CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38353|Reply: 175

Kejadian Misteri Selepas Berpindah

[Copy link]
Post time 25-3-2012 01:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by lavender_aqua at 31-12-2014 02:48 PM

Post Last Edit by lavender_aqua at 6-4-2012 00:02

Senarai kisah yang telah dikongsikan:


1. Kejadian di rumah baru.
2. Kisah 1: Apa bising2 tu?
3. Kisah 2: Misteri bilik no 12.
4. Kisah 3: Perangai pelik aku sewaktu semester 1.
5. Kisah 4: Sedapnya suara yang mengaji tu.
6. Kisah 5: Tingkat 3 yang menyeramkan.
7. Selingan: Tasik 'keras'?
8. Selingan 2: Dengarlah cakap orang tua.
9. Kisah 6: Buat tak tau je.
10. Kisah 7: Jelmaan Dr. Amrin
11. Kisah 8: Pensyarah Kewangan 'ditegur'
12.Kisah 9: Seram aku.
13. Kisah 10: Kawan aku ditegur di Bangunan C
14. Kisah 11: Misteri di sebalik tugas sebagai tukang urut
15. Kisah 12: Seramnye stor ni
16. Kisah 13: Kerusi di tengah jalan
17. Kisah 14: Puan May sakit
18. Kisah 15: Bunyi atas siling
19. Kisah 16: Trip ke kaki Gunung Ledang
20. Kisah 17: Misteri bilik 34
21.
---------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum. Sebelum ni aku selalu jadi silent reader je kat bod ni. Hari ni baru ada keberanian nak share kisah yang berlaku kepada keluarga aku suatu masa dahulu. Alhamdulillah,sekarang ni semua dah kembali pulih seperti sedia kala. Diharap kepada yang sudi membaca dapat setia bersama sebab kisah ini agak panjang dan aku dah split kepada beberapa bahagian kecil supaya penceritaan menjadi lebih mudah untuk difahami.


Part 1: Pindah rumah baru.


                Benda ni terjadi sekitar awal tahun 2008, masa tu aku masih belajar kat PJ.Disebabkan along (abang 1st) tinggal di KL, tiap2 minggu aku nanti balik rumah dia. Dia mula sewa rumah ni sejak lepas kahwin sampai tahun 2007. Rumah sewa biasalah, kadang2 ada rosak sana sini, dapat pula tuan rumah yang susah nak jenguk tapi kalau kita lambat bayar sewa 1-3 hari mula la telefon. Aku tak pasti, tapi rasanya disebabkan tuan rumah naikkan sewa, along  dan kak Ann (kakak ipar) aku ambil keputusan nak beli rumah.


                Tahun 2008 baru along pindah sebab ada kelewatan dalam pengurusan hal tukar nama dan lepas dapat kunci, kak Ann ada buat renovation sikit. Masa ni along dah ada 2 anak, aku namakan Zain dan Zairi. Masa pindah Zain baru 2 tahun lebih, Zairi pula 6bulan. Kisah ni banyak berkisar tentang Zain. Zain sejak kat rumah sewa memang suka tidur lewat, tapi takdelah lewat sangat. Selalu lena dalam pukul1-2 pagi. Tapi lepas pindah ke rumah baru ni, dia nanti tidur pukul 3-4 pagi.


                Rumah baru ni apartment, jadi kalau pukul 3-4 pagi kita buat bising mestilah ganggu orang kat tingkat bawah dan atas. Nak dijadikan cerita, hari2 Zain tidur lewat.Mak aku kadang2 dah tak larat nak tunggu Zain lena.  Ada sekali tu, Zain buat perangai yang tahap maksima. Mak aku geram sangat, sampai dia pergi dapur ambil air. Aku tak ingat air zamzam atau air kosong biasa. Mak aku ada baca sesuatu, selawat + surah apentah. Lepas tu dia sapu air kat kepala Zain sebab masa tu Zain tak dengar cakap.


