CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lavender_aqua

Kejadian Misteri Selepas Berpindah

[Copy link]
Post time 1-4-2012 06:35 PM | Show all posts
TT nak tumpang citer sikit eh...

ni betul2 kejadian yg umie rase sendiri mase kat kolej...

ok  ...
umie_dani Post at 28-3-2012 15:30



   mule2 aku mcm nak caye je abg z tu boleh panggil toyol... haha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2012 06:36 PM | Show all posts
Reply 120# lavender_aqua


   laa... main teka teki u mane ke aqua...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2012 07:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by Changa at 1-4-2012 19:48
Selingan 2: Dengarlah cakap orang tua.
                Memandangkan aku agak sibuk dengan beberapa  ...
lavender_aqua Post at 27-3-2012 11:32


Kadang Kadang saya terfikir adakah kejadian sebegini terjadi kepada ummah yang amat percaya dengan perkara perkara mistik sebegini. Banyak yang saya baca di sini ummah yg ada gangguan ini memang ada kepercayaan kuat terhadap perkara sebegini. Dan banyak pantang larang kehidupan mereka.

Maaf, bukan saya mengatakan saya tidak percaya makhluk halus, saya akui jin ini wujud seperti dala. Al qoran namun mostly saya tidak ambil pot tentang hal sebegini mungkin tidak pernah di asuh dengan segala macam pantang larang sebegini walaupun saya orang kampung sekalipun.

Banyak pantang larang supersticious ummah melay islam yang saya hanya ketahui Setelah membaca cerita cerita di sini.

Malah dalam kehidupan saya pun memang ada peristiwa misteri yang saya nampak dan alami namun saya anggap ianya pengalaman hidup dan tidak ambil pusing sehingga kan pergi jumpa bomoh lempar garam, demam seminggu etc
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 02:25 AM | Show all posts
Kadang Kadang saya terfikir adakah kejadian sebegini terjadi kepada ummah yang amat percaya deng ...
Changa Post at 1-4-2012 19:46



   sebab ummah camni la berlambak2 bomoh hidup mewah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 08:36 AM | Show all posts
Reply  lavender_aqua


   laa... main teka teki u mane ke aqua...
midory Post at 1-4-2012 18:36



   takde niat pun nak main teka teki...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 08:42 AM | Show all posts
takde niat pun nak main teka teki...
lavender_aqua Post at 2-4-2012 08:36



   gurau aje la aqua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2012 08:55 AM | Show all posts
PENGUMUMAN:
kepada yang setia membaca kisah di sini, TT nak beritahu
yang TT akan update cerita baru Khamis ni kerana minggu ni TT
ada mid sem exams pada hari Selasa dan Rabu.
minta maaf banyak2 kepada yang menunggu..
minta maaf juga sebab dah beberapa kali tunda nak post cerita baru
sebab TT sibuk dengan hal2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 12:54 PM | Show all posts
Reply 127# lavender_aqua


   memahaminya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2012 09:54 AM | Show all posts
Reply 121# midory


hahaha.. umie pun mule caye yg abg Z ni blh pggl toyol sbb klu tgk rupe dia lg lah confident dia ni sesuatu...

p/s : eh dpt tacang lah.. TQ en. medang.. (la..la..la)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 09:56 AM | Show all posts
PENGUMUMAN:
kepada yang setia membaca kisah di sini, TT nak beritahu
yang TT akan update cerita ba ...
lavender_aqua Post at 2-4-2012 08:55



Good LUCK aqua! do the best..

kami sedia menunguuuuuu... (mcm jerit dr atas bukit)
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:39 PM | Show all posts
sedang menunggu smbil tgk amukan pocong..wohoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 11:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 5-4-2012 23:43

Kisah 10: Kawan aku ditegur di Bangunan C

                Kejadian ni berlaku 2 semester lepas, lebih kurang setahun dah. Hal ni betul2 terjadi kat seorang kawan aku. Kisahnya begini, masa tu kawan aku ada ambil 1 subjek tambahan. Kami kena pilih 2 daripada 6 subjek tambahan sebagai syarat untuk grad. Tapi aku dah selesai ambil subjek tambahan 1 sem awal. Kawan aku ni, dia saja2 ambil lambat.

