CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem

[Copy link]
Post time 24-3-2012 09:22 PM | Show all posts
ala, dia jual mahal sikit la ke astro first... kalau berani la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2012 11:19 PM | Show all posts
Kalau filem ko best mst laku jugak kat cinema ataupun astro first! Jgn nak salahkan astro first plak...sejak ada astro first best boleh tgk wayang kat umah golek2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 11:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by nuralisa at 24-3-2012 23:40

filem2 yg kuar kat astro first masa tgh tayang kat wayang maknanya cite tu hampeh...
kalau cite tu baguih... lambat kuar kat astro first..

so ahmad idham...kalau filem ko dah kuar kat AF masa tgh kat wayang..paham2la cite ko camner...tahap sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 12:07 AM | Show all posts
x perlu nk kata apa2 ngan pak cik ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 12:30 AM | Show all posts
ingatkan die tak sedar... mmg senang kene rompak cetak pon. juz install pvr yg berape inggit tu, boleh record tanpa ade gangguan. gambar cantik.... jual cetak rompak.
filem melayu dh la tak bape nak laku, yg laku pon bape kerat je....
baik ikut cara lama...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 07:21 AM | Show all posts
loor...setahun yang lalu aku dah ucapkan pada Astro pasa isu ni...hi hi...refer kat sini

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=530021
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2012 07:48 AM | Show all posts
Saya Anggap Ahmad Idham Rosakkan Industri Filem.... buleh? Aman tak konsepnya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 07:57 AM | Show all posts
ingatkan die tak sedar... mmg senang kene rompak cetak pon. juz install pvr yg berape inggit tu, bol ...
ice98 Post at 25-3-2012 00:30


Off topic, cane ko record ye, sbb aku try record, tp bila da bis subscription tk leh tgk da....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 11:27 AM | Show all posts
padahal ahmad idham ni rosakkan industri dgn pilem mat rempit...
dino Post at 24-3-2012 20:16



    adapt with changes or you're gonna be left behind. kata nak amik phd, tapi tak reti2. lagi satu. AHMAD IDHAM aka ENGKO sendiri yang rosakkan industri filem dengan filem-filem sampah tak membina hanya kerana nak membuat duit dari poket2 mat rempit/budak2 sengal. terima lah hakikat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 02:28 PM | Show all posts
ni artikel lama


Astro First beri untung
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


KEWUJUDAN Astro First pada pertengahan Januari lalu disambut baik oleh produser tempatan kerana menambah pendapatan mereka. Sudah banyak filem terbaru ditayangkan selepas dua minggu menemui peminat.

Namun dalam laporan Rap kelmarin, produser M Jamil menolak filem terbarunya, Momok Jangan Panggil Aku ditayangkan Astro First (Saluran 480) selepas masuk panggung 5 Mei nanti.

Menurutnya, dia membuat keputusan itu kerana melihat sudah tiada lagi hak eksklusif untuk filem Melayu dan berasakan ia budaya kurang sihat.

Sebagai produser, M Jamil berkata, dia bebas membuat keputusan sendiri.


Bagaimanapun, dua produser yang dihubungi tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.


Kata mereka, Astro First tidak perlu dianggap sebagai ‘pengacau’ sebaliknya satu alternatif menarik dan menguntungkan buat produser yang mahu mencari pulangan tambahan selain dari pawagam.

Produser pengedaran JAS Sdn Bhd yang menerbitkan filem ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman, berkata kewujudan Astro First banyak membantu menjana keuntungan tambahan buat produser kerana tidak ramai orang suka menonton di pawagam.

“Untuk golongan yang tidak suka ke pawagam, mereka lebih suka menunggu tayangan di Astro First selepas dua minggu sesebuah filem ditayangkan.

“Mereka tak perlu lagi tunggu pada hari raya yang biasanya akan diisi dengan tayangan filem di pawagam. Dakwaan Astro First punca kutipan di pawagam terjejas juga tak benar kerana produser akan dapat hasilnya apabila filem mereka ditayangkan di saluran itu.

“Penonton yang melanggan Astro First perlu membayar RM15 dan sebahagian kutipan akan diserahkan kepada produser.

“Sistemnya sama seperti pawagam dan di sini ia tidak menjejaskan apa-apa pun. Bahkan, ia lebih membantu produser menjana keuntungan lebih.

“Astro First menggunakan mekanisme terbaru dalam gaya hidup di negara kita.

“Sebenarnya yang rugi adalah pengusaha panggung kerana mereka lebih utamakan orang luar dari produk sendiri. Cuba mereka bagi ruang untuk filem kita. Seharusnya peng�usaha pawagam bagi ruang filem tempatan tapi semuanya nak buat bisnes semata-mata.

“Jadi, apa yang Astro First buat ini juga adalah bisnes yang membantu keuntungan produser tempatan,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut filemnya ...Dalam Botol sudah ditayangkan menerusi Astro First dan Raja Azmi sudah mengecapi keuntungan tambahan.

Dia tidak berasakan keputusan menayangkan di Astro First menjejaskan minat orang ke pawagam.

“Bagi saya mereka yang tengok wayang dan tengok TV adalah sasaran berbeza.

“Apapun terpulanglah kerana setiap produser yang ada hak masing-masing. Asto First tidak pernah memaksa tapi yang penting kita ada cara alternatif untuk mendapatkan untung,” katanya.

Sama seperti Raja Azmi, produser MIG Productions Sdn Bhd, David Teo bersetuju setiap produser punyai hak sendiri memilih atau menolak tawaran Astro First.