     Nak tau apa jadi? Masa tu kak Ann pun ada kat depan. Oh ya, lupa nak bagitau. Zain dari kecil suka tidur kat ruang tamu sebab lagi selesa dari tidur dalam bilik.Korang boleh bayangkan tak, almari tv yang dindingnya cermin, bukan kayu. Kak Ann menghadap betul2 ke arah dinding cermin almari tv. Lepas mak aku sapu kepala Zain, kak Ann nampak satu lembaga kecil sebesar saiz Zain lari keluar,tapi dia nampak menerusi cermin almari tv la. Aku yang masa tu tak tidur lagi,jadi seram2 sejuk.


                Rupa2nya,kejadian pagi tu adalah permulaan kepada kehidupan keluarga aku yang sedikit tunggang langgang selama beberapa bulan. Dan sepanjang beberapa bulan tu juga,hampir semua ahli keluarga aku terganggu. Terganggu dengan apa, macam mana? Nantikan dalam parts seterusnya.

Last edited by lavender_aqua on 26-12-2014 12:10 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2012 01:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 02:03

Part 2: Kisah rumah kosong.


                Lepas kejadian pagi2 buta itu, kak Ann ada ceritakan kepada salah seorang rakan sekerja dia. Katanya orang ni boleh ‘tengok’. Aku tak ada masalah dengan orang macam ni, cuma ada masa aku jadi kurang percaya sebab zaman sekarang ada yang mengaku boleh ‘tengok’ tapi rupa2nya dusta semata2. Ok, kembali ke cerita kita.


                Kata kawan kak Ann, memang ada ‘sesuatu’ kat dalam rumah ni. Katanya lagi sebab rumah dah terlalu lama ditinggalkan kosong, jadi faham2 sendiri la. Dia siap bagitau lagi secara terperinci di mana ‘benda’ ni ada. Sejak kak Ann tau dimana tempat tu, dia dah tak berani nak jejak ke situ. Tempat yang dimaksudkan ialah master bedroom apartment ni.


                Bila disorot kembali, ada 2 peristiwa kecil yang berlaku sebelum dorang pindah ke apartment ni. Kita flash back sikit ye. Masa tu baru dapat kunci rumah, jadi along bawa la parents aku dengan anak bini dia tengok rumah ni. Kena pula masa pergi dah petang sangat, nak masuk maghrib dah pun. Zairi yang kecil pun dibawa sekali. Bila masuk je apartment ni, Zairi nangis. Tau2 la baby kan boleh‘nampak’.  Tak silap aku, along tak tunggu lama2 since Zairi nangis tak berhenti.


                Peristiwa ke-2 ni terjadi lepas rumah dah siap renovate. Aku tak tau hujung pangkal macam mana, tau2 je mak aku bagitau yang bapa aku stay 1 malam kat apartment tu, baca Yassin sebab along dah nak pindah masuk. Menurut mak aku, bapa aku ada rasa lain macam la. Aku orang muda, tak tau nak terangkan macam mana perasaan yang bapa aku lalui, korang yang orang lama mesti lagi faham kan. Tapi mak aku takambil kisah sangat sebab dia kata biasalah, mana2 pun sama je.



Part 3: Zain buat pasal lagi.


                Ok, sekarang aku nak kenalkan watak baru dalam cerita ni. Angah (abang 2nd), kakLily (wife angah) dan anak angah 2 orang, Mia dan Nini. Ada sekali tu, Nini sakit sampai kena masuk hospital. Aku kan hujung minggu nanti balik KL, jadi aku ikut along ziarah Nini. Masa kat hospital tak ada apa2 yang pelik berlaku.Cuma fikiran aku je yang melayang entah ke mana. Masa nak sampai rumah la Zain buat perangai pelik.


                Beberapa km sebelum sampai rumah, Zain kata “tak mau balik, tak mau balik”. Meronta-ronta dia dalam kereta masa kereta dah nak sampai guard house. Bila sampai depan pintu rumah, tangisan Zain makin kuat. Menjerit-jerit tak mau masuk rumah. Aku dah pelik, tapi aku fikir biasalah budak2 buat perangai. Bila masuk pun dia asyik nangis je, terus along dengan mak aku bawa Zain keluar. Pergi pusing2 kawasan sekitar apartment.


