CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13567|Reply: 72

Nur Fathia Merayu..

[Copy link]
Post time 23-3-2012 01:08 AM | Show all posts |Read mode

Mohon kerjasama produksi diberi pelepasan sertai jelajah promosi ABPBH2011

PELAKON jelita ini duduk di hadapan penulis seperti pesalah yang sedang menanti untuk dibicarakan. Perasaannya bercampur baur. Hanya wajahnya saja yang menterjemahkan betapa gementar dan takutnya Nur Fathia Abd Latiff saat berhadapan dengan situasi itu.
Peristiwa terlepas penerbangan untuk sewaktu menghadiri sesi jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Kuching, Sarawak dua minggu lalu benar-benar mencalarkan reputasinya.
Walaupun berjaya menaiki penerbangan berikutnya dan tiba sebelum acara dimulakan, namun ia tetap menjadi bualan media yang turut serta dalam rombongan ini dengan memberi gambaran dia seolah-olah sebagai pelakon tidak berdisiplin.



Akibatnya, ketika acara promosi itu dijalankan, pelajar jurusan undang-undang ini terus menjadi tumpuan wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Enggan memanjangkan hal itu dan dengan penuh rasa rendah diri, pelakon filem Hijab ini memohon maaf secara terbuka kepada penganjur atas kesilapannya itu.

“Saya akui perkara ini memang silap saya. Saya yang terlewat bangun. Tapi itu bukan disengajakan kerana malam sebelumnya saya terbabit dengan penggambaran drama Mahabbah. Habis penggambaran kira-kira pukul 2 pagi dan hanya selepas jam 4 pagi baru saya terlelap.
“Terus terang, saya memang rasa bimbang yang teramat apabila mendapat tahu saya terlepas kapal terbang. Tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan penganjur dan juga rakan lain yang turut serta dalam rombongan itu.

“Namun saya usahakan juga untuk mendapatkan penerbangan berikutnya ke Kuching. Apa yang penting, saya dapat hadir dalam siri promosi itu dan juga bertemu dengan peminat yang menantikan kehadiran saya,” kata gadis berusia 24 tahun ini.

Apabila perkara ini terjadi, secara tidak langsung ia mengingatkan kepada dakwaan Fathia sebagai artis yang tidak berdisiplin. Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Fathia menafikan perkara itu.

“Perkara ini bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana baru pertama kali berdepan dengan keadaan seperti ini. Seboleh mungkin, memang tidak mahu menyusahkan sesiapa,” tuturnya mengharap pengertian.

Sebelum ini pernah juga terdengar yang Fathia sangat keberatan untuk menghadiri sesi promosi membabitkan ABPBH2011 yang menyenaraikannya sebagai finalis kategori Artis Baru Wanita Popular. Adakah kejadian itu sebagai satu bukti bahawa Fathia tidak sepenuh hati untuk menyertai acara promosi yang diadakan khusus untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat itu.

“Bukan saya tidak berminat untuk menyertai acara itu, tapi saya memang terikat dengan jadual penggambaran yang sangat ketat. Drama bersiri ini akan disiarkan secepat mungkin dan produksi perlu menyiapkannya dengan kadar segera. Disebabkan itulah saya amat sukar untuk meminta cuti ataupun menangguhkan penggambaran.

“Ini pun saya terpaksa memujuk pihak produksi untuk memberi pelepasan. Memang saya berniat untuk mengikut siri promosi ini di Pasir Gudang. Bagaimanapun, saya cuba untuk menyesuaikan jadual dan meminta jasa baik pihak produksi untuk melepaskan saya.

Saya akui, siri promosi ini memang penting. Bukanlah mengharapkan kemenangan tetapi kerana saya mahu mendekati peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya saya,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 01:47 AM | Show all posts
jgn sampai yg dikejar x dapat, yang dikendong berciciran.... study mcm mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 03:09 AM | Show all posts
mukan dah ad ker thread camni?
preekey ni mmg cri nahas ngn mod..<<sajer nk provoke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2012 03:15 AM | Show all posts

mukan dah ad ker thread camni?
preekey ni mmg cri nahas ngn mod..
tripple_M Post at 23-3-2012 03:09



   



Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 06:23 AM | Show all posts
hmm apa apalah bukan femes pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 07:29 AM | Show all posts
Fathia ni kwn iols masa zaman PLKN, tp xrapat la, cuma hye hye hye je konsepnya~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2012 08:43 AM | Show all posts
ala fathia..ko bukan femes sgt pun...belakun pun tak best mana...takyah nak skema and hipo sgt kata bersungguh sungguh nak join tour ABP  tu...bosan kot tgk ko menangislah merayulah...macholah sket..and manage your time properlylah next time..sampai terlajak tidorlah apelah..disiplin diri pun hancur...cemane nak jadi student law yg bagus...hampehhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 08:51 AM | Show all posts
jangan nak drama sangatla cik mek weh .. abang adam i olls pun ilang sabar shooting ngan u olls!! serik kekdahnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 09:35 AM | Show all posts
priki kawan baik momod xpe hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:43 AM | Show all posts
bkn aritu kat melodi kata dpt MC ke....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:43 AM | Show all posts
igtkan nk merayu ape..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:45 AM | Show all posts
bkn dia mmg bermasalah ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:51 AM | Show all posts
harap nama je cntik..tp tgk cara berpakaian adoyai..ni org islam ke kafir ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:57 AM | Show all posts
Reply 8# samshik


   teruk sgtkah dicipline sheols?.........cite ape erk yg abg wemyy hangin aritu jah?.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:02 AM | Show all posts
tak kenal punnn!!! so what eva....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:05 AM | Show all posts
Alahai... Muke cantik... Tp.........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 10:13 AM | Show all posts
Reply  samshik


   teruk sgtkah dicipline sheols?.........cite ape erk yg abg wemyy hangin arit ...
martiena Post at 23-3-2012 09:57



    cter MEK tu la .. banyak berangan di lokasi, main tepon, tak serius .. mujur hp tak melayang jer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:22 AM | Show all posts
ingatkan merayu sebab nak minta bantuan ke.. derma ker sebab sakit kronik.... choy sgt sbb lamat bangun
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:27 AM | Show all posts
pe kate blaja je..xyah duk sebuk nk semak kn industri ni...sape je peminat ko ni dik non oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:30 AM | Show all posts
tp kan, die masih pegi program tuh on time kan...tak kire la tertinggal flite ke hape...nape mesti hukum die teruk sgt...aku bkn la peminat minah nih...tp kite assume sume org bole jadi perfect...wartawan2 nih nk sume org sujud kat kaki derang sbb as a reporter mereka bole nk jatuhkan org ngan isu kecik segini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.076630 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list