Namun sebagai individu yang sudah lama menghitung kerugian dan keuntungan dalam pembuatan filem, David �berpendapat Astro First lebih menolong mengembalikan semula keuntungan kepada produser.

“Bagi filem yang kutip bawah RM4 juta, produser mesti masuk Astro First untuk tambah pendapatan. Ia tak jejaskan kutipan di pawagam.

“Tapi terpulanglah pada produser buat keputusan kerana ada orang tak mahu untung lebih. Memang ada produser yang lebih utamakan panggung.

“Sebagai pengedar untuk filem ini juga, Momok Jangan Panggil Aku, saya sudah bagi penerangan kepada M Jamil supaya dia faham keburukan dan kebaikannya tapi ahli lembaga pengarah syarikat ini buat keputusan tak nak masuk. Saya hormati keputusan mereka.

“Produser lama pun sokong Astro First sepatutnya orang baru lebih lagi. Saya tak masuk pun masih boleh hidup tapi mereka yang tak masuk, akan rugi. Orang nak tolong kita buat untung, mengapa nak tolak?” katanya.

Norman Abdul Halim dari KRU Studios pula berkata, mereka mendapat keuntungan berlipat ganda apabila memilih menayangkan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) menerusi Astro First.

“Terpulanglah kepada setiap produser untuk buat keputusan. Ini satu terma perniagaan yang perlu diterima atau tidak oleh kita. Bagi kami ia tak beri kesan buruk pada tayangan HMM di pawagam walaupun penonton tahu kami akan tayangkan di Astro First. Tayangan di pawagam dan Astro First sama hangat. Malah sambutan untuk DVD juga hebat apabila dijual lebih 50 ribu unit.

“Ini menunjukkan Astro First buka pasaran baru kerana orang yang pergi tengok wayang pun masih menonton di rumah.

“Saya rasa memang ada kesan psikologi kerana menonton di pawagam dan rumah berbeza. Tapi semuanya bergantung kepada penonton sendiri. Namun, jangan anggap Astro First negatif,” katanya.




btw si amatidham ni nak risaukan ekslusif pekejadahnyer? sah2 la pilem kau tu sampah sarap...ekslusif ju.bo mende?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 02:40 PM | Show all posts
apa pun aku menyokong astro first...senang aku nk tengok filem baru....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 05:25 PM | Show all posts
kata nak amik phd, tapi tak reti2
Santeira Post at 25/3/2012 11:27 AM


Mana lah Mat Deham nak reti, Sintok punya lulusan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 07:55 PM | Show all posts
bila filem dia x laku, melalak ler tunding jari salahkan AF. sedarlah wei, filem ko x laku sbb citer ko mmg x best. kalau citer best org mmg sanggup beratur panjang kat panggung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 08:02 PM | Show all posts
dan kami pula anggap ahmad idham rosakkan minda dan moral masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 08:03 PM | Show all posts
Da masuk TV3 nanti pun lagi senang la org nak copy...., free2 je org boleh rekod pakai antenna biasa atas bumbung tu....
Cucuk je antenna tu kat PVR card, then rekod.... 2x5, 5x2 je... Clear pun clear...
Haiyooo dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 09:46 AM | Show all posts
aku tak paham apa dia ni pikir, bodoh ke atau saja buat bodo untuk mengampu TV3.

aku nak tanya skit, Astro First tu masuk dlm wajib tayang FINAS ke? maksud aku, ada dlm undang2 FINAS yg lepas WAJIB tayang kat panggung selama seminggu, MESTI aku ulang lagi MESTI... sekali lagi aku ulang MESTI masuk astro first???????

lepas selesai tayang kat panggung, suka hati mak bapak ko la nak tayang kat AF atau taknak. takdak sapa paksa pon. pasal apa pulak nak kata" FILEM MALAYSIA TAKDAK NILAI EXKLUSIF SEBAB LEPAS TAYANG PANGGUNG, 2 MINGGU MASUK TV"

Astro takkan nak suka2 masuk dlm TV kalau takde kebenaran dr pihak pembuat filem?
kalau pembuat filem taknak tayang kat AF, astro pon tak hingin nak tayang la.

so kat mana yg kata astro ni suka tayang filem lepas 2 minggu tayang pawagam? kalau taknak, tak payah tayang kat AF. habis cerita.

belambak lagi filem yg tak masuk AF lepas tayang kat panggung. bukan kena paksa pon.
cikokui Post at 23-3-2012 10:18



   Good point. AF bukan paksa pun, kalau Idham tak sign kontrak dgn ASTRO, filem takkan masuk tv punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2012 10:16 AM | Show all posts
Senjakala tu memang tak ada nilai satu sen pun abang idham. Zero. apa benda ntah yang ko nak salurkan dari filem tu aku pun tak tau.

Buat filem bukan setakat nak tonjol tempat yang shanteq-shanteq dan lakunan yang over-over kadangkalanya pun. Skrip tu lebih harus di utamakan. Lagi satu, citer yang kau buat selalu tergantung macm gentayangan beb!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:32 AM | Show all posts
aku langgan AF,tp citer tamil je..citer melayu??aku donlod sudah...citer tamil kat AF bes2 woo...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:45 AM | Show all posts
sejak astro first ada, mmg senang sgt nak tgk movie melayu free. arini kluar astro first.. esok dah kluar kat youtube
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 02:37 PM | Show all posts
Aku dah muak dengan mamat perasan neh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.068516 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list