                Maka, tinggallah aku dengan kak Ann dan Zairi. Ada ketikanya, aku rasa tak sedap hati macam ada orang dok tengok aku je. Lepas 15-20 minit, mak aku balik. Masa tu Zain dah lena. Lepas beberapa siri perangai pelik Zain, barulah along ada panggil ustaz tolong bantu apa2 yang patut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 01:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 02:05

Part 4: Berubat (part 1).


                Tak salah aku la, kenalan along yang cadangkan ambil ustaz ni. Jadi pada 1 malam,ustaz ni datang ke rumah. Dia pun tengok2 Zain lepas tu ada la ustaz ni baca2,dan kemudian tabur lada hitam keliling rumah. Dia suruh along buat benda yang sama setiap hari selama 1-2 minggu (sorry dah tak ingat berapa lama, sebab kes ni jadi tahun 2008).


                Nak dijadikan ceritanya, korang ingat lagi tak kawan kak Ann bagitau pasal master bedroom tu? Masa along nak tabur lada hitam kat bilik ni, lebih specific kat bilik mandi master bedroom, dia susah sangat nak buka pintu bilik mandi ni. Macam ada orang yang menahan pintu ni dari dibuka. Lepas tu, along bagitau masa nak tabur lada hitam kat sini, bahu dia rasa sakit dan berat sangat. Tau tak apa jadi lepas habis tabur 1 rumah? Bahu along lebam macam jatuh/kena hantuk dengan benda keras. Aku yang tengok pun dah rasa seram.        



Part 5: Mak aku rimas.


                Ingat tak awal2 tadi aku bagitau rentetan kejadian yang terjadi kat Zain memberi kesan kepada orang lain? Ni aku nak cerita apa yang terjadi kat mak aku.Kiranya hal ni jadi in between masa berubat kat dalam Part 4 tu.


                Mak aku ni, kalau keluar rumah memang berteman. Sama ada bapa aku ikut ke, aku ikut ke tak pun along atau angah. Seingat aku mak aku tak pernah keluar sorang2 sepanjang tinggal kat KL. Ada satu hari tu, aku tengok mak aku tengah bersiap2 nak keluar. Aku pula lepas tanya mak aku nak pergi mana, aku terdiam sebab dah tak tau nak tanya/cakap apa dah. Mak aku keluar sorang2 masa tu, dalam pukul 2.30-3.00 petang.


                Lepas sejam camtu, mak aku balik. Yang aku hairan tu, mak aku takde pula beli apa sangat. Selepas 1 jangka masa yang lama (masa ni semua dah sembuh), mak aku pun cerita kat aku. Dia rimas sangat duduk kat dalam rumah tu. Rasa macam terperangkap,  hatinya rasa nak keluar rumah sangat2. Mak aku sendiri tak tau dari mana dia dapat keberanian keluar sorang2. Tapi hakikatnya itulah yang pernah dia buat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 01:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 09:55

Part 6: Angah memberi jalan penyelesaian


                Masa kami sekeluarga bergelut melawan rasa hati yang kacau bilau, angah sekeluarga datang melawat. Angah ceritakan kepada kami kejadian yang berlaku kepadanya tidak lama dahulu (tahun 2008 juga). Katanya dia dah ‘pagar’ rumah dia.


                Kisahnya,pernah terjadi beberapa malam Nini asyik nangis2 je. Parents-in-law (PIL) angah yang jaga Mia dengan Nini bila angah dan kak Lily kerja, suruh angah pergi jumpa sorang pakcik ni. Aku tak berani kata pakcik ni ustaz, dia lebih kepada sorang insan yang memang dikurniakan kelebihan bab paranormal ni. Dari cara angah cerita, aku dapat bayangkan pakcik ni sangat hebat.


                Ada la pakcik ni bagi sesuatu benda kat angah, minta angah letak kat pintu masuk rumahdia. Benda ni buluh yang ada ayat2 tak salah aku. Sorry, aku memang tak ingat benda yang pakcik ni bagi kat angah. Pakcik ni pesan, benda ni sangat kuat, memang kena laki2 yang pasang kat rumah. Jadi angah dengan bapa kak Lily la yang ambil. Menurut angah, ,memang betul kata pakcik ni. Lepas angah pasang benda ni, memang dia sakit2 selama beberapa hari. Kemudian, Alhamdulillah dah takde masalah macam awal2 dulu.


