CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: no_el

bunohan..Kenape tak dapat sambutan..

  [Copy link]
Post time 20-3-2012 11:04 AM | Show all posts
penceritaan dia maybe berat..
org malaysia ni kdg2 malas nk pikir..tgk cerita yg heavy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 11:45 AM | Show all posts
pelakon filem nie kalau bubuh aaron ajis, maya karin, nora elena, mesti meletup koman2 dapat pat jotaaa.... gerenti awek2 makcik felda pprt berbondong2 pi tengok citer nims..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 11:55 AM | Show all posts
Last wk tgk citer ni dgn hubby & adik...dan tgk setengah jam..hubby dh lari kuar...ermm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:04 PM | Show all posts
wei .. spo yang kena seranah nie???
parahtik betul nie

Tempias Filem Bunohan, Editor DimakiKemaskini oleh M pada March 20, 2012 / 2 respon

TweetFilem Bunohan yang dipercayai memberikan revolusi baru kepada industri perfileman tanah air nampaknya kurang berjaya menarik perhatian penonton tempatan. Nak kata silap percaturan pemasaran, rasanya pihak penerbit sudah melakukan yang terbaik. Bukan itu sahaja, beberapa media tempatan turut memberikan review yang amat baik untuk filem Bunohan.

Malah, tempias filem Bunohan turut terkena ‘badinya’ terhadap seorang individu lelaki gila di laman Facebook. Barangkali, individu ini terlampau menjiwai watak Ilham lakonan Faizal Hussein, pembunuh upahan ganas penuh misteri yang sudah 20 tahun meninggalkan kampungnya.

Al-kisahnya, editor ini terperasan dengan status Facebook 2 orang wanita yang bercerita sesama sendiri mengenai filem Bunohan. Atas dasar ingin berkongsi cerita, editor ini meninggalkan komen berbentuk umum berbunyi, “Filem Bunohan ini memang berat sedikit, kena tonton betul-betul baru boleh faham.”

Bagaimanapun, niat baik editor ini telah disalahertikan oleh lelaki gila yang dipercayai mempunyai hubungan peribadi dengan salah seorang wanita itu.

Seakan kanak-kanak pra-matang, lelaki gila itu mula menyerang & menghina peribadi editor termasuk kaum keluarganya. Difahamkan, lelaki gila yang dipercayai seorang pelajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur ini turut menghantar ugutan kepada editor ini agar tidak menganggu teman wanitanya.

Antara komen yang menyentuh sensitiviti keluarga berbunyi, “Eh, mak ko bohsia ke?”

Paling memilukan, lelaki gila itu melontarkan komen-komen menghina dengan menggunakan akaun Facebook teman wanitanya. Fuh, bukan main kuat jeles ye? Paranoid, mungkin?

Kata editor ini, “Sampai hari ini aku terpinga-pinga, salah ke aku share story pasal filem? Atau, sebab awek dia memang minat kat aku? Ha Ha! Boleh sewel layan orang macam ni!”

Jom tonton filem Bunohan di pawagam sekarang! Kami jamin filem ini adalah satu-satunya filem Melayu yang bisa membuat kita berfikir panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:06 PM | Show all posts
Reply 224# samshik


    sah gila boipren wanita itu ye mek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:08 PM | Show all posts
Reply 224# samshik

org gila la tu mek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 12:10 PM | Show all posts
Reply  samshik


    sah gila boipren wanita itu ye mek..
magnus Post at 20-3-2012 12:06



    kiter pakat tunggu naa .. lagi menarik kesah nie haa
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:10 PM | Show all posts
Reply  samshik

org gila la tu mek
mimi77 Post at 20-3-2012 12:08



    betul2 berbunoh nampaknyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 01:05 PM | Show all posts
Begitu saratnya mesej yang disampaikan dalam filem ini. Bagi saya yang paling menonjol:

1. Mesej  keluarga yang porak poranda, dengan bapa yang cuba 'membetulkan keadaan' sebelum akhir hayatnya (isu pemilikan tanah, isu adik beradik)
2. Mesej alam sekitar, bahawa pembangunan yang tidak terancang sehingga sanggup menggadaikan maruah (prinsip Bakar, kubur mak Ilham, etc)
3. Mesej sosial (kadangkala wang ringgit menjadi raja). Dalam kes ini ada yang bertarung untuk sesuap nasi / ubat utk ibu yg sakit, ada yang berbunuhan sebab dah kaya nak tambah kaya.

(Isu sampingan lain, tentang wayang kulit yang tidak berwaris, anak luar nikah, etc).
Dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:10 PM | Show all posts
cilake.buat filem berat macamni sibuk je that so called prof  nak komen kutuk2 celaru la apa la..fil ...
izat123 Post at 16-3-2012 18:57



kat mesia jawatan prof skang ni jawatan politik....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:12 PM | Show all posts
Seperti pendapat saya sebelimnya, tak payahlah nak salahkan penerbit/pengeluar atau penonton sekiranya filem ini tidak mengutip box-ofis.