                Masa tu, kelas ni kena buat waktu malam. Jadi nak tak nak kenalah datang kelas malam. Lepas 30-45 minit kelas bermula, kawan aku pergi tandas kat tingkat 2. Bangunan C ni cuma ada 3 tingkat, tapi tandas cuma ada di tingkat 1 dan 2 sahaja. Kawan aku ni dengan selambanya pergi tandas sorang2. Lagipun dah 3 tahun lebih, kelas kami memang kebanyakannya di Bangunan C, takde benda yang nak ditakutkan. Lepas masuk tandas, kawan aku dengar ada suara panggil nama dia, Lynn, Lynn.

                Lynn dah rasa pelik sebab suara tu memang lain macam je. Terus dia keluar tandas cepat2 dan masuk kelas. Balik kelas memang kecoh la kat Kolej 4 dan Kolej 5 pasal Lynn kena kacau. Lynn sejak kena terus dah tak berani nak pergi tandas sorang2 waktu malam kat Bangunan C. Walaupun setiap minggu Lynn ada kelas malam, kejadian yang terjadi kepada Lynn membuatkan kawan2 yang lain terus takut dan mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau nak pergi tandas, bukan lagi berdua tapi bertiga. Dengar macam lawak je pergi sampai 3 orang, tapi kalau ikutkan Bangunan C ni memang angker sebab kebetulan berdekatan dengan bangunan PS tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:12 AM | Show all posts
nk kongsi cerita jugak..hehe

6 bulan lepas ak ade pegi praktikal kt satu hospital ni kt cheras.. ...
apekah Post at 28-3-2012 21:50



  cerita kat spital tak de ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 09:39 PM | Show all posts
untung emak ko tau gak ilmu sikit2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:44 AM | Show all posts
eh....tt dah x update ke???best kot cite tt ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:09 PM | Show all posts
ader lagi x??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 10:32 AM | Show all posts

Kisah 11: Misteri di sebaliktugas sebagai tukang urut.

             Pergh,tajuk panjang giler kali ni. Rupa-rupanya dah bersawang tahap kronik thread ni.Entah kenapa, sehari dua ni asyik teringat kat thread ni. Ada janji yang perlu ditunaikan. Masih ada beberapa kisah yang perlu dikongsi. Tapi TT try sehabis baik la ye, sebab sekarang ni TT kerja sambil Masters, dulu masa TT buka thread ni TT sekadar student degree je. Okay la, enough bebelan macam mak nenek. Heee~

            Kisah kali ni TT nak bawa anda way back to the past.Kisah ni taklah seram, lebih kepada misteri sebenarnya.Arwah moyang TT ni, orang kampung, biasa-biasa je. Duduk kampung bela ayam,itik, angsa bagai. Tapi arwah pandai mengurut orang. Kiranya kalau ada sakit-sakit badan, terseliuh sana sini, datanglah jumpa arwah. InsyaAllah lepas berurut, eloklah. Mak TT cerita, sebagai upah mengurut, arwah moyang minta kain putih beberapa meter (TT lupa dah berapa panjang sebab dah lama mak TT ceritakan kisah ni). Tapi untuk orang yang berada, bukan beberapa meter mereka bagi, tapi sekayu kain putih. TT tak sure la sekayu zaman dulu sama ke tidak banyaknya dengan sekayu zaman kita ni.

             Tak salah TT, selain upah wajib ni, ada la juga mereka hulur benda-benda lain sebagai upah kepada arwah moyang, cuma tu optional la bagi tak apa, tak bagi pun tak apa. TT ada tanya mak, kenapa dalam banyak-banyak benda, arwah moyang minta beberapa meter kain putih? Mak kata tu syarat orang mengurut. Kira nak bagi lepas sakit yang si tukang urut ni dah sembuhkan kat pesakit daripada melekat kat si tukang urut, maka kena bayar dengan kain putih. Sejauh mana kesahihannya, TT tak pasti.

             Cuma sampailah satu masa, orang terakhir yang arwah moyang urut ni, dia tak bayar dengan kain putih yang diminta moyang. Selepas tu, arwah mula sakit-sakit. Lama juga moyang TT tanggung ermm nak kata apa ya, badi ke, kenan ke? Yang dia dapat lepas urutkan orang terakhir ni. Mak kata, arwah moyang sakit sebab orang tu tak bagi kain putih. Berapa lama arwah moyang tanggung sakit sebelum meninggal tidaklah TT pasti. TT pun tak berani nak korek cerita lama tu kat mak takut nanti buat mak sedih ingatkan orang yang dah tak ada.