                Seingat aku, pakcik ni ramai orang datang berubat dengan dia. Jadi kena buat macam appointmentla kalau nak jumpa. Rumah pakcik ni memang jauh, tak salah aku pergi balik je dah dekat 2 jam. Tapi kami tak pergi berubat secepat itu sebab along dah plan nak balik kampung. Aku rasa along nak ambil angin kampung lepas macam2 hal jadi kat family dia.




Part 7: Kisah di kampung.


                Aku ikut along balik kampung. Parents aku pun sekali la ikut balik. Angah menyusul 1-2 hari selepas kami selamat sampai di kampung. Bapa aku pula ada panggil kawan dia yang reti berubat, minta dia tolong buat apa2 yang patut kat Zain.Menurut pakcik ni, memang ada sesuatu kat Zain. Jadi dia pun baca la (aku taktau apa dia baca). Lepas selesai pakcik ni balik.


                Ada la 1 malam tu, aku tengah surf internet kat bilik aku. Sesiapa yang nak ke dapur memang kena lalu depan bilik aku. Aku pula tak tutup pintu bilik sebab nanti senang budak2 ni nak keluar masuk. Sekali tu, aku hanya nampak melalui ekor mata, Zain berjalan dari dapur menuju ke ruang tamu. Lepas tu, mak aku lalu pergi ke dapur. Aku boleh pula tanya, tadi Zain ambil apa kat dapur? Mak aku kata, bila masa Zain ke dapur? Dari tadi memang ada kat depan je. Aku dah seram sejuk.Siapa pula yang aku nampak tu?


                Selepas beberapa hari di kampung, kami semua balik ke KL. Angah balik dulu sebab cuti kak Lily tak lama. Rupanya berlaku perkara yang tak disangka selepas angah balik KL.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 01:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 02:11

Part 8: Keluarga angah dikacau.


                Rupa-rupanya benda ni dah ikut angah pulak. Kemudiannya, sesuatu berlaku kat Mia. Masa tu angah ada kat rumah-dah lepas Zohor tak salah aku. Mia kata kat angah, kawan Mia ada kat luar tu. Angah pergi la jenguk tapi memang takde sesiapa kat luarpagar rumah. Angah cepat2 cakap, jangan bagi kawan Mia masuk rumah, suruh dia duduk luar sana tu. Lepas tu angah terus tutup pintu rumah. Mungkin sebab angah dah ‘pagar’ rumah dia, benda ni tak boleh masuk.


Ingat tak aku bagitau yang PIL angah jaga Mia dan Nini? Aku tak tau yang mak kak Lily boleh nampak. Dia cerita kat mak aku, lepas angah sampai KL, dia dan bapa kak Lily balik ke rumah dorang kat area lain. (Masa angah balik kampung, PIL angah yang tengok2kan rumah angah tu. Aku mengandaikan disebabkan tak dapat masuk rumah angah, benda ni ikut PIL pula.) Katanya pada waktu malam, dia terjaga dari tidur dan nampak‘Zain’ duduk atas dia. Aku dengar pun dah rasa nak pengsan. Dia berjaya ‘halau’benda ni keluar lepas tu. Tapi dia memang sangat terkejut sebab memang saling tak tumpah macam Zain.



Part 9: Along balik KL dan aku dikacau.


                Selang beberapa hari lepas angah balik KL, aku, mak aku dan along balik KL. Disebabkan hanya  bapa kak Lily je yang tau rumah pakcik yang reti berubat ni (part 6), maka kami bermalam di rumah angah. Rumah angah ni besar, ada 4 bilik, 1 kat bawah 3 kat atas. Angah masa tu dengan senang hati suruh aku tidur bilik Mia sebab masa tu Mia masih tidur dengan angah kat master bedroom. Mak aku pula tidur bilik tetamu yang betul2 sebelah bilik Mia.


