh oleh Deng kerana dia tidak tergamak untuk “mengambil nyawa” adiknya sendiri seperti mana yang diinginkan.
Lakonan Faizal Hussein (kiri) dan Bront Palarae sememangnya hebat.

Malah Adil yang sudah 27 tahun meminggirkan keluarga termasuk ayahnya dipertemukan selepas isu tuntutan tanah daripada Bakar yang mahu melaksanakan projek di tanah yang hendak diwariskan kepada Adil itu.

Karakter yang dibawa dalam setiap watak tidak kiralah kecil ataupun besar adalah sesuatu yang luar biasa.

Kehebatan filem ini ternyata daripada sudut nilai lakonnya. Kesan yang diberikan oleh Faizal Hussein dalam filem ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Begitu juga dengan pelakon lain yang mampu membawa watak mereka tanpa sebarang masalah walaupun keseluruhan filem ini menggunakan loghat negeri Kelantan.

Namun di sebalik kehebatan yang ditonjolkan serta aksi lakon yang ditampilkan, Bunohan sebenarnya bukanlah sebuah filem yang terlalu luar biasa.

Maaf... mungkin komen ini sedikit menyimpang daripada kebanyakan ulasan yang dilakukan oleh media lain tetapi hakikat terhadap “kecuaian” dalam filem ini harus diterima dengan positif.

Ia hanya hebat daripada sudut sinematografi, keupayaan para pelakon serta tema yang diangkat. Itu sahaja.

Sakit kepala

Tetapi secara keseluruhannya filem ini hanyalah sebuah filem “sakit kepala” kerana ia cuba memaksa penonton untuk mengkaji makna tersirat di sebalik kata-kata, gerak geri serta raut wajah para pelakonnya.

Secara jujurnya, Bunohan bukan sebuah filem kegemaran masyarakat Malaysia yang malas untuk berfikir perkara di sebalik atau makna tersirat itu. Dan dek kerana itu, ia tidak mampu untuk membuatkan penonton mahu menontonnya untuk kali kedua.
Sinematografi dalam 'Bunohan" adalah antara yang terbaik.

Jika ada pun disebabkan mereka terpaksa berbuat demikian kerana ingin memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam filem ini.

Bunohan adalah sebuah filem seni yang berat dan dilihat hanya bersesuaian untuk mereka yang mempunyai ilmu perfileman seperti pelajar-pelajar filem ataupun mereka yang benar–benar cintakan karya seperti ini sahaja.

Ini kerana terlalu banyak sub plot yang hendak dikembangkan oleh Dain Said sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh pengarah itu?

Semak

Watak Mek Yah tidak digambarkan dengan jelas yang menunjukkan wanita itu adalah buaya jadian sementara apakah kepentingan Ilham yang keterlaluan dilihat menggali kubur daripada matlamat utamanya untuk mencari Adil.

Kepentingan buaya dan saka yang dibangkitkan sebenarnya tidak menyumbang terhadap kekuatan Bunohan pun sebaliknya kewujudan watak itu hanya mendatangkan “semak” terhadap filem ini.

Apakah sesebuah “art movie” memerlukan seseorang pengarah itu menghasilkan karya yang membebankan pemikiran penonton?

Filem Jogho arahan U-Wei yang ditayangkan pada tahun 1999 adalah salah satu contoh filem seni yang amat baik daripada segi tema dan perkembangan plot yang ditampilkan.
Pekin Ibrahim juga berjaya menunjukkan kemampuannya dalam 'Bunohan'.

Jogho memenangi lima anugerah menerusi Festival Filem Malaysia Ke 11 (FFM11) termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) yang juga berkisar mengenai kehidupan masyarakat di Kelantan dan Selatan Thailand.

Kisah kehidupan mengenai perlawanan laga lembu yang turut membabitkan adegan pembunuhan itu berjaya digarap dengan sempurna tanpa banyak masalah untuk penonton memikirkannya.

Tapi sayang, hasrat Dain Said untuk melakukan kelainan dalam konteks pemikiran “zaman teknologi” pada hari ini tidak seratus peratus mencapai matlamatnya tetapi usaha itu berjaya daripada kekuatan lain.

Kita berhak untuk bersetuju atau tidak dengan apa yang kita lihat atau lakukan tetapi hak saya terhadap filem ini telah saya perjelaskan.

Sama ada anda boleh menerimanya atau tidak, pergilah menonton dan buatlah penilaian sendiri kerana cara itu adalah rumusan terbaik untuk pandangan anda
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:27 PM | Show all posts
ini artikel hari ni dalam mstar jugak

‘Bunohan’ Ketepikan Sosiobudaya & 'Berpecah-Belah'

Oleh WAHIDUZZAMAN

Pengarah filem Bunohan Dain Said (kanan) dan pelakon utama, Faizal Hussein.

PETALING JAYA: Ketika orang ramai rancak memuji filem Bunohan arahan Dain Said, filem itu sebenarnya dilihat telah mengetepikan sosiobudaya negeri Kelantan selain bertujuan “menyeksa” pemikiran penonton.

Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, pengarah itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru.