Kisah mini:

             Kisah ni berkait rapat dengan kisah arwah moyang cuma ia berlaku kepada roommate TT dulu. Sesiapa yang baca dari page 1 mesti dah kenal dengan watak Nori, salah seorang roommate TT masa degree dulu. Pagi tadi TT teringat 1 peristiwa yang ada hubung kait antara kebolehan arwah moyang mengurut dengan Nori.

            Begini ceritanya. Walaupun TT dah lama sebilik dengan Nori, TT tak pernah tau Nori pandai mengurut. Nori ni jenis berahsia dengan kami yang lain. Kira ala-ala misteri gak le budaknya. Dalam diam, ada salah seorang coursemate kami minta Nori urutkan. Kita panggil si coursemate ni Ayu. Ayu dengan Nori ni kira bestfriend la. Sebab tu Ayu tak segan minta Nori tolong urutkan.

            Tapi apa yang jadi pada Nori, langsung Nori tak kongsi dengan kami roommates yang lain. Hinggalah pada suatu hari, Ayu datang ke bilik dan minta Nori urut lagi. TT ada masa tu, jadi TT dengar perbualan mereka. Nori kata dia dah tak boleh urut Ayu lagi. Sebabnya nanti dia yang tanggung sakit yang Ayu hadapi. Lepas Ayu balik, TT tanya Nori, betul ke apa yang TT dengar tadi. Nori mengiyakan,katanya sebab dia urutkan Ayu dulu, badan dia sakit-sakit. Sebab tu dia dah serik nak urutkan sesiapa saja, bukan Ayu sorang.
         
              Jadi kat sini, TT yang blur bab macam ni nak tanya, apa sebenarnya misteri disebalik mengurut orang ni? Kalau macam kes arwah moyang, TT masih kecil dan masa moyang sakit pun sebelum TT lahir, jadi TT tak nampak effect mengurut ni kepada arwah. Tapi bila TT tengok dan dengar dari mulut Nori, TT rasa kerja sebagai tukang urut ni bukan takat ambil minyak, sapu dan urut kat badan orang yang sakit. Seolah-olah sakit yang si pesakit tu hadapi di’transfer’ ke tukangurut.
         
          Ada sesiapa nak share atau bagi pendapat? Kot-kot ada pengalaman sendiri ke, atau dari cerita tok nenek sendiri tentang hal mengurut ni. Sorry ye episode kali ni tak seram, lebih kepada misteri semata-mata.
Last edited by lavender_aqua on 30-10-2014 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 02:18 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 17-2-2014 10:32 AM
Kisah 11: Misteri di sebaliktugas sebagai tukang urut.

             Pergh,tajuk panjang giler k ...

teringat akak pada arwah atuk.. arwah atuk pandai mengubat penyakit kayap.. bila berubat org yang berubat tu kena 3 kali sesi.. sesi terakhir untuk putus ubat.. tapi bila ada pesakit tak datang untuk putus ubat.. kayap ni menyerang arwah atuk..hingga bawa maut.

nak kata ini amalan sesat ke ..mcm tak je.. arwah atuk masa hayatnye seorang naib kadi..mmg disegani org dengan ilmu agamanya

wallahuaklam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 02:33 PM | Show all posts
BurungBiru posted on 17-2-2014 02:18 PM
teringat akak pada arwah atuk.. arwah atuk pandai mengubat penyakit kayap.. bila berubat org yang  ...

haaa, putus ubat...
saya dah tak ingat terms tu, thanks kak...

saya tak rasa benda ni ada kaitan dgn amalan sesat...
maybe lebih kepada pantang larang yg perlu diikut oleh si pengamal..
dalam kes arwah moyang saya ni, sebagai sorang tukang urut...
nak putus ubat, kena bagi kain putih...

cuma dari segi logik (tak kisah penerangan dari sudut agama / sains),
kenapa bila merawat orang2 sakit camni, kalau tak putus ubat
sakit tu pindah ke si perawat?
ni ada kaitan dengan badi/kenan/ (tak tau nak sebut apa) ke?

curious nak tau, mungkin 1 hari nanti saya akan jumpa jawapan...

Last edited by lavender_aqua on 17-2-2014 02:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 02:56 PM | Show all posts
Ok, settle baca kisah ko nie ari nie
Sonok baca pengalaman2 ko nie
Thanks sebab share kat sini

Pasal kes umah atas dok ada bunyik mcm2 tu kan
Actually tu yang aku alami skrang nie
Tapi mcm yang penah sorang momod nie nasihatkan aku
Buat tak tau jer la
So, slalu aku set dalam pala nie
'Aku tak kacau ko, janganla kacau aku'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.355864 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list