                Aku yang takde rasa tak sedap hati terima saja cadangan angah. Masa aku nak masuk tidur, angah pasangkan lampu tidur dan lepas tu tinggalkan aku sorang2 kat bilik Mia. Aku tak tau pukul berapa masa peristiwa tu terjadi. Sedar2 aku cuma nampak 1 susuk hitam yang sangat tinggi berdiri betul2 sebelah aku. Aku tak boleh bernafas, nak bersuara tak terdaya. Senang cerita aku rasa macam nak mati je masa tu. Rasa macam lambat sangat masa berlalu. Lepas aku dapat kekuatan untuk bangun, aku terus meluru ke bilik mak aku.


                Mak aku dah pelik, apa hal dengan aku? Tapi aku tak mampu bercakap banyak, aku minta bantal dan tidur kat lantai sebelah katil mak aku tidur. Esoknya terus aku demam panas. Mak aku memang pelik, tiba2 je aku demam panas. Memang panas sangat sampai aku asyik terlantar je. Nak bangun tukar baju pun tak larat. Esok tu (hari yang aku demam panas tu) along jemput kak Ann dan anak2 along serta bapa aku dari kampung. (kak Ann kat kampung, tinggal di rumah mak dia.)


                Siang tu juga PIL angah datang. Terkejut dorang tengok aku lembik semacam je. Dan time tu juga la mak kak Lily cerita kat mak aku pasal kes malam(part 8). Mak aku pula dah macam serabut, macam2 hal jadi kat anak2 dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 01:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 01:59

Part 10: Berubat (part 2)


                Malam tu lepas maghrib, along, angah bertolak ke rumah pakcik ni. Aku panggil pakcik A la, senang cerita. Yang ikut parents aku, PIL angah dan along sekeluarga.Dorang pergi 2 kereta. Lebih kurang dah nak pukul 11 malam, baru semua sampai balik rumah angah. Lepas tu baru mak aku cerita kat aku apa yang terjadi masa kat rumah pakcik A ni.


                Bila sampai turn Zain, pakcik A ni ‘tengok’. Katanya memang ada sesuatu yang suka kat Zain. Tambahnya lagi, dah lama dah benda ni ada. Cuma mungkin sejak pindah ke rumah baru, ‘benda lama’ lawan dengan ‘penghuni’ yang ada kat apartment ni. Jadi ada la pakcik A bagi air (tak salah aku) dan sekali dia bagi barang kat along,  macam yang angah pernah dapat untuk ‘pagar rumah’.  Pakcik  A ada bagitau kalau la lambat berubat, nanti bila Zain dah besar, dia akan hilang sebab ikut benda ni. Aku yang dengar dah rasa macam seram2 sejuk, sebab tak sangka serius juga masalah ni.


                Lepas tu, kak Lily ada bagitau yang ada 1 blok flat dekat dengan rumah sewa along tu‘keras’. Dia cerita, ada orang pernah naik ke atas bumbung flat situ. Bahagian lantai kat atas flat tu kemudian disimen semula, sebab ada lubang. Tapi yang menyeramkan ialah, selang beberapa ketika kemudian, bila pergi tengok balik lubang tu ada semula. Sejak tu kak Lily bagitau, flat tu memang ada sesuatu.Dia syak, mungkin apa yang terjadi kat Zain ni ada kaitan dengan flat tu.Sebabnya kalau nak ke rumah sewa along ni, memang kena lalu depan flat ni.



Part 11: Kembali pulih.


                Syukur lepas berubat dengan pakcik A, Zain dah makin pulih. Perangai suka tidur lambat dia dah tak seteruk dulu. Paling lambat pun dalam pukul 1-2 pagi. Mak aku pun dah tak rasa rimas lagi macam awal2 dulu. Hidup family along dan angah dah normal seperti sedia kala. Tapi tidak bagi aku. Kejadian yang menimpa Zain,hanyalah titik permulaan kepada peristiwa pelik yang berlaku kepada aku.Peristiwa2 ini berlaku sejak aku masuk U kat sebuah negeri ni. Kalau ada permintaan, aku akan cerita pula kisah yang terjadi kat aku dan roommates aku di U ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2012 02:48 AM | Show all posts
ok, aku buat permintaan supaya cerita diteruskn lg....sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 04:20 AM | Show all posts
skrg mmg dh ok ke family aqua tu?

nnti kalau ade mase boleh le smbung pasal yg kat u tu pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 07:57 AM | Show all posts
Sila smbung..bes lak bace..kemas dn trsusun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 08:07 AM | Show all posts
dah baca.. x sangka aqua pun ada pengalaman macam ni juga..