Menurut Ana Balqis yang berasal dari Kelantan, dia mengakui secara keseluruhannya, filem itu berjaya menonjolkan imej segar pada perfileman tanah air, tetapi ia masih mempunyai beberapa kekurangan yang mengundang pertikaian.

“Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

“Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.
Ana Balqis

“Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis.

Bercakap mengenai aspek antropologi dalam filem itu, Ana Balqis berkata penonjolan aspek tersebut telah tersasar dan jauh dari dasar latar belakang filem itu yang menjadikan bumi Kelantan sebagai lokasinya.

“Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

“Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

“Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini,” katanya.

Kekeliruan

Ana Balqis berkata, oleh kerana kekeliruan pada aspek dialek itu, dia mengakui dua elemen yang dipaparkan pada babak awal menimbulkan kekeliruan sama ada filem ini mahu melonjakkan isu harta pusaka atau saka sebagai subjeknya.

Dia juga berkata, dek keterujaan Dain untuk menyelitkan terlalu banyak sub-plot dalam filem berkenaan, beberapa watak penting yang ditonjolkan seperti watak budak kecil dan Mek Yah (Tengku Azura) gagal meninggalkan kesan dan sumbangan terhadap filem itu.

“Saya tertanya-tanya di mana etos atau semangat serta signifikan watak Mek Yah dan budak kecil yang dipercayai sebagai saka itu? Sama ada dua watak ini wujud atau tidak, ia tidak meninggalkan apa-apa gangguan atau cela pada filem ini?” katanya.

Ana Balqis berkata, Dain juga menimbulkan kekeliruan apabila pemilihan senjata lawi ayam dijadikan perlambangan imej ‘kejantanan’ dalam filem ini.

“Hakikatnya, menurut sejarah dan cerita orang tua-tua, senjata yang digunakan oleh kaum lelaki di Kelantan adalah badik, kapak kecil dan kapak binjai manis. Lawi ayam yang digunakan secara meluas dalam filem ini sebenarnya berasal daripada masyarakat Jawa dan bukannya Kelantan.

“Ia mungkin isu yang penting tetapi jika benar Bunohan berlatarkan bumi Kelantan, maka adalah wajar penceritaan itu juga berpaksikan segala aspek persekitarannya juga,” katanya.

Didominasi unsur kejahatan

Hurainya lagi, apa yang meralatkan apabila pengarah itu langsung tidak memartabatkan elemen agama dan Islam dalam filem itu, melainkan unsur negatif dan kejahatan yang mendominasi tema filem ini.

“Kenapa Dain tidak selitkan dalam satu pun elemen agama atau sesuatu yang meraikan agama? Saya melihat Dain memilih untuk gambarkan Pok Eng (Wan Hanafi Su) sebagai golongan yang bercelaru dan alpa pada aspek itu.
Pekin Ibrahim sebagai Bakar.

“Penonton wajar diberikan sedikit harapan di pengakhiran cerita bahawa agama mampu memberikan perubahan pada kecelaruan karakter Pok Eng.

“Malangnya, itu tiada dan Dain memilih untuk meraikan unsur-unsur hitam seperti pembunuhan dan kejahatan semata-mata,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pandangan umumnya mengenai filem itu, Ana Balqis menganggap Bunohansebagai karya kreatif yang menyeksa penonton.

“Kita boleh berkarya secara kreatif dan tidak salah untuk mengangkat gagasan atau tema yang besar dalam filem tetapi pembikin harus adil pada penonton.

“Filem sewajarnya dihasilkan untuk dinikmati oleh masyarakat umum dengan pentafsiran yang mudah, bukan menyeksa mereka dengan paparan sub-plot yang bercelaru dan mengelirukan,” katanya.

Kabur & berpecah belah

Sementara itu Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan berbanding filem-filem yang ada pada masa ini.

Malangnya ia tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Atas sebab itu, ceritanya menjadi kabur, berpecah-belah dan tidak menghuraikan secara kompleks tentang apakah yang ingin disampaikan dalam sesebuah cerita.

“Apabila kita menonton Bunohan, ia seolah-olah kita menonton sebuah dunia yang penuh kekeliruan.

"Kita tidak dapat memahami watak termasuklah hubungan watak dengan alam, kejadian yang berlaku serta perkara-perkara lazim yang merupakan asas dalam sesebuah karya.
Dr Abu Hassan Hasbullah

“Malah ia juga sebuah karya yang sukar dilihat sebagai karya yang cantik jika dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak,” jelasnya.

Mengambil contoh Sumpah Orang Minyak Dr Abu Hassan berkata, dua antropologi Melayu telah di angkat oleh P.Ramlee iaitu rajuk dan pujuk apabila Orang Minyak “merajuk” dengan masyarakat kerana dihina akibat kecacatan.

Sehinggalah kata beliau hanya syaitan yang berjaya memujuknya sehingga terjadinya Orang Minyak.

Sumbat

Tambahnya Dalam Bunohan tidak dapat dilihat apakah dramaturgi yang hendak diangkat kerana persembahan cerita yang terlalu keliru dan bercelaru.

“Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar,” jelasnya.

