CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13419|Reply: 86

Bayaran Jozan RM50 Ribu Sejam Satu Fitnah - Ozlyn

[Copy link]
Post time 20-3-2012 08:53 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak Johan (Raja Lawak) iaitu Ozlyn Wati menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan Jozan yang dianggotai suaminya dan Zizan meletakkan bayaran RM50,000 untuk satu jam persembahan adalah sebagai fitnah dan mengarut.

Ozlyn yang juga pengurus kepada Johan berkata, dia terkejut dengan gosip terbaru melibatkan kedua-dua pelawak tersebut namun tidak mahu mengendahkannya kerana ia tidak benar sama sekali.

"Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.



Dalam pada itu, Ozlyn berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan harga melampau kepada pihak penganjur yang inginkan khidmat Jozan sebaliknya mereka boleh bertolak ansur mengenai perkara itu.

Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara.

"Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan.

"Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur," ujarnya.



Sementara itu, Ozlyn berkata, walaupun kadang-kala terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepada Johan atau Jozan kerana harga yang tidak bersesuaian, dia selalunya akan cuba memberikan cadangan kepada penganjur untuk menawarkan peluang itu kepada pelawak lain.

Kata Ozlyn, walaupun tidak menerima sesebuah tawaran tetapi sekurang-kurangnya ia telah membuka rezeki kepada pelawak lain.

"Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang.

"Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan," katanya.

Dalam perkembangan sama, dia dan suaminya yang juga penyampai Radia Era FM lebih senang untuk berdiam diri apabila timbul cerita-cerita kurang kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

Ini kerana kata Ozlyn, apabila timbul sesuatu isu kedua-dua belah pihak sentiasa ingin mempertahankan kenyataan masing-masing yang akhirnya akan merugikan kedua-dua belah pihak.

"Rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah apa orang nak kata kerana pada akhirnya hanya kami dan Allah sahaja yang tahu," ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 08:57 PM | Show all posts
thread freekey banyak kena solex hari ni......nanti teky suruh bukak thread sendu cam ni kat local celeb
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 08:58 PM | Show all posts
thread freekey banyak kena solex hari ni......nanti teky suruh bukak thread sendu cam ni kat local c ...
AnakJantan1987 Post at 20-3-2012 20:57



    ko tau kenapa thread freekey kene solek? sbb freekey kan suka bersolek..berbedak sekati sampai xperasan atas putih bawah hitam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 08:59 PM | Show all posts
ko tau kenapa thread freekey kene solek? sbb freekey kan suka bersolek..berbedak sekati sa ...
Balbo Post at 20-3-2012 20:58



    dia kena guna shade bedak yang seropa anak2 cina, sbb heols kan mix chinese
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:00 PM | Show all posts

thread freekey banyak kena solex hari ni......nanti teky suruh bukak thread sendu cam ni kat local c ...
AnakJantan1987 Post at 20-3-2012 20:57


ala mesti ada yg dengki dok mereport... padahal byk je thread lain yg cuma bercerita pasal selebriti tanpa gossip contohnya thread balbo bapok pasal idola dia ahmad nisfu tu..
   



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:02 PM | Show all posts
dia kena guna shade bedak yang seropa anak2 cina, sbb heols kan mix chinese
AnakJantan1987 Post at 20-3-2012 20:59



   kot ye pung jgn laa sampai mcm tepong gomak..kang hilang seri chinese bukit look dia tue..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 09:04 PM | Show all posts
ala mesti ada yg dengki dok mereport... padahal byk je thread lain yg cuma bercerita pasal sel ...
freekey Post at 20-3-2012 21:00



    awwww...aku bangga dowh idola aku ahmad nisfu..hmmm sekali lg abg freekey perasan,sapelaa nk dengki ngan ko tue freekey oii..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:35 PM | Show all posts
hari itu anak mereka ajaib bukan? 5 bulan dalam kandungan sudah beranak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2012 09:37 PM | Show all posts

hari itu anak mereka ajaib bukan? 5 bulan dalam kandungan sudah beranak?
beta_carotene Post at 20-3-2012 21:35


ehehehe...

but do u have any facts to proof that?

maybe kenduri side johan je kot yg lewat 4 bulan?
   



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:38 PM | Show all posts
ala mesti ada yg dengki dok mereport... padahal byk je thread lain yg cuma bercerita pasal sel ...
freekey Post at 20-3-2012 21:00



    diorang bukak 1 thread je
ko bukak sampai 10 thread takat kopi pes dari website/blog lain.
memang berbaloi la nak solex
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:39 PM | Show all posts
ehehehe...   

but do u have any facts to proof that?

maybe kenduri side joh ...
freekey Post at 20-3-2012 20:37



    oh begitu ya.. maaf saya khilaf lagi.. mohon ampunnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:40 PM | Show all posts
diorang bukak 1 thread je
ko bukak sampai 10 thread takat kopi pes dari website/blog lain ...
yetta Post at 20-3-2012 21:38



    ko xbaik ckp freekey camtue..freekey bukak 10 thread sehari sbb xnak org lupa akan seorang forumer yg bernama freekey yg berstatus legenda..itu jew..muhaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:41 PM | Show all posts
hari itu anak mereka ajaib bukan? 5 bulan dalam kandungan sudah beranak?
beta_carotene Post at 20-3-2012 21:35


lebih ajaib bila johan ngaku dah kawen ngan ozlyn 5 taun yg lepas
pastu kawen lagi buat kali kedua
mcm yg mat mat salleh biasa buat, perbaharui ikrar nikah deols
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:44 PM | Show all posts
ko xbaik ckp freekey camtue..freekey bukak 10 thread sehari sbb xnak org lupa akan seorang ...
Balbo Post at 20-3-2012 21:40



    pasni x yah susah2 bukak website gua ke murai ke mstar online ke
semua freekey tolong paste kat sini...
apa susah... bukak CARI, semua ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:46 PM | Show all posts
cite basi nk ungkit buat pe #yawn
org tu dh mula hidup baru....support la sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:52 PM | Show all posts
sabar je ozlyn johan zizan...mulut kena jaga ,business kene jaga, hati tahan je geram tuh ye..time ni kene carik duit banyak2 sementara johan masih laku ...belajar dari sejarah kumpulan senario , apek , mawi n etc...susah nak kekalkan zaman kegemilangan nih...so carik duit bebanyak selagi masih laku ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 10:26 PM | Show all posts
ala .. pe de hal
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 11:13 PM | Show all posts
ish ish ish betoi kaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 11:49 PM | Show all posts
pernah jumpa Johan & bini dekat DC Pavillion..tengah Q jugak kat belakang..beli banyak baju..seriously bini dia memang cantik..kurus jea..tapi Johan nampak selekeh sikit..nampak serious..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 01:04 AM | Show all posts
hari itu anak mereka ajaib bukan? 5 bulan dalam kandungan sudah beranak?
beta_carotene Post at 20/3/2012 09:35 PM


tu lah namanya, bunting sebelum pelamin....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.294462 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list