skrang zain n mia mcam mana... zain msti dh 6 tahun kan. ada benda pelik lagi x berlaku kat dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 10:01 AM | Show all posts
skrg mmg dh ok ke family aqua tu?

nnti kalau ade mase boleh le smbung pasal yg kat u tu pulak.. : ...
midory Post at 25-3-2012 04:20



dah ok..
kiranya, beberapa minggu b4 aqua masuk U ni, takde gangguan dah...
cuma part nak pulih semangat takes time...
tapi Alhamdulillah, skrg semua dah elok2 belaka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 10:02 AM | Show all posts
Sila smbung..bes lak bace..kemas dn trsusun..
contactlens Post at 25-3-2012 07:57



terima kasih, nnt saya sambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 10:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 10:06
dah baca.. x sangka aqua pun ada pengalaman macam ni juga..

skrang zain n mia mcam mana... zain m ...
hanasensei Post at 25-3-2012 08:07


ada cuma sebelum ni aqua pendam je...

tp masa kat U, awal2 tu dok bergelut dgn perasaan...
sbb aqua jenis lambat nak reda kalau jd benda2 camni + accidents..
----------------------

Mia dgn Zain dah takde pape...
dah masuk sekolah dah pun...
setakat yg aqua tengok, normal mcm budak2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 10:20 AM | Show all posts
Penceritaan yg bagosss
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 11:42 AM | Show all posts
apa konklusi dr citer ni???

yg berupa zain tu hantu dr mana? rumah sewa lama ker?

yg penghuni hantu rumah baru ni yg mana? yg tinggi tu ker?

dorang berebut zain ker? ke macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 12:34 PM | Show all posts
teruskan TT dah xsabar nak dgr kisah TT plak..yg bgsnya karangan tersusun dan kemas.mcm buat thesis plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2012 12:59 PM | Show all posts
Penceritaan yg bagosss
asamfy87 Post at 25-3-2012 10:20



   terima kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 01:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 25-3-2012 13:07
apa konklusi dr citer ni???

conclusion??
semua dah sembuh lepas berubat dengan pakcik A..
benda yang lama dah dipisahkan dan dibuang dari Zain...
benda yang kat aparment dah dibuang dari terus duduk kat apartment tu.
tapi jangan tanya camane buang, aqua sendiri tak tau.

yg berupa zain tu hantu dr mana? rumah sewa lama ker?

yg berupa Zain tu menurut pakcik A dari rumah sewa..
disebabkan dah lama dengan Zain, benda ni dah mula merupai macam Zain.
masalah timbul bila benda ni ikut Zain masa along pindah ke apartment.

sebab apartment tu kosong dan ada benda lain yang tinggal, mungkin benda(kat apartment) ni tak suka dengan
benda(dari rumah sewa) yang ada dengan Zain.

yg penghuni hantu rumah baru ni yg mana? yg tinggi tu ker?
yang penghuni rumah baru ni, yang ada kat dalam master bedroom tu.

dorang berebut zain ker? ke macam mana
takdelah berebut Zain, cuma pendapat aqua, benda(kat apartment) ni tak suka benda(dari rumah sewa) ni datang
ke apartment ni.
harisbee Post at 25-3-2012 11:42


terima kasih sebab bertanya..


harap jawapan dalam ungu di atas dapat menjawab segala pertanyaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 01:02 PM | Show all posts
teruskan TT dah xsabar nak dgr kisah TT plak..yg bgsnya karangan tersusun dan kemas.mcm buat thesis  ...
As_Qein Post at 25-3-2012 12:34



TT sebelum ni baca je kisah2 kat sini.
kadang2 tu annoying baca short form yg kita sendiri tak faham.
jadi TT tak mau pembaca rasa annoying TT guna shortform walaupun
TT juga orang muda yang suka guna shortform dalam sms..


TT masih belajar, baru lepas habis siapkan tesis..
tu pasal style penulisan terbawa-bawa macam taip tesis..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 01:26 PM | Show all posts
seram cite ni

p/s:mcm knl je TT ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.346451 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list