Golongan penerbit/pengeluar pun ada banyak jenis, ada yang mengutamakan keuntungan dengan filem komersial, ada yg berkarya untuk kepuasan, seni ataupun anugerah.

Penonton pun macam tu juga: kebanyakan yang  ke panggung untuk berhibur selepas penat bekerja atau dgn keluarga, ada yang nak belajar / menikmati seni (walaupun jumlah yg sedikit). So masing-masing ada follower. Dalam kes ini, filem crowd Bunohan masih lagi sedikit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:28 PM | Show all posts
"Ia hanya hebat daripada sudut sinematografi, keupayaan para pelakon serta tema yang diangkat. Itu sahaja."

Ya!! memang inilah yang saya gambarkan tentang filem melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:11 PM | Show all posts
jalan citer best tapi mngkn pelakon baru..lagipun citer kurang komersial....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 05:10 PM | Show all posts
eh hello...kalu dr segi moral adnan sempit 2 lagi membina ok...adnan sempit 1 tak tau la..x tgk. ...
harisbee Post at 18-3-2012 07:52



   heiiii....mak setuju noookssss...i loikkkkess.....citer Inception tu pun walaupun pening and memerlukan kiter berfikir.....ADA MORALNYA.....fikir-fikirlah........
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 03:51 AM | Show all posts
Kalau generasi anak2 kita terus disogokkan dengan filem2 yang sampah kualitinya... Nampak gaya boleh hilang terus crowd filem2 berkualiti macam BUNOHAN
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 08:10 AM | Show all posts
cite nie mesti best kan.. confirm la aku tak tgk ssekarang .. kena tunggu semester break than only dpt tgk dgn baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 03:22 PM | Show all posts
dah nak abis dah tayang kenapa sekejap sangat tak sampai 1 bulan kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 03:46 PM | Show all posts
Abu Hassan: Pengarah filem
syok sendiri
ANITA ABU HASAN & HASLINA
KAMALUDIN 26 Mac 2012 SEGELINTIR pengarah nampaknya
berkhayal atau syok sendiri
ketika menghasilkan sesebuah
filem dari aliran seni.
Pensyarah Kanan, Jabatan
Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu
Hassan Hasbullah berkata,
tanggapan seumpama itu boleh
dilihat menerusi beberapa
penghasilan filem sedemikian di
negara ini kabur dan bercelaru atau boleh dikatakan carca
marba.
Menurutnya, filem terbaru
Bunohan misalnya di mana karya
Dain Said itu yang lemah
dramaturgi atau pada jalan cerita telah membuatkan karya
tersebut tidak diterima
masyarakat.
“Saya sanggup kata Bunohan
adalah hasil seorang pengarah
amatur berikutan ia penuh kekeliruan.
“Cerita di dalam filem itu jika
dibandingkan dengan filem
Matinya Seorang Patriot arahan
Datuk Rahim Razali (1984) sangat
jauh, betapa lemahnya Bunohan. “Apatah lagi untuk dibandingkan
dengan filem Semerah Padi dan
Sumpah Orang Minyak arahan
Tan Sri P Ramlee serta Hang
Jebat arahan Hussien Haniff,”
ujarnya. Menurutnya, supaya umum lebih
jelas, beliau mengambil
perbandingan antara filem
Melayu klasik berkenaan dan
Bunohan.
Baginya, Bunohan sebuah contoh karya yang disumbat dengan
banyak perspektif hingga tidak
difahami apa yang hendak
ditawarkan apatah lagi untuk
difahami.
Beliau berpendapat supaya mencontohi pengarahan P Ramlee
yang berjaya menghidupkan
Semerah Padi sebagai sebuah
realiti kehidupan kerana
perspektifnya adalah jelas.
“Kita contoh dalam babak ketika watak Aduka dan Dara berada
dalam sebuah rumah. Itu dari
perspektif Taruna iaitu tunang
kepada Dara. Taruna yang
bercerita dan sebab itulah yang
disebat itu Aduka dan Dara. Bermaksud Taruna yang intai
semua pergerakan mereka.
“Sementara Sumpah Orang
Minyak dari satu perspektif iaitu
si Bongkok yang cacat dan dihina
masyarakat hingga akhirnya merajuk.
“Sama juga dengan filem Hang
Jebat yang diadaptasi daripada
teks Hang Tuah di mana ia
mengangkat Hang Jebat yang
merajuk hingga mengamuk kerana sistem (pemerintahan).
Namun, apa yang ditawarkan
Bunohan?”
Abu Hassan berkata, sehubungan
itu ketiga-tiga filem Melayu lama
berkenaan menjadi naskah hebat yang diterima masyarakat sejak
dahulu hingga abad ini.
Sebaliknya pengarah Bunohan
menghasilkan filem atas keinginan
sendiri tanpa sebuah proses
menerbitkan filem yang betul. Katanya, perlu diingat bahawa
membaca filem bukan dari