Dr Abu Hassan berkata, pengarah Dain Said cuba untuk membawa idea daripada sinema Barat seperti pemikir falsafah Luis Bunuel ataupun Ingmar Bergman tetapi ia tidak jelas dalam Bunohan.

Disebabkan kegagalan itu audiens hanya berjaya diselamatkan dengan kecemerlangan aspek seni lakon para pelakon dan sinematografi tetapi ia jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan Johnny Bikin Filem karya Dr Anuar Nor Arai.

Tambahnya terdapat watak-watak dalam Bunohan yang tidak berhubungan berbanding filem Titanic yang lebih mudah.

Katanya, watak di dalam kapal cukup ramai digunakan dan kesemuanya bergabung apabila Titanic tenggelam di lautan.

Sebagai contoh katanya apa tujuan adegan di mana Ilham membunuh seorang peniaga berbangsa Cina melainkan ia sekadar untuk menunjukkan betapa ganasnya pemuda itu.

Bagaimanapun kata Dr Abu Hassan, Bunohan tetap memberi kesan kepada perubahan corak berkarya filem-filem Melayu apabila ia cuba meneroka naskhah filem yang mempunyai teoretikal dan falsafah.

Bunohan yang telah menemui penonton bermula 8 Mac lalu dibintangi oleh Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah.

Kos produksinya menelan belanja RM1.81 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:28 PM | Show all posts
yang pelik...kenapa cerita lain macam adnan sempit, gangster ....takder pulak nk tanyer pendapat profesor2 yang cerdik pandai ni?? Kenapa bunohan nak tanya pda professor pulak?? Mstar anti-bunohan kott
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:29 PM | Show all posts
kalo mcm ni mundur lah industri.. sgt choi okeh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:36 PM | Show all posts
mmg defuq la kan... ni prof kangkung kot.. takpun sepupu sepapat prof anak mami tuuu diaaa....

sorry to say la... bukan malaysian yg tak suka cite berat.. tp most malay sebenarnye...

bile cite heavy hollywood mcm black swan tu si reputer ni suke plak... homaii.. #tepukdahi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:57 PM | Show all posts
cilake.buat filem berat macamni sibuk je that so called prof  nak komen kutuk2 celaru la apa la..filem2 sampah tak pernah pulak diorang kutuk.otak prof filem kat Malaysia ni standad otak dekan UITM (fakulti seni kreatif),Prof Madya Razak sampah filem Ratu tu kot..emo betul aku ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2012 07:36 PM | Show all posts
sy setuju dng mstar tu...bg sy tanpa mek yah ngan budak kecik tu cite ni lg mudah faham..tanpa kehadiran kedua2nya cite ni xterkeliru sgt...dan betul ape motif ilham nk gali kubur je spjg masa dari niat sbenarnya nk bunuh bunga lalang...
krtitkan bukan bermakna filem ni xbagus cuma utk kebaikan bersama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 07:45 PM | Show all posts
sabtu ni nak pegi tengok la... kengkawan ckp crite ni ok..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 07:53 PM | Show all posts
orang kita banyak yg kerja siang malam tak sempat tengok kat panggung. mereka rela tunggu lagi seminggu dua utk tonton di astrofirst. kalau orang yang lebih bersabar seperti aku pula, rela tunggu seminggu dua dan beberapa hari selepas tu utk tengok di youtube
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 07:54 PM | Show all posts
yang pelik...kenapa cerita lain macam adnan sempit, gangster ....takder pulak nk tanyer pendapat pro ...
suebitt Post at 16-3-2012 18:28



   kan?..makcikki sgt..sapa wartawan mstar kt sini..sampah sgt la mstar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:02 PM | Show all posts
sy setuju dng mstar tu...bg sy tanpa mek yah ngan budak kecik tu cite ni lg mudah faham..tanpa kehad ...
no_el Post at 16-3-2012 19:36



   kalau x tau tanya orang, meh sini aku terangkan..kalau dah banyak sgt tgk cite sampah itulah kesannya x dpt nak tafsir cite cenggini...lmfao..
napa ilham sibuk nak gali kubur mak die...wey, when it comes to your mum especially for guys, mmg la benda tu sgt sgt sensitif..sampaikan fokus die terlari ke arah sana..kesimpulannya, mum comes first no matter what..tu pun x nampak ke?

pasal budak kecik tu, kan die kena rasuk lepas badan die menerpa wan hanafi su tu..so, kira mcm menimbulkan persoalan la di akhir cerita tu kan ayah budak kecik tu dok carik penawar;penawarnya dengan main benda tu.nak menunjukkan konon2 ada sambungan la kisah budak tu.


mek yah tu diva main wayang tu..kan kecoh ada cerita buaya mati la..dorg cakap ada org mati padahal ilham yg bunuh kan...org kampung cakap buaya yg makan. pastu, ada scene buaya terdampar mati, dan mek yah tu kan rumah dia abis kena roboh, so, kira roh die menghantui org kampung la..lebih2 lagi tanah die tu yg ada byk mayat dpindahkan tu, dianiaya oleh cikgu tu....

peh..mcm professor filem la iols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.078679 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list