gambarnya sahaja tetapi
luarannya adalah penting sama
ada soal antropologi, sosiologi,
psikologi mahupun georgrafinya, bukan carca marba.
Namun katanya, itu yang dikesan
dalam filem kita, antaranya
banyak perspektif, sinematografi
cantik tetapi kosong, skrip yang
sukar difahami malah lebih lemah apabila tidak disokong oleh
elemen visual sedemikian.
“Kalau filem komersial
mengabaikan ini, kita boleh beri
alasan kerana ia filem murahan
yang tidak perlu ditangani secara akademik. Bagi penonton,
jika hendak jadi naskah
sempurna maka harus jadi
naskah sempurna. Sebaliknya jika
hendak jadi naskah murah maka
cukup untuk jadi naskah murahan.
“Jadi kita pun kata, kenapa
orang tengok filem Hantu
Bonceng dan Sembilu.
Masyarakat mungkin kata, itu
sudah memang filem murahan dan mereka sememangnya hanya
mahu berhibur. Apa pula
faedahnya menonton filem seni
sekiranya tidak luar biasa
seperti difikirkan,” ujarnya.
Abu Hassan berkata, sehubungan itu jawapan mengapa filem seni
tidak laku, ialah kerana naskah
itu sendiri yang lemah hingga
ditolak oleh masyarakat. Bukan
masalah polemik antara filem
komersial dan seni. “Kita tidak dapat nafikan
bahawa penonton bijak apabila
mereka menonton filem
Godfather. Mengapa mereka
tonton filem Hindi, Dil To Pagal Hai
yang juga berat tetapi pada waktu sama tonton Kuch Kuch
Hota Hai, sebuah teks yang
sangat ringan.
“Kenapa penonton tengok filem
Hantu Bonceng dan tidak mahu
tengok Bunohan. Mesti ada masalah pada Bunohan kerana
penonton yang pergi ke
pawagam adalah sama.
“Kita tidak boleh menuduh
masyarakat atau menyebelahi
mana-mana pihak. Oleh kerana itulah, sutradara tidak boleh
berkhayal mengarah karya
untuk diri sendiri dengan
mengatakan ‘aku bebas’
berkarya,” tambah Abu Hassan.
Katanya, filem yang dibikin dengan pengarahnya berkhayal
hanya patut atau layak ditayang
di pawagam milik pengarah itu
sendiri bukan peringkat umum
kerana jika hendak tayang
kepada umum, karya seni mestilah suatu karya ajaib yang
boleh diterima sebagai naskah
luar biasa.
“Sebab itu orang ramai
menonton Matinya Seorang
Patriot dan tidak menolak filem Azura yang juga sebuah teks
berat. Orang tidak tolak lakonan
Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud)
dan juga filem Abang serta Tsu
Feh Sofiah (arahan Datuk Rahim
Razali, 1981). “Namun orang menolak Azura
2012. Mesti ada persoalan.
Masalah sekarang ialah, kita
tidak faham masyarakat terlalu
banyak menonton karya yang
diterbitkan di pawagam, televisyen, satelit dan Youtube.
“Mereka telah menonton
pelbagai filem seni dan komersial
pelik tetapi puas. Oleh kerana
itu, didapati tidak semua filem
komersial juga berjaya,” ujarnya.
Menurutnya, filem komersial
seperti Kembar Siam dan
Karipap- Karipap Cinta yang
menerima nasib seperti Bunohan
menandakan, sudah ada parameter dalam kalangan
masyarakat.
“Kenapa mereka tengok Hantu
Bonceng. Saya tidak fikir kerana
Zizan (pelakon) tetapi mereka
percaya itulah filem komersial yang puas. Mungkin penonton
tidak tengok Bunohan bukan
kerana menentang sebuah karya
baik tetapi mungkin penonton
lebih awal memberitahu bahawa
karya yang baik ini sebenarnya mempunyai masalah yang tidak
sepatutnya. Jadi, kita mesti
tengok situasi itu,” tegas Abu
Hassan.
“Orang ramai hendak filem yang
baik, yang mengangkat antropolgi, sejarah atau sosiologi
bangsa dalam sebuah bentuk
dramaturgi cerita yang
sempurna sebagaimana filem
Hang Jebat , Semerah Padi,
Sumpah Orang Minyak, Abang dan Matinya Seorang Patriot.
“Orang hendak macam itu. Bagi
masyarakat, lebih baik buat filem
komersial sekiranya tidak sampai
ke peringkat ini kerana setidak-
tidaknya tidak menyakitkan hati,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 05:17 PM | Show all posts
masaelah negaranya org yg punya pikiran mcm prof ni la yg x p pnggung..
sbb tu xdak sambutan.....
pilem2 smpah tu ramai pgikut..depa bukan baca pun porum2 nih..
yg depa tau tgk pilem boleh enjoy..
pilem2 pecah kepala ni bikin pening ja..he he
pepun aku dah g tgk bunohan ye...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 05:42 PM | Show all posts
can somebody interpret the prof's comment... seriously, it's 10 times harder to understand than Bunohan